You are on page 1of 1

Prinsip asas mesin Peraut

Meraut adalah proses membuang atau


menarah logam atau bahan dari bahan
kerja dengan membuat suapan kearah
putaran pemotong peraut. Kerja kerja
yang boleh dilakukan oleh
mesin peraut adalah meraut rata, meraut
permukaan bersudut, menggerudi,
menggerek, melurah kunci, memotong
gigi gear, memotong urah heliks, kerja
kerja khas dan lain lain.
Bahagian Utama & Fungsi
Spindal : Berada dibahagian atas turus. Di
bahagian hujung hadapan spindal
terdapat lubang tirus untuk menempatkan
pelbagai pemotongperaut.
Meja : Terletak pada bahagian atas lutut.
Boleh digerakkan ke kiri, kanan, depan
dan belakang. Berfungsi untuk memegang
bahan kerja semasa proses pemotongan
dilakukan. Baham kerja boleh dicengkam
terus pada permukaannya atau dipegang
oleh ragum atau alat alat lain yang diikat
atasnya dengan bolt dan nat.
Lutut : Berada dihadapan turus dan direka
boleh bergerak keatas dan kebawah pada
turus. Padanya juga terdapat penggearan
tukar suapan serta tuas tuas pengawal
mekanisma suapan.
Turus : Sebagai badan dan tulang belakan
g mesin peraut kerana ia menyokong
keseluruhan bahagian mesin raut.
Tapak : Menyokong berat mesin peraut.
Membezakan pergerakan mesin peraut
Peraut Biasa
Mesin peraut biasa mempunyai meja yang
pergerakannya membujur ditetapkan
bersudut tepat dengan spindal. Meja
mesin ini boleh membuat 3 pergerakan
sahaja, Membujur,Melintang tegak
Peraut Semesta

mesin peraut semesta direka bentuk bagi


melakukan beraneka kerja meraut.
Pergerakan meja adalah sama seperti
mesin peraut biasa kecuali ia boleh
dikilaskan bersudut dengan spindal pada
satah mengufuk. Mesin peraut semesta
boleh digunakan untuk memotong gear
heliks, gerudi pintal, pemotong peraut dan
pelbagai kerja lurus dan tirus.
Peraut Tegak
Mesin peraut tegak mempunyai ciri-ciri
hampir serupa dengan mesin gerudi.
Meja dan spindalnya berada di kedudukan
yang hampir sama dan pemotong peraut
dipasang pada spindal. Spindal boleh
bergerak turun dan naik sementara meja
boleh bergerak menegak, membujur, dan
melintang . Mesin peraut tegak digunakan
meraut muka, meraut susuk, menggerudi
dan menggerak kerja-kerja berbentuk
ganjil.
Meraut atas ialah satu cara meraut bila
arah putaran pemotong peraut
bertentangan dengan arah suapan bahan
kerja . Dalam meraut atas, pinggir gigi
pemotong peraut mula memotong dari
bahagian bawah bahan kerja
menyebabkan bentuk tatal adalah lebih
tebal di akhir potongan . Oleh kerana
tekanan yang besar di perlukan untuk gigi
pemotong memasuki bahan kerja, gigi
pemotong akan bergesel pada permukaan
bahan kerja buat seketika dan akan
menumpulkan gigi pemotong itu. Keadaan
ini juga boleh menyebabkan benda kerja
tertolak keluar dari pencekamnya.
Meraut bawah, arah putaran pemotong
peraut adalah sama dengan arah suapan
bahan kerja. Pinggir gigi pemotong
memasuki bahan kerja dari atas
menyebabkan bentuk tatal adalah lebeh
nipis di akhir potongan. Oleh kerana daya
tekanan pemotong peraut terarah ke
bawah, ini menyebabkan kedudukan
bahan kerja sentiasa kukuh pada
pencengkamnya.

You might also like