You are on page 1of 40

LA4: PERFORM DRILLING, BORING, COUNTERSINKING, COUNTERBORING AND SPOT

FACING, REAMING AND THREADING

1. JENIS-JENIS MESIN GERUDI.

Fungsi utama mesin gerudi ialah untuk mengerudi lubang, disamping itu ia juga
digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang senggat,
membenang dalam dan meratakan permukaan bintik-bintik. Mesin gerudi tekan atau
mesin gerudi sensitif.

1. 1 Mesin gerudi tekan (Jenis meja dan lantai).


Mesin ini dinamakan juga mesin gerudi sensitif kerana
hantaranya dibuat dengan tangan, jadi, kawalan hantaran yang
betul ditentukan dengan “merasa” gerakan pemotongan yang
dibuat oleh mata gerudi. Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu
jenis lantai dan jenis meja. Jenis meja mempunyai turus yang
pendek dan dipasang diatas meja, sementara jenis lantai
mempunyai turus yang panjang dan dipasang terus diatas lantai. Ia
mempunyai tapak yang besar dan berat supaya stabil dan ia boleh
memegang gerudi yang mempunyai saiz sehingga 13 mm sahaja.

Rajah 4.1 : Mesin gerudi tekan


1. 2 Mesin gerudi tiang.
Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya
jika dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi
sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya dan
kedudukanya stabil. Bentuk mesin ini hampir sama dengan mesin
gerudi sensitif kecuali terdapat pesawat-pesawat pembolehubah
dan hantaran berkuasa automatik, dan pada kebanyakan mesin
gerudi tiang, kawalan kelajuan spindal tidak lagi menggunakan takal
dan tali sawat sebaliknya menggunakn gear

Rajah 4.2 : Mesin gerudi tiang

1. 3 Mesin gerudi jejarian.


Mesin gerudi jejarian sesuai digunakan untuk menggerudi
lubang pada komponen-kpmponen yang beasar, kerana ia
mempunyai beberapa kemudahan seperti psindalnya boleh
bergerak keluar atau kedalam diatas lengan jejarian dan lengan ini
dipasang diatas turus tegak mesin itu. Gerakan berpandu ini
membolehkan spindal gerudi ditempatkan pada sebarang arah
lokasi diatas permukaan bendakerja.Dengan itu bendakerja diset
berulangkali. Terdapat juga mesin gerudi jejarian yang dipasang
dengan kepala universal yang boleh dikilas kepada sebarang sudut.
Ini membolehkan lubang yang terletak pada permukaan bersudut
digerudi tanpa mengubah pengesetannaya. Keistemawaan mesin ini
ialah boleh menggerudi lubang yang besar. Mejanya besar dan
turusnya lebih tinggi. Pemilihan kelajuan lebih luas tegap dan tidak
bergegar.

Rajah 4.3 : Mesin gerudi jejarian

1. 4 Mesin gerudi mudah alih


Mesin ini dinamakan demikian kerana ia mudah dibawa
kesana kemari. Gunanya ialah untuk menggerudi lubang yang kecil
dan dikendalikan dengan kuasa elektrik. Terdapat dua jenis mesin
gerudi mudah alih.

1.4. 1 Jenis pistol.

Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang dengan sebelah


tangan sahaja. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja ringan.

Rajah 4.4 (a) : Jenis pistol

1.4. 2 Jenis kerja berat.

Jenis ini adalah lebih berat dan terpakasa dipegang


dengan kedua-dua belah tangan. Ia digunakan untuk kerja-
kerja berat. Terdapat juga jenis gerudi yang dijalankan oleh
kuasa angin yang dinamakan gerudi tangan pneumatik.
Rajah 4.4 (b) : Jenis kerja berat

1.4. 3 Mesin gerudi khas.

Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja


pengeluaran khusus untuk berbagai-bagai kegunaan,
bergantung pada jenis mesin gerudi khas itu. Jenis-jenis
mesin gerudi khas ialah:

i. Mesin gerudi berbilang spindal ii.

Mesin gerudi regu. iii. Mesin gerudi

turret. iv. Mesin gerudi kawalan angka

komputer.

1. 5 Bahagian-Bahagian Mesin Gerudi Tekan (Meja) dan Mesin Gerudi


Tiang.

1.5.1 Tapak.

Tapak diperbuat daripada besi tuangan. Oleh sebab


tapak tersebut berat, kedudukan mesin menjadi stabil.
Terdapat lurahlurah T yang berfungsi untuk memegang
bendakerja yang besar

1.5.2 Turus.

Turus diperbuat daripada keluli berlubang dan dipasang


pada tapak. Dibahagian hujung sebelah atas dipasang motor.
Alatalat lain yang dipasang pada turus ialah meja.
1.5.3 Meja.

Meja diperbuat daripada besi tuangan , berbentuk


segiempat bujur dan bulat. Lurah T yang terdapat pada meja
berfungsi untuk mengikat ragum mesin atau bendakerja. Meja
boleh digerakkan turun-naik atau dikilas kepada sebarang
sudut

1.5.4 Pengawal kelajuan motor.

Alat ini digerakkan oleh kuasa elektrik. Fungsi utamanya


ialah memutarkan spindal dengan perantaraan takal dan tali
sawat. Mesin gerudi meja atau mesin gerudi tiang biasanya
empat jenis pengawal kelajuan. Terdapat juga mesin yang
dipasanggear belakang bagi menambahkan lagi pilihan
kelajuan

1.5.5 Spindal.

Spindal diperbuat daripada keluli. Lurah-lurah gelugur


dibuat bagi membolehkan ia berputar. Spindal juga boleh juga
digerakkan turun-naik dengan pertolongan rak dan pinion.
Spindal mempunyai lubang tirus jenis Morse No. 2 untuk
disesuaikan dengan tirusan batang gerudi, cuk gerudi,
adaptor, soket dan liang sendi.

1.5.6 Pengawal hantaran.

Hantaran dibuat sepenuhnya dengan tangan.


Menunjukkan satu mekanisme pengawal hantaran tangan.
Bahagian hujung tuil penghantar dipasang dengan gear pinian
dan rak dipasang pada spindal. Dengan ini spindal boleh
bergerah turun dan naik apabila tuil penghantar diputarkan.
Spring lingkar pula dipasang bagi mengembalikan tuil
penghantar kepada kedudukan asal.
1.5.7 Tolok pengawal dalam.

Kebanyakan mesin dilengkapkan dengan alat ini bagi


memudahkan menggerudi mengikut dalam lubang yang
dikehendaki

2. KELAJUAN PEMOTONGAN DAN HANTARAN.

2. 1 Kelajuan pemotongan.

Kelajuan pemotongan ialah panjang ukuran lilitan mata gerudi


dalam ukuran meter yang dikira apabila ia berputar dalam masa
satu minit.

Sebagai contoh, keluli lembut mempunyai kelajuan memotong


30 meter per minit, ini bermakna spindal mesin perlu berputar
supaya ukuran lilitan mata gerudi itu 30 meter dalam masa satu
minit. Oleh sebsb mata gerudi terdiri daripada berbagai saiz, maka
spindal juga mempunyai berbagai-bagai tingkat kelajuan.

Bilangan putaran spindal yang perlu untuk mendapatkan


kelajuan memotong yang betul disebut putaran per. minit (PPM).
Pada amnya gerudi kecil memerlukan bilangan putaran yang lebih
banyak dalam satu minit berbanding dengan gerudi besar.

Untuk menghitung kelajuan spindal, perkara-perkara berikut perlu


diketahui:

i. Kelajuan memotong bahan.

ii. Garis pusat mata gerudi.


Contoh 1:

Hitung kelajuan spindal yang sesuai dalam putaran per minit


untuk menggerui lubang yang bergaris pusat 15 mm diatas sekeping
keluli lembut dengan menggunakan gerudi tahan lasak. Kelajuan
memotong yang digunakan ialah 30 meter per minit.

KP x 1000
PPM =

D
30 x 1000
=
3.14x 15
= 636 mm per minit.
Contoh 2:

Hitung kelajuan spindal yang sesuai dalam putaran per minit


untuk menggerudi lubang yang bergaris pusat 35 mm pada
sekeping keluli lembut dengan kelajuan memotong 25 meter
seminit. Mata gerudi yang digunakan ialah jenis keluli tahan lasak.

KP x 1000

PPM =

D

25 x 1000

3.14 x 35

= 227.2 mm per minit

2. 2 Hantaran.
Hantaran ialah panjang juluran mata gerudi masuk kedalam
bendakerja pada tiap-tiap satu putaran penuh spindal. Kadar
hantaran adalah penting untuk menentukan hayat mata gerudi. Jika
terlalu laju, mungkin tepi mata pemotongnya pecah, sebaliknya jika
terlalu perlahan, hujung mata bergesel dan cepat menjadi panas.

Formula:
Untuk menghitung anggaran masa menggerudi:
P
Anggaran masa menggerudi =
H x PPM
Dimana d = DalamLubang

P=Panjang julur mata gerudi (Dalam lubang+Panjang hujung mata).


= d + ( 0.3 x D )

D = Garispusat gerudi dalam


milimeter.

PPM = Putaran per minit

H = Hantaran pemotong mata gerudi dalam mm per putaran.

Contoh 1:

Kira masa yang diambil untuk menggerudi satu lubang yang


bergarispusat 15 mm dan 52 mm dalam. Kadar hantaran
pemotongan ialah 0.23 mm dan kelajuan spindal ialah 320.

P
Anggaran masa menggerudi =
H x PPM

52 + ( 0.3 x 15 )
=
0.23 x 320
56.5
=
73.6

= 0.77 minit atau 46 saat.

2. 3 Faktor-faktor pemilihan hantaran dan kelajuan.


Berikut ialah beberapa faktor pemilihan kelajuan spindal:

i. Jenis dan keadaan mesin.

ii. Ketepatan dan penyudahan


kerja.

iii. Kuatnya atau tegapnya

bendakerja dipegang dalam mesin. iv.

Penggunaan bendalir pemotong.

v. Jenis bahan.

vi. Bahan mata


gerudi.
Manakala faktor-faktor hantaran mata gerudi ialah:

i. Saiz gerudi.

ii. Jenis
bendakerja.

3. FUNGSI MESIN GERUDI

Rajah 4.5 (a) fungsi mesin gerudi


Rajah 4.5 (b) fungsi mesin gerudi

Rajah 4.5 (c) fungsi mesin gerudi

3. 1 Menggerudi Lubang.
Mata gerudi hendaklah dipasang dengan betul bagi
membolehkanya berputar sepusat. Gerudi berbatang lurus dipegang
didalam cuk gerudi, sementara gerudi berbatang tirus dipasang
terus kedalam spindal mesin. Tirusan Morse merupakan tirusan
memegang sendiri (self holding) yang membolehkan ia masuk
dengan mantapnya. Sekiranya lubang tirusan tidak sama besar,
liang sendi dan adaptor digunakan. Untuk menanggalkan gerudi
daripada lubang spindal, alat perenggang digunakan

3. 2 Menanda Lubang.
Langkah-langkah yang berikut perlu diikuti bagi mendapatkan
kedudukan lubang yang tepat.

i. Tandakan pusat libang dengan penebuk cucuk.

ii. Buat dua bulatan, satu daripadanya mengikut saiz


lubang dan yang satu lagi kecil sedikit. Tujuannya ialah
supaya pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi
dapat dilihat dengan mudah.

iii. Tebuk pusat lubang tadi dengan penebuk pusat.


iv. Hidupkan mesin dan pastikan mata gerudi betul-betul
diatas pusat lubang.

v. Periksa samada gerudi berputar sepusat atau tidak


sepusat. Cara mengujinya ialah dengan melihat kesan
mata gerudi, samada diatas pusat lubang atau
terkeluar dari pusat lubang.

vi. Sekiranya pemotongan terkeluar dari pusat lubang,


maka pusat lubang hendaklah diperbetulkan dengan
cara membuat satu lengkang lurah atau alur dengan
menggunakan pahat mata bulat. Ini bermakna
kedudukan pusat diubah.

3. 3 Menggerek (boring)
Proses ini dilakukan jika saiz gerudi yang dikehandaki tidak
diperolehi dan selalunya ia digunakan untuk membesarkan lubang
yang bergarispusat lebih daripada 1 ½ inci atau 40 mm. Kadang
kala lubang yang digerudi tidak sepusat dan juga saiz lubang tidak
begitu tepat, ini berlaku kerana semasa kadang kala menyelewang
apabila terkena bintik-bintik keras (hard sports) dan lubang-lubang
pasir (sand hole). Untuk menghasilkan lubang yang berukuran tepat,
berlokasi sepusat dengan bahan kerja dan mempunyai penyudahan
yang licin , lubang tersebut perlu digerek.

Operasi menggerek pada mesin gerudi adalah memerlukan


perhatian yang wajar dan menggunakan mata alat penggerek yang
khas, dimana mata alatnya boleh diubah suai kepada saiz yang
dikehendaki.

Rajah 4.8 : Penggerek


3.3.1 Proses Boring Dengan Mesin Milling.

i. Masukkan boring bar yang terbesar yang boleh


dimuatkan kedalam gandar mesin milling.
ii. Laraskan meja mesin kisar untuk membolehkan
pilot boring bar memasukki lubang bush dimeja
mesin milling.
iii. Selepas laras kunci, supaya meja tadi boleh lari
dari posisi yang telah disetkan.
iv. Pasang benda kerja diatas parallel bar bagi
membolehkan serpihan keluar semasa
memotong. Tetengahkan dan laraskan lubang
yang hendak dikorek dengan boring bar,
kemudian ikatkan dengan kemas.
v. Laras kelajuan mesin gerudi serta gerak suapnya
mengikut logam yang hendak dipotong. Gerak
suap kasar boleh dibuat sehingga 0.38 mm
manakala gerak suap penyudahan dilaras dari
0.02 mm hingga 0.12 mm.
vi. Laras tool bit dan buat potongan percubaan
sedalam 6 mm.
vii. Berhentikan mesin dan ukur saiz yang dipotong
tadi dengan angkup dalam atau telescoping
gauges.
viii. Laras kembali mata tool bit ke ukuran yang
hendak dipotong serta setkan potongan dalam
yang dikehendaki.
ix. Potong / gerek semula lubang mengikut
kehendak dan saiz lubang dengan melaras
sedikit demi sedikit mata toolbit sehingga sampai
kesaiz lubang yang dikehandaki.
Rajah 4.9 : Proses boring menggunakan mesin milling

Nota:

Bagi mendapatkan lubang yang tepat dan


penyudahan yang kemas , pastikan chuck arbor muat dengan
baik. Mata yang digunakan untuk memotong mestilah tajam
dan gunakan pelincir semasa memotong.

3. 4 Gerakbalas (Counterbore)
Counterboring adalah satu operasi membesarka hujung
lubang untuk tempat meletakkan skru jenis fillister head. Alat yang
digunakan ialah counterbore.

Dalam operasi ini satu lubang yang besar sedikit daripada Pilot
counterbore dibuat dahulu.

Proses counterboring dilaklukan dengan memasukkan pilot


counterbore yang berlagak sebagai pemandu pada alat pemotong
counterbore. Counter tadi akan membesarkan hujung lubang untuk
memuatkan skru fillister head.

Tujuan utama lubang counterbore adalah membenamkan


kepala fillister-head screw supaya kepalanya sama-rata denag
permukaan bendakerja
Rajah 410 : Gerakbalas (Counterbore)

3. 5 Gerudi benam (countersunk)


Gerudi ini mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat
pada hujungnya dan berbentuk kon. Sudut matanya ialah 90

hingga 120. Gerudi benam digunakan khas untuk menghasilkan


lubang benam supaya skru benam atau rivet boleh dipasang. Ia juga
digunakan untuk membersihkan bibir lubang.

Rajah 4.11 : Countersunk

Rajah 4.12 : Mata alat countersunk

3. 6 Spot facing.

Spot facing adalah satu operasi meratakan permukaan


sekeliling lubang untuk membolehkan nat mendudukinya dengan
kemas. Alat yang digunakan ialah counterbore.

Spot facing selalunya dilakukan pada permukaan yang kasar dan


tidak sama rata seperti permukaan besi tuangan.
Disebabkan permukaan tidak rata maka kedudukan nat diatas
permukaan tersebut tidak akan kemas dan membolehkan nat jadi
longgar. Maka sekeliling permukaan itu diratakan untuk
membolehkan nat duduk dengan kemas.

Rajah 4.13 : Spot Facing

3. 7 Melulas (reaming)

Pelulas adalah alat pemotong yang digunakan untuk


membesarkan dan menyudahkan serta melicinkan lubang hingga ke
saiz yang dikehendaki satelah digerudi. Pelulas mempunyai mata
pemotong yang banyak dimana menghasilkan potongan yang
sedikit sahaja. Terdapat berbagai jenis pelulas iaitu bergantung
pada operasi kerja,kegunaan dan bentuknya .Ianya diperbuat
daripada keluli alat (tool steel) atau keluli lasak (high speed steel)
Lubang di gerudi terlebih dahulu,saiz antara 0.05-0.25mm bergantung
pada sudahan yang dikehendaki, bahan, rekabentuk pelulas,
penghantaran yang digunakan serta dalamnya lubang itu.

Rajah 4.14 : Melulas

3.7.1 Tujuan dan kegunaan melulas

i. Apabila ketepatan lubang


dikehendaki
ii. Kebulatan lubang iii. Kelicinan

permukaan lubang dikehendaki

3.7.2 Bahagian-bahagian pelulas

Kerja melulas dapat dilakukan samaada dengan tangan


ataupiun dengan mesin. Rajah dibawah menunjukkan
bahagianbahagian pelulas tangan dan mesin,yang terdiri
daripada dua bahagian utama iaitu badan dan batang.
i. Badan - Bahagian tirus

Bahagian hujungnya dibuat tirus antara 2° -10°,dan dibahagian


hujung sekali dipotong serong dengan sudut 45°.
Tujuannya,supaya pelulas dapat senang dan mudah masuk dan
ditegakkan pada lubang untuk memulakan lelasan.
ii. Badan – Bahagian Lurah

Ia berfungsi membebaskan serpihan logam dan


membolehkan cecair penyejuk atau cecair pelincir sampai
kepinggir pemotong.Lurah-lurah ini mempunyai pic yang tidak
tetap bagi mengelakkan pelulas meninggalkan kesan pada
permukaan lubang.
iii. Badan -Pinggir pemotong

Bahagian ini terdapat pada bahagian yang ditiruskan


sementara bahagian yang lurus berfungsi melicinkan lubang
dan menjajar-diri (self-alignment) dengan paksi lubang.
iv. Batang - Batang lurus

Untuk pelulas tangan,batang nya mempunyai hujung


yang berbentuk segiempat sama supaya ia boleh diputar
dengan perengkuh tap.
v. Batang - Batang tirus

Batang jenis ini hanya terdapat pada pelulas mesin


sahaja, ini membolehkan ia dipegang dalam spindal mesin.
Tirusannya terdiri daripada jenis tirusan Morse
Rajah 4.15 Bahagian-bahagian pelulas

3.7.3 Jenis-jenis pelulas

i. Pelulas Tangan

Pelulas tangan mempunyai batang lurus, dibahagian


hujungnya berbentuk segiempatt tepat.Ia digunakan
bersamasama perengkuh tap. Pelulas tangan hanya boleh
membuang sedikit bahan sahaja iaitu kira-kira 0.05-0.15mm,
dengan ini gegaran dapat dikurangkan dan saiz lubang yang
lebih tepat dan halus dapat dihasilkan.Pelulas tangan berbeza
dengan pelulas mesin, pemotongannya dilakukan oleh pinggir
pemotong disepanjang lurah sedangkan pelulas mesin
pemotongan hanya dilakukan oleh pinggir pemotong yang
terdapt pada bahagian yang diserongkan.
Antara jenis-jenis pelulas tangan yang sering digunakan
ialah:-
a. Pelulas padu (solid – straight flutes)

Ia diperbuat daripada jenis keluli tahan lasak. Ia dapat


diperolehi dalam bentuk lurus dan heliks dengan batangnya
pula berbentuk lurus. Lurahnya pula dibuat lurus dan juga
berpintal.
b. Pelulas kembang (expansion)
Ia dibuat bergeronggang.Disepanjang badannya
terdapat lurah. Tujuannya supaya palam tirus berulir dapat
dimasukkan dari hujung untuk mengembangkan pelulas pada
had pengembangan tertentu sahaja iaitu kira-kira 1%
daripada garis pusat. Contohnya, pelulas yang
bergarispusat 10mm hanya boleh dikembangkan setakat
10.1mm sahaja. Pelulas kembang dapat diperoleh bersaiz
4mm- 25mm.
c. Pelulas boleh laras (adjustable)

Garispusat pelulas ini dapat dilaraskan kepada saiz


terbesar atau terkecil daripada saiz yang ditentukan. Pelulas
ini dilengkapkan dengan empat bilah mata dan diselitkan
kedalam lurah yang terdapat disepanjang badannya. Terdapat
dua nat pelaras yang digunakan untuk mengubah
garipusatnya.Ia boleh didapati dalam saiz 6.4-7.2mm
(#000hingga #16). Kadar pelarasan maksimumnya antara
0.7mm (bagi saiz kecil) dan 0.8mm (bagi saiz besar)

d. Pelulas tirus (taper reamer)

Pelulas tirus dibuat mengikut tirusan piawai misalnya


1:50. Kegunaannya untuk menghasilkan lubang tirus yang
tepat dan halus penyudahannya. Biasanya pelulas ini
digunakan untuk dipadankan dengan cemat tiruss. Ia dibuat
dalam dua bentuk iaituy kasar dan halus. Pelulas yang kasar
digunakan untuk membuang lebihan bahan manakala yang
halus untuk kerja penyudahan. Bahan yang dibuang hanyalah
lebih kurang 0.25mm sahaja.
Rajah 4.16 : Jenis jenis pelulas tangan

Rajah 4.17 : Taper reamer

ii. Pelulas mesin

Ia nya digunakan pada mesin gerudi,mesin larik dan


mesin pengisar tegak.Satu perbezaan yang utama pelulas
mesin ialah batangnya dibuat tirus jenis Morse kerana ia
dipegang dal;am spindal mesin. Terdapat juga pelulas mesin
yang berbatang lurus dan dipegang dalam cuk gerudi.

Pelulas mesin boleh membuang bahan lebih banyak


daripada pelulas tangan. Kelajuan mesin yang digunakan lebih
rendah daripada menggerudiiaitu kira-kira ½ hingga 2/3
kelajuan menggerudi, ini bertujuan mengurangkan gegaran.
Pemilihan kelajuan bagaimanapun bergantung pada faktor-
faktor yang berikut:-
a. Jenis bendakerja

b. Tegapnya mesin dan pemasangan bendakerja.


c. Had terima dan sudahan yang diperlukan.
Kadar penghantaran pula lebih tinggi iaitu 2 hingga 3
kali lebih tinggi daripada penhantaran menggerudi iaitu kira-
kira 0.02mm hingga 0.10mm per lurah bagi tiap-tiap satu
putaran spindal. Penghantaran yang terlalu rendah boleh
mengakibatkan poelulas tergilap sebaliknya penghantaran
yang terlalu tinggi nboleh mengakibatkan ketepatan dan
kehalusan permukaan lubang.
Jadual 4.1 Kelajuan melulas

Seperti pelulas tangan ,badan pelulas mesin dibuat tirus


dan dipotong serong dihujungnya supaya pemotongan bahan
dapat dibuat dibahagian ini. Lurahnya dibuat lurus,tetapi
kebanyakan pelulas mesin mempunyai lurah heliks kiri. Ini
bertujuan untuk mengelakkan mesin pelulas membuat skru
kedalam bendakerja (iaitu membuat lubang)

Terdapat berbagai-bagai jenis pelulas mesin,antaranya:-


a. Pelulas ros
Pelulas ini mempunyai batang tirus dan lurus. Lurahnya
pula dibuat lurusdan tirus tetapi pada bahagian hujungnya
diserongkan 45° dan ditiruskan sedikit arah ke batangnya bagi
mengelakkan ia terkaku atrau terkepit. Matanya lebar tetapi
tidak tajam dan hanya memotong pada bahagian serongnya
sahaja. Pelulas ini biasanya dikecilkan saiznya antara
0.08mm-0.13mm daripada saiz namaannya.

Rajah 4.18 : Pelulas ros

b. Pelulas shell
Pelulas ini dipegang pada arbor,dengan itu ia dibuat
bergeronggang. Ia mempunyai beberapa kelebihan, iaitu lebih
ekonomi untuk melulas lubang yang lebih besar. Arbor boleh
memegang berbagai-bagai saiz pelulas. Sekiranya pelulas
haus dan tidak boleh digunakan lagi, hanya pelulas sahaja
yang dibuang, sedangkan arbornya boleh digunakan lagi.

Rajah 4.19 : Pelulas shell

c. Pelulas tip karbida


Bentuknya seakan-akan pelulas ros,tetapi mata tip karbida di
kimpalloyangkan. Ia digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran
d. Pelulas kembang
Bentuk dan fungsinya sama saperti pelulas tangan jenis
kembang.
e. Pelulas boleh laras

Binaannya sama saperti pelulas tangan jenis boleh


laras, tetapi ia boleh dilaraskan lebih kurang 0.38mm lebih
besar ataupun lebih kecil daripada garipusat namaannya

3.7.4 Basian melulas

Basian melulas bermakna banyaknya bahan yang harus


ditinggalkan untuk dilelas. Bagi melulas tangan biasanya lebih
kecil daripada melulas mesin. Basian melulas dengan mesin
ialah 0.10mm bagi pelulas yang bergarispusat 0mm hinggab
12mm dan
0.02mm bagi pelulas yang bergarispusatnya melebihi 12mm.

3.7.5 Panduan Melulas

Pastikan pelulas bebas daripada gerigis besi yang melekat


pada pinggir pemotongnya.
Gunakan pelulas lurah pintal apabila melulas lubang
yang dalam atau lubang yang mempunyai alur kunci.
Sementara lubang yang memerlukan kejituan yang tinggi,
gunakan pelulas lurah lurus dengan melulas kasar terlebih
dahulu.
Jangan sekali-kali memutarkan pelulas terbalik. Ini boleh
mengakibatkan pinggir pemotongnya pecah dan
meninggalkan kesan-kesan pada permukaan lubang.
Elakkan gegaran yang berlaku terutamanya apabila melulas
dengan mesin iaitu dengan cara:
i. Kurangkan kelajuan
mesin ii. Tingkatkan
penghantaran

iii. Gunakan pelulas yang mempunyai pic tidak


tetap iv. Pastikan pelulas tegak betul dengan paksi
lubang.
v. Apabila melulas dengan tangan,putar pelulas
dengan kelajuan dan penhantaran yang sesuai
dan tekanan perengkuh mestilah sekata.
vi. Gunakan bendalir pemotong supaya permukaan
lubang licin dan pelulas tidak cepat haus.

3.7.6 Tatacara melulas dengan tangan

i. Gerudi atau gerek lubang terkecil sedikit daripada


pelulas kira-kira 0.05mm-0.13mm.
ii. Pegang bendakerja kedalam ragum kerja.Pasang
pelulas kedalam perengkuh tap.
iii. Masukkan pelulas kedalam lubang,pastikan
berkedudukan tegak (sepaksi dengan lubang). Tekanan
yang dikenakan kepada perengkuh mestilah sekata.
iv. Jangan memutar pelulas terbalik walaupun ketika
mengeluarkannya dari lubang.
v. Gunakan bendalir pemotong yang sesuai.

Rajah 4.20 : Tatacara melulas dengan Tangan


3.7.7 Tatacara melulas dengan mesin

i. Gerudi lubang terkecil sedikit daripada saiz pelulas


iaitu kira-kira 0.4mm-0.8mm.
ii. Jika ketepatan yang dikehendak itinggi lubang
hendaklah digerek terlebih dahulu supaya betul-betul
sepusat.
iii. Gunakan penghantaran antara 0.04mm-0.10mm per
lurah bagi tiap-tiap putaran spindal.
iv. Gunakan kelajuan spindal yang lebih rendah ia itu kira-
kira ½ hingga 2/3 daripada kelajuan menggerudi.
v. Gunakan bendalir pemotong yang sesuai.

Rajah 4.21 : Tatacara melulas dengan Mesin

3.7.8 Penjagaan pelulas

Pelulas merupakan alat pemotong kejituan tinggi dan


mahal harganya. Oleh itu ia mesti dijaga dengan baik bagi
mengelakkan ketepatan saiz yang dihasilkan. Penjagaan yang
berikut harus lah diberi perhatian:-
i. Pelulas semestinya mempunyai tempat
penyimpan yang khas supaya pinggir pemotong
tidak sumbing atau pecah akibat terantuk
dengan alat-alat lain.
ii. Elakkan dari terjatuh keatas benda-benda yang
keras.
iii. Sapu minyak sebelum
disimpan,ini boleh mengelakkan kekaratan.
iv. Jangan sekali-kali memutarkan pelulas terbalik
kerana pinggir pemotongnya akan sumbing.

3. 8 Membenang Luar (Die)

3.8.1 Jenis pembenang luar.

i. Pembenang bentuk bulat ( Button or split die ).

Ianya membenarkan kelegaan didalam gerak suap


semasa memotong sebab dibahagian tepi mempunyai lurah
dan ada jenis yang mempunyai sekeru yang boleh melaras
kelegaan gerak suap. Pembenang mudah laras bentuk bulat
boleh dilaras dengan memutar sekeru yang terdapat pada
lurahnya.

Rajah 4.22 : Pembenang bentuk bulat

ii. Pembenang bentuk empat segi ( Half die )

Pembenang ini hanya mempunyai dua bahagian mata


pemotong dan digunakan untuk memotong benang yang
halus. Pasangan pembenang luar mesti digunakan sekali dan
dipasang pada tonggok yang dikhaskan.

Rajah 4.23 : Pembenang bentuk empat segi

iii. Pembenang luar nut.


Ianya digunakan untuk membetulkan bebenang yang
rosak sahaja. Pembenang jenis ini digunakan untuk
memotong bebenang baru. Ianya diputar dengan spannar.
3.8.2 Tonggak Pembenang Luar.

Tonggak ialah alat yang akan memegang pembenang


luar semasa kita memotong bebenang luar dan ia diperbuat
dari bahan keluli lembut.
Ada dua jenis tonggak iaitu tonggak bentuk bulat dan
tonggak empat segi untuk memegang pembenang bentuk
empat segi.

Rajah 4.24 : Tonggak Pembennag Luar

3.8.3 Operasi membenang dengan pembenang luar.

Memotong bebenang hendaklah mengikut arah jam.


Untuk bebenang yang baik dan elok langkah-langkah dibawah
hendaklah diikuti.
i. Benda kerja yang hendak dipotong mesti diikat
dengan kemas dan 90º dengan ragum.
ii. Hujung bahagian yang hendak dipotong
bebenang hendaklah ditirus supaya memudahkan
pembenang luar masuk.
iii. Hendaklah berhati semasa mula membenang
supaya benang yang dihasilkan tidak sengget. iv.
Gunakan minyak pemotong semasa membenang.
v. Bebenang hendaklah dicuci selalu.

vi. Setiap 3 atau 4 pusingan hendaklah


berpatah balik satu setengah
pusingan untuk memotong serpihan.
3.8.4 Bebenang dan minyak pelincir.

Jadual 4.2 : Jenis logam dan jenis minyak pelincir yang sesuai

3.8.5 Penjagaan pembenang luar.

Seperti alatan lain juga, pembenang luar perlu


penjagaan yang teliti untuk mengelakan mata pemotong
daripada rosak. Jika berlakunya kerosakan pada mata
pemotongnya maka bebenang yang dihasilkan dari alat
tersebut mungkin tidak memuaskan mutunya.
Pembenang luar hendaklah disapu / bubuh minyak semasa
dan selepas ianya digunakan untuk mengelak dari berkarat.
Pembenang luar hendaklah disimpan dalam kotak yang
dikhaskan.
3.8.6 Langkah-langkah keselamatan semasa membenang luar.

3. 9 Membenang dalam ( taps )

Pembenang dalam mempunyai tiga atau empat lurah


pemotong dibahagian hujungnya. Lurah ini membentuk tepi
pemotong , disamping berfungsi sebagai lorong untuk tatal keluar
dengan mudah dan juga lorong untuk bendalir pemotong turun
ketepi pemotong. Ia juga kursus untuk memotong benang dalam.

Batang pembenang dalam berbentuk lurus, kepalanya berbentuk


segiempat sama supaya boleh diputar dengan perengkuh.
Saiz dan jenis benang ditanda pada bahagian batangnya.

Pembenang dalam diperbuat daripada keluli berkarbon


atau keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibaja. Ianya terdiri dari
berbagai saiz dalam ukuran matrik dan inci.
Rajah 4.25 : Membenang dalam

Pembenang dalam adalah alat pemotong yang digunakan


untuk membuat pemotongan bebenang dengan tangan. Bahagian-
bahagian pembenang dalam adalah seperti pasak tetapi
mempunyai empat atau lebih lurah lurus pada bahagian mata
pemotong. Hujung batang terdapat batang berbentuk empat segi
untuk dimuatkan kedalam lubang tonggak.

3.9.1 Jenis-jenis pembenang dalam

Pembenang dibuat beregu dengan setiap set mengandungi


tiga jenis pembenang.

i. Pembenang dalam tirus.

Pembenang dalam ini dapat dikenali dengan melihat


satu garisan gelang sahaja yang terdapat pada batang atau
pun dengan melihat tirus mata gigi pemotong. Untuk
pembenang dalam ini 8 - 10 gigi matanya ditiruskan untuk
memudahkan ianya masuk kedalam lubang bendakerja yang
hendak dibuat bebenang.
Disebabkan ketirusan mata giginya yang banyak ,
pembenang ini digunakan pada permulaan proses membuat
benang yang pertama untuk membolihkan pembenang dalam
lebih mudah masuk untuk pemotongan seterusnya.

Rajah 4.26 : Pembenang dalam tirus


ii. Pembenang dalam pertengahan / palam.

Jenis ini boleh dikenali dengan melihat 2 garisan gelang


tercatit dibatangnya atau pun 3 – 4 mata giginya ditiruskan.
Selepas membenang dengan pembenang dalam tirus barulah
kita menggunakan pembenang jenis ini. Adalah lebih baik
menggunakan pembenang ini untuk membenang lubang terus

Rajah 4.27 : Pembenang dalam pertengahan / palam

iii. Pembenang dalam plug.

Pembenang jenis ini boleh dikenali dengan melihat tiada


garisan gelang dibatang atau hanya terdapat 1 – 2 mata gigi
ditiruskan. Pembenang jenis ini digunakan selepas
pembenang palam atau pertengahan digunakan dahulu . Amat
sesuai untuk membenang lubang buta (blind hole). Apabila
membuat bebenang kecil adalah elok ditiruskan dahulu
dengan pembenang jenis plug

Rajah 4.28 : Pembenang dalam plug

3.9.2 Saiz gerudi pembenang

Sebelum membenang dalam , lubang hendaklah


terlebih dahulu digerudi . Lubang ini hendaklah lebih kecil
daripada saiz pembenang supaya bahan yang ada
mencukupi untuk membentuk bebenang. Jika bahan yang
ditinggalkan berlebihan (iaitu saiz lubang terlalu kecil), ia akan
menyukarkan pembenang untuk memotong dan ini bolih
memgakibatkan ia patah. Sebaliknya jika bahan yang
ditinggalkan terlalu nipis (iaitu saiz lubang terlalu besar),
bahan yang diperlukan untuk membentuk bebenang tidak
mencukupi, akibatnya bebenang tidak cukup dalam atau tidak
ada bebenang langsung.
Saiz lubang untuk membenang dalam dikenali sebagai
saiz gerudi pembenang. Saiz ini sama dengan garis pusat
kecil bebenang, tetapi pada amalannya ia dibuat lebih besar
sedikit supaya dapat memotong dengan lebih licin dan tidak
tersepit dalam bahan. Ada 2 cara untuk mendapatkan saiz
gerudi pembenang iaitu : -

i. Mengira dengan menggunakan formula

Saiz gerudi untuk bebenang dalam (tap)

= Garis pusat bebenang – Pic bebenang.(mm).

Contoh
Hitung saiz gerudi tap yang digunakan untuk memotong benang
M 22 x 2.5.
SGT = Garis pusat ulir – Pic ulir

= 22 mm – 2.5 mm = 19.5 mm

Contoh 2
Hitung saiz gerudi tap untuk memotong benang 7/8 inci – 9
BSW .
SGT = Garis pusat ulir - 1

Bilangan ulir per


inci = 7/ 8inci – 1/ 9
inci. = 0.875 inci –
0.111 inci = 0.764
inci .
Saiz gerudi untuk pembenang dalam yang terdekat ialah
0.765 atau 49 / 64 inci.
ii. Mengambil bacaan daripada Jadual.

Jadual saiz gerudi pembenang dalam ialah biasanya dibekal


oleh syarikat-syarikat pembuat alat tersebut.

Jadual 4.3 : Saiz gerudi bagi membenang dalam dalam metric


PIC SAIZ GERUDI
GARIS BEBENANG
PUSAT

1.6 0.35 1.20


2.00 0.40 1.60
2.4 0.45 2.05
3.00 0.50 2.50
3.50 0.60 2.90
4.00 0.70 3.30
5.00 0.80 4.20
6.30 1.00 5.30
8.00 1.25 6.80
10.00 1.50 8.50
12.00 1.75 10.20
14.00 2.00 12.O0
16.00 2.00 14.00
20.00 2.50 17.50
24.00 3.00 21.00
36.00 4.00 32.00
42.00 4.50 37.00
48.00 5.00 43.00
56.00 5.50 50.50
64.00 6.00 58.00
72.00 6.00 66.00
80.00 6.00 74.00
90.00 6.00 84.00
100.00 6.00 95.00
iii. Mengambil bacaan daripada tanda pada batang
pembenang.
Tanda saiz yang terdapat pada bahagian batang
pembenang ialah seperti berikut.pembenang dalam metrik
ditandakan.

M4 X 0.7 , dimana

M = Benang metric, 4 = Garis pusat major bebenang dalam


mm dan 0.70 = Pic bebenang dalam mm

7 / 8 inci – 9 BSW , dimana

7 / 8 inci = Bilangan bebenang dalam seinci

= Bilangan bebenang dalam seinci

BSW = British Standard Whitworth

3.9.3 Cara-cara membenang lubang terus dan lubang buntu.

Oleh sebab alat ini keras dan agak rapuh cara


membenang yang betul perlu dipatuhi supaya alat tersebut
tidak patah atau pecah didalam lubang.
Berikut adalah cara alat tersebut digunakan:-

i. Pilih saiz pembenang yang betul dan perangkuh


yang sesuai.
ii. Gunakan bendalir pemotong yang sesuai.

iii. Untuk memulakan kerja memotong,


gunakan pembenang jenis tirus dan pastikan ia
berkedudukan tegak dengan paksi lubang.
Putar perengkuh dengan tekanan yang
seimbang mengikut arah pusingan jam (jika
benang kanan) lebih kurang dua putaran penuh.
iv. Tanggalkan perengkuh dan periksa kedudukan
tap supaya tegak (900) dengan paksi lubang.
v. Laraskan kedudukan tap (jika tidak tegak)
dengan mengenakan tekanan yang lebih
vi. pada bahagian yang bertentangan dengan
bahagian yang condong.
vii. Putarkan perengkuh kira-kira suku pusingan dan
berpatah balik, tujuannya ialah supaya tatal
pecah. Ulang langkah ini dengan putaran yang
mantap lagi seimbang.
viii. Bagi lubang buntu, gunakan langkah yang
sama.

ix. Gunakan ketiga-tiga yang terdapat dalam set


tap mengikut ukuran iaitu dimulakan dengan tap
tirus dan disudahi dengan tap bottoming. Perlu
diingat, sebelum menggunakan tap bottoming
keluarkan semua tatal yang berada didasar
lubang.

Rajah 4.29 : Proses Membenang Luar

3.9.4 Pemilihan bendalir pemotong

Selain loyang dan besi tuang, kebanyakan logam


memerlukan bendalir pemotong untuk membantu mata
membuat pemotongan yang lebih berkesan. Bendalir
pemotong juga bertindak sebagai bahan pelincir kepada tap
dengan itu ia dapat memotong dengan lebih licin, tahan lebih
lama dan memastikan hasil kerja yang lebih baik.
Jadual 4.4 : Bendalir yang disyorkan oleh pengilang
Bahan Benda pengalir
Keluli lembut Larutan minyak
Keluli alat Minyak asas sulfur
Besi tempawan Larutan minyak
Besi tuang Kering
Gangsa atau loyang Kering

3.9.5 Cara mengeluarkan tap yang patah

Tap adalah keras dan rapuh,oleh itu ia mudah


patah,dan sebahagian daripadanya akan tertinggal dalam
lubang. Jika penguliran tersebut dibuat dalam komponen atau
bahagian mesin, maka serpihan tap yang tertinggal dalam
lubang terpaksa dikeluarkan. Untuk mengeluarkan bahagian
yang patah ini merupakan satu masalah, bagaimanapun
terdapat kaedah yang bileh dilakukan untuk mengatasi
masalah tersebut.
i. Penggunaan Penggali Kidal

Penggali kidal mempunyai empat jari. Jari-jari ini boleh


dilunjurkan kedalam lubang. Untuk menggeluarkan tap yang
tertinggal didalamnya. Alat ini digunakan bersama-sama
Perengkuh dengan cara berikut :
a. Julurkan jari-jari pengali kidal, laraskan supaya tegap
kedudukannya.
b. Tolakan relang supaya terletak diatas permukaan
lubang, tujannya ialah untuk menyokong jari-jari tadi
c. Putarkan perengkuh melawan arah pusingan jam
dengan perlahan-perlahan, kemudian apabila serpihan
itu mula bergerak, putar kehadapan dan kebelakang.
Jangan mengasak untuk mengelakan jari-jari daripada
patah.
ii. Pengge
rudian

Menggerudi hanya boleh dilakukan terhadap tap jenis keluli


berkarbon dengan cara berikut :
a. Lembutkan serpihan tap yang tertinggal dalam
b. lubang dengan menyepuh lindah,iaitu
c. Dengan cara memanasakn serpihan itu dan

d. biarkan ia sejuk dengan sendiri.

e. Tebuk dengan penebuk pusat supaya senang


f. Menggerudi

g. Gunakan gerudi yang lebih kecil saisnya


h. daripada tap yang patah.

i. Selepas menggerudi, cungkil dan bersihkan

j. mana-mana serpihan yang melekat dalam lubang.

iii. Penggu
naan
Asid

Jika kedua-dua cara diatas tidak berjaya untuk


mengeluarkan tap,maka bolehlah menggunakan asid nitrik.
Cara itu biasanya digunakan untuk mengeluarkan tap yang
diperbuat daripada keluli tahan lasak ayng sukar untuk diatasi
dengan cara pertama atau kedua. Berikut adalah tatacaranya :
i. Campurkan satu bahagian asid dengan lima bahagian
air
ii. Suntikan asid tadi kepada serpihan tap yang tertinggal
dalam lubang. Asid nitrik bertindak balas
dengan logam dengan cara “memakan” logam tersebut
dan menjadikannya longgar.
iii. Gunakan penggali kidal atau playar
bagi menanggalkan serpihan tap dari dalam lubang.
iv. Bersihkan lubang dengan air untuk mengelakan asid
daripada bertindak balas selanjutnya.

3.9.6 Perengkuh tap

Fungsi perengkuh tap ialah untuk memutar masuk atau


memutar keluar tap. Perengkuh terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
i. Perengkuh biasa

Terdapat dua jenis perengkuh biasa iaitu,


i. Perengkuh padu ii.
Perengkuh boleh
laras.

Rajah 4.30 : Perengkuh padu

Rajah 4.31 : Perengkuh boleh laras

ii. Perengkuh jenis cuk

Bentuknya seperti cuk tetapi saisnya kecil. Ia sesuai digunakan


untuk memegang tap yang bersaiz kecil.
Rajah 4.32 : Perengkuh jenis cuk

3.9.7 Penjagaan pembenang dalam .

Seperti alat-alat lain pembenang dalam perlu juga penjagaan


yang teliti untuk mengelak mata pemotongannya daripada rosak.
i. Pembenang hendaklah dibubuh minyak semasa
dan selepas ianya digunakan untuk mengelakan
daripada berkarat.
ii. Pembenang hendaklah disimpan didalam
kotaknya yang dikhaskan. iii. Jangan
menggunakan pembenang yang rosak mata
pemotong.
LATIHAN

1. Apakah fungsi Tap?

2. Sebutkan jenis-jenis tap dan jelaskan.

3. Bagaimana cara mengeluarkan tap yang patah?

4. Berikan 2 jenis perengkuh

5. Berikan cara membuang tap yg patah

RUJUKAN:

 BUKU :
 Steve F.J. William Oswald.Technology of Machine Tools. Fourth Edition.
1998.

 INTERNET :

 Wonkee Donkee (2013). counterbore/what-are-the-different-type-of-


builders and cold chisels [Wonkee Donkee Guides]. Dicapai pada April
04, 2015, dari www.wonkeedonkee.co.uk

 Integrated Publishing Inc (2013).


Shopequipment.tpub.com/TM-9243/css/TM-9-243_156.html. Dicapai
pada April 04, 2015, dari www.tpub.com

 Ukrainian Library for Schools (2013). Spot facing - Course : Technique


for manual working of materials. Trainees Handbook of Lessons
(IBEDeutschland:15 pages). Dicapai pada April 04, 2015, dari
www.collections.infocollections.org/ukedu/en/d/Jgtz071ce/3.html

You might also like