You are on page 1of 7

Disediakan oleh : Ameer Rusyd Bin Mohd Azamuddin

ROSLIDA ENTERPRISE

LAPORAN
PROJEK
PENDAWAIAN & PEMASANGAN ELEKTRIK DI LOT 123-A TAMAN
PENGASIH, KOTA BHARU, KELANTAN
1.0 PENGENALAN

Syarikat Roslida Enterprise merupakan sebuah syarikat yang membekalkan


perkhidmatan pendawaian dan pemasangan elektrik 1 fasa dan 3 fasa kepada projek-projek
bangunan baru mahu pun projek penambahan dan pengubah suaian. Syarikat Roslida
Enterprise telah berdaftar dengan SSM dan merupakan Orang Kompeten bagi aktiviti
pendawaian dan pemasangan elektrik. Syarikat ini sentiasa mematuhi Akta Bekalan Elektrik,
Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan Occupational Safety & Health Act.
Kali ini, sekali lagi Syarikat Roslida Enterprise diberi kepercayaan untuk mendawai
dan memasang elektrik di sebuah banglo yang akan didiami oleh sebuah keluarga. Berikut
adalah butiran projek yang telah dijalankan.

2.0 CARTA ORGANISASI SYARIKAT

Pengurus Besar Syarikat


Siti Roslida Binti
Muhammad Yusof

Pengurus Projek
'Aisyah Balqis Binti Mohd
Azamuddin

Penyelia Projek Penolong Jurutera 1 Penolong Jurutera 2


Ameer Rusyd Bin Mohd Anies Busyra Binti Mohd Adnin Bahiyyah Binti
Azamuddin Azamuddin Mohd Azamuddin
3.0 LATAR BELAKANG PROJEK
3.1 LOKASI PROJEK
Tapak projek adalah terletak di Lot 123-A Taman Pengasih, Kota Bharu,
Kelantan. Sebuah banglo 4 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu dan 1 ruang
dapur yang baru siap dibina. Pelan bentangan rumah banglo ini adalah
seperti dalam Rajah 1.
Rajah 1: Pelan Bentangan Banglo/ Rumah Kediaman

PERINGATAN:

i. Suis hendaklah ditempatkan di tempat yang mudah dicapai, tidak


terselindung atau di   tempat yang dilarang oleh peraturan IEE. Berikut
ialah beberapa contoh penempatan suis yang dicadangkan.
ii. Suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu kecuali
bilik mandi. Ia mestilah dipasang di luar atau menggunakan suis tarik.
iii. Suis 2 hala atau suis perantaraan digunakan di laluan Jalan, kaki lima,
tangga dan sebagainya.
iv. Seberapa boleh suis-suis yang mengawal lampu atau kipas di bilik yang
sama dikumpulkan bersama bagi menjimatkan pendawaian (pendek),
kemas dan kemudahan kawalan.
v. Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah lampu
kecuali bilik itu besar        dan memerlukan cahaya yang terang atau bilik
untuk kegunaan khas. 
Berikut ialah contoh-contoh penempatan lampu yang sesuai.
vi. Lampu bilik mandi yang bersebelahan dengan tandas dan berukuran
daripada 4 meter persegi boleh berkongsi sebuah lampu yang dilukiskan di
tengah-tengah sempadan kedua-dua bilik.
vii. Lampu dinding mungkin sesuai di bilik rehat, oleh kerana cahaya yang
dapat disebarkan terbatas, bilangan lampu perlulah ditambah lebih
daripada satu.
viii. Bagi mendapatkan keseimbangan cahaya yang diterima di sesebuah bilik,
biasanya lampu-lampu itu akan dilukis di tengah –tengah bilik.
ix. Kipas siling dilukiskan ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada satu, ia
mestilah di pasang di tempat yang sesuai agar kelihatan seimbang
x. Papan agihan dan alat kawalan pengguna ditempatkan dalam bilik stor
atau di tepi dinding pintu masuk rumah.
xi. Soket alur keluar tidak boleh dipasang dalam bilik mandi atau di paras
kurang daripada 300mm dari paras lantai kecuali jenis khas.

3.2 TEMPOH KERJA


Tempoh masa yang digunakan untuk melaksanakan projek ini adalah 14 hari.
Rujuk Carta Gant dalam Rajah 2.

Har Hari Hari Hari Hari Hari Hari Har Hari Hari Hari Hari Hari Hari
i ke- ke- ke- ke- ke- ke- i ke- ke- ke- ke- ke- ke-
Aktiviti
ke- 2 3 4 5 6 7 ke- 9 10 11 12 13 14
1 8
Mesyuarat Pengurusan &
Perancangan
Lawatan tapak

Menyediakan pelan
pemasangan &
spesifikasi kelengkapan
Aktiviti Pendawaian &
Pemasangan
Hantar borang ke
pemegang berlesen
Kelulusan bertulis dari
pemegang berlesen

Pemeriksaan dan
Pengujian
4.0 KOS KESELURUHAN PROJEK

Bil. Alat Tambah Harga Seunit Kuantiti Jumlah


(RM) (RM)
1 Suis 1 hala 1 gang 4.00 10 40.00
2 Suis 1 hala 2 gang 5.00 6 30.00
3 Suis 1 hala 4 gang 6.00 2 12.00
4 Soket alir keluar 13 A 5.00 20 100.00
5 Downlight 15.00 24 360.00
6 Kipas siling 200.00 8 1600.00
7 Kipas ekzos 120.00 2 240.00
8 Kotak unit pengguna 3 fasa 550.00 1 550.00
9 Pendingin hawa 2hP 2500.00 5 12,500.00
10 Pemanas air 1kW 500.00 4 2000.00
11 Kabel
12 Upah
JUMLAH (RM)

Nilai keseluruhan kos yang bagi Projek di 123-A Taman Pengasih adalah berjumlah Ringgit
Malaysia

5.0 PEMASALAHAN & PENYELESAIAN

Tenaga kerja yang melibatkan manusia pasti akan mengalami gangguan seperti
kesihatan dan urusan harian yang diluar jangka. Kehadiran pekerja mahir yang tidak
mencukupi pada setiap hari mengganggu proses aktiviti pendawaian dan pemasangan
elektrik di banglo kediaman.

Sebagai langkah penyelesaian, pekerja tambahan sementara menggantikan pekerja


mahir tetap untuk menampung kekurangan pekerja. Walau bagaimanapun, pemantauan
yang lebih teliti telah dijalankan oleh Penyelia Projek dan Penolong Jurutera 1 dan 2.
6.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, projek pendawaian dan pemasangan ini Berjaya


dilaksanakan dalam tempoh yang dirancang dengan menggunakan kos yang dipersetujui
oleh pembekal dan pelanggan.

You might also like