You are on page 1of 19

Mengikir Permukaan Melengkung

Permukaan yang melengkung boleh dikikir dengan kikir segiempat dan seterusnya disudahkan dengan kikir belah
rotan.

Menguji Kerataan Permukaan

Permukaan yang dikikir rata mestilah sentiasa diuji supaya bahagian – bahagian yang tinggi dan rendah boleh
dibetulkan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pembaris keluli ataupun sesiku L. ( a )

a b

Menguji Permukaan Bersudut Tepat

Untuk menguji sama ada permukaan itu bersudut tepat atau tidak boleh juga menggunakan sesiku L . Mengikir dan
menguji sudut tepat bukanlah satu perkara yang mudah. Palajar harus berhati – hati supaya tidak mengikir terlalu
rendah sesuatu penjuru itu kerana ini akan menyebabkan keseluruhan permukaan terpaksa direndahkan keparas
yang sama. ( b )

23
SOALAN :

1. Lukiskan gambarajah kikir dan namakan bahagian-bahagianya.

(7MARKAH)

2. Berikan nama empat ( 4 ) jenis potongan gigi kikir dan jelaskan kegunaannya.

a. …………………………………………………………………………………………………………

b. …………………………………………………………………………………………………………

c. …………………………………………………………………………………………………………

d. …………………………………………………………………………………………………………
(4MARKAH)

3. Berikan dua (2) jenis kikir dan kegunaanya.

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

(2MARKAH)

24
TAJUK : PERALATAN KUASA ( POWER TOOL ) : GERUDI.
TUJUAN: KERTAS PENERANGAN INI BERTUJUAN UNTUK MENERANGKAN PERALATAN GERUDI
YANG DIGUNAKAN DIDALAM BENGKEL KIMPALAN.

PENERANGAN:

Fungsi mesin gerudi ialah untuk memegang dan memutarkan mata gerudi untuk menggerudi lubang pada
permukaan logam samaada bertujuan pemasangan skru atau asas permulaan pemotongan dibahagian tengah
permukaan logam.
Mesin gerudi dan mata gerudi mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung pada kegunaanya atau
saiz lubang yang dibuat. Diantaranya ialah:
a. gerudi tangan ( hand drill )
b. gerudi elektrikal mudah alih ( portable electrical drill )
c. “Handfeed drill press”
d. “Back geared upright drill”
e. “Gang drill”
f. “Multiple spindle drill”
g. “Radial drill press”

1.MESIN GERUDI MUDAH ALIH.

Ia mudah dibawa kemana sahaja. Gunanya ialah untuk mengerudi lubang yang
kecil dan menggunakan kuasa elektrik. Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah
alih iaitu:-

a. Jenis Pistol.
Jenis ini ringan dan bolih dipegang dengan sebelah tangan sahaja. Ia sesuai digunakan untuk kerja
ringan

Gerudi elektrik:

Keupayaan: 13mm diameter


mata gerudi.
2 Kelajuan: 975 p.p.m.
1750 p.p.m.

25
b. Jenis Kerja Berat

Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang dengan kedua belah
tangan. Ia digunakan untuk kerja berat. Terdapat juga jenis gerudi yang
dijalankan olih kuasa angin yang dinamakan mesin tangan ‘ Pneumatik’.

Gerudi elektrik:
Keupayaan: 19mm diameter
mata gerudi.
4 Kelajuan: 500 p.p.m.
600 p.p.m.
870 p.p.m.
1025 p.p.m.

MESIN GERUDI TETAP.

Digunakan untuk mengerudi lubang yang lebih besar dan dalam dengan cepat dan tepat. Mesin ini mempunyai
berapa kelajuan. Ada 3 jenis mesin gerudi ini iaitu

a. Mesin Gerudi Tetap.

Jenis ini dipusing dengan sebuah motor dan menggunakan gerudi batang lurus dan tirus. Ia mempunyai
kelajuan yang bolih diubah antara 500-3000 pusingan per minit (ppm). Saiz gerudi yang digunakan ialah
antara 2mm- 23mm. Ia dipasang diatas meja
Tali sawat

Pelindung

Motor
Tuas pemasuk
Kekunci
Bindu Tiang

Meja kerja

26
b. Mesin Gerudi Lantai.

Strukturnya sama dengan mesin gerudi meja. Tetapi dipasang diatas lantai dan mempunyai tiang yang tinggi.
Mesin ini mempunyai keupayaan mengerudi lubang berdiameter 50mm untuk keluli lembut yang lebih dalam.
Ia menggunakan gerudi batang tirus.

c. Mesin Gerudi Jejarian.

Mesin ini digunakan untuk mengerudi bendakerja yang besar tanpa memindahkan atau mengerakkan
bendakerja semasa mengerudi, hanya perlu mengerakkan kepala gerudi. Keupayaan mengerudi 75mm
dengan menggunakan gerudi batang tirus. Ia mempunyai rasuk berbuai, boleh dinaik atau diturunkan dengan
kendalian motor.

Motor
Motor naik turun lengan

Motor pengumpar
Tuas pemasuk
tangan
Kepala
Tiang

Lengan
Pengumpar

Tapak. Tiang
Lapisan kotak.

Mesin Gerudi Lantai Tapak


Mesin Gerudi Jejarian
LAJU PUSINGAN KELAJUAN PUSINGAN MESIN GERUDI.

Laju pusingan mesti dikira jika tidak gerudi mungkin akan patah atau melambatkan pekerjaan. jika logam yang
keras maka pusingan lambat, jika lembut pusingan bertambah laju dan cepat. Untuk gerudi bersaiz kecil laju
pusingan gerudi yang cepat akan menghasilkan suapan yang kecil, jika bersaiz besar akan menghasilkan pusingan
yang lambat dan suapna yang besar.

Cara mengira kelajuan pusingan mesin.


1. Laju memotong (M / min) = D x ( pusingan / min)  1000.

2. Laju pusingan gerudi ( pusingan / min) = 1000 x laju memotong x D.

* D = diameter gerudi.

27
MATA GERUDI.

Mata gerudi ialah alat untuk membuat lubang diatas permukaan logam, digunakan bersama mesin gerudi atau
mesin pelarik. Gerudi diperbuat dari keluli tahan lasak dan tungsten karbida.

Jenis- jenis mata gerudi.

1. Mata Gerudi Pintal (Twist drill).

Digunakan untuk kerja am. Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada
garispusatnya. Hujung matanya berbentuk dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong dan sudut
kelegaan. terdapat juga untuk kerja khas iaitu:

a. Mata gerudi pintal tiga atau empat lurah ( core drill).


Digunakan untuk meluaskan lubang yang telah tersedia ada. tidak bolih
mengerudi logam yang padu. Lurah dan matnya bolih memotong dengan lebih
banyak, menghasilkan permukaan lubang licin dan tepat.

b. Gerudi pintal lubang minyak (oil hole drill).


Jenis ini untuk mengerudi lubang yang lebih dalam. Lubang minyak terdapat sepanjang lilitan badan dan bahan
pelicin akan mengalir keluar kemata pemotong supaya tidak panas dan melicinkan permukaan mata pemotong.

c. Gerudi pintal pendek dan panjang.


Berukuran pendek dan kurang bergegar, olih itu mudah untuk memusatkan
kerja. Gerudi pintal panjang berguna untuk mengerudi lubang yang dalam.
Kedua dua jenis biasanya mempunyai batang berbentuk lurus.

d. Gerudi pintal sudut heliks rendah dan tinggi.


Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa, kecuali sudut heliks sama ada lebih kecil atau lebih besar dari biasa.
Sudut heliks biasa ialah 30. sudut heliks tinggi bolih mengerudi logam tuangan dan logam liat, serta
menghasilkan lubang yang dalam. Sudut heliks yang rendah pula sesuai untuk bahan plastik, fiber, asbestos dan
logam tiruan yang lain.

2. Mata Gerudi Lurah lurus. ( straight – fluted drill )

Lurahnya selari dengan paksi. Digunakan untuk mengerudi bahan yang lembut seperti loyang, tembaga dan
aluminium.

3. Mata Gerudi Rata.

Berbentuk ringkas, matanya ditempa. Sudut pemotong dicanai 90, dan sudut kelegaan pula antara 5 hingga 12
bergantung kepada jenis logam hasil tidak baik kerana lubangnya kurang bulat, saiz tidak tepat dan tatr sukar
dikeluarkan.

28
GERUDI RATA

GERUDI LURAH LURUS

GERUDI PINTAL

4. Mata Gerudi Benam.

Mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan berbentuk kon. Sudut mata 90 hingga 120.
Digunakan untuk membuat lubang skeru benam. Ia juga digunakan membersihkan bibir lubang.

5. Mata Gerudi Pusat.

Mata gerudi terdapat dikedua hujungnya. Mempunyai sudut 60. Ia bolih didapati berbagai saiz. Kegunaanya untuk
kerja pemusatan samada pada mesin pelarik atau mesin gerudi.

29
Puting.

Batang Tirusan morse

Jidar.

Lengkong lurah
Badan

Sudut heliks.

Sudut hujung mata


Bibir pemotong.
Pusat mata.
Sudut kelegaan
Diameter
Lurah

6. Mata Gerudi Melubang Sengat.

Digunakan untuk lubang sengat rata bagi menempatkan kepala skeru allen, melincinkan permukaa dan untuk
menyediakan tempat kedudukan nut, kepala pasak atau lengkangnya.

BAHAGIAN-BAHAGIAN MATA GERUDI PINTAL.

BADAN

Terletak diantara hujung mata dengan batang. Ia terdiri daripada:

b. Hujung mata.

Bahagian hujung berbentuk kon, biasanya dicanai dengan sudut 118. Bibir pemotong membahagi dua sudut
kandung dan masing-masing bersudut 59 dari paksi. Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garispusat
gerudi.

c. Pusat mata.

Sama seperti mata pahat yang tajam yang terbentuk dari pertemuan bibir pemotong. Fungsinya untuk mencungkil
dan memudahkan mata gerudi masuk kedalam.

30
c. Bibir pemotong.

Bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk pertemuan lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Dibuat
sama panjang.

d. Lurah.

Terdapat sepanjang bahagian badan. Fungsinya ialah.


i. Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk
kon.
ii. Untuk membentuk lorong bagi tatar keluar.
iii. Untuk membolihkan bendalir keluar sampai kehujung mata.

e. Lengkung lurah.

Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. Lengkung lurah dianggap sebagai tulang belakang gerudi dan lebih
tebal dibahagian pengkal supaya gerudi lebih tegap.

f. Jidar.

Merupakan tebing sempit yang menonjol sepanjang lurah. Gunanya memberi ketelusan kepada badan semasa
mengerudi, dapat mengurangkan geseran dan kepanasan dan kerana kepanasan akan hilang kekuatan.

BATANG.

Bahagian yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi. Bolih dibahagi kepada dua jenis iaitu.

a. Batang lurus : Khusus untuk bersaiz kecil atau kurang dari 13mm. Biasanya
dpegang dalam cuk gerudi.
b. Batang tirus: Untuk bersaiz besar, bolih menetap kedudukannya sendiri. Ia
dipasang pada spindal mesin melalui liang sendi. batang derudi dan spindal
mempunyai tirusan morse.

Sebab-sebab mata gerudi rosak.

1. Tekanan terlalu kuat, pusingan kelajuan tidak seimbang dengan saiz batang
gerudi dan kekerasan bahan yang digerudi.
2. Tidak mengunakan penyejuk, terdapat geseran dan benda kerja terlalu panas.

Sebab lubang menjadi besar semasa mengerudi.


1. Sudut mata memotong tidak sama besar.
2. Paksi tidak tepat.
3. Sudut mata memotong dengan paksi tidak sama.

Mengasah mata gerudi.

Semasa mengasah mata, mestilah selalu diuji sudut memotong. semasa mengasah bahan penyejuk perlu
digunakan. Kesalahan mengasah bolih menyebabkan:
1. Mata pemotong tidak sama panjang.
2. Mata gerudi lari daripada paksinya.

31
SAIZ MATA GERUDI

Saiz gerudi yang kecil biasanya dibeli secara set. Saiz gerudi dikenalpasti dengan ukuran diameter, mungkin “ number
gage”, “ letter “ dan “ saiz pecahan ( “fractional” ).
“ Number Gage ” : Nombor mata gerudi di buat dalam saiz No. 80 hingga 1 ( 0.0135 “ dan 0.228 “ diameters ).
Nombor gage yang besar adalah saiz geraudi yang kecil.
Gerudi “ Letter “ : Gerudi “ letter “ dilabelkan dari A ke Z ( 0.234” hingga 0.413” garispusat ). Gerudi ‘ letter “
bermula dimana nombor gerudi berakhir.
Pecahan ( fraction) : Gerudi Pecahan ( fraction drill ) bergarispusat dari 1 / 64” hingga 4” atau lebih besar. Saiz
meningkat dengan 64 per inci bagi saiz yang lebih kecil dan dengan 32 dan 16 per inci bagi
saiz yang lebih besar. Gerudi numbor dan ‘letter” adalah antara gerudi pecahan.
Sekiranya saiz gerudi tertentu diperlukan dan tidak terdapat dipasaran, kadang kala saiz gerudi yang lebih kecil dan
besar boleh digunakan.

MENGIKAT MATA GERUDI PADA MESIN.

Gerudi batang lurus ( straight shank drill ) mestilah diikat denganh menggunakan “ drill
chuck ‘. Peralatan ini yang dipasangkan dengan “ morse taper shank “ dikenali sebagai “
arbor , yang dipasangkan pada “ drill press spindle “. “ Drill chuck “ biasanya mempinyai
tiga ( 3 ) rahang ( 3 jaws ). Ianya akan memegang mata gerudi antara rahangnya ( jaw )
dan dilaras dengan memusingkan bahagian luar dengan menggunakan “ chuck key”

KELAJUAN MENGGERUDI

Kelajuan menggerudi boleh ditaksirkan sebagai jarak pergerakan sesuatu mata gerudi alam masa satu minit
sekiranya mata gerudi dibaringkan dan di gollekkan. Oleh itu, mata gerudi 1”, berpusing 100 kali dalam masa 1 minit,
akan berputar pada kelajuan 26.18 kaki seminit.
Kelajuan dimana mata gerudi tersebut boleh diputarkan bergantung kepada :
a. garispusat mata gerudi
b. adakah ianya diperbuat daripada keluli lembut ( carbon steel ) atau “ high speed steel”
c. kekerasan bahan yang hendak digerudi.

Lebih kecil saiz garispusat mata gerudi, maka lebih besarlah kelajuannya, lebih besar saiz garispusat sesuatu mata
gerudi maka lebih perlahanlah kelajuannya.Kelajuan yang terlalu perlahan untuk menggerudi lubang yang kecil boleh
menyebabkan hakisan ( wear ) yang berlebihan pada mata gerudi kerana ianya sekadar bergesel bukannya
memotong.Jadual dibawah menunjukkan bahawa mata gerudi “ high speed “ boleh mencapai kelajuan dua kali ganda
jika dibandingkan dengan mata gerudi “ carbon steel “. Jadual juga menunjukkan kelajuan untiuk menggerudi bahan
yang berbeza. Gunakan kelajuan yang perlahan untuk menggerudi bahan yang keras ( hard metal ) dan kelajuan yang
tinggi untuk menggerudi bahan yang lembut ( soft ).

Sekiranya bucu pemotongan terhakis dengan cepat, kelajuan memotong hendaklah dikurangkan. Kelajuan
menggerudi boleh dinaikkan sehingga ianya menunjukkan tanda – tanda berlakunya hakisan, kemudian kelajuannya
bolehlah dikurangkan sedikit dan meneruskan proses menggerudi.

32
33
DRILLING SPEEDS AND FEEDS

SPEED REVOLUTION PER MINUTE


CAST IRON STEEL BRASS
DIAMETER FEED PER
CARBON HIGH SPEED CARBON HIGH CARBON HIGH
OF DRILL REVOLUTION
STEEL STEEL STEEL SPEED STEEL SPEED
INCHES INCHES
DRILL DRILL DRILL STEEL DRILL STEEL
DRILL DRILL
¼ 535 1070 458 917 1528 3056 0.005
½ 268 535 229 458 764 1528 0.008
¾ 178 357 153 306 509 1018 0.010
1 134 267 115 229 382 764 0.012

Kelajuan tidak semestinya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebenarnya tidaklah semestinya mengikuti
peraturan atau ketetapan yang telah disediakan. Pengalaman dapat membantu menentukan kelajuan sesuatu mata
gerudi yang digunakan untuk menggerudi sesuatu bahan logam.
Logam lembut ( soft metal ) seperti tembaga ( brass ) dan aluminium boleh digerudi lebih laju jika dibandingkan
dengan menggerudi logam keras ( hard metals ).

FAKTOR KESELAMATAN YANG MESTI DIAMBILKIRA KETIKA MENGGERUDI.

1. Mata gerudi mestilah lebih keras dari logam yang hendak digerudi.
2. Untuk menggerudi lubang yang bersaiz besar, lubang bersaiz yang kecil hendaklah digerudi
terlebih dahulu.
3. Mata gerudi hendaklah diikat kuat pada “ drill chuck”
4. Bendakerja hendaklah diikat kuat pada ragum. ( perlbagai kaedah mengikat bagi perlbagai
rupabentuk bendakerja )

KAEDAH UNTUK MEMEGANG BENDAKERJA UNTUK MENGGERUDI

Memasang, melaras dan mengikat bendakerja pada mesin gerudi untuk menggerudi lubang dikenali sebagai “ setting
up “
Untuk mengelak bendakerja berputar bersama mata gerudi, pastikan bendakerja diikat dengan kuat pada mesin (
ragum mesin ). Sekiranya bendakerja itu berputar ketika proses menggerudi dijalankan kemungkinan mata gerudi akan
bengkok dan patah, bendakerja akan tercampak dan boleh mengakibatkan kecederaan kepada operator dan mesin.

Terdapat enam ( 6 ) jenis pengikat ( strap clamps ) iaitu :

a. plain clamp atau strap


b. U clamp
c. Goose neck clamp
d. Screw heel clamp
e. Finger clamp
f. Double finger clamp
Kesemua clamp ini digunakan untuk mengikat bendakerja.U clamp boleh dialihkan tanpa mengalih /
menanggalkan nat dari bolt. Goose neck clamp boleh digunakan dengan bolt yang lebih pendek dari clamp
yang lain.
Kadang kala bendakerja terlalu tinggi untuk di ikat secara biasa. Sekita ini berlaku, satu atau lebih lubang
akan digerudi di bahagian tepi bendakerja dan “ finger clamp “ akan digunakan pada lubang ini untuk mengikat
bendakerja pada meja kerja. Lain – lain alatan yang biasa digunakan adalah :

34
35
36
a. T – slot bolts : selalunya digunakan dengan “ strap clamp”. Ia juga boleh digunakan untuk mengikat ragum
mesin gerudi ( drill vise) kepada meja mesin gerudi. Kepala bolt dibuat supayta muat memasuki T – slot pada
meja tersebut.

b. C – clamp : yang berbentuk huruf C diukur dengan jarak yang paling besar ianya boleh dibuka deantara
rahang dan hujung skru. Terdapat dalam pelbagai saiz dan amat berguna apabila mengikat ( clamping )
bendakerja pada meja kerja mesin gerudi.

c. “ Parallel Clamp “ : juga di panggil “ toolmaker’s clam p atau machinist clamp “ boleh digunakan untuk
mengikat bendakerja pada mesin gerudi.

d. “ Jackscrew “ : atau “ planer jack “ dengan ketinggian dari 2 insi keatas. Ia boleh digunakan untuk
meratakan atau menyokong bendakerja yang berlainan bentuknya.

e. “ Step block “ : digunakan untuk menyokong dan menghalang satu hujung “ strap clamp “. Ini akan
meratakan pengikat supaya kedua – dua hujung berada pada ketinggian yang sama daripada meja.

f. “ Parallel “ : adalah helaian ( strip ) besi tuangan atau keluli dengan parallel yang bertentangan bahagian (
opposite side parallel ). Ianya dating berpasangan dan sama saiz. “ Parallel “ digunakan untuk meratakan
bendakerja. “ Parallel “ ditempatkan di bahagian bawah hujung sesuatu bendakerja.

g. Ragum gerudi ( drill vise ) : ragum gerudi di pasangkan / diikat pada meja kerja mesin dan bendakerja
akan diikat pada ragum gerudi ini.

h. Blok V ( V – blocks ) : mendapat nama daripa bentuknya ; V. Sudut V selalunya 90. Blok V digunakan
untuk memegang bendakerja bulat / silinder. Hendaklah diperolehi berpasangan supaya boleh ditempatkan di
kedua – dua hujung bendakerja yang panjang.

i. Plat bersudut ( angle plate ) : bendakerja adakalanya diikat pada plat bersudut atau dikenali sebagai “
toolmaker’s knee “ dimana ianya diikat pada meja kerja mesin.

MEMEGANG BENDAKERJA RATA


Bendakerja yang rata, seperti plat, boelh diikat pada meja kerja mesin seperti gambarajah. Penggunaan “C –
clamp” hendaklah diikat dibahagian kiri meja kerja mesin dan badan clamp hendaklah berada bahagian
dibelakang bendakerja. Mata gerudi boleh dielakkan dari menggerudi meja kerja mesin dengan
menempatkan sekeping papan di bahagian bawah bendakerja. Ada bendakerja yang rata boleh diikat
dengan menggunakan ragum gerudi.

MEMEGANG BENDAKERJA BULAT / SILINDER


Bendakerja yang berbentuk bulat / silinder seperti rod boleh di ikat dengan menggunakan blok V ( V blocks )

MEMEGANG BENDAKERJA YANG BERBENTUK PELIK ( ODD-SHAPED WORK )


Alat memegang khas diperlukan untukmmemegang atau mengikat bendakerja yang berbentuk pelik ( odd
shaped ). Ada bendakerja boleh diikat dengan menggunakan plat bersudut ( angle plate ), “ U – clamps “ dan
“ adjustable bolts “

37
SOALAN – SOALAN

1. Namakan jenis – jenis gerudi dan jelaskan secara ringkas fungsi – fungsinya.

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………(3MARKAH)
…………

2. Nyatakan jenis – jenis mata gerudi dan jelaskan secara ringkas kegunannya.

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………(4MARKAH)
………

3. Namakan mata gerudi berikut :

38
TAJUK : MENGELUARKAN “ STUD “ DAN “ TAP “ YANG PATAH
TUJUAN: KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN BAGAIMANA CARA UNTUK
MENGELUARKAN “ STUD “ DAN “ TAP “ YANG PATAH DENGAN BETUL SUPAYA MENDAPAT HASIL
KERJA YANG SEMPURNA.

PENERANGAN:

MENGELUARKAN PEMBENANG DALAM DAN STUD.

Mengeluarkan “ stud “ atau “ tap “ yang patah memerlukan pengetahuan dan kemahiran dari segi pemilihan
dan peralatan yang diperlukan dan tatacara operasi yang teratur dan selamat. Pelajar mesti berhati – hati
ketika melakukan operasi ini agar ianya tidak mengambil masa yang terlalu lama and kemungkinan akan
merosakkan lagi bendakerja serta untuk mengelakkan kemalangan atau kecederaan.

Kaedah yang biasa digunakan untuk mengeluarkan “ stud “ atau “ tap “ yang patah adalah seperti berikut :

1. dengan menggunakan penebuk pusat ( center punch )


2. dengan menggunakan pencabut “ stud ‘ dan “ tap “ – bebenang dalam ( ectractor broken tap )
3. dengan menggunakan pengali kidal ( easy cut )

KAEDAH 1 : Menggunakan Penebuk Pusat ( Center Punch )

Bagi kaedah ini, penanda pusat atau penebuk pusat ( center


punch ) ayai penebuk tanda ( prick punch ). Dua batang penebuk
digunakan bagi operasi ini.
Penebuk pusat di letakkan dibahagian tepi atas sesuatu
bebenang dan di ketuk pada arah pusingan untuk membuka “
tap “ tersebut. Untuk memudah dan mempercepakan operasi,
ianya boleh dilakukan oleh dua orang dengan mengetuk pada
dua kedudukan yang bertentangan tetapi arah pusingan yang
sama.

KAEDAH 2 : Menggunakan pencabut “ stud ‘ dan “ tap “ – bebenang dalam ( ectractor broken tap )

Kaedah ini agak mudah kerana menggunakan alat khas untuk


mengeluarkan “ tap “. Alat ini boleh dibuat sendiri dengan
menajamkam rod. Ia mempunyai tiga atau empat pin yang
digunakan dengan mengikut bikangan lurah yang terdapat pada “
tap “ tersebut. Pin dimasukkan dicelahan lurah “ tap “ dan
kemudian dipusingkan kearah pusingan keluar sesuatu “ tap “
tersebut.

39
KAEDAH 2 : Menggunakan pengali kidal ( ezy out )

Pengali kidal mempunyai empat jari. Jari - jari ini boleh dijalurkan ke dalam lubang / lurah untuk
mengeluarkan “ tap “ yang patah dan tertinggal di dalam lubang. Alat ini digunakan bersama – sama dengan
perengkoh. Cara menggunakan pengali kidal :

a. Jalurkan jari – jari kidal dan laraskan supaya berada dalam kedudukan yang stabil dan selamat.
b. Tolakkan relang supaya ianya terletak di atas permukaan lubang. Tujuannya adalah untuk
menyokong jari – jari.
c. Putarkan perengkoh kearah melawan arah pusingan jam dengan perlahan. Kemudian apabila
serpihan ini mula bergerak, putarkan ia kehadapan dan kebelakang berulang kali. Peringatan, jangan
mengasak untuk mengelak jari – jari daripada patah.

Ezy Out

“ Tap Extractor “

Sekiranya tap yang patah itu tidak mempunyai tempat untuk dipegang dengan playar, maka “ tap extractor “
boleh digunakan. “ Tap Extractor “ ini dipegang dengan spanar. Bahagian hujung keluli dimasukkan delalam “
tap “ yang patah melalui lurah yang ada sedalam yang mungkin dan dipegang tetap. “ Extractor “ ini
hendaklah diputar dengan berhati – hati agar tidak patah

Tap Extractor

40
RUJUKAN

Nama Pengarang : Fred Nicholson


Tahun : 1955
Tajuk Buku : Shop Theory
Tempat Diterbitkan : USA
Penerbit :
ISBN :
Nombor Mukasurat : 72 - 91

41

You might also like