You are on page 1of 4

Gergaji Besi Tangan ( Hand Hacksaw)

Tujuan : Di antara berbagai alat pemotong, gergaji tanganlah yang lazimnya digunakan bagi kerja-kerja
menggegas untuk memotong logam-logam kecil dan lain-lain. Kertas penerangan ini akan menerangkan
dengan lebih lanjut lagi mengenainya.

Jenis-Jenis Gergaji Tangan

Bahagian yang terdapat pada gergaji besi tangan ialah :

Sendi Boleh Laras


Bingkai
Hulu
Nat Kepak

Skru Renggang Mata Gergaji


Bingkai
Bingkai gergaji kuat dan teguh untuk memegang mata gergaji semasa ianya tegang dan terdapat dalam
berbagai bentuk. Terdapat dua jenis bingkai, iaitu bingkai tetap dan bingkai boleh laras. Bingkai tetap
hanya boleh memegang mata gergaji yang sama panjangnya. Sementara bingkai boleh laras boleh
memegang mata gergaji yang berlainan panjangnya kerana ia boleh dilaraskan mengikut panjang mata
gergaji tersebut.

Bingkai Boleh Laras Bingkai Tetap

Hulu
Hulu gergaji terdiri daripada berbagai-bagai jenis seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Terdapat
hulu berbentuk lurus dan hulu berbentuk pistol. Pemilihan hulu adalah bergantung kepada keselesaan
pengguna.

Nat Pelaras
Nat pelaras membolehkan mata gergaji yang panjangnya berlainan dipegang pada bingkai. Ketegangan
mata gergaji itu boleh dilaraskan dengan nat pelaras yang berkepak.

Mata Gergaji
Mata gergaji diperbuat daripada bahan seperti keluli berkarbon tinggi, keluli tahan lasak, keluli aloi
tungsten dan keluli aloi molybdenum. Pemilihan jenis mata gergaji yang bergantung pada kekerasan
logam yang hendak dipotong. Mata gergaji yang diperbuat daripada keluli tahan lasak lebih ekonomi
dan tidak cepat haus jika dibandingkan dengan jenis yang lain. Panjang mata gergaji ialah antara 255mm
hingga 300mm untuk gergaji besi tangan.
Bentuk dan Kuak Gigi

Pemilihan Bilah/mata gergaji berdasarkan ciri-ciri berikut :


 Panjang ( 250mm – 300mm)
 Lebar ( 13mm – 16mm)
 Tebal (0.03mm – 0.80mm)
 Pitch atau gigi dalam seinci ( TPI – Tech per inch)
 Panjang mata gergaji diukur dari jarak antara pusat lubang pada setiap lubangnya. Bentuk mata
gergaji yangterbuka sedikit dan berselang-seli kekiri dan kekanan adalah untuk memudahkan
habuk besi keluar dan mengelakkan mata daripada tersepit pada benda kerja.

Jadual dibawah adalah panduan am bagi memilih saiz mata gergaji yang disesuaikan mengikut jenis
bahan atau logam :

Bahan Bilangan gigi mata gergaji setiap 25.4 mm


Keluli lembut 18
Besi tuang dan besi alat 18
Loyang, tembaga dan besi paip 22
Loyang nipis ( kurang daripada 3mm tebal) 32
Jenis-Jenis Bilah Mata Gergaji Besi Tangan
Bilah gergaji tangan terdiri dari dua jenis yang keseluruhannya keras dan satu lagi jenis yang hanya
matanya sahaja yang dikeraskan.

a) Bilah mata keras


Bilah mata keras dibaut daripada keluli tahan lasak (high speed steel) dan digunakan
untuk memotong logam yang keras seperti keluli aloi.

b) Bilah mata melentur


Mata gergaji jenis melentur adalah baik digunakan untuk memotong dicelah yang sukar
dan sempit pada benda kerja. Ia juga amat sesuai digunakan oleh pekerja yang kurang
mahir mengendalikannya bagi mengelakkan mata gergaji patah.

Penjagaan Gergaji

Mata gergaji akan mudah patah jika sekiranya tidk diambil langkah-langkah penjagaan yang wajar. Untuk
itu perkara yang berikut harus diberi perhatian :

 Pilih mata gergaji yang jarak giginya sesuai untuk logam tertentu.
 Pasangkan mata gergaji dengan arah gigi yang tepat.
 Logam yang hendak dipotong mestilah dipegang pada ragum dengan betul.
 Ketegangan mata gergaji mestilah sesuai untuk jenis pemotongan.
 Gunakan mata gergaji bolehlentur pada bahagian yang rumit.
 Kelajuan pemotongan mestilah sesuai.
 Semasa mengergaji, tekanan pada benda kerja mestilah sesuai dengan jenis logam yang
digunakan samada logam keras atau logam lembut.

You might also like