You are on page 1of 31

KERJA MELARIK

9.1 BINAAN DAN FUNGSI MESIN PELARJ.K'/~


9.1.1 Fungsi Mesin Pelaridk" /'
Fungsi utama mesin pelarik ialah untuk memesin lilitan bahan-
bahan yang berbentuk silinder. Operasi-operasi lain yang boleh di-
jalankan dengan mesin pelarik ialah:
/1. Melarik penampang
2. Melarik penirusan
r 3. Mengulir
4. Menggerudi, menggerek dan melulas
5. Membuang segi
6. Memenggal.

.--1.1.2 Jenis Mesin Pelarik


Mesin pelarik boleh dikelaskan kepada tiga kategori:
1. Mesin pelarik jentera
2. Mesin pelarik pengeluaran
3. Mesin pelarik NC dan CNC.

1. Mesin Pelarik Jentera


Pelarik jenis ini digunakan dalam kerja-kerja kejuruteraan am. Ia
boleh dilengkapkan dengan aksesori tambahan untuk kerja-kerja
khas seperti melarik penirusan dan untuk kerja meneanai di mesin
pelarik. Pelarik jentera keeil yang boleh dipasang di atas bangku di-
kenali sebagai pelarik bangku. Satu lagi jenis pelarik jentera yang
digunakan untuk kerja-kerja jitu dikenali sebagai pelarik jenis Tool-
Room.

2. Mesin Pelarik Pengeluaran


Terdapat empat jenis mesin pelarik pengeluaran:
(a) Pelarik turret
(b) Pelarik Capstan
(c) Pelarik automatik
(d) Pelarik maksud khas.

155
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

(a) Pelsrik turret


Mesin pelarik jenis ini digunakan dalam bengkel kejuruteraan
pengeluaran yang memerlukan banyak komponen yang sarna
bentuk dan ukuran. Berbagai-bagai jenis alat pernotong boleh
dipegang pada satu alatan khas yang dipanggil turret. Turret
ini boleh dipusingkan dan mata alat yang sesuai itu diindeks
untuk melakukan operasi tertentu. Ini mernbolehkan kerja di-
lakukan dengan tidak terputus-putus untuk memasang atau
menanggalkan mata alat.

(b) Pelstik Capstan


Mesin pelarik jenis ini hampir sarna dengan mesin pelarik turret.
Perbezaannya ialah alatan turret itu dipasang pada satu lan-
dasan tambahan yang boleh bergerak bersendirian. Kelebihan-
nya yang lain ialah ulir boleh dipotong dengan menggunakan
kepala acuan.

(e) Pelsrik eutomstik


Mesin jenis ini boleh dikendalikan tanpa pengendali. Satu
susunan 'kerja yang lengkap boleh dilakukan dengan cara auto-
matik. Biasanya mesin jenis ini ada dua tiang mata alat. Satu
tiang di hadapan paksi benda kerja dan satu lagi di belakang
paksi benda kerja. Pada mesin separuh automatik, kerja me-
masuk dan mengeluarkan komponen dilakukan oleh seorang
pengendali.

Gambar foto 9.1 Mesin pelarik CNC.

156
KERJA MELARIK

(d) Pelarik msksud khas


Pelarik jenis ini direkabentuk khas supaya boleh melakukan
kerja-kerja khas sahaja. Pada asasnya benda kerja itu akan ber-
putar dan mata alat digerakkan seeara linear supaya pemotong-
an boleh dilakukan. Pelarik jenis ini digunakan untuk melarik
roda keretapi, melarik aksel dan melarik menegak (turret mene-
gak).

3. Pelarik NC-dan CNC


Mesin pelarik ini merupakan jenis mesin yang, terbaru sekali. Ia
menggunakan komputer yang boleh menjalankan operasi-operasi
dengan jitu dan ekonomi. Alatan turret bulat pada mesin jenis ini
membolehkan berbagai-bagai jenis mata alat itu dipasang dan di-
kendalikan,

9.1.3 Bahagian-bahagian Mesin Pelarik


Tiang mata Alatan
.l alat belakang

Alatan
hadapan --.....,c---=--~~

I •

Skru
pemandu

Apron Sela Aci penghantar


Landasan

Rajah 9.1 Bahagian-bahagian mesin pelarik.

Landasan
j Landasan mesin pelarik dibuat dengan besi tuang yang bermutu
tinggi. Bahagian-bahagian utama mesin seperti alatan hadapan,
kereta dan alatan belakang terletak di atas landasan. Terdapat dua
jenis bentuk landasan (Rajah 9.2). Mesin-mesin keeil dan sederhana
saiznya mempunyai landasan vee. Manakala mesin-mesin yang

157
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

besar yang melarik kerja-kerja berat mempunyai landasan rata.


Landasan mesin pelarik dibuat dengan jitu dan dikeraskan permu-
kaannya supaya boleh menahan haus .
./
~latan Hadapan
/
'Bahagian ini terletak di atas sebelah kiri landasan mesin pelarik.
Bahagian ini mengandungi takal atau rangkaian gear yang memu-
Landasan vee tarkan spindal utama. Alatan hadapan bergear lebih baik daripada
alatan hadapan bertakal kerana rangkaian kelajuan yang banyak
akan diperoleh. Alatan hadapan bertakal cuma memperoleh 6 hingga
8 rangkaian kelajuan dan apabila terkena minyak, takal akan terge-
lincir.

~latan
Belakang
/'bahagian ini terletak di atas sebelahkanan landasan. Bahagian ini
Landasan rata
( digunakan untuk menahan komponen-komponen yang panjang dan
tapaknya boleh dikunci di atas panjang landasan keseluruhan.
Rajah 9.2 Bentuk-bentuk Alatan belakang terdiri daripada dua bahagian utama. Tapak di-
landasan mesin pelarik. mesin supaya boleh duduk di atas landasan dengan tepat. Pada
badan alatan belakang terdapat satu spindal yang memperoleh pe-
nirusan dalam piawai Morse. Gerudi, pelulas dan alat-alat lain yang
bertangkai tirus boleh dipasang pada spindal tersebut (Rajah 9.3).

Rajah 9.3 Alat-alat yang boleh dipasanq pada alatan belakang.

158
-1
I
I

KERJA MELARIK

Kereta
Bahagian ini terdiri daripada sela, kekesot lintang dan kekesot ber-
gabung. Selanya berbentuk huruf H dan boleh bergerak di atas lan-
dasan. Apron dan kekesot lintang dipasang pada sela. Tiang mata
alat dipasang pada kekesot bergabung yang terletak di atas kekesot
lintang. Tapak kekesot bergabung boleh dikilas untuk memotong
penirusan yang pendek. Keseluruhan bahagian kereta dan kekesot
lintang boleh digerakkan secara automatik atau dengan tangan.
Hujung kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapkan
dengan relang yang ditanda dengan jitu supaya kedudukan mata
alat boleh dilaraskan dengan tepat.

Tiang Mata Atat

(a) .~)r (c) (d)


Rajah 9.4 Jenis-jenis tiang mata alat,

Fungsi tiang mata alat ialah untuk memegang mata pemotong


dengan sempurna supaya pemotongan boleh dijalankan. Terdapat
empat jenis tiang mata alat yang boleh dilihat dalam Rajah 9.4.
(a) Tisng mata alat Ameriks
Tiang mata alat jenis ini mudah dilaraskan dengan mata alate
Jumpelang yang terletak di atas pemegang itu boleh dilaraskan
supaya mata alat itu boleh dilaras dengan mudah. Tiang mata
alat ini menggunakan satu bolt pengikat sahaja dan ini boleh
menyebabkan mata itu terkeluar jika tidak diikat dengan kuat.

(Ii) Tisng mets alat indeks


Tiang jeriis ini boleh memegang empat jenis mata alat dengan
serentak dan dengan itu boleh dilakukan banyak jenis operasi
tanpa berhenti dan menukar mata alate Tiang mata alat ini boleh
diindeks kepada 12 kedudukan dengan melonggarkan gagang
dan memutar turret kepada kedudukan yang dikehendaki.
(c) Tisng mste alat tunggal
Tiang mata alat jenis ini cuma boleh memegang satu mata alat
sahaja dengan diikat oleh dua skru. Tiang mata alat ini .diguna-

159
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

kan pada mesin-mesin yang melakukan kerja-kerja berat. Tiang


ini juga boleh dilaraskan kepada mana-mana kedudukan dan
diikat dengan nat.

(d) Tisng mst« alat tuksr cepet


Tiang mata alat jenis ini digunakan pada mesin NC dan CNC
yang mesti menukarkan tiang mata alat dengan cepat dan tepat.
Cuma pemegang yang ada tanggam bajang sahaja boleh dipasang
pada tiang mata alat jenis ini.

Pesawat Penghantar

Spindal

Ai Gear
kelongsong
Alatan
hadapan

Skru
_pemandu

Kotak
F
gear
H

Rajah 9.5 Pesawat penghantar.

Rajah 9.5 menunjukkan satu siri rangkaian gear yang bermula /


dengan gear A yang dipasang pada hujung spindal utama alatan
hadapan. Gear B dan C ialah gear kelongsong yang digunakan untuk
menukar arah putaran skru pemandu at au apron. Gear F dan G di-
gunakan untuk menyambungkan gear penggerak D dan E dengan
gear pengikut H.
Lima komponen penting dalam pesawat penghantar dapat dilihat
dalam Gambar foto 9.2, iaitu:
(a) Rangkaian gear dari spindal utama ke kotak gear
(b) Kotak gear
(c) Skru pemandu
(d) Aci penghantar
(e) Apron.

160
l(ERJA MELARIK

Rangkaian
gear

Gambar foto 9.2 Komponen penting dalam pesawat penghantar.

. Rangkaian gear dari spindal utama menyambungkan gear peng-


gerak yang dipasang pada sebelah kotak gear. Dalam kotak gear
terdapat beberapa susunan gear yang boleh dipadankan supaya
mencapai kadar penghantaran yang tertentu. Biasanya, skru pe-
mandu rnempunyai benang acme dan meliputi sepanjang landasan
mesin, Skru pemandu digunakan untuk memotong ulir skru pada
mesin pelarik. Apabila skru pemandu yang berputar itu dicengkam
dengan nat belah dalam apron, kereta itu akan bergerak mengikut
jarak yang ·telah ditentukan dalam kotak gear.

9.1.4 Saiz Mesin Pelarik


Saiz mesin pelarik itu ditentukan dengan cara yang berikut (lihat
Rajah 9.6):
1. Hayunan
Hayunan ialah garis pusat besar sekali yang boleh dilarik tanpa
mengena landasan.
2. Panjang Landasan
Panjang landasan ialah ukuran linear panjang keseluruhan lan-
dasan.
3. Tlnggi Tetengah
Tinggi tetengah ialah jarak an tara paksi mesin dan landasan mesin.
4. Jarak antara Tetengah-tetengah
Jarak antara tetengah-tetengah ialah ukuran linear benda kerja
yang terpanjang yang boleh dipegang antara tetengah-tetengah.

161
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

Rajah 9.6

Mesin pelarik diperbuat dalam berbagai-bagai saiz. Hayunan


mesin pelarik yang dibuat ialah an tara 220 mm hingga 750 mm.
Jarak antara tetengah-tetengah ialah antara 450 mm hin.gga 3050
mm.

9.2 PEMEGANG BENDA KERJA


9.2.1 Jenis Alat Pemegang
Benda kerja boleh dipegang pada mesin pelarik dengan berbagai-
bagai cara dan jenis alat pemegang yang berlainan (Rajah 9.7), iaitu:

I. Cuk tiga rahang


2. Cuk empat rahang
3. Antara dua tetengah
4. Cuk kolet
5. Piring permukaan
6. Mandrel.

1. Cuk Tiga Rahang


Cuk tiga rahang (Rajah 9.8) digunakan untuk memegang bahan-
bahan yang bulat sahaja. Rahang-rahang <;Ii cuk ini dikuasai oleh
gear tirus yang digerakkan oleh ulir tataltscroll). Dua set rahang di-
bekalkan untuk set.iapcuk kerana bentuk ulir tatal tidak memboleh-
kan rahang itu diterbalikkan. Apabila benda kerja dikunci di dalam
cuk ini, ketiga-tiga rahang akan bergerak sekata dan memusatkan
benda kerja.

162
KERJA MELARIK

Cuk
tiga
rahang

Cuk
empat
rahang

Antara
dua
tetengah

Cuk
kolet

Piring
permukaan

--+~~ --+f-II.f-----I- ~--J._ Man drei

Rajah 9.7 Jenis-jenis alat pemegang pada mesin pelarik.

Set
tambahan

Ulir tatal
Gear
tirus

Rajah 9.8 Cuk tiga rahang.

163
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

2. Cuk Empat Rahang


Cuk empat rahang (Rajah 9.9) boleh digunakan untuk memegang
benda kerja yang bulat, persegi atau bentuk yang tidak sama
rupanya. Setiap rahang cuk ini bergerak bebas dan boleh juga diter-
balikkan. Pada muka cuk ini terdapat lengkung-Iengkung sepusat
yang boleh digunakan sebagai panduan untuk memusatkan benda
kerja. Cuk empat rahang lebih kukuh dan komponen-komponen
yang telah dimesin terlebih awal dahulu boleh dilaraskan kembali
dengan lebih jitu.

Rahang

Lengkung
sepusat

Skru
rahang

Rajah 9.9 Cuk empat rahang.

3. Antara Dua Tetengah


Kebanyakan kerja melarik boleh dilakukan an tara dua tetengah.
Kelebihan cara ini ialah benda kerja boleh ditanggalkan dan kemu-
dian diletakkan kembali tanpa pelarasan lagi. Dengan cara ini juga
komponen-komponen yang panjang boleh dilarik dengan bantuan
sangga tetap atau sangga bergerak. Tetengah yang dipasang di spin-
dal alatan hadapan dikenali sebagai tetengah hidup dan tetengah
yang dipasang pada .spindal alatan belakang dikenali sebagai te-
tengah mati. Rajah 9.10 menunjukkan jenis-jenis tetengah dan ke-
gunaannya manakala Rajah 9.11 menunjukkan jenis-jenis pengapit
benda kerja. Kejituan benda kerja yang dilarik an tara dua tetengah
bergantung pada lubang gerudi pusat yang digerudi di kedua-dua
permukaan benda kerja itu. Rajah 9.12 menunjukkan gerudi pusat,
manakala Rajah 9.13 menunjukkan kedudukan tetengah pada
lubang gerudi pusat yang telah digerudi dengan betul dan salah.

9.2.2 Muncung Spindal Utama


Jenis muncung spindal utama mesin amatlah penting pada sebuah
mesin pelarik. Semasa hendak memesan cuk atau alat tambah yang
akan dipasang pada spindal utama, perlulah disebutkan jenis mun-

164
KERJA MELARIK

1. Tetengah biasa ~--3 Untuk kegunaan am

(a)

2. Tetengah separuh 4----3 Untuk kegunaan melarik penampung

(b)

3. Tetengah karbida ~_. ]- Untuk kerja-kerja berat. Poin dibuat daripada bahan karbida

(c)

4. Tetengah bulat
~---3- Untuk kegunaan melarik penirusan di antara tetengah-
tetengah

(d)

5. Tetengah paip -f8l-----=a--- Untuk menyokong benda kerja berlubang seperti paip.

(e)

Untuk kegunaan yang membolehkan kerja-kerja berat


6. Tetengah berputar digunakan pada PPM yang laju

(f)

Rajah 9.10 Jenis-jenis tetengah dan kegunaannya.

Rajah 9.11 Jenis-jenis pengapit benda kerja.

165
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

Rajah 9.12 Gerudi pusat.

(b) Salah (c) Salah

Rajah 9.13 Kedudukan tetengah pada lubang gerudi pusat.

cung spindal utama. Berikut ialah empat jenis muncung spindal


utama yang dapat dilihat dalam Rajah 9.14:
(a) Muncung jenis Amerika
(b) Muncung jenis berulir
(c) Muncung jenis Kam-Lock
(d) Muncung jenis kolet.

,J
I-"T
I'
I'

~.\\
1, _
Ii

;I !i ro'--.r
~
~ j---
11 _
I I
I I
~J

(a) Jenis Amerika (c) Jenis berulir

(b) Jenis Kam-Iock (d) Jenis kolet

Rajah 9.14 Jenis-jenis muncung spindal.

166
KERJA MELARIK

MAlA ALAT DAN PEMEGANG MAlA ALAT


9.3.1 Bahan Mata Alat
Pemilihan bahan mata alat amat penting untuk memesin satu-satu
benda kerja. Faktor-faktor yang berikut mesti diberi perhatian apa-
bila memilih bahan mata alate
1. Bahan mata alat mestilah lebih keras daripada bahan yang
dilarik.
2. Ekonomi dan tahan lama.
3. Bersesuaian untuk jenis operasi yang dilakukan.

9.3.2 Jenis Bahan Mata Alat


Berikut ialah jenis bahan yang sering digunakan:

1. Keluli Berkarbon Tinggi


Bahan-mata alat jenis ini mengandungi karbon antara 0.9% hingga
1.2%. Ia mudah terbakar dan kehilangan kekerasan apabila meng-
gunakan kelajuan yang tinggi. Mata alat keluli berkarbon murah,
mudah dibentuk dan boleh digunakan untuk melarik bahan-bahan
yang lembut.

2. Keluli Tahan Lasak


Mata alat keluli tahan lasak terdiri daripada campuran ·18°~ tung-
sten, 4% kromium, 1% vanadium dan 0.6% -0.8% karbon. Keluli
ini digunakan untuk kerja-kerja melarik dan dalam pembuatan mata
pengisar. Ia boleh menahan suhu yang lebih tinggi dan tidak mudah
retak jika dibandingkan dengan bahan mata alat yang lain. Kelaju-
an pemotongannya ialah hampir tiga kali ganda daripada keluli
karbon tinggi. Jadual 9.2 menunjukkan kelajuan pemotongan bagi
mata alat keluli tahan lasak yang boleh digunakan untuk melarik
beberapa jenis bahan atau logam.

3. Pancalogam Tuang Tanpa Besi


Bahan mata alat jenis ini mengandungi 25% hingga 35% kromium,
hampir 25°~ tungsten, 2% karbon dan bakinya ialah bahan pengikat
kobalt. Stellite, Tantung dan Rexalloys ialah nama tanda perniaga-
an yang mengandungi campuran-campuran tersebut. Kelajuan
pemotongannya ialah hampir tiga kali ganda keluli tahan lasak.
Pancalogam ini mudah rapuh dan tidak kuat seperti keluli tahan
lasak tetapi ia lebih keras dan dapat menahan kehausan mata alat
semasa digunakan pada suhu yang tinggi.

4. Karbida
Bahan mata alat karbida mengandungi 82% tungsten karbida, 10%
titanium dan tantalum dan 8% bahan pengikat kobalt. Mata alat
jenis ini terlalu rapuh kerana itu ia mesti digunakan sebagai mata

167
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

alat tumpang. Ia dikimpal atau dilekat pada batang-batang keluli


karbon. Kelajuan pemotongannya ialah 3 atau 4 kali ganda keluli
tahan lasak.

5. Seramik
Bahan ini ialah campuran aluminium oksida dan titanium. Ia juga
digunakan sebagai mata alat tumpang. Bahan ini digunakan untuk
memesin bahan yang lebih keras kerana jenis mata alat yang lain
cepat haus semasa dimesin. Kelajuan pemotongan ialah hampir dua
kali ganda bahan karbida. Ia tahan lebih lama dan dapat menghasil-
kan penyudahan yang baik.

6. Intan
Ia boleh digunakan pada kadar kelajuan yang tinggi. Ia juga me-
rupakan jenis yang paling keras dan boleh memesin bahan-bahar
yang terlalu keras. Ada dua jenis intan iaitu intan asli dan intan tiru-
an. Kebanyakan intan yang digunakan dalam bengkel ialah intar
tiruan. Ia harus digunakan dengan cermat kerana kosnya dan is
mudah rapuh apabila menerima hentakan kuat. Kelajuan pemo-
tongannya ialah 2 hingga 10 kali ganda bahan-bahan yang lain. I,
boleh memotong sehingga kehalusan 0.005 mm - 0.002 mm.

~ "> \ 9.3.3 Jenis Mata Alat


~ ...... Pemilihan mata alat yang tepat untuk satu-satu operasi yang akar
dilakukan oleh pengendali mesin amatlah penting. Penggunaan san
<:.:-::~.~~-<:: :/:. ::': -.<.:.: i.: :'.'::}<9 bentuk atau jenis mata alat untuk melakukan semua jenis operas:
tidak akan menghasilkan kerja yang jitu, licin dan memuaskan
G' "': .:,: :;' .,-:,' .:. .
.;~. :~'~':.~ ~~\ Pada peringkat awal seorang pelatih digalakkan menggunakar
bentuk mata alat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.15. Rajal
9.16 menunjukkan berbagai-bagai jenis bentuk mata alat yang die
Rajah 9.15 Bentuk rnata alat yang
gunakan untuk operasi-operasi tertentu.
digunakan pada peringkat latihan.
Rajah 9.17 menunjukkan sudut-sudut penting yang terdapai
pada jenis mata alat melarik kasar. Sudut-sudut itu dicanai kepada
mata alat supaya larikan boleh dilakukan dengan sempurna.

1. Sudut Sadak Atas


Sudut ini curam seperti dalam rajah. Besarnya sudut sadak atas ber-
gantung pada jenis bahan yang dipotong. Jika bahan yang dilarik
itu lembut maka sudut sadak atas itu besar. Jika bahan itu terlam-
pau keras sudut itu dicanai ke hadapan dan ini dikenali sebagai
sudut sadak negatif.

2. Sudut Sadak Tepi


Sudut ini dicanai pada satu-satu mata alat supaya mata alat itu
boleh masuk ke dalam bahan yang dipotong itu. Saiz sudut ini pun

168
KERJA MELARIK

Rajah 9.16 .Jenis-jenls bentuk rnata alat.

Sudut sadak
Sudut1-
atas
Sa~ak~
tepi \ U
J~
~':ffIIh~~44-- ~- .._"'-J
_ ""'---"- Sudut
sadak Pandangan sisi

J:--',7 (
tepi Sudut Sudut sadak atas
telusan
Sudut telusan tepi
tepi

Sudut
telusan
hadapan

. Rajah 9.17 Jenis-jenis sudut pada mata alat,


t,fl?+r~1
169 -J ...,.,....J
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

bergantung pada kekerasan logam yang dilarik. Biasanya sudut


sadak atas dan sudut sadak tepi dicanai serentak. Kedua-dua sudut
ini juga membolehkan serpihan keluar dengan mudah.

3. Sudut Telusan Tepi


Besarnya sudut telusan tepi bergantung pada dua faktor, iaitu kadar
hantaran pemotongan dan kekerasan bahan yang dipotong. Jika
kadar hantaran itu banyak dan logam yang dilarik itu lembut, sudut
telusan tepi itu mestilah lebih.

4. Sudut Telusan Hadapan


Sudut telusan hadapan bersama-sama dengan sudut sadak atas me-
nentukan kekuatan hujung pemotong. Sudut ini dicanai untuk
mengelakkan gelinciran apabila melarik satu-satu silinder. Jika
sudut ini terlebih, poin atau hujung pemotong akan menjadi lemah
dam mudah patah.

Jadual 9.1 Sudut-sudut pada berbagai-bagai jenis bahan mata alat

Sudot Sudut Telusan Telusan


sadak sadak badapan tepi
.(;
ataS tepi

Keluli lembut 15° 15° 8° 6°

Kuprum 20° 10° 5° 5°

Besi tuang o- negatif 8° 8° 8°

Loyang 0-2° 5° 5° 6°

Aluminium 30° 15° 10° 8°

Rajah 9.18 menunjukkan kesan kedudukan mata alat dan sudut-


sudutnya apabila dipegang pada tiang mata alat dengan cara yang
betul dan salah.
9.3.4 Jenis Pemegang Mata Alat
Mata alat boleh dipegang dengan dua cara pada mesin pelarik. Satu
cara ialah mata alat itu terus dipegang pada'tiang mata alat dan cara
lain ialah mata alat itu dimasukkan ke dalam pemegang dan seterus-
nya pemegang itu dipegang pada tiang mata alate Gambar foto 9.3
menunjukkan tiga jenis pemegang mata alat yang menggunakan
cara kedua.
1. Pemegang Ofset Kiri
Jenis pemegang ini digunakan apabila hendak memesin hampir
dengan cuk atau alatan hadapan operasi seperti melarik penampang
dan melarik dari kanan ke kiri.

170
KERJA MELARIK

('J, = 0
y = terlalu besar

a ~ 0
y = terlalu besar

IX, a = sudut telusan


f1= sudut pemotong
(a) Betul (b) Salah y = sudut sadak atas
Rajah 9.18 Kesan kedudukan mata alat dan sudut-sudutnya.

(a) Ofset kanan

(b) Lurus

(c). Ofset kiri


Gambar foto 9.3 Jenis pemegang mata alat

171
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

2. Pemegang Lurus
Jenis ini boleh digunakan apabila melarik kedua-dua arah. Peme-
gang lurus digunakan sebagai pemegang kegunaan am.

3. Pemegang Ofset Kanan


Pemegang jenis ini direkabentuk supaya ia membolehkan mata alat
melarik, memotong hampir dengan alatan belakang. Pemegang ini
juga boleh digunakan untuk melarik dari kiri ke kanan.
Ketiga-tiga jenis pemegang yang berikut yang menggunakan cara

o
kedua mempunyai alur berbentuk persegi yang membolehkan mata
alat bersaiz 5 mm persegi hingga 20 mm dimasukkan ke dalamnya.
0 0
Alur persegi itu mempunyai sudut 15 hingga 20 dan ini memberi-
kan sudut sadak atas yang cukup pada mata alat keluli tahan lasak
supaya larikan boleh dilakukan dengan memuaskan.
1. Pemegang Karbida
Dua jenis pemegang karbida ditunjukkan d~lam Gambar foto 9.4.
Pemegang jenis ini dibuat dalam bentuk dan saiz yang berlainan
supaya dapat menampung tiap-tiap karbida yang ada dalam pasar-
an. Rajah 9.19 menunjukkan beraneka bentuk tip karbida.
Rajah 9.19 Bentuk-bentuk tip ,
karbida.

(a)

{
(a) Lurus

(b)Ofset kanan
(b)

(c) Ofset kiri

172
KERJA MELARIK

3. Pemegang Mata Alat Menggerek


Gambar foto 9.5 menunjukkan tiga jenis alat penggerek lubang.
Jenis (a) digunakan untuk memegang mata alat penggerek jenis
padu. Jenis (b) dan (c) itu berbentuk silinder dan berlubang di hujung-
nya bagi memasukkan mata alate

(a)

(b)

(c)

Gambar foto 9.5 Pemegang mata alat menggo.rek lubang.

9.3.5 Kelajuan Pemotongan


Kelajuan pemotongan ialah kadar keluaran muka lilitan bahan
yang diukur dalam ukuran meter apabila pemotongan dibuat dalam
satu minit. Ia boleh disebutkan, contohnya 30 meter untuk satu
minit bermakna kelajuan spindal diset pada satu kelajuan yang ter-
tentu dengan panjang muka lilitan yang dikeluarkan dalam masa se-
minit ialah 30 meter. Oleh 'itu, kelajuan pemotongan dinyatakan
dalam meter per minit.
Kelajuan spindal disebut putaran per minit (PPM), iaitu jumlah
putaran yang perlu dibuat oleh mata alat dalam masa satu minit.
Untuk setiap bahan yang berbeza, kelajuan pemotongannya juga
berlainan (Jadual 9.2). Begitu juga, kelajuan pemotongan (KP)
tidak sarna dengan putaran per minit (PPM).
I
I
!

173 (
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

Jadual 9.2 Kelajuan pemotongan (meter/minit) bagi mata alat keluli tahan lasak
\ ' ......; . . . . ,..
Miladk Melarik., Melllbenanl
kilsat balDs

Keluli karbon rendah 27 30 11


Besi tuang 18 24 8
Aluminium 61 93 18
Gangsa 27 30 8
Loyang 58 80 16
Kuprum 48 65 12

Jika kelajuan kederasan pemotongan terlalu tinggi mata alat


akan cepat haus dan perlu diasah semula. Jika kelajuan pemotongan
terlalu rendah, ini akan membazir masa dan merugikan dari segi kos
keseluruhan.
Apakah pula kaitan PPM dengan garis pusat mata alat? Pada
amnya, untuk mata alat yang kecil garis pusatnya memerlukan PPM
yang tinggi berbanding dengan mata alat yang lebih besar garis
pusatnya. Sebagai contoh, bagi mata alat yang bergaris pusat 25 mm,
kelajuan pemotongan bahan 15 meter per minit memerlukan putaran
spindal 190 PPM sedangkan bagi mata alat yang bergaris pusat 75
mm hanya memerlukan 65 PPM sahaja.

Untuk menghitung kelajuan pemotongan


nDN n x D x PPM
KP = 1000 = 1000
dengan
KP = Kelajuan pemotongan
n = 3.142 atau 22/7
D = Garis pusat
N = Jumlah putaran per minit

Cari PPM yang sesuai untuk melarik satu silinder yang mempunyai
garis pusat 50 mm. KP bahan yang dilarik ialah 30 meter/minit.
KP x 1000
PPM
nD
30 x 1000
3.142 x 50
= 191
Jika PPM 191 tidak terdapat pada mesin, pilih PPM yang paling
dekat dengan PPM yang telah dikira.

174
KERJA MELARIK

Faktor yang Menentukan PPM


(a) Bahan yang hendak dilarik
PPM yang tinggi digunakan untuk melarik bahan lembut seperti
loyang, aluminium dan kuprum manakala PPM yang rendah
digunakan untuk melarik bahan keras seperti besi tuang dan
keluli karbon tinggi.
(b) Jenis bahan mete alat yang digunakan
PPM yang tinggi digunakan untuk bahan mata alat yang lebih
keras seperti karbida yang mempunyai kederasan pemotongan 3
atau 4 kali ganda keluli tahan lasak.
(e) Kadar hsntsren dan dslsm pemotongan
Jika kadar hantaran dan dalam pemotongan banyak, PPM mesti
dikurangkan supaya beban dikurangkan di atas mata alat dan
mesin,
(d) Jenis operssi yang dilakukan
1/2 atau 1/3 PPM yang biasa digunakan harus digunakan untuk
melakukan operasi-operasi seperti mengulir, membunga dan
melarik sipi.
(e) Keadaan mesin yang digunakan
Mesin-mesin lama tidak begitu tegap lagi dan oleh sebab itu
PPM yang digunakan harus dikurangkan sedikit.
Faktor yang Menentukan Pemilihan Kelajuan Pemotongan
1. Jenis benda kerja, misalnya keluli lembut, keluli alat aluminium
dan bahan-bahan lain. Benda kerja yang keras dan teguh memer-
lukan kelajuan yang lebih rendah daripada keluli lembut dan
mulur.
2. Bahan mata alat yang digunakan, misalnya keluli berkarbon, ke-
luli tahan lasak, karbida terikat dan lain-lain. Mata alat yang di-
perbuat daripada karbida terikat memerlukan kelajuan yang lebih
tinggi.
3. Garis pusat yang dikehendaki.
5. Dalam pemotongan.
6. Ketegapan mesin dan pemasangan benda kerja.

9.3.6 Dalam Pemotongan dan Kadar Hantaran


Hantaran
Hantaran ialah perubahan jarak yang dihasilkan oleh mata alat
apabila benda kerja berputar sekali. Kadar hantaran bergantung
pada jenis larikan. Hantaran cepat dicadangkan untuk larikan
kasar dan hantaran perlahan untuk larikan penyudahan. Jika kadar
hantaran yang dipilih ialah 0.5 mm untuk melarik benda kerja yang
panjangnya 50 mm, maka benda kerja akan berputar 500 kali untuk
mata alat mara keseluruhan panjang benda kerja.

175

r
r

TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

¢50

l
2mm

Dalam
Bahan yang dilarik .! pemotongan
dalam satu pusingan
benda kerja

Rajah 9.21 Penentuan datarn pemotonqan dan kadar hantaran.


. I

Dalam Pemotongan
Dalam pemotongan ialah jarak yang dimara oleh mata alat menuju
ke paksi benda kerja. Untuk melarik sebuah silinder bergaris pusat
50 mm, jika dalam pemotongannya ialah 2 mm, hasil dari larikan
tersebut akan mengurangkan garis pusat tersebut sebanyak 4· mm
menjadi 46 mm.
Pelarikan kasar dalam pemotongan adalah lebih jika dibanding-
kan dengan pelarikan penyudahan. Berapa banyak dalam pemo-
t.ongan bergantung pada faktor-faktor yang berikut:
1. Keadaan mesin
2. Jenis dan bentuk mata alat
3. Kaedah benda kerja dipegang
4. Kadar hantaran. ~
. ., I.
9.4 ~KERJA MELARIK . -
9.4.1 Cara Melarik
Melarik Penampang
Melarik penampang merupakan operasi yang pertama sekali di-
lakukan pada satu-satu komponen atau benda kerja semasa melarik
di mesin pelarik. Operasi ini boleh dilakukan dengan dua cara se- •
perti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.22. Cara (a) dilakukan apa-
bila memegang benda kerja di cuk, Cara (b) dilakukan apabila benda
kerja dipegang di antara tetengah-tetengah. Melarik penampang
bertujuan untuk:
1. Melicinkan permukaan benda kerja.
2. Memesin benda kerja mengikut panjang yang diperlukan.
3. Memastikan permukaan itu bersudut tegak dengan paksi mesin.

176
,
"'~JI,- - - - - - - - _

i
!

KERJA ¥ELARIK

(b)
(a)

Rajah 9.22 Cara melarik penampang.

Kedudukan mata alat mestilah tepat pada paksi mesin semasa


melarik penampang. Jika tidak keadaan seperti dalam Rajah 9.23
akan berlaku.
Melarik Selari
Melarik selari ialah operasi menggerakkan mata alat itu selari
dengan paksi mesin pelarik dengan tujuan menghasilkan satu silin-
der yang tepat kepada saiz yang diperlukan (Rajah 9.24).
Rajah 9.23 Kedudukan yang
salah semasa melarik penampang .

.. -t·

...--
.
Rajah 9.24 Cara melarik selari.

Sebeluin melarik selari an tara tetengah-tetengah, kedudukan


paksi mesin itu mestilah dipastikan dahulu supaja selari dengan
mata alate Ini dilakukan dengan menguji kedudukaritetengah hidup
dan tetengah mati. Setelah melarik selari, ukur kedua-dua hujung
silinder. Jika kedudukan alatan belakang paksi sama dengan spin-
dal utama mesin, kedua-dua garis pusat itu akan berukuran sama.
Garis pusat silinder yang dilarik itu perlu dilarik dua atau tiga
kali sahaja untuk mendapatkan saiz yang dikehendaki, iaitu satu
atau dua larikan kasar dan satu larikan penyudahan.

Melarik Bahu
Melarik bahu dilakukan untuk mencantumkan bahagian-bahagian
benda kerja yang berlainan. Terdapat tiga jenis melarik bahu iaitu
bahu persegi, bahu bersudut dan bahu berkambi (Rajah 9.25). Bahu
bersudut dan bahu berkambi memperkuatkan bahagian benda kerja
tersebut. Selain itu bahu-bahu tersebut memperkemaskan rupa
benda kerja dan menghasilkan kedua-dua hujung yang tidak tajam.
Ini boleh mengelakkan tangan daripada tercedera.

177
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

(a) Banu persegi (b) Bahu bersudut (c) Bahu berkambi

Rajah 9.25 Cara melarik bahu.

Membuang Segi
Membuang segi ialah operasi meniruskan bahu-bahu atau tepi-tepi
silinder (Rajah 9.26). Tirusan ini pendek dan ia dilakukan dengan
mata alat yang telah dicanai pada sudut penirusan yang dikehen-
0 0 0
daki. Sudut-sudut tirus buang segi biasanya ialah 30 45 dan 60
, •

Membuang segi bertujuan supaya benda kerja kelihatan cantik dan


hujungnya tidak akan mencederakan tangan pengendali mesin.

Rajah 9.26 Cara membuang segi. Melarik Lurah


Rajah 9.27 menunjukkan tiga jenis lurah yang boleh dilarik.

(a) Lurah persegi (b) Lurah bulat


A
(c) Lurah

Rajah 9.27 Cara melarik lurah.

(a) Larsh bentuk persegi


Lurah tersebut dilarik supaya ulir yang dipotong di atas bahu
yang berhampiran boleh disudahkan dengan kemas dan tepat.
Jika dipotong pada bahu persegi, pemasangan jodohnya itu
adalah lebih tepat.

(b) Lurah bentuk bulal


Melarik lurah bentuk bulat bertujuan mengelakkan ketajaman
yang berlaku seperti di tepi lurah bentuk persegi. Selain itu, ia
mempunyai daya ketahanan yang lebih terhadap terikan ber-
banding dengan melarik lurah-Iurah yang lain.

178
KERJA MELARIK

(c) Lurah bentuk vee


Lurah ini biasanya terdapat pada takal, Bentuk vee rnengurang-
kan gelinciran yang rnungkin berlaku sernasa takal berputar.

Memenggal
Operasi ini dilakukan dengan tujuan rnernenggal bahan-bahan ber-
lebihan daripada benda kerja. Selain itu rnata alat ini juga boleh di-
gunakan untuk memotong lurah persegi dan rnernbentuk bahu per-
segi. Terdapat tiga jenis rnata alat rnernenggal (Rajah 9.28).

(a) Jenis pepejal yang ditempa (b) Jenis mata tumpang

t---~
(c) Jenis mata alat istimewa

Rajah 9.28 Jenis mata alat memenggal.

Mata alat jenis pepejal yang diternpa dan jenis istirnewa biasanya Rajah 9.29 Cara mata alat
digunakan untuk rnernenggal bahan-bahan yang bergaris pusat memenggal digunakan.
besar. Mata alat jenis rnata turnpang digunakan apabila kedua-dua
yang lain itu tidak diperoleh. Rajah 9.29 rnenunjukkan satu cara
rnata alat rnernenggal digunakan. Mata alat rnernenggal rnudah
patah kerana ia nipis dan tekanan terhadapnya pun berate Perlulah Contoh Contoh
berhati-hati sernasa rnenggunakan rnata alat ini. Jangan rnernenggal potonqan potonqan
apa bil
1a
ben d a kerja
. ItU
. diipegang di1 antara tetenga h -tetenga h • .mtan kasar
gansan lurus
_
kerana ini akan rnenyebabkan rnata alat itu diserap ke dalarn benda 14, pic ulir
kerja dan patah.
~ sederhana _
. , . 21, pic ulir
9.4.2 Membunga
Terdapat dua jenis corak bunga. Rajah 9.30 menunjukkan dua jenis _ 33~~i~s ulir _
corak bunga dan tiga tingkat corak bunga. Mernbunga ialah satu
proses pernbentukan corak bunga intan at au lurus pada sebatang Rajah 9.30 Jenis corak bunga.

179
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

silinder. Ia bertujuan supaya bahagian yang telah dibunga itu mem-


beri pegangan yang tetap (tidak licin). Alat pengukur dan tolok
batasan merupakan contoh yang mempunyai bunga. Kasar halus-
nya bunga itu bergantung pada saiz garis pusat silinder yang perlu
dibungakan.
Rajah 9.31 menunjukkan tiga jenis alat membunga. Jenis (a)
mempunyai satu jenis bentuk bunga sahaja dan digunakan pada
logam yang lembut. Alat membunga jenis (a) dikendalikan dengan
tangan sahaja manakala jenis (b) dan (c) digunakan pada mesin pe-
larik. Jenis (b) mempunyai sepasang roda sahaja dan dikenali se-
bagai alat membunga jenis sendi buku [ari. Jenis (c) mempunyai
kepala berputar yang mengandungi tiga pasang roda iaitu, halus,
sederhana dan kasar.

(b)

Bahagian yang dibungakan

Bunga

Mata alat membunga ~

Alat membunga
(c)

Rajah 9.31 Jenis mata alat membunga .

......~-+-- Tiang mata alat


Rajah 9.32 menunjukkan bagaimana operasi membunga dilaku-
kan di mesin pelarik. Perkara-perkara yang berikut mestilah diberi
perhatian jika hendak menghasilkan corak bunga yang cantik.
1. Pilih jenis corak dan kasar halus corak bersesuaian dengan jenis
kerja dan saiz garis pusat benda kerja.
2. Pilih roda yang bersih dan tajam.
Rajah 9.32 Cara membunga 3. Pemegang mestilah bersudut tegak dengan paksi benda kerja.
di mesin melarik. 4. Muka bunga itu mestilah selari dengan paksi benda kerja.

180
KERJA MELARIK

5. Kedudukan roda mestilah sama paksi dengan benda kerja.


6. Hidupkan mesin dan ambil potongan contoh. Jika bentuk bunga
itu cantik teruskan operasi.
7 Gunakan bendalir pemotong supaya dapat mengurangkan ge-
seran dan tatal boleh keluar dengan lebih mudah.

9.4.3 Tirusan
Penirusan ialah satu aspek penting dalam kerja-kerja pemasangan.
Broda kerja berbentuk silinder dan tirus digunakan untuk pema-
sangan yang cepat dan tepat dan kemudian boleh diceraikan kem-
bali dengan mudah. Kebanyakan alat pada mesin gerudi, mesin pe-
larik dan mesin pengisar menggunakan prinsip ini. Pemasangan se-
cara tirus ini memusatkan dan menggerakkan mata alat melalui
penahanan geseran.
Dalam unit ini akan disentuh tiga aspek penirusan sahaja:
1. Spesifikasi tirus
2. Proses memotong sudut
3. Piawai penirusan Morse.

1. Spesifikasi Tirus
Nilai sudut tirus boleh dinyatakan dengan dua cara, iaitu:
(a) Sudut kandung
(b) Separuh sudut kandung.
Berdasarkan Rajah 9.33, formula sudut penirusan dapat diperoleh.

o --+---- - - --- -1------


------------ ---

Rajah 9.33

Formula
Untuk menghitung sudut penirusan
D-d
--- = Tan e
2p
dengan D = Garis pusat besar penirusan
d = Garis pusat kecil penirusan

181
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

p = Panjang penirusan
f) = Separuh sudut kandung
a = Sudut kandung
Contoh 9.2
Dengan butir-butir yang berikut:
Garis pusat besar = 30 mm
Garis pusat kecil = 15 mm
Panjang penirusan = 25 mm
cari sudut untuk melarik penirusan pada satu benda kerja.
D-d
Tan () = 2p

30 - 15 15
Tan f) = 2 x 25 50
Tan f) = 0.3
f) = 16° 45'
Apabila penirusan ini dipotong pada mesin pelarik, kekesot ber-
gabung mestilah dikilaskan kepada separuh sudut kandung. Rajah
9.34 menunjukkan tiga cara penirusan dilarik dengan menggunakan
kekesot bergabung.

2. Proses Memotong Sudut


Kekesot bergabung boleh digunakan untuk memotong penirusan
luar dan dalam. Tetapi panjang penirusan yang boleh dipotong itu
terhad, iaitu panjang had gerakan kekesot bergabung. Dengan cara
ini penirusan yang tajam boleh dilarik dengan cepat dan mudah.

3. Piawai Penirusan Morse


Terdapat berbagai-bagai saiz piawai penirusan Morse. Ia bermula
dari angka 0 hingga angka 7. Sudut penirusan piawai ini ialah 3°
sudut kandung. Penirusan pada sekaki panjang ialah 5/8 inci. Ke-
banyakan tangkai-tangkai tirus batang gerudi mengandungi peni-
rusan jenis ini. Manakala spindal utama mesin pelarik, spindal
alatan belakang dan spindal mesin gerudi memperoleh penirusan
jenis Morse.

9.4.4 Menggerek di Mesin Pelarik


Menggerek ialah operasi membesarkan lubang yang telah digerudi
terlebih dahulu. Dengan menggerek lubang yang digerudi, lubang
itu boleh diluaskan kepada satu saiz yang tertentu dengan tepat dan
licin. Untuk rrrenghasilkan satu lubang yang tepat dan licin, lubang
yang digerak itu kemudian dilulas dengan pelulas.

182
KERJA MELARIK

Kekesot bergabung

Bacaan 30°

Sudut kandungan 60°


Bacaaan pada skala 30°

Bacaan 45°

Bacaan pada skala 45°

Bacaan pada skala 35°

Rajah 9.34 Cara menirus dengan menggunakan kekesot bergabung.

Rajah 9.35(a) menunjukkan alat penggerek pepejal yang ditempa


dan Rajah 9.35(b) menunjukkan alat penggerek batang dengan
mata tumpang. Mata alat penggerek pepejal ditempa daripada
batang keluli karbon atau keluli tahan lasak. Kadangkala hujung
pemotong alat ini dikirnpalloyangkan dengan tungsten karbida.
Rajah 9.36 menunjukkan bagaimana hujung pemotong mata alat
ini dicanai supaya dapat menggerek dengan baik. Rajah 9.36(a) me-
nunjukkan batang penggerek dengan mata tumpang digunakan
untuk melakukan operasi menggerek biasa. Rajah 9.36(b) menun-
jukkan bagaimana operasi menggerek lubang yang buntu. Rajah
9.36(c) menunjukkan bagaimana ceruk bersegi dapar .digerek de-
ngan mata alat tumpang yang telah dicanai terlebih dahulu.

183
TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

(a)

f_jJ Rajah 9.36


(b)

Rajah 9.35

(a) Menggerek biasa

-.-~1
80°

IT;J;i
5
0

15°
<;
~
I 10°
I
,
-~

10°
82"R:82"
8° 8

(b) Menggerek lubang buntu (c) Menggerek ceruk

Rajah 9.37 Cara menggerek dengan menggunakan rnata alat yang telah dicanai.

184
KERJA MELARIK

9.5 SOALAN
1. (a) Nyatakan TIGA jenis mesin pelarik yang digunakan dalam
kerja pengeluaran.
(b) Senaraikan operasi yang boleh dijalankan oleh mesin pelarik
jentera.
2. (a) Namakan LIMA bahagian utama mesin pelarik.
(b) Apakah kelebihan antara alatan hadapan bergear dengan
alatan hadapan bertakal.
(e) Bilakah tiang mata alat tugas berat digunakan.
3. (a) Terangkan dengan ringkas hayunan sebuah mesin pelarik.
(b) Senaraikan LIMA kaedah memegang benda kerja di mesin
pelarik.
(e) Terangkan dengan ringkas DVA jenis bahan mata alat yang
anda gunakan dalam bengkel anda.
4. (a) Lakar dan labelkan mata alat melarik kasar.
(b) Nyatakan perbezaan antara kelajuan pemotongan (KP)
dengan putaran per minit (PPM).
(e) Namakan TIGA jenis alat membunga dan terangkan ke
gunaannya tiap-tiap satu.
5. (a) Nyatakan fungsi penirusan dalam kerja kejuruteraan.
(b) Cari sudut kandung bagi benda kerja yang mempunyai spe-
sifikasi yang berikut;
Garis pusat besar = 27 mm
Garis pusat keeil = 21 mm
Panjang benda kerja = 25 mm.
(e) Nyatakan bila operasi menggerek dilakukan pad a satu-satu
komponen.

185

You might also like