You are on page 1of 7

SCE1024 Fizik 1

1.0 Pengenalan

Kinematik ialah suatu bahagian dalam mekanik berkenaan dengan perihal jasad-jasad
tanpa merujuk kepada sesuatu yang menyebabkan gerakan tersebut. Kinematik
mengkaji kedudukan sesuatu jasad di dalam ruang sebagai fungsi yang berkadar
dengan masa.

Sesaran adalah kuantiti vektor yang merujuk kepada jarak terdekat objek yang
bergerak dari titik permulaan kepada titik terakhir. Halaju pula adalah kuantiti vektor
merujuk kepada kadar perubahan sesaran objek berkenaan, iaitu sesaran per masa.
Pecutan pula adalah kuantiti vektor yang didefinisikan sebagai kadar perubahan
halaju. Nilai pecutan wujud jika ada perubahan pada halaju sesuatu objek.

Secara umumnya, setiap kuantiti fizik yang dinyatakan di atas mempunyai


simbol-simbol tersendiri supaya dapat dikenalpasti dalam pengiraan atau sebagai
pembolehubah yang mudah difahami secara global.

Persamaan untuk pecutan ialah :

𝑣−𝑢
𝑎=
𝑡

Di mana simbol-simbolnya ialah :

u mewakili halaju awal


v mewakili halaju akhir
a mewakili pecutan
t mewakili masa

1
SCE1024 Fizik 1

2.0 Tajuk
Analisis gerakan melalui pita detik

3.0 Tujuan
Untuk menentukan sesaran, halaju dan pecutan troli

4.0 Bahan
4.1 Pita detik
4.2 Kertas karbon

5.0 Alat dan Radas


5.1 Landasan
5.2 Troli
5.3 Jangka masa detik
5.4 Bekalan arus ulang alik

6.0 Rajah

Rajah 6.1

7.0 Prosedur
i. Bahan dan radas disusun seperti rajah di atas.
ii. Landasan dicondongkan untuk membenarkan troli meluncur dengan baik.
iii. Kertas karbon diletakkan pada jangka masa detik untuk menanda titik pada
pita detik.
iv. Pita detik dipasang melalui jangka masa detik.
v. Pita detik yang bersambung dengan bekalan arus ulang alik dihidupkan dan
troli dilepaskan.
vi. Pita detik dibahagikan kepada 10 detik dan dipotong.
vii. Pemerhatian direkodkan di dalam sebuah jadual.

2
SCE1024 Fizik 1

8.0 Langkah-langkah Berjaga-jaga


8.1 Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan tidak boleh mendatangkan
apa-apa risiko kecederaan.
8.2 Semasa mengangkat landasan bagi troli, pastikan kedua-dua belah tangan
anda memegang pada bahagian tengah landasan bagi mengelakkannya
daripada terlepas atau terjatuh.
8.3 Sebaik sahaja menghidupkan jangka detik, uji dengan pita detik. Pastikan alat
tersebut berfungsi dengan baik.
8.4 Pastikan nilai voltan pada bekalan kuasa ialah 12V untuk mendapatkan kadar
pukulan detik 50Hz.
8.5 Ikat atau tampal hujung pita detik pada troli dengan baik supaya tidak
tertanggal semasa troli bergerak.

9.0 Keputusan

Kuantiti Cara Pengiraan Keputusan


Fizik
Jumlah sesaran, d Panjang setiap 10 detik pada Jumlah sesaran,
detik = 1.3 + 2.9 + 4.3 + 5.8 +7.0 +
S1 + S2 + S3 + .... = Jumlah 8.4 + 13.9
sesaran = 43.6 cm
Jumlah masa, t f = 1/50 Jumlah masa,
= 0.02 s per detik = 0.2 x 7
[0.02s x 10] x bilangan pita = 1.4 s
Halaju pita pertama, u 𝑆𝑒𝑠𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑝𝑖𝑡𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡 (𝑐𝑚) Halaju awal,
𝑀𝑎𝑠𝑎 (𝑠) 1.3
=
0.2
= 6.5 cm s-1
Halaju pita terakhir, v 𝑆𝑒𝑠𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑝𝑖𝑡𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡 (𝑐𝑚) Halaju akhir,
𝑀𝑎𝑠𝑎 (𝑠) 13.9
=
0.2
= 69.5 cm s-1
Pecutan troli, a 𝑣−𝑢 Pecutan troli,
𝑎=
𝑡
69.5−6.5
=
1.4
= 45.0 cm s-2

3
SCE1024 Fizik 1

10.0 Penjadualan Data

(sila rujuk lampiran untuk graf dengan pita detik)

Masa, t (s) Sesaran, d (cm)


0.2 1.3
0.4 2.9
0.6 4.3
0.8 5.8
1.0 7.0
1.2 8.4
1.4 13.9

Graf Sesaran melawan Masa


16
13.9
14

12
Sesaran, d (cm)

10
8.4
8 7
5.8
6
4.3
4 2.9

2 1.3

0
0 0.2 0.4 0.6 0.8 1 1.2 1.4 1.6
Masa, t (s)

Deduksinya, halaju troli meningkat daripada 0.2 saat ke 1.4 saat. Oleh itu, troli
mengalami pecutan.

Dengan menggunakan kaedah ‘LINEST’ dalam aplikasi Microsoft Excel, ralat pada
graf yang diperolehi ialah 1.247216

4
SCE1024 Fizik 1

11.0 Perbincangan

Berdasarkan data yang diperoleh, saya dapat simpulkan bahawa troli tersebut
mengalami pecutan. Data daripada graf sesaran melawan masa melalui pita detik.
Pecutan berlaku apabila perubahan halaju terhadap masa ialah positif. Dalam
eksperimen ini, data yang diperoleh menunjukkan halaju per masa bagi troli tersebut
meningkat. Oleh yang demikian, pecutan troli dapat diukur dengan menggunakan
formula :

𝑣−𝑢
𝑎=
𝑡

Di mana simbol-simbolnya ialah :

u mewakili halaju awal


v mewakili halaju akhir
a mewakili pecutan
t mewakili masa

Beberapa permasalahan yang terdapat semasa melakukan eksperimen ini


ialah jangka masa detik yang mempunyai kadar detik yang berbeza. Setelah
menggunakan beberapa jangka masa detik yang bebeza, sedikit perbezaan dapat
diperoleh, iaitu pada kadar ketukan detik-detik bagi setiap jangka masa detik. Hal ini
demikian kerana ketinggian pengetuk (skru atau jarum) yang tidak sekata. Oleh itu,
skru pada jangka masa detik telah diketatkan pada paras yang sepatutnya untuk
mendapatkan frekuensi detik yang betul, iaitu 50 Hz.

Selain itu, permasalahan pada pita detik itu sendiri dan kertas karbon. Setelah
menguji kesan jangka masa detik ke atas pita detik, saya mendapati tanda karbon
yang diperoleh tidak jelas dan sukar dibaca. Malahan, setelah troli mencapai jarak
maksimum pada landasan, tanda karbon tidak dapat dilihat lagi. Oleh itu, saya telah
meletakkan sehelai kertas kecil di bawah pita detik supaya ketukan jangka masa detik
lebih efektif dan memberikan tanda karbon yang mudah dilihat dan dibaca.

5
SCE1024 Fizik 1

12.0 Cadangan Penambahbaikan

12.1 Bagi masalah troli yang mempunyai roda yang tidak berfungsi dengan baik,
iaitu berlaku geseran yang besar antara roda troli dengan gandar pada troli itu
sendiri. Hal ini akan mempengaruhi pergerakan dan pecutan troli apabila
menuruni landasan. Cara penyelesaiannya, letakkan sedikit minyak pada
setiap roda troli untuk mengurangkan geseran antara roda dengan gandar.
12.2 Bagi masalah tanda karbon yang tidak jelas, iaitu menyukarkan saya untuk
mendapatkan bacaan yang jelas tentang pergerakan troli, sama ada halaju
malar atau pun pecutan. Cara penyelesaiannya, gunakan kertas karbon yang
berkualiti tinggi kerana kepekatan warna kertas karbon dipengaruhi oleh kualiti
atau jenama produk tersebut.
12.3 Bagi masalah jangka masa detik tidak dapat berfungsi mengikut kadar yang
sepatutnya, iaitu 50 Hz. Ketatkan skru atau jarum pada sengatan yang terdapat
pada hujung pengetuk jangka masa detik. Hal ini demikian amat penting kerana
mempengaruhi bacaan yang akan ditanda pada pita detik.

13.0 Kesimpulan
Pita detik dan jangka masa detik dapat digunakan untuk menentukan sesaran, halaju
dan pecutan troli.

14.0 Rujukan

Atifah Ruzana (2015). SCE1024 Eksperimen Kinematik. SlideShare.net. Dipetik pada


12 September 2018 daripada www.slideshare.net
Hemsworth (2017). Motion and Kinematic. Australian Edu. Dipetik pada
15 September 2018 daripada depts.australian.edu/matsed/mseresources

Poh & Lee (2018). Ace Ahead STPM Text. Physics 1st Term. Selangor Darul Ehsan :
Oxford Fajar

Tan Mun Wai (2008). Discover Physics Yourself KBSM Form 4. Kuala Lumpur :
Print & Co Sdn Bhd.

6
SCE1024 Fizik 1

15.0 Lampiran

You might also like