You are on page 1of 4

Tugasan 1: Penulisan Ilmiah

1.0 Pengenalan

Racangan makanan tambahan atau lebih dikenali sebagai RMT merupakan salah satu
usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia. Usaha ini dilaksanakan
bertujuan untuk memantapkan lagi sektor pendidikan di negara kita. Kementrian Pelajaran
Malaysia juga ingin memastikan murid yang berasal daripada golongan keluarga yang kurang
berkemampuan turun mendapat bekalan tenaga yang diperlukan untuk meneruskan
persekolahan dengan penuh ceria dan bermakna. RMT juga diwujudkan untuk memastikan
rakyat Malaysia diajar untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk
memastikan kesihatan diri diutamakan.

2.0 Sejarah Rancangan Makanan Tambahan

Sejarah kewujudan RMT adalah bermula selepas Perang Dunia yang ke-2, dimakan
Pemerintah Tentera British telah mengadakan satu rancangan makana tambahan di sekolah-
sekolah. RMT juga hanya dijalankan di beberapa buah sekolah terpilih sahaja. Antara sekolah
yang mendapat bantuan ini adalah sekolah di bandar yang ad pertubuhan sukarela seperti
Persatuan Kebagikan Kanak-kanak Malaysia, Majlis Pusat Kebagikan dan badan-badan
berkanun sperti FELDA. Racangan ini berakhir apabila bekalan bahan makanan daripada
Amerika Syarikat telah dihentikan pada tahun 1972. Pada tahun 1974 kerajaan Negeri Selangor
telah memulakan semula racangan ini dengan diberi nama Rancangan Amalan Makanan dan
Pemakanan di Kuala Langat, Selangor. Pada tahun 1976, Jawatankuasa Rancangan Amalan
Makanan dan Pemakanan (AMP) di peringkat kebangsaan di bawah Jabatan Perdana Menteri
telah menganjurkan makanan tambahan sebagai satu usaha dalam Rancangan Amalan
Makanan dan Pemakanan. Peruntukan kewangan bagi menjayakan rancangan ini telah
disediakan oleh Bahagian Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri untuk
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Sejak tahun 1979, RMT telah dikelola, diselia dan
dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan. Seterusnya diperluaskan ke kawasan
luar bandar.

1
3.0 Kepentingan RMT terhadap kesihatan diri

Perlakasanaan Rancangan Mekanan Tambahan atau dikenali sebagai RMT memeberi banyak
kebaikkan kepada pelajar di sekolah terutama terhadap kepentingan kesihatan diri pelajar. Antara
kepentingan RMT adalah dapat membekalkan makanan yang seimbang kepada pelajar. Menurut
Menurut Noorazila Osman (2001) seseorang akan menjadi tidak sihat jika mempunyai tabiat
makan yang tidak sihat. Oleh itu kerajaan telah mengambil langkah yang derastik dengan
mewujudkan RMT di sekolah bagi memastikan setiap pelajar di sekolah mempunyai kesihatan
yang optimum. RMT menyediakan pelabagai jenis makanan yang menepati dengan gaya
pemakanan yang seimbang dengan memastikan zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh
manusia dipenuhi. Sebagai contoh protein, karbohidrat, vitamin, dan serat. Makanan yang
seimbang akan menggalakkan lagi pertumbuhan fizikal dan mental pelajar. Hal ini sejajar dengan
usaha kerajaan untuk memastikan setiap pelajar mempunyai taraf kesihatan yang optimum dan
bebas daripada penyakit. Pemakanan yang seimbang juga akan mempengaruhi pencapaian dan
pembelajaran pelajar seperti penumpuan di dalam kelas dan peningkatan daya kefahaman dan
ingatan mereka. Pelajar yang mempunyai taraf kesihatan yang baik akan lebih cepat untuk
menerima ilmu kerana mereka telah memenuhi kehendak badan iaitu zat-zat makanan. Oleh itu
jelas lah bahawa pemakan yang seimbang akan memberikan kesan positif kepada akedemik
pelajar sejajar dengan tujuan utama KPM dalam menghasilkan pelajar yang berpengatahuan dan
cemerlang dalam akedemik.

Seterusnya, RMT juga dapat memastikan pelajar mendapatkan sarapan sebelum


memulakan sesi persekolahan atau pdp. Pengambilan sarapan adalah sangat penting bagi setiap
pelajar. Sarapan yang seimbang dapat memebekalkan tenaga kepada pelajar untuk belajar. Jika
pelajar tidak mendapatkan sarapan sebelum sesi pdp, sudah pasti mereka akan lemah dalam
memberikan tumpuan di dalam kelas. Hal ini kerana badan tidak mendapatkan tenaga dan lemah
untuk berkerja. Jika berlarutan proses pdp tidak akan berjalan dengan lancar. Menurut
Rampersaud et al. (2005), pengambilan sarapan pagi adalah disarankan terutamnya pada
peringkat kanak-kanak dan remaja kerana ia memberi kesan positif kepada pertumbuhan dan
perkembangan serta kesihatan yang baik untuk jangka masa panjang dan membekalkan tenaga
kepada mereka. Oleh itu, dengan adanya RMT pelajar tidak lagi menghadapi masalah keletihan
di dalam kelas dan boleh memberikan tumpuan penuh kepada sesi PdP.

2
4.0 Cadangan Penambahbaik

Usaha kerajaan dalam memastikan RMT dilaksanakan dengan berkesan adalah perlu tetapi ada
beberapa cadangan penambahbaikkan kepada RMT ini untuk memastikan lagi keberkesanan
rancangan ini. Antara cadangan penambahbaikkan adalah, kerajaan perlu menambah lagi
peruntukkan kewangan kepada sekolah dalam memastikan RMT ini dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Dengan adanya peruntukan lebih daripada kerajaan, sekolah boleh memastikan
makanan yang disediakan sangat berkhasiat untuk pelajara. Sebagai contoh denga adanya
peruntukan yang lebih kepada sekolah, pihak pelaksana dapat meningkatkan lagi mutu kualiti
makanan pelajar. Sebagai contoh dengan menyediakan susu yang berkualiti kepada pelajar.
Seperti yang sedia maklum harga susu yang berkualiti yang penuh dengan kalsium adalah sangat
mahal. Selain itu juga, peruntukan yang diberikan juga boleh digunakan untuk memastikan semua
pelajar sekolah mendapat faedah daripada RMT. Dengan kata lain RMT disediakan kepada
semua pelajar. Dengan cara ini, pihak sekolah boleh menangani masalah kesihatan di sekolah
dan dapat memastikan semua pelajar dapat mengambil makanan yang seimbang. Hal ini secara
tidak langsung akan mewujudkan suatu persekitaran yang sihat di kalangan pelajar sekolah.

Selain itu juga, cadangan penambahbaikkan adalah dengan melibatkan ibubapa pelajar
itu sendiri dalam penyediaan makanan untuk RMT. Dengan adanya penglibatan ibubapa pelajar,
secara tidak langsung wujud hubungan positif antara pihak sekolah dengan ibubapa. Hal ini akan
memudahkan pihak sekolah dalam menangani menjamin tahap kebersihan makanan yang
disediakan. Ibubapa juga tidak perlu lagi risau atau bimbang akan tahap kebersihan makanan di
sekolah. Tambahan lagi pihak sekolah juga dapat menjimatkan kos dalam penyediaan RMT
kerana ibubapa sendiri yang menyediakan makanan tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Selain itu juga, hubungan positif yang wujud ini juga akan memudahkan pihak sekolah dalam
mengani masalah atau isu-isu disiplin yang berlaku disekolah. Oleh itu jelaslah bahawa ,
pelibatan ibubapa dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu pihak sekolah
dan juga pihak ibubapa.

5.0 Kesimpulan

Setiap pihak haruslah memainkan peranan penting dalam memastikan tujuan RMT
dilaksanakan dapat memberikan manfaat sepenuhnya kepada pelajar. Hal ini kerana pelajar
merupakan generasi yang akan memastikan hala tuju negara pada masa hadapan.Oleh itu
kesihatan mereka perlu dititik beratkan agar mereka sentiasa dalam keadaan sihat dan dapat
menignkatkan prestasi akademik mereka.

3
Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2017) Buku Panduan Pengurusan RMT. Selangor: KMP

Noorazila Osman. (2001). Kajian pengambilan sarapan pagi. Selangor : Universiti Putra
Malaysia

Rampersaud, GC., Pereira, M.A., Girard, B.L., Adams, J.& Metzi, J.D.(2005) Breakfast habits,
nutritional status, body weight and academic performance in children and adolescents.
Journal of the American Dietetic Association

Rohizani Yaakub dan Aminah Ayob, (2002). “Persepsi ibu bapa terhadap amalan pemakanan
kanak-kanak prasekolah”. School of Medical Science: Universiti Sains Malaysia. Abstrak.

Shazli Ezzat Ghazali, Noor Aini,Ponnusamy.(2005). Pengambilan Sarapan Pagi dan Pengaruh
ke atas Pencapaian Kognitif Kanak-kanak Sekolah Rendah Selangor: Universiti Putra
Malaysia

You might also like