You are on page 1of 9

SAINS KEJURUTERAAN 1 : HABA

SOALAN 1

a) Berikan definisi haba dan suhu (4 Markah)


b) Berikan jenis-jenis thermometer yang biasa digunakan (4 Markah)
c) i. Tukarkan 2450Fahrenheit kepada darjah centigrade(0C)
ii Tukarkan 760Centigrade kepada darjah Fahrenheit
iii Tukarkan 240Centigrade (0C) kepada darjah Kelvin
iv Tukarkan 4500 Kelvin kepada darjah Centigrade (0C) (6 Markah)
d) Berapakah perbezaan suhu bagi 3.3kg aluminium yang mempunyai muatan
haba tentu bernilai 950J/kgK, jika kuantiti haba yang diberikan ialah 15.2KJ
(4 Markah)
e) Suatu objek yang berjisim 3.2kg didapati menyerap haba sebanyak 4260J
apabila dipanaskan dari suhu 380C ke 440C. Tentukan
i. Muatan haba tentu
ii. Muatan haba objek itu
(7 Markah)

SKEMA MARKAH
a) Berikan definisi haba dan suhu

Haba  Tenaga terma yang mengalir daripada satu objek ke objek yang lain
bersentuhan kerana disebabkan perbezaan suhu antara dua objek
itu …………2 markah
Suhu  Suhu adalah darjah kepanasan sesuatu jasad …………2 markah

b) Berikan jenis-jenis thermometer dan kegunaannya


i. Thermometer klinik  Untuk kegunaan di klinik dan hospital ….1 markah
ii. Termometer raksa/alcohol untuk kegunaan di makmal ….1 markah
iii. Thermometer rintangan  untuk kerja-kerja penyelidikan sains..1 markah
iv. Thermometer termoelektrik  untuk tujuan perusahaan ….1 markah
c) i. Tukarkan 2450Fahrenheit kepada darjah centigrade(0C)
5
c= ( F−32)
9
5
= (245−32)
9
= 118.330C
ii Tukarkan 760Centigrade kepada darjah Fahrenheit

9
∴ F= C+32
5

9
= ( 76 )+32
5

= 168.80F

iii Tukarkan 240Centigrade (0C) kepada darjah Kelvin

0
K = 273+24
= 2970K

iv Tukarkan 4500 Kelvin kepada darjah Centigrade (0C)

0
C = 450-273
= 1770C

d) Berapakah perbezaan suhu bagi 3.3kg aluminium yang mempunyai muatan


haba tentu bernilai 950J/kgK, jika kuantiti haba yang diberikan ialah 15.2KJ
Diberi
jisim, m = 3.3 kg
Muatan haba tentu, C = 950J/kgK
Kuantiti haba, Q = 15.2 x 103 J
∴ Q= jisim X muatan haba tentu X perubahan haba
Q=m X c X ( t 2−t 1 )
15200=3.3 X 950(t 2−t 1)
15200
( t 2−t 1 )=
3.3 X 950
(t2- t1) = 4.850K
e) Suatu objek yang berjisim 3.2kg didapati menyerap haba sebanyak 4260J
apabila dipanaskan dari suhu 380C ke 440C. Tentukan
i. Muatan haba tentu
ii. Muatan haba objek itu
Diberi
Jisim, m = 3.2 kg
Haba diserap, Q = 4260J
Perubahan haba, t = t2-t1
= 440C- 380C
= 60C
Muatan Haba tentu
Q = mct
4260 = 3.2 X c X 6
4260 = 19.2 X c
4260
=c
19.2
c = 221.875 J/kg0C
Muatan haba objek
Muatan haba = jisim X muatan haba tentu
C=mXc
= 3.2 X 221.875
C = 710J/0C
SAINS KEJURUTERAAN 1 : HABA

SOALAN 2
a) Nyatakan 3 jenis haba ( 3 Markah)
b) Berikan dan terangkan 3 jenis Mekanisme Pemindahan Haba dalam kehidupan
seharian. ( 9 Markah)
c) Berapakah haba yang diperlukan untuk meleburkan 17.5kg ais menjadi haba
apabila haba pendam tentu pelakuran ais ialah 3.36 X 10 5 J/kg (3 Markah)
d) Sebuah logam berjisim 1500g pada suhu 75 C dimasukkan ke dalam calorimeter
0

berjisim 0.15kg yang berisi 0.05kg air. Muatan haba tentu calorimeter ialah
400J/kgK dan suhu awal air dan calorimeter ialah 32 0C. Tentukan muatan haba
tentu logam itu jika suhu air campuran tersebut ialah 55 0C. ( 10 Markah)

JAWAPAN
a) Nyatakan 3 jenis haba
i. Haba pendam
ii. Haba tentu
iii. Haba deria

b) Berikan dan terangkan 3 jenis Mekanisme Pemindahan Haba dalam kehidupan


seharian?
i. Perolakan
Perolakan ialah satu arus cecair panas bergerak ke atas dan tempatnya
digantikan oleh arus cecair sejuk yang bergerak ke bawah dan air yang
sejuk tadi apabila menjadi panas naik keatas dalam bekas air yang
dipanaskan dibawahnya
ii. Pengaliran
Pengaliran adalah aliran haba melalui medium pepejal. Zarah dalam
medium tidak mengalir, sebaliknya haba dipindahkan dari bahagian yang
panas menuju ke bahagian yang sejuk oleh getaran zarah dalam objek
tersebut
iii. Sinaran
Proses pemindahan haba dari suatu sumber ke kawasan persekitarannya
tanpa memerlukan sebarang medium atau bahantara. Pemindahan haba
secara sinaran boleh melalui ruang udara atau vakum.
c) Berapakah haba yang diperlukan untuk meleburkan 17.5kg ais menjadi air. Haba
pendam tentu pelakuran ais ialah 3.36 X 10 5 J/kg
Dari persamaan, Q = ml
Diberi
jisim, m = 17.5kg
haba pendam tentu, l = 3.36X105
maka Q= ml
Q = 17.5 X 3.36X105
Q = 5880000
Q = 5880kJ

d) Sebuah logam berjisim 1500g pada suhu 75 0C dimasukkan ke dalam calorimeter


berjisim 0.15kg yang berisi 0.05kg air. Muatan haba tentu calorimeter ialah
400J/kgK dan suhu awal air dan calorimeter ialah 32 0C. Tentukan muatan haba
tentu logam itu jika suhu air campuran tersebut ialah 55 0C.
Diberi ;
Jisim logam, m = 1500 g = 1.5kg
Suhu logam , t1 = 750C
Suhu calorimeter, t2 = 320C
Suhu air campuran, t3 = 550C
Jisim calorimeter, mc = 0.15kg
Jisim air, mw = 0.05kg
Muatan haba tentu calorimeter, cc = 400J/kgK
Muatan haba tentu air, cw = 4200J/kgK

Kehilangan haba oleh logam


Maka, Q= mlcl(t1-t3)
= 1.5 X cl X (75-55)
Q = 30 cl Joule -------------------(1)
Haba yang diserap oleh air;
Qw = mwcw(t3-t2)
Qw= 0.05 X 4200 X(55-32)
Qw= 4830 Joule

Haba yang diserap oleh calorimeter


Qc = mccc (t3-t2)
Qc = 0.15 X 400 X (55-32)
Qc = 1380 Joule

Dari dasar percampuran,


Kehilangan haba haba yang diserap air + haba yang diserap kalorimeter
oleh logam

Maka, dari persamaan (1),


Q = 30 cl Joule -------------------(1)
30cl = 4830+1380
30cl = 6210
6210
Cl =
30
cl = 207 J/kgK
SAINS KEJURUTERAAN 1 : HABA

SOALAN 3

a) Berikan 2 jenis haba pendam (2 Markah)


b) Apakah pebezaan tenaga haba dan suhu? (4 Markah)
c) Huraikan tentang skala suhu mutlak (Kelvin) beserta rajahnya (5 Markah)
d) i. Tukarkan 2400F kepada darjah centigrade
ii. Tukarkan 460C kepada darjah Fahrenheit (2 Markah)
e) Satu bongkah keluli berukuran 4cm X 6cm X 10cm pada suhu 18 0C. Jisimnya
pada suhu ini ialah 7kg. Jika suhu dinaikkan ke 450 0C, berapakah
ketumpatannya sekarang?
Diberi pekali pengembangan linear keluli = 1.25X 10 -5K-1 (10 Markah)

JAWAPAN
a) Berikan 2 jenis haba pendam (2 Markah)
 Haba pendam pelakuran
 Haba pendam tentu pengewapan
b) Apakah pebezaan tenaga haba dan suhu? (4 Markah)
Haba Suhu
Satu bentuk tenaga Darjah kepanasan objek
Unit : Joule (J) Unit : Kelvin (K)/ Celcius (0C)
Jumlah tenaga kinetic dan tenaga Purata tenaga kinetic zarah-zarah
keupayaan zarah-zarah
Kuantiti terbitan Kuantiti Asas

c) Huraikan tentang skala suhu mutlak (Kelvin) beserta rajahnya (5 Markah)


 Skala suhu mutlak merupakan suhu piawai dimana suhu diukur dalam unit
Kelvin(K). Skala ini menggunakan hanya satu titik tetap, takat tigaan air iaitu
takat dimana air, ais dan wap berada dalam keseimbangan dengan satu
sama lain. Ini berlaku pada suhu 273K dan tekanan 4.58mmHg
d) i. Tukarkan 2400F kepada darjah centigrade
5
c = ( F−32)
9
5
= (24 0−32)
9
= 115.560C
ii. Tukarkan 460C kepada darjah Fahrenheit (2 Markah)
9
∴ F= C+32
5

9
= ( 4 6 ) +32
5

= 114.80F

f) Satu bongkah keluli berukuran 4cm X 6cm X 10cm pada suhu 18 0C. Jisimnya
pada suhu ini ialah 7kg. Jika suhu dinaikkan ke 450 0C, berapakah
ketumpatannya sekarang?
Diberi pekali pengembangan linear keluli = 1.25X 10 -5K-1 (10 Markah)

Isipadu asal, V1 = 4X6X10 =240cm3


Jisim, m = 7kg
Kenaikan suhu, t = 4500c -180C
= 4320C
Pekali pengembangan linear keluli, α = 1.25X 10-5K-1

Katakan isipadu pada suhu 4500C ialah V2,


V2 = V1 (1 + βt) dan β = 2α
V2 = V1 ( 1 + 2αt)
V2 = 240 [(1 + (2 (1.25X10-5 )(432))]
V2 = 240 [(1) + 0.0108]
V2 = 240 (1.0108)
V2 = 242.592cm3
Jisim
Ketumpatan = Isipadu

7
= 242.592

= 0.0289 kg/cm3

7
Atau = −6
242.592 X 10
= 28.855X103 kg/m3

You might also like