You are on page 1of 8

TAJUK : MESIN PENEBAL ( THICKNESSER or SURFACER )

TUJUAN:

Jentera Penebal ini digunakan untuk mengetam licin permukaan dan merepang bendakerja
samada dimuka lebar dan tebal. Biasanya dibahagian tebal sesuatu bendakerja. Jentera ini
tidak melurus atau meratakan bendakerja dengan sendirinya.

Jika dimasukkan papan yang kiat maka hasil ketaman juga kiat. Kekiatan kayu tidak boleh
diubah dengan menekan permukaan sahaja. Oleh yang demikian sebelum bendakerja
hendak diketam dengan jentera ini, terlebih dahulu hendaklah diketam satu
permukaan dengan lurus dan sama rata dengan jentera pelurus.

MESIN PENEBAL ( THICKNESSER or SURFACER )

PENERANGAN :

Mesin penebal ini terdapat dalam 2 jenis iaitu satu atau dua bahagian pemotong ( Single
or double ) ( Surfacing knife ). Satu bahagian pemotong ( single planer ) hanya memotong
di bahagian atas saja manakala yang dua pemotong boleh memotong dua muka dalam satu
masa. Ada juga terdapat jenis bergabung yang mana terdiri bahagain atas sebagi mesin
pelurus manakala bahagian bawah sebaga mesin penebal.

Nama bahagian mesin penebal:

a. Meja (table)
b. Suis (on / of)
c. Skil (scale)
d. Pelaras meja
e. Pengunci meja
f. Pengadang habuk

Jenis Single Surfacing


Bahagian mesin
pelurus yang diterbalikan

Bahagian mesin penebal

Jenis Bergabung

Bahagian dan pengendalian ( parts and controls )

Ukuran planer boleh diketahui dari segi panjang mata pisau atau lebar kayu yang boleh
diketam. Selalunya berukuran 12’’ hingga 52’’. Sunguhpun ukura biasa 18’’ hingga 30’’.
Meja planer boleh diubah keatas dan kebawah. Planer mempunyai infeed roll. Ianya
dibahagi kepada dua iaitu atas dan bawah; begitu juga out feed rool. Diantara infeed roll
dengan cutter heard terdapat chip breaker. Tujuanya ialah untuk mengelak kayu dari
terserepih semasa operasi mengetam. Tugas cutter heard ialah untuk mengetam
permukaan bendakerja pada had tertentu termasuk ketebalan kerana cutter heard
mempunyai mata pisau peraut. Lepas itu pergi ke pressure bar. Tujuanya ialah untuk
memegang bendakerja ke pelapik ( bed ) selepas mengetam dibuat. Akhirnya terus ke
out feed roll atas dan bawah, sebagai pembantu bendakerja itu keluar setelah membuat
beberapa keratan atau operasi mengetam.
Setiap planer mempunyai pemulas tangan (elevating hard wheel) bagi mengubah pelapik
atas dan bawah untuk mendapatkan ketingian atau tebal kayu yang hendak dipotong. Ia
juga mempunyai kuasa pengubahan speed kederasan. Cutter heard, selalunya
mampunyai 3600-6000 p.s.m. sesetengahnya memounyai 2 speed, tinggi dan rendah
kederasan iaitu 25 dan 45 gear speed. Lebar dan keras sesustu bebdakerja itu diukur
kepada slow speed, panjang dan lembut kayu itu diukur pada high speed.

Bahagian-bahagian roller planer

Persediaan
operasi (operation procedure)

1. Sekiranya kayu yang hendak diketam panjang, ada baiknya meminta bantuan dari orang
lain. Jika tidak tempatkan roller dihujung planer sebagai pembantu.

2. Ketam dahulu dua muka (kayu) dengan mesin pelurus sebelom menggunakan mesin
penebal.

3. Pastikan arah urat kayu sebelum dimasukan kedalam mesin dan tempatkan kayu
tersebut berhampiran dengan mesin.

4. Setkan mesin kepada ketebalan kayu, kemudian kurangkan 2mm untuk ketaman.

5. Setelah on suis, tentukan besin berpusing dengan kelajuan penoh. Bagi mengelakan
tendangan kayu kebelakang, jangan berdiri selari dengan kayu yang dimasukan
kedalam mesin tadi. AWASI TANGAN ANDA
6. Sekiranya kayu tidak berjalan lancar, matikan suis dan rendahkan sedikit pelapik.
Tujuanya untuk membetulkan kesilapan dan mengelakan dari kerosakan.

7. Pastikan bendakerja bebas dari tompokan gelu, cat, pasir, paku dan sebagainya bagi
mengelakan mata dari cepat tumpul.

Penyelengaraan (maintain)

1. Mata pisau yang tajam

2. Tentukan pelapik boleh diubah atas dan bawah.

3. Bersihkan semua feed roll dan cuci dengan menggunakan benzen.

4. Pastikan kedudukan pisau, chip breaker dan pressure bar dengan betul

5. Semua habok-habok hendaklah dibersihkan.

Minyak yang biasa digunakan

1. S.A.E 40 untuk in feed dan out feed bearing

2. S.A.E 10 unyuk permukaan meja.

Keselamatan

1. Biasakan diri dengan suis pemati, pemulas roda tangan dan tekanan berhenti (brake)
supaya dapat memberhentikan mesin bila-bila masa atau kecemasan degan serta merta.

2. Periksa kayu atau papan samada terdapat paku, mata kayu yang bahaya serta kecacatan
lain yang boleh mengakibatkan kerosakan kayu atau mesin semasa operasi dijalankan.

3. Jangan sekali-kali mengetam permukaan yang telah divarnis atau cat. Kayu yang telah
digunakan juga tidak boleh diketam kerana dikhuatiri terdapat paku didalamnya yang
tidak kelihatan.

4. Ketam dahulu dua muka (kayu) dengan mesin pelurus sebelom menggunakan mesin
penebal.

5. Jangan mengetam kayu yang kurang dari 15’’ panjang.

6. Biasakan berdiri bersebelahan dengan meja mesin atau jangan berada selari dengan
kayu.

7. Ketaman hendaklah mengikut urat kayu.


8. Elakan tangan dari menolak kayu hampir dengan mata mesin atau in feed roll.

9. Laraskan tahap ketebalan ketaman. Jangan laras ketebalan tertalu tinggi. Ini boleh
menyebabkan kayu sukar bergerak masuk . Sekiranya kayu tidak berjalan lancar,
matikan suis dan rendahkan sedikit pelapik/ meja.

Laraskan tahap dalam potongan dianatara 2mm setiap kali ketanman

10. Jangan melihant bendakerja semasa operasi dijalankan.

11. Tentukan tangan jauh dari roller semasa menolak kayu.

12. Sekiranya kayu yang hendak diketam panjang, ada baiknya meminta bantuan dari orang
lain. Jika tidak tempatkan roller dihujung planer sebagai pembantu.
.

Roller stands atau penyangga bergelek ini sesuai digunakan untuk menyangga kayu yang
pamjang. Ia biasana digunakan bersama-sama mesin ketam pelurus, ketam penebal dan
mesin radial arm saw. Penyangga ini berukuran 14’’ lebar dan 3’, sementara yang paling
rendah berukuran 2’.

Jenis-jenis cutterblock
Masalah yang timbul pada planer

Jika clip atau snipe timbul atau terjadi diawal ketaman.

1. Pressure bar kemungkinan diset terlalu rendah.


2. Chip breaker mungkin diset terlalu tinggi.
3. Bahagian atas in feed roll mungkin diset terlalu tinggi.
4. Bahagian bawah mungkin diset terlalu tinggi. In feed roll
5. Spring tention mungkin begitu ringan dibahagian pressure bar

Jika clip atau snipe muncul dihujung ketaman

1. Pressure bar kemungkinan diset terlalu tinggi


2. Bahagian bawah out feed roll mungkin diset terlalu tinggi
3. Bahagian atas out feed roll mungkin diset terlalu rendah.
4. Bendakerja mungkin tidak begitu rapat
5. Urat kayu tidak selaridengan pudingan mata pisau.

Jika pisau mengoyak kayu

1. pusingan mata terlalu laju.


2. Pemasangan mata pisau tidak betul.
3. Kandungan lembapan kayu terlalu tinggi.
4. Cutter heard berpusing perlahan.
5. Potongan terlalu banyak.
6. Sudut potongan terlalu condong.
7. Arah urat kayu tidak selari dengan mata pisau
Jika mesin bunyi bising atau bergegar

1. Mata pisau tumpul.


2. Mesin tidak level.
3. Pulley belt bergegar atau meloncat.
4. Pressure bar diset terlalu rendah.

Urat kayu ternaik

1. Sudut mata terlalu besar.


2. Pergerakan kayu terlalu laju.
3. Sudut potongan terlalu besar.
4. Cutter heard berpusing perlahan.
5. Kandungan lembapandalam kayu terlalu tinggi.
6. Potongan yang terlalu banyak (tebal).

Kesan tanda tatal pada permukaan kayu.

1. Sistem penyeduk habok tidak kuat.


2. Pergerakan kayu terlalu laju
3. Paip penyedut terlalu besar.

Permukaan papan tidak licin.

1. Mata pisau tumpul.


2. Pergerakan kayu terlalu perlahan.
3. Kecondongan sudut mata terlalu besar.

Permukaan berlingkok-lingkok.

1. mata pisau terlalu kedalam cutter heard.


2. Pelaras mesin telah berubah / lari.
3. Kecondongan sudut mata terlalu besar.

Kesan pusingan mata

1. Mata diasah tidak tepat.


2. Sudut mata perlu dibaiki semula.

Kayu terlekat pada mesin

1. Pressure bar diset terlalu rendah.


2. Lover roll diset terlalu rendah.
3. Upper roll tidak diset dengan betul.
4. Potongan terlalu banyak.

You might also like