You are on page 1of 7

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kerja mengimpal bahan logam merupakan aspek paling utama yang perlu diambil kira
dalam memulakan kerja mengimpal. Kaedah yang biasa digunakan untuk mengimpal
bahan ialah dengan menggunakan mesin GMAW, mesin SMAW, dan sebagainya yang
sedia ada di bengkel kimpalan. Penggunaan meja kerja merupakan satu meja yang amat
penting dalam kimpalan tetapi ianya terhad. Masalah timbul apabila pengimpal-pengimpal
sukar untuk mengimpal bahan yang besar. Hal ini kerana meja kerja sedia ada
mempunyai permukaan yang kecil. Oleh sebab itu, meja kerja permukaan yang lebih
besar ini amatlah diperlukan sebagai meja kerja khas untuk pengimpal di kawasan Bagan
Serai ini.

Bab ini akan mengkaji tentang reka bentuk Meja Kerja yang digunakan untuk
mengimpal bahan yang lebih besar dengan lebih mudah. Buat masa ini tiada satu pun
kajian atau laporan khusus dalam bentuk penulisan yang boleh dijadikan sandaran bagi
menghasilkan penulisan laporan yang baik. Sehubungan itu,saya menjurus bahagian ini
dengan membuat perbandingan jenis-jenis meja kerja yang sedia ada dan yang sedang
digunakan di bengkel-bengkel kimpal.

Sumber yang digunakan adalah menjurus kepada sumber dari internet,


pemerhatian dan meja kerja yang sedia ada di bengkel kimpal yang terdapat di kawasan

6
Bagan Serai. Perbincangan dalam bab ini akan menjurus kepada pro dan kontra
penggunaan setiap jenis meja kerja yang digunakan.

Perbincangan dari segi reka bentuk meja kerja mudah alih ini adalah menjurus
kepada 3 perkara iaitu:

i. Mudah melakukan kerja mengimpal pada bahan yang lebih besar.


ii. Menjimatkan ruang kerana meja kerja ini boleh dilipat menjadikan permukaannya
lebih kecil apabila selesai mengimpal.
iii. Bersifat mesra pengguna.

2.2 Kaedah mengimpal Bahan Logam

i) Kaedah 1

Gambarajah 2.1 : Proses mengimpal tanpa menggunakan meja kerja

Dalam gambarajah 2.1 menunjukkan pengimpal sedang melakukan kerja


mengimpal. Pengimpal tersebut sedang melakukan kerja kimpal di atas lantai. Kerja
mengimpal sebegini biasanya dilakukan di bengkel-bengkel kecil yang menawarkan kerja-
kerja mengimpal awning dan pagar. Pengimpal kebiasaannya terpaksa melakukan kerja
mengimpal di atas lantai kerana saiz projek tersebut yang besar dan memerlukan
pengimpal bergerak bebas ketika proses mengimpal.

Namun begitu, kaedah ini kurang sesuai kerana pengimpal perlu mencangkung
ketika mengimpal. Ini akan menyebabkan pengimpal menjadi kurang selesa. Di samping

7
itu, masalah ini boleh mengakibatkan ketegangan otot kerana terlalu membongkokkan
badan dalam masa yang lama untuk menyiapkan bahan yang dikimpal.

ii) Kaedah 2

Gambarajah 2.2 : Mengimpal menggunakan meja kerja yang kecil

Proses mengimpal bagi kaedah 2 pula dilakukan diatas meja kerja tetapi
permukaan meja kimpal itu terhad. Setiap penyambungan bahan perlu mendapatkan
bantuan daripada seseorang individu lain untuk memegang bahan bagi mendapatkan
kestabilan bahan yang hendak dikimpal.

Oleh sebab itu, penggunan meja kerja yang kecil melambatkan pekerja untuk
melaksanakan kerja-kerja mengimpal pada bahan kimpal yang bersaiz besar. Apabila
pengimpal melakukan kerja bersendirian, ia mungkin mendapat kesukaran untuk membuat
penyambungan yang sempurna. Projek yang dihasilkan berkemungkinan tidak akan
mendapat sudut yang betul atau berlakunya herotan pada penyambungan yang dilakukan.

8
iii) Kaedah 3

Gambarajah 2.3 : Ketinggian meja kimpal yang tidak sesuai

Bagi kaedah 3, proses mengimpal bahan dilaksanakan menggunakan Meja Kerja


yang mempunyai ketinggian yang tidak sesuai. Seperti yang kita lihat dalam contoh
gambar diatas, meja yang digunakan terlalu rendah dan menyukarkan pengimpal untuk
melakukan kerja. Setiap pengimpal perlu membongkok atau mencangkung untuk
mendapat posisi mengimpal dengan selesa.Ia juga boleh memberi kesan ketegangan
kepada otot kita. Selain itu, apabila Meja Kerja terlalu rendah, ia tidak mempunyai ruang
yang sesuai untuk meletakkn alat dan peralatan mengimpal. Hal ini kerana, permukaan
antara meja dan lantai terlalu rapat dan tidak sesuai untuk penyimpanan peralatan.

Dengan itu, pengimpal perlu mengambil masa berjalan untuk mendapatkan


sesuatu bahan atau peralatan untuk mengimpal. Apabila meja kerja mempunyai
ketinggian yang sesuai dan mempunyai tempat khas untuk meletakkan peralatan, ia akan
memberikan lebih keselesaan kepada pengimpal untuk melakukan kerja.

9
2.3 Rekabentuk Meja Kerja

Dalam menentukan rekabentuk Meja Kerja ini, kami telah melaksanakan satu soal
selidik kajian pasaran berkitan rekabentuk jenis-jenis meja kerja. Hasil daripada kajian
soal selidik tersebut, penghasil dapat merumuskan hasil perbincangan dari kajian soal
selidik seperti dalam jadual. Para pengimpal memutuskan beberapa perkara yang
berkaitan dengan reka bentuk meja kerja yang baik. Ciri-ciri yang perlu ada bagi sesebuah
Meja Kerja dan memenuhi empat aspek yang telah digariskan adalah seperti berikut:

1) Meja Kerja yang dihasilkan perlulah meggunakan logam yang mempunyai tahap
ketegasan yang tinggi untuk menampung beban bahan kerja. Oleh itu, logam yang
sesuai digunakan ialah logam keluli lembut.
2) Meja Kerja yang dihasilkan juga perlulah bercirikan mesra pengguna di mana
penggunaan tenaga kerja semasa proses mengimpal dapat diminimakan. Oleh itu
meja kerja ini haruslah mempunyai satu tempat khas untuk meletakkan alat dan
peralatan mengimpal supaya pengimpal tidak perlu berjalan jauh untuk mengambil
peralatan mengimpal.
3) Meja Kerja ini juga perlu direka dengan ketinggian yang sesuai dan mempunyai
permukaan yang boleh dibuka untuk mendapat keluasan yang lebar dan boleh
dilipat semula apabila selesai menyiapkan kerja.
4) Aspek keselamatan juga harus diketengahkan apabila menghasilkan meja kerja ini.
Meja kerja haruslah tidak terlalu berat dan mudah untuk dialihkan.

10
Elemen Membantu Memenuhi
Sesuai Mudah Minjimatkan
Memudahkan kehendak
Digunakan dikendalikan ruang
Kaedah Kerja pengguna

Ts 0 Ts 1 Ts 0 Ts 0 Ts 0

Kaedah 1 Ks 2 Ks 2 Ks 3 Ks 0 Ks 3

S 1 S 0 S 0 S 3 S 0

Ts 0 Ts 0 Ts 1 Ts 0 Ts 0

Kaedah 2 Ks 3 Ks 2 Ks 1 Ks 3 Ks 2

S 0 S 1 S 1 S 0 S 1

Ts 3 Ts 3 Ts 2 Ts 3 Ts 0

Kaedah 3 Ks 0 Ks 0 Ks 1 Ks 0 Ks 3

S 0 S 0 S 0 S 0 S 0
Jadual 2.1 : Analisis kesesuaian rekabentuk Meja kerja

Berdasarkan analisis yang telah dibuat daripada En Mohd Fikri bin Shohur, En Nor
Ridzuan Bin Sabu dan En Anuar Bin Che Di,yang terletak pada lampiran, saya
berpendapat Meja Kerja yang akan dihasilkan perlulah mempunyai elemen yang mesra
pengguna di mana tenaga kerja yang digunakan dapat diminimakan. Selain itu, meja kerja
yang akan dihasilkan hendaklah mempunyai ciri keselesaan yang sesuai serta masa
pengendalian meja kerja juga dapat diminimakan.

11
2.4 Kesimpulan

Berdasarkan tiga kaedah mengimpal yang telah dibincangkan, jelas menunjukkan


terdapat banyak kelemahan dalam setiap kaedah yang dibincangkan. Justeru, saya
berpendapat meja kerja yang menepati aspek-aspek seperti sesuai digunakan,mesra
pengguna perlu dihasilkan bagi menyelesaikan masalah ini.Untuk menghasilkan meja
kerja yang menepati aspek-aspek yang dinyatakan,saya telah membuat perbincangan
bersama rakan sekerja. Hasil daripada perbincangan tersebut saya telah membuat satu
analisis mengenai reka bentuk yang sesuai.

Hal ini demikian,saya harus memperbaiki lagi rekabentuk projek saya untuk
menjadikan lebih berkualiti. Analisi tersebut dibahagikan kepada tiga skala iaitu tidak
setuju (Ts), kurang setuju (Ks), dan setuju (S).Analisis tersebut berdasarkan dalam jadual
2.1.

12

You might also like