You are on page 1of 20

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 1

KERJA LOGAM

OBJEKTIF AM

Un it

Memahami proses-proses kerja logam di merekabentuk peralatan kejuruteraan pembuatan.

dalam

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat : Menjelaskan maksud proses kerja sejuk dan proses kerja panas. Menyenaraikan jenis-jenis proses kerja sejuk dan proses kerja panas. Menyenaraikan kebaikan dan keburukan proses kerja sejuk dan proses kerja panas.

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 2

INPUT
PENGENALAN Unit ini akan membincangkan bagaimana proses-proses yang dilakukan ke atas logam sebelum ianya boleh dikeluarkan untuk kegunaan tentu. Dalam unit ini kita akan hanya melihat berkaitan proses kerja panas dan proses kerja sejuk serta kebaikan dan keburukannya. 6.1 Kerja Sejuk Kerja sejuk ialah proses pengubahan plastik yang dijalankan pada suhu di bawah takat penghabluran semula logam tersebut. Proses ini dijalankan pada suhu bilik. Semasa sesuatu kepingan logam atau jongkong dikerjasejukkan, struktur hablur (kekisi) diubah, menjadi terherot dan memanjang pada arah dikerjakan seperti Gambarajah 6.1. Logam akan menjadi keras dan kekuatan sebagai tegasan dalaman akan bertambah menyebabkan kreteria kemuluran berkurangan. Akibat dari ini sifat-sifat logam dari segi kekuatan dan rintangan elektrik bertambah. Maka logam itu akan menjadi lebih keras dan rapuh selepas dikerjasejukkan. Jika kita terus menerus menjalankan proses kerja sejuk terhadap logam ini, maka ia akan pecah dan retak. Kerja-kerja sejuk seperti menggelek, menarik dan menekan biasanya dijalankan terhadap logam-logam yang telah dikerjapanaskan. Ianya juga merupakan satu proses penghabisan dalam pengeluaran dan berfungsi seperti berikut:i) ii) ii) iii) Membolehkan dimensi yang tepat didapati pada hasil kerja. Mendapat kemasan yang bersih dan licin. Mendapatkan berbagai darjah kekerasan dengan mengenakan berbagai kerja sejuk. Memperbaiki lagi kemudahan dimesin dan takat alah.

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 3

Gambarajah 6.1: Perubahan mikrostruktur akibat proses kerja sejuk

6.1.1

Jenis-Jenis Kerja Sejuk Kerja sejuk dikategorikan kepada tiga iaitu: i) Menarik (Drawing) ii) Menggolek (Rolling) iii) Menekan (Pressing) 6.1.1.1 Menarik (Drawing) Proses ini digunakan dalam pengeluaran dawai, rod dan tiub. Bukan semua logam boleh ditarik dengan sempurna, Biasanya logam yang telah disepuhlindap dan mempunyai kemuluran yang tinggi sahaja boleh diproses. Logam akan ditarik menerusi satu acuan yang bergaris pusat tirus seperti Gambarajah 6.2. Geseran,kesan ricih dan tekanan yang kuat berlaku dibahagian persentuhan antara acuan dengan bahan itu seterusnya akan memanaskan bahagian ini. Maka penyejukkan perlu diberikan dan bahan acuan mestilah keras dan cukup kuat untuk menentang kehausan dan lelasan yang dibawa oleh kesan-kesan tersebut diatas.

Gambarajah 6.2: Proses penarikan tiub (kerja sejuk)

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 4

Tungsten Carbide biasanya digunakan sebagai `die-insert' pada hujung acuan seperti Gambarajah 6.3. Sesuatu logam itu seharusnya dipastikan telah dikerjasejuk dengan lengkapnya dan sejuk dengan cepat supaya bahan logam yang melepasi acuan (berkeratan lebih kecil) itu dapat menahan daya tarikan tanpa mengerot (elongated) dan putus.

Gambarajah 6.3: Die yang diperbuat daripada tungsten dipasang di hujung acuan

Bilet geronggang digunakan di dalam membuat tiub, di mana bahan logam ditarik menerusi ruang kosong (gap) antara acuan. Gambarajah 6.4 menunjukkan bagaimana palam/mandrel digunakan untuk mendapatkan sesuatu ketebalan tembok yang tetap dan tidak bersambung.

Gambarajah 6.4: Proses penarikan tiub menggunakan palam/mendrel

Rajah 6.2: Menunjukkan proses penarikan menerusi satu acuan yang bergarispusat tirus.

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 5

6.1.1.2 Menggelek Sejuk Jenis kerja sejuk ini digunakan dalam pengeluaran bahagian kepingan dan jalur (strip). Operasi menggelek dilakukan di atas pengisar 4 penggelek berpandukan Gambarajah 6.5 di sebelah. Penggelek bergarispusat kecil akan digerak untuk menipiskan bahan logam, manakala penggelek besar pula berfungsi sebagai penggelek penyokong yang dapat meresap getaran dan memastikan ketebalan yang tetap. Bahan pelinciran kadangkala diberikan kepada bendakerja sebelum dan selepas digelek untuk mengemaskan lagi permukaan dan mencegah berlakunya pertumbuhan bijian. Jenis kerja ini berkemampauan menghasilkan ketebalan kepingan (0.008mm -.009mm) dan yang sangat nipis dinamakan `Foil'.

Gambarajah 6.5: Proses mengelek sejuk

6.1.2

Kebaikan Proses Kerja Sejuk

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 6

a) Kemasan permukaan yang baik. b) Ketepatan ukuran yang agak tinggi. c) Meninggikan ciri-ciri kemesinan logam supaya kemasan yang baik dan memperbaiki kekuatan dan ketegaran. 6.1.3 Keburukan Proses Kerja Sejuk a) Kos yang lebih tinggi berbanding dengan proses kerja panas. b) Bahan menjadi kurang mulur disebabkan oleh pengerasan kerja. UNTUK MENGUJI KEFAHAMAN ANDA SILA IKUTI AKTIVITI BERIKUT

AKTIVITI 6A
6.1 Apakah yang dimaksudkan dengan proses kerja sejuk. 6.2 Berikan DUA(2) kebaikan dan DUA (2) keburukan kerja sejuk.

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 7

MAKLUM BALAS 6A

6.1 Kerja sejuk ialah proses pengubahan plastik yang dijalankan pada suhu di bawah takat penghabluran semula logam tersebut. Iaitu selalunya proses ini dijalankan pada suhu bilik. 6.2 Kebaikan Proses Kerja Sejuk a) Kemasan permukaan yang baik. b) Ketepatan ukuran yang agak tinggi. c) Meninggikan ciri-ciri kemesinan logam supaya kemasan yang baik dan memperbaiki kekuatan dan ketegaran. Keburukan Proses Kerja Sejuk a) Kos yang lebih tinggi berbanding dengan proses kerja panas. b) Bahan menjadi kurang mulur disebabkan oleh pengerasan kerja.

KURANG MEMUASKAN !!! SAYA PERLU BACA SEKALI LAGI UNTUK LEBIH MEMAHAMINYA

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 8

INPUT
6.2 Kerja Panas Anda telah didedahkan berkenaan proses kerja sejuk. Kali ini mari kita lihat pula berkenaan proses kerja panas. Kerja panas adalah pembentukkan logam yang dilakukan sedikit di atas suhu penghabluran semula. Semua proses ini dijalankan, berlakunya canggaan plastik struktur hablur, tetapi serentak itu, penghabluran semula akan memulihkannya ke kekisi asal, iaitu bentuk equi-axed. Jika suhu pemanasan adalah terlalu tinggi, penghabluran semula akan berlaku dalam masa yang lebih singkat lagi, maka dengan ini bahan itu lebih senang dikerja-beratkan tanpa risiko meretak. Sekiranya suhu adalah rendah, penghabluran semula akan berlaku dengan perlahan dan bukan sahaja lebih banyak daya (mampatan) diperlukan untuk mengerotkan logam, bahkan risiko meretak akan bertambah. Jika bahan logam dipanaslampaukan, katakan terbakar, ini bermaksud pengoksidaan telah berlaku pada sempadan-sempadan bijian dan ini melemahkan bahan. Proses-proses utama kerja panas dalam industri kini termasuk menggelek, menempa dan extrusi. 6.2.1 Jenis-Jenis Kerja Panas Kerja panas dikategorikan kepada tiga iaitu: i) ii) iii) Menggelek Panas (Hot Rolling) Tempaan Panas (Hot Forging) Extrusi

6.2.1.1 Proses Menggelek Panas Tujuan utama proses ini ialah menipiskan jongkong logam panas atau keratan tebal, sehingga mendapat ketebalan yang dikehendaki. Kadangkala sehinga satu tahap di mana keratan itu terlalu nipis dan tidak mendapat mengekalkan haba pemanasan (penghabluran semula). Dalam operasi ini jongkong akan melalui dua penggelek selinder yang besar. Kemudian melalui beberapa penggelek lain sekiranya perlu untuk mendapatkan saiz akhir yang dikehendaki. Ketebalan bahan yang digelek akan menjadi semakin nipis setiap kali sesudah digelek seperti Gambarajah 6.6. Keratan yang berbentuk khas seperti lintasan keretapi, rangka pembinaan, bar

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 9

bulat boleh diperolehi dengan menggunakan penggelek berbentuk khas. Keronggaan (disconuities) dalam jongkong tuangan di tutup atau di kimpal di bawah tindakan tekanan besar dan memberikan satu struktur yang homogen.

Gambarajah 6.6: Proses Menggelek Panas

6.2.1.2 Tempaan Panas (Hot Forging) Proses ini membentuk bahan logam (kepingan dan jongkong) dengan hentaman tukul/punch, akibat tindakan daya graviti atau tekanan/kuasa pnuematik seperti Gambarajah 6.7. Sesuatu bahan itu akan diletakkan di antara dua bahagian acuan yang masingmasing terikat pada tukul dan anvil. Apabila daya diberikan, kedua-dua bahan acuan ini akan bercantum menjadi satu acuan leng. Jenis acuan ini dinamakan acuan tertutup (closed die). Untuk mempastikan pengisian acuan adalah penuh, kuantiti bahan blank mesti melebihi sedikit ruang kekosongan pada acuan. Maka kuantiti lebihan itu akan mengalir keluar acuan dan membentuk flash.

Gambarajah 6.7: Hentaman yang menggunakan kaedah tekanan hidraulik/pneumatik

Kesan hentaman terhadap bahan dalam tempaan yang bermakna sekali adalah pengubahsuaian orentasi struktur bijian logam

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 10

tersebut. Kesan hentaman ini boleh dilihat pada Gambarajah 6.8 di bawah. Contoh kegunaan proses ini ialah dalam pembuatan spanner, rod penyambung dan juga bolts seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 6.9.

Gambarajah 6.8: Pengubahsuaian orentasi struktur bijian logam akibat dari proses tempaan

Gambarajah 6.9: Peringkat pembentukan komponen melalui proses tempaan

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 11

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 12

6.2.1.3 Extrusi Proses ini melibatkan penolakkan satu bilet panas melalui satu acuan dengan kuasa hidrolik. Melalui proses ini jongkong (ignot) ditekan sehingga mengalir di bawah tekanan tinggi, melalui satu `saluran orifis' atau `die' seperti mana krim ubat gigi dipicit keluar dari tiubnya merujuk pada Gambarajah 6.10.

Gambarajah 6.10: Peringkat pembentukan tiub melalui proses extrusi

Kelebihan proses ini adalah kemampuannya menghasilkan berbagai bentuk rumit dengan ketepatan dimensi yang tinggi dan kemasan yang baik seperti dalam Gambarajah 6.11. Pengeluarannya juga boleh berjalan secara berterusan tetapi bahan-bahan logam yang dapat diproses dihadkan pada logam yang mempunyai takat lebur yang rendah dan berkecairan baik seperti tembaga, aloi loyang, aluminium dan aloinya.

6.2.2

Kebaikan Proses Kerja Panas

Gambarajah 6.11: Penghasilan produk dari proses extrusi

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 13

i) Proses kerja panas akan dapat memecahkan struktur hablur yang kasar yang terdapat dalam jongkong, iaitu struktur jongkong yang berhablur tetiang akan terhapus. ii) Jika suhu kemasan adalah betul, penghalusan bijian akan didapati. iii) Jika di bawah tekanan tinggi dikenakan, rongga-rongga (blow holes) yang terdapat dalam jongkong akan juga terhapus. iv) Dengan itu, kekuatan, kemuluran dan keliatan bendakerja yang dihasilkan dari proses kerja panas adalah lebih baik dibandingkan dengan bendakerja hasil daripada proses kerja sejuk. 6.2.3 Keburukan Proses Kerja Panas i) ii) Dimensi akhir yang tepat untuk bendakerja adalah agak sukar untuk diperolehi. Ini kerana logam panas apabila menyejuk akan berlakunya pengecutan. Bendakerja mempunyai permukaan akhir yang tidak kemas. Ini disebabkan oleh proses pengoksidaan yang berlaku dipermukaannya pada suhu yang tinggi. Untuk memperbaiki keadaan ini, bendakerja yang dihasilkan melalui kerja sejuk untuk mendapatkan dimensa yang tepat dan permukaan yang licin.

????? ok Adakah saya faham

Untuk menguji kefahaman anda sila ikuti aktiviti berikut

AKTIVITI 6B

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 14

6.3 Apakah yang dimaksudkan dengan proses kerja panas 6.4 Berikan TIGA (3) jenis proses kerja panas. 6.5 Berikan DUA(2) kebaikan dan DUA (2) keburukan kerja panas 6.6 Dengan bantuan gambarajah, terangkan dengan ringkas proses menggelek panas.

Logam ini dari jenis kerja sejuk atau kerja panas ???

MAKLUM BALAS 6B

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 15

6.3 Kerja panas adalah pembentukkan logam yang dilakukan sedikit di atas suhu penghabluran semula. Semua proses ini dijalankan, berlakunya canggaan plastik struktur hablur, tetapi serentak itu, penghabluran semula akan memulihkannya ke kekisi asal

6.4 Jenis-Jenis Kerja Panas Menggelek Panas (Hot Rolling) Tempaan Panas (Hot Forging) Extrusi 6.5 Kebaikan Proses Kerja Panas i. ii. iii. iv. Proses kerja panas akan dapat memecahkan struktur hablur yang kasar yang terdapat dalam jongkong, iaitu struktur jongkong yang berhablur tetiang akan terhapus. Jika suhu kemasan adalah betul, penghalusan bijian akan didapati. Jika di bawah tekanan tinggi dikenakan, rongga-rongga (blow holes) yang terdapat dalam jongkong akan juga terhapus. Dengan itu, kekuatan, kemuluran dan keliatan bendakerja yang dihasilkan dari proses kerja panas adalah lebih baik dibandingkan dengan bendakerja hasil daripada proses kerja sejuk.

i ii

Keburukan Proses Kerja Panas

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 16

i. ii.

Dimensi akhir yang tepat untuk bendakerja adalah agak sukar untuk diperolehi. Ini kerana logam panas apabila menyejuk akan berlakunya pengecutan. Bendakerja mempunyai permukaan akhir yang tidak kemas. Ini disebabkan oleh proses pengoksidaan yang berlaku dipermukaannya pada suhu yang tinggi.

6.6 Dalam operasi ini jongkong akan melalui dua penggelek selinder yang besar. Kemudian melalui beberapa penggelek lain sekiranya perlu untuk mendapatkan saiz akhir yang dikehendaki. Ketebalan bahan yang digelek akan menjadi semakin nipis setiap kali sesudah digelek. Tujuan utama proses ini ialah menipiskan jongkong logam panas atau keratan tebal, sehingga mendapat ketebalan yang dikehendaki. Kadangkala sehinga satu tahap di mana keratan itu terlalu nipis dan tidak mendapat mengekalkan haba pemanasan (penghabluran semula).

BERJAYA !!!SAYA PERLU MENDALAMI UNIT BERIKUTNYA APAKAH TAJUK BERIKUTNYA ?

PENILAIAN KENDIRI PENILAIAN KENDIRI

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 17

1. Apakah yang perbezaan di antara kerja sejuk dengan kerja panas. 2. Nyatakan DUA (2) contoh proses kerja sejuk dan DUA (2) contoh proses kerja panas. 3. Terangkan kaedah gelekan sejuk dilakukan berserta dengan gambarajah. 4. Berikan TIGA (3) kebaikan dan DUA (2) keburukan Kerja Sejuk. 5. Nyatakan TIGA (3) kebaikan bagi barangan yang dihasilkan melalui proses extrusi. 6. Terangkan secara ringkas berserta gambarajah bagaimana proses extrusi dilakukan bagi menghasilkan sesuatu barangan.

MAKLUM BALAS MAKLUM BALAS

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 18

1. Kerja sejuk ialah proses pengubahan plastik yang dijalankan pada suhu di bawah takat penghabluran semula logam tersebut manakala Kerja panas adalah pembentukkan logam yang dilakukan sedikit di atas suhu penghabluran semula. 2. Kerja Sejuk Menggelek sejuk dan menarik. Kerja Panas Menggelek panas dan tempaan panas. 3. Menggelek Sejuk digunakan dalam pengeluaran bahagian kepingan dan jalur (strip). Operasi menggelek dilakukan di atas pengisar 4 penggelek. Penggelek bergarispusat kecil akan digerak untuk menipiskan bahan logam, manakala penggelek besar pula berfungsi sebagai penggelek penyokong yang dapat meresap getaran dan memastikan ketebalan yang tetap. Bahan pelinciran kadangkala diberikan kepada bendakerja sebelum dan selepas digelek untuk mengemaskan lagi permukaan dan mencegah berlakunya pertumbuhan bijian. Jenis kerja ini berkemampauan menghasilkan ketebalan kepingan (0.008mm -.009mm) dan yang sangat nipis dinamakan `Foil'.

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 19

4. Tiga kebaikan Proses Kerja Panas; i Proses kerja panas akan dapat memecahkan struktur hablur yang kasar yang terdapat dalam jongkong. ii Jika suhu kemasan adalah betul, penghalusan bijian akan didapati. iii Jika di bawah tekanan tinggi dikenakan, rongga-rongga (blow holes) yang terdapat dalam jongkong akan juga terhapus. Dua keburukan Proses Kerja Panas; i. ii. Dimensi akhir yang tepat untuk bendakerja adalah agak sukar untuk diperolehi. Ini kerana logam panas apabila menyejuk akan berlakunya pengecutan. Bendakerja mempunyai permukaan akhir yang tidak kemas. Ini disebabkan oleh proses pengoksidaan yang berlaku dipermukaannya pada suhu yang tinggi.

5. Tiga kebaikan prose extrusi; i. ii. iii. Proses ini mampu menghasilkan berbagai bentuk rumit. Dapat menghasilkan ketepatan dimensi yang jitu Kemasan permukaan yang baik

KERJA LOGAM

J3022/ 6/ 20

6. Proses ini melibatkan penolakkan satu bilet panas melalui satu acuan dengan kuasa hidrolik. Melalui proses ini jongkong (ignot) ditekan sehingga mengalir di bawah tekanan tinggi, melalui satu `saluran orifis' atau `die' seperti mana krim ubat gigi dipicit keluar dari tiubnya seperti gambarajah di bawah. Kelebihan proses ini adalah kemampuannya menghasilkan berbagai bentuk rumit dengan ketepatan dimensi yang tinggi dan kemasan yang baik. Pengeluarannya juga boleh berjalan secara berterusan tetapi bahan-bahan logam yang dapat diproses dihadkan pada logam yang mempunyai takat lebur yang rendah dan berkecairan baik seperti tembaga, aloi loyang, aluminium dan aloinya.

You might also like