You are on page 1of 4

KERETA SORONG HIDRAULIK

PENYELIA PROJEK: PUAN MARLINA BINTI MOHAMMAD

NAMA AHLI KUMPULAN:


NAMA NO.PENDAFTARAN

MUHAMMAD RIZARIL HAQEEM BIN 13DKM18F1055


MOHD RIZALMAN
MUHAMMAD NOR FAHMI BIN ROSLI 13DKM18F1159

NUR FARZANA BINTI MOHD RICKI 13DKM18F1059

NADIYATUL HUSNA BINTI SALAM 13DKM18F1087

JABATAN KEJURUTERAAN
MEKANIKAL POLITEKNIK SULTAN
MIZAN ZAINAL ABIDIN
DISEMBER 20219
BAB 1: PENGENALAN

1.1LATAR BELAKANG PROJEK


Kereta sorong atau dalam Bahasa inggeris dikenali sebagai wheel barrow telah wujud sejak
zaman Yunani kuno lagi. Alatan ini merupakan sahabat petani, pekebun, dan juga perkerja
buruh sama ada dalam bidang pembinaan atau pertanian untuk memudahkan kerja-kerja
pengangkutan beban. Di mana beban yang berat dapat diringankan dengan menggunakan kereta
sorong yang ditolak atau ditarik menggunakan tenaga manusia. Kereta sorong meringankan
berat barang atau bahan yang diangkat kerana bebanan tersebut dialihkan kepada sistem roda
dan pemengang.
Komponan struktur utama kereta sorong terdiri daripada besi berongga yang kuat dengan
sepasang pemegang pada hujung besi tersebut. Di bahagian bawah kereta sorong terdapat
sepasang kaki yang diperbuat daripada besi leper yang berfungsi menstabilkan kereta sorong.
Bahagian penting kereta sorong adalah bekas pengisian yang diletakkan di antara tayar dan
sepasang pemegang yang diisi dengan beban. Bekas pengisian ini juga terbahagi kepada dua
iaitu bekas pengisian plastik yang bersifat lebih ringan dan tidak berkarat. Manakala bekas
pengisian besi pula bersifat mudah karat dan berat.
Oleh yang demikian, penambahbaikkan perlu diperkenalkan bagi memberi keselesaan, dan
kemudahan yang maksima kepada pengguna. Di samping mengetahui kegunaan, kekuatan,
kelebihan, serta kekurangan dan membantu menyelesaikan projek ini. Maka, dengan adanya
inovasi terhadap kereta sorong dapat memudahkan kerja pengguna.

1.2 PERNYATAAN MASALAH


Setelah melakukan kajian, terdapat beberapa penyataan masalah terhadap kereta sorong yang
sedia ada dipasaran. Pertamanya ialah penggunaan tenaga yang banyak ketika proses
menurunkan beban yang berat. Hal ini kerana, jenis kereta sorong yang sedia ada di pasaran
adalah manual di mana menggunakan sepenuhnya tenaga manusia untuk menurunkan beban
yang berat dari bekas pengisian. Oleh itu kami mencipta kereta sorong hidraulik kerana dapat
mengurangkan tenaga kerja manusia.
Kedua, ialah sukar untuk menolak kereta sorong apabila mempunyai beban. Ini kerana kereta
sorong sedia ada hanya mempunyai satu roda sahaja untuk menampung berat beban di dalam
bekas pengisian. Oleh sebab itu kami menambah roda pada kereta sorong supaya dapat
memudahkan kerja-kerja peladangan kecil.
1.3 OBJEKTIF PROJEK
Antara objektif utama projek pengering kasut ialah :
I. Merekabentuk Kereta Sorong yang mempunyai Sistem Hidraulik untuk mengurangkan
tenaga kerja manusia.
II. Menambah roda dari satu kepada tiga roda untuk memudahkan pergerakan kereta
sorong

1.4 SKOP PROJEK


Skop atau had pelaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan setiap
pelaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop pelaksanaan projek
ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek.Oleh itu,projek ini mestilah tidak
melampaui matlamat dan fungsinya. Skop yang dicapai pada projek ini adalah :
i. Fungsi hidraulik untuk memudahkan beban diturunkan. Hidraulik yang digunakan
adalah jenis hydraulic damper real gas shock absorber.
ii. Penambahan aluminium pada bekas pengisian bagi mengekalkan ketahanan kereta
sorong.
iii. Kapasiti beban yang dimuatkan adalah dalam lingkungan 20kg
iv. Mempunyai 3 roda.

1.4 KESIMPULAN

Pada akhir bab ini, pengguna dapat mengetahui apa yang ingin disampaikan melalui
pengenalan tentang projek ini. Dengan terhasilnya idea bagi menginovasikan projek kereta
sorong sedia ada ini, ia dapat membantu serta memudahkan pengusaha ladang kelapa sawit
kecil.
Penambahan system hidraulik pada kereta sorong ini dapat mengurangkan tenaga manusia
untuk menurunkan beban di dalam bekas pengisian kereta sorong dengan hanya menggunakan
butang yang disediakan pada pemengang kereta sorong.

You might also like