You are on page 1of 27

Top i k

Alat-alat Mengukur, Menguji dan Menanda

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Mengenal pasti pelbagai jenis alatan mengukur, menguji dan menanda; Mengenal pasti pelbagai jenis bahan menanda; Melakukan proses menanda mengikut prosedur yang betul; Melakukan kerja-kerja mengukur dan menguji; Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alat servis dan alat tangan; Mengenal pelbagai jenis alat servis dalam bengkel automatif; Mengenal jenis-jenis alat tangan dalam bengkel automatif; Menggunakan pelbagai alat servis dan alat tangan dengan betul dalam kerja-kerja bengkel; dan Memilih alat-alat yang betul dan bersesuaian dengan kerja yang dilakukan.

PENGENALAN
Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan tentang pelbagai jenis alat tangan yang sering digunakan dalam menservis kenderaan motor. Alat tangan ini diguna untuk mengukur dan menanda. Selain daripada itu, anda juga akan mempelajari dua jenis enjin iaitu enjin petrol dan enjin diesel. Dalam kedua-dua jenis enjin ia dibahagikan enjin dua lejang dan empat lejang.

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

119

8.1
(a)

ALAT MENANDA

Berikut disenaraikan alat-alat yang digunakan untuk menanda. Penggarit Digunakan untuk membuat garisan pada permukaan logam. Dibuat daripada keluli karbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja pada hujungnya. Kedua-dua hujung matanya halus dan tajam. Hujung penggarit yang bengkok digunakan untuk menggaris garisan di tempat yang sukar dilakukan dengan hujung yang lurus.

Rajah 8.1: Penggarit

(b)

Penebuk Titik Digunakan untuk menanda kekal pada garisan permukaan logam. Dibuat daripada keluli keras dan mempunyai hujung yang tajam bersudu 30 60.

Rajah 8.2: Penebuk titik

(c)

Penebuk Pusat Mata penebuk pusat bersudut 60 atau 90 digunakan untuk menanda kekal. Mata yang bersudut 60 digunakan untuk menanda garisan kekal.

120

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

Mata yang bersudut 90 pula untuk menanda pusat bulatan sebelum kerja menggerudi dilakukan. Dibuat daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja.

Rajah 8.3: Penebuk pusat

(d)

Plat Permukaan Mempunyai permukaan yang licin dan rata. Bahagian tepi yang lurus dan bersudut tepat 90 antara satu dengan lain. Plat ini dibuat daripada besi tuang atau granit. Permukaan plat perlu ditutup supaya tidak rosak atau terhakis apabila tidak digunakan. Bersih dan keringkan permukaan plat dan sapukan satu lapisan nipis minyak pelincir. Plat permukaan digunakan untuk: (i) (ii) Menguji kerataan sesuatu permukaan benda kerja. Kerja-kerja menapak.

Rajah 8.4: Plat permukaan

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

121

(e)

Bongkah V Dibuat daripada besi tuang. Bongkah V biasanya digunakan secara berpasangan. Digunakan untuk menetapkan batang bulat ketika kerja menapak.

Rajah 8.5: Bongkah V

Terdapat dua jenis bahan menanda yang biasa digunakan, iaitu kapur dan sulfat. Berikut disenaraikan prosedur untuk menanda. 1. 2. 3. Bersih dan gosok permukaan yang hendak ditanda. Warnakan permukaan benda kerja yang hendak ditanda dengan berus khas atau penyembur. Biarkan bahan penanda kering.

8.2

ALAT-ALAT MENGUKUR DAN MENGUJI

Subtopik ini akan membincangkan alat-alat mengukur dan menguji seperti mikrometer, angkup vernier dan tolok dial.

8.2.1
(a)

Alat Mengukur

Mikrometer Mikrometer merupakan alat pengukur jitu (Rajah 8.6). Terdapat dua jenis micrometer, (i) (ii) Mikrometer luar digunakan untuk mengukur garis pusat benda bulat, tebal dan lebar kepingan rata. Mikrometer dalam dalam. digunakan untuk mengukur garis pusat bahagian

122

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

Rajah 8.6: Mikrometer

Rajah 8.7: Cara membaca mikrometer

(b)

Angkup Vernier Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur sehingga ketepatan 1/100mm (Rajah 8.8).

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

123

Rajah 8.8: Angkup Vernier

Cara Membaca Angkup Vernier Skala utama disenggatkan kepada 10 bahagian. Tiap-tiap bahagian bersamaan dengan 1mm. Skala Vernier yang panjangnya 9mm disenggatkan kepada 10 bahagian yang sama. Garisan ke-10 skala vernier sejajar tepat kepada garisan ke9 skala utama. Membaca Angkup Vernier Tentukuran 0.02 mm (i) (ii) Bacaan skala utama yang terhampir dengan 66 1.00 = mm Bacaan skala Vernier senggatan ke-39 yang 39 0.02 = sejajar dengan Skala satu garisan pada skala utama Jumlah 66.00mm 0.78mm

66.78mm

8.2.2
(a)

Alat Menguji

Tolok Dail(Dial Gauge) Antara kegunaan tolok dial adalah untuk: Menguji penjajaran sesuatu komponen dengan tepat. Menguji keregangan antara dua gear.

124

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

Rajah 8.9: Menguji kerataan roda tenaga

(b)

Tolok Dial Gerek (Dial Gauge) Alat ini paling cepat dan pantas menyemak kehausan gerek silinder.

Rajah 8.10: Tolok dial gerek

Rajah 8.11: Menguji kehausan gerek silinder

(c)

Tolok Teleskopik Alat ini berbentuk T digunakan untuk mengukur garis pusat silinder (Rajah 8.12). Tolok teleskopik dimasukkan ke dalam lubang dan kemudian pusingkan tombol untuk membebaskan pelocok pada kedudukan pemegang tegak. Ketatkan dan pusingkan pelocok pada kedudukan pemegang tegak. Ketatkan dan pusingkan pelocik dengan memusingkan tombolnya. Keluarkan tolok teleskopik untuk diukur garis pusat silinder tersebut dengan menggunakan mikrometer luar.

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

125

Rajah 8.12: Tolok teleskopik

(d)

Tolok Perasa (Feeler Gauge) Tolok perasa merupakan set bilah atau dawai yang mempunyai nilai ketebalan tertentu.

Rajah 8.13: Tolok perasa jenis bilah

Rajah 8.14: Tolok perasa jenis dawai

Jenis Tolok Perasa (i) (ii) Tolok perasa bilah untuk menguji kelegaan benda kerja yang rata seperti kelegaan injap atau kelegaan titik sesentuh (Rajah 8.13). Tolok perasa dawai untuk menguji kelegaan benda kerja yang tidak rata seperti celahan palam pencucuh (Rajah 8.14).

(e)

Tepi Lurus Dibuat daripada keluli berkarbon yang dikeraskan, dibaja dan diratakan. Berbentuk segi empat tepat atau segi empat bujur. Digunakan untuk mengukur kerataan benda kerja (Rajah 8.15).

126

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

Rajah 8.15: Tepi lurus

(f)

Pembaris Keluli Alat ini dibuat daripada keluli kalis karat. Kegunaannya ialah untuk mengukur garis lurus (Rajah 8.16).

Rajah 8.16: Pembaris keluli

(g)

Sesiku L Alat ini digunakan untuk menguji ketepatan sudut 90 pada sebelah luar atau dalam benda kerja (Rajah 8.17).

Rajah 8.17: Sesiku L

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

127

8.3

ALAT-ALAT SERVIS

Subtopik ini akan membincangkan alat-alat servis seperti jek lantai, sangga keselamatan, hoist dan creeper. (a) Jek Lantai Jek lantai digunakan untuk mengangkat kenderaan. Bahagian yang diangkat mestilah di bahagian yang padu seperti kerangka, lengan gantungan atau gander untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian lantai kenderaan. Lihat Rajah 8.18.

Rajah 8.18: Jek Lantai

Jangan sekali-kali menyangga kenderaan dengan jek hidraulik sahaja. Penyendal jek hidraulik akan pecah sekiranya sentiasa terbeban dan boleh terjatuh pada bila-bila masa. (b) Sangga Keselamatan Setelah diangkat kenderaan, hendaklah disangga dengan menggunakan sangga keselamatan seperti dalam Rajah 8.19.

Rajah 8.19: Sangga keselamatan dan penggunaannya

128

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

(c)

Hoist Hoist digunakan untuk mengangkat kenderaan bagi memudahkan


mekanik melakukan kerja membaiki bahagian bawah kenderaan. Lihat Rajah 8.20.

Rajah 8.20: Hoist

Periksa pengunci automatik hoist dan pastikan boleh berfungsi sebelum mengangkat kenderaan dan jangan mengangkat kenderaan melebihi had terima alat tersebut. (d)

Creeper Creeper digunakan semasa melakukan kerja di bahagian bawah kenderaan


yang telah disangga bagi memudahkan kerja. Lihat Rajah 8.21.

Rajah 8.21: Creeper

8.4

ALAT TANGAN

Subtopik ini pula akan membincangkan beberapa alat tangan seperti sepana, soket, pemutar skru, pencabut stad, playar dan tukul. (a) Sepana Sepana digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan bolt dan nat. Saiz sepana terdapat dalam ukuran metrik dan inci. Lihat Rajah 8.22.

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

129

Rajah 8.22: Sepana

Jenis Sepana (i) (ii) Sepana hujung terbuka. Sepana gelang.

(iii) Sepana gabung. (b) Soket Soket digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan bolt dan nat. Soket mesti digunakan bersama-sama dengan hendal. Lihat Rajah 8.23.

Rajah 8.23: Jenis soket

(c)

Pemutar Skru Pemutar skru terdapat dalam pelbagai jenis bentuk dan saiz. Pemutar skru digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru.

130

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

Bahagian hujung pemutar skru biasanya rata atau daripada jenis Philip. Lihat Rajah 8.24.

Rajah 8.24: Pemutar skru

(d)

Pencabut Stad Pencabut stad digunakan untuk mengeluarkan stad. Lihat Rajah 8.25.

Rajah 8.25: Pencabut Stad

(e)

Playar

Playar pemotong

Playar gabung

Playar muncung panjang Rajah 8.26: Playar

Playar klip lengkung

Playar cekam ragum

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

131

Berikut disenaraikan kegunaan setiap playar di atas. (i) (ii) Playar gabung memotong wayar. mencengkam, memegang benda kerja dan memegang bahagian-bahagian kecil dan

Playar muncung panjang kerja membengkok.

(iii) Playar pemotong

memotong wayar,rivet kecil dan dawai. mengapit benda kerja.

(iv) Playar cekam ragum (v) (f)

Playar klip lengkung menanggalkan dan memasang klip.

Tukul Terdapat pelbagai jenis tukul yang digunakan untuk kerja-kerja mengetuk. Kepala tukul dikelaskan kepada dua jenis iaitu tukul kepala keras dan tukul kepala lembut seperti dalam Rajah 8.27.

Rajah 8.27: Jenis Tukul

Tukul kepala keras dan tukul kepala lembut biasanya digunakan di dalam bengkel automatif. Tukul kepala lembut dibuat daripada plastik dan getah, digunakan untuk mengetuk bahagian-bahagian benda kerja supaya tidak rosak. (g) Alat Khas Alat ini merupakan alat yang dibuat khas untuk sesuatu kerja. Tanpa alat khas, kerja yang hendak dilakukan tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Biasanya setiap pembuat kenderaan mempunyai alat khasnya sendiri. Lihat Rajah 8.28.

Pemasang kedap minyak

Pengeluar galas

Rajah 8.28: Alat khas

132

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

Berikut adalah contoh tugasan yang boleh dilakukan untuk manguji kefahaman pelajar. Tugasan 1. 2. Menggunakan jek lantai dan sangga keselamatan. Menggunakan hoist.

Peralatan

Langkah Kerja 1. 2. Menggunakan jek lantai dan sangga keselamatan Menggunakan hoist (a) (b) (c) Pandu kenderaan perlahan-lahan sehingga kedudukan roda tepat di atas hoist. Tarik brek tangan dan letakkan bongkah kayu pada roda hadapan dan belakang. Tekan suis untuk menaikkan kenderaan mengikut kesesuaian kerja seperti membaiki paip ekzos, kerja greasing dan mengeluarkan minyak enjin. Setelah mencapai ketinggian yang dikehendaki, hoist dikunci. Setelah selesai kerja, turunkan semula kenderaan perlahan-lahan.

(d) (e)

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

133

AKTIVITI 8.1
1. 2. 3. 4. 5. 6. Nyatakan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika mengejek kenderaan. Terangkan prosedur mengeluarkan stad. Nyatakan kegunaan creeper. Nyatakan kegunaan soket. Nyatakan kegunaan sangga keselamatan. Rajah di bawah menunjukkan tiga jenis sepana yang biasa digunakan di dalam bengkel automatif. Namakan jenis-jenis sepana itu.

7.

Namakan alat pada rajah di bawah dan nyatakan kegunaannya.

8.

Namakan dua jenis playar di bawah dan nyatakan kegunaannya.

134

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

8.5
8.5.1
(a)

ENJIN PETROL
Enjin

Subtopik ini membincangkan beberapa aspek berkenaan enjin petrol.

Fungsi Menghasilkan kuasa untuk menggerakkan kenderaan dan menjalankan semua peralatan elektrik serta alat tambahan dalam kenderaan. Kendalian

(b)

Rajah 8.29: Enjin dua lejang

(c)

Kendalian Enjin Dua Lejang Enjin dua lejang tidak menggunakan injap. Sebaliknya, terdapat liang pada dinding silinder yang ditutup dan dibuka oleh penggerak piston iaitu liang masuk, liang pindah dan liang ekzos. Lihat Rajah 8.29. Pergerakan ke atas (i) (ii) Aci engkol berpusing menyebabkan piston bergerak dari TTB ke TTA. Piston menutup liang pindah dan liang ekzos.

(iii) Liang masuk terbuka pada ketika ini. (iv) Pergerakan piston memampatkan campuran udara dan bahan api di ruang pembakaran. (v) (vi) Vakum terwujud dalam kotak engkol. Campuran udara dan bahan api dari koburetor masuk ke dalam kotak engkol melalui liang masuk.

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

135

Pergerakan ke bawah (i) Pada akihir pergerakan piston ke atas, palam pencucuh mengeluarkan bunga api dan membakar campuran udara dan bahan api yang telah dimampatkan. Pembakaran menyebabkan ledakan dan menghasilkan kuasa yang tinggi. Piston ditolak dari TTA ke TTB menyebabkan liang ekzos dan liang pindah terbuka. Liang masuk tertutup dan pergerakan piston menolak campuran udara dan bahan api melalui pindah ke ruang pembakaran. Gas ekzos keluar melalui liang ekzos.

(ii) (iii) (iv) (v)

Rajah 8.30: Enjin empat lejang

(d)

Kendalian Enjin Empat Lejang Enjin empat lejang mempunyai injap dan prosesnya melibatkan empat lejang iaitu lejang masuk, mampatan, kuasa dan ekzos seperti dalam Rajah 8.30. (i) Lejang masukan Piston bergerak dari TTA ke TTB. Vakum terwujud di bahagian atas piston dalam silinder. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup. Tekanan atmosfera menolak campuran udara dan bahan api dari koburetor ke dalam silinder melalui injap masuk yang terbuka.

136

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

(ii)

Lejang mampatan Piston bergerak dari TTB ke TTA. Kedua-dua injap tertutup. Campuran udara dan bahan api dimampatkan.

(iii) Lejang kuasa Piston menghampiri TTA dalam lejang mampatan. Campuran udara dan bahan ap dicucuh oleh bunga api yang dikeluarkan oleh palam pencucuh. Ledakan menghasilkan kuasa yang tinggi. Piston ditolak dari TTA ke TTB. Kedua-dua injap masih tertutup.

(iv) Lejang ekzos Apabila piston sampai ke TTB, injap ekzos mula membuka. Pergerakan piston dari TTB ke TTA menolak gas yang terbakar keluar melalui injap ekzos. Pada akhir lejang ekzos, injap masuk mula membuka. Proses ini berulang selagi enjin hidup.

Jadual 8.1: Perbezaan antara Enjin Dua Lejang dengan Enjin Empat Lejang Enjin Dua Lejang (a) (b) (c) Pembukaan dan penutupan liang dikawal oleh piston. Satu pusingan aci melengkapkan satu kitaran. engkol (a) (b) (c) Enjin Empat Lejang Salur masuk dan salur ekzos dikawal oleh injap. Dua pusingan aci melengkapkan satu kitaran. engkol

Minyak pelincir dicampur dengan bahan api petrol bagi tujuan pelinciran. Kepala piston mempunyai pemesong untuk mengawal pengaliran campuran udara dan bahan api ke dalam silinder.

Terdapat takungan asing unuk menakung minyak pelincir bagi tujuan pelinciran. Tiada pemesong pada kepala piston.

(d)

(d)

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

137

8.5.2
(a)

Pengelasan Enjin

Susunan Injap

Rajah 8.31: Susunan Injap

(b)

Jumlah Silinder

Rajah 8.32: Jumlah Silinder

(c)

Jenis Susunan Silinder

Rajah 8.33: Jenis susunan silinder

138

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

(d)

Kepala Silinder Fungsi utama kepala silinder adalah untuk menutup silinder enjin agar dapat membentuk ruang pembakaran. Komponen-komponen utama yang terpasang pada kepala silinder ialah aci sesondol, pepasangan injap dan palam pencucuh. Kepala silinder enjin lama dibuat daripada besi tuang sementara enjin moden menggunakan aloi aluminium. Lihat Rajah 8.34.

Rajah 8.34: Kepala silinder

(e)

Aci Sesondol Fungsi utama aci sesondol ialah membuka injap masuk dan ekzos mengikut urutan yang ditetapkan. Gear aci sesondol dipasang pada bahagian hadapan aci sesondol dan disambungkan pada gear aci engkol dengan tali sawat pemasangan. Aci sesondol biasanya dibuat daripada besi tuang. Jurnal aci sesondol bergerak di dalam galas yang terdapat di dalam kepala silinder. Lihat Rajah 8.35.

Rajah 8.35: Aci sesondol

(f)

Pandu Injap Pandu utama aci sesondol ialah tempat batang injap bergerak. Terdapat dua jenis pandu injap, iaitu pandu injap kamiran dan pandu injap pasang tekan. Jenis kamiran dibuat semasa proses pembuatan kepala silinder sementara jenis pasang tekan ialah sarung yang dipasang pada lubang dalam kepala silinder. Dudukan injap Dudukan injap bersama-sama muka injap berfungsi menghasilkan kedap udara. Jenis dudukan injap ialah dudukan kamiran dan dudukan pasang tekan. Dudukan kamiran terdapat pada kepala silinder besi tuang

(g)

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

139

sementara jenis pasang tekan terdapat dalam kepala silinder aloi aluminium. Sudut dudukan injap dalam enjin ialah 45 atau 30. Lihat Rajah 8.36.

Rajah 8.36: Pandu injap dan dudukan injap

(h)

Pepasangan Injap Kenderaan menggunakan sama ada injap jenis Popet atau cendawan. Injap dibuat daripada proses larikan dan bahagian utamanya ialah muka, batang dan jidar injap. Terdapat dua jenis injap iaitu injap masuk dan injap ekzos. Kepala injap masuk lebih besar daripada kepala injap ekzos. Sesetengah batang injap ekzos mengandungi natrium untuk menyejukkan injap. Sudut muka injap ialah 45 dan 30. Lihat Rajah 8.37. Pengadang injap dibuat daripada getah neoprene berfungsi untuk menghalang kemasukan minyak pelincir ke dalam ruang pembakaran. Pegas injap dibuat daripada keluli pegas dan dibezakan berdasarkan bilangan gelung, ukuran dan ketegangannya.

Rajah 8.37: Pepasangan injap

140

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

(i)

Panca Rongga Masuk Panca rongga masuk dibuat daripada aloi aluminium dan dipasang pada kepala silinder. Karburetor atau pemancit dipasang pada panca rongga masuk dan mempunyai saluran yang disambung ke setiap silinder. Campuran udara dan bahan api masuk melalui saluran ini. Panca Rongga Ekzos Panca rongga ekzos dibuat daripada besi tuang dan dipasang pada tepi silinder. Semasa injap ekzos terbuka, gas ekzos keluar melalui saluran panca rongga ke paip ekzos. Jenis Aci Sesondol Aci Sesondol Atas Tunggal (SOHC). Aci Sesondol Atas Kembar (DOHC).

(j)

(k)

Rajah 8.38: Jenis aci sesondol

(l)

Jenis Ruang Pembakaran

Rajah 8.39: Jenis ruang pembakaran

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

141

8.5.3
(a) (b) (c)

Ujian Mampatan

Ujian mampatan dilakukan atas sebab yang berikut: Kuasa enjin berkurangan. Penggunaan minyak pelincir yang berlebihan. Penggunaan bahan api yang tinggi.

Jenis Ujian Mampatan: (i) (ii) Mampatan kering. Mampatan basah.

Ujian mampatan basah dilakukan apabila bacaan ujian mampatan kering adalah rendah daripada spesifikasi. Ujian ini dilakukan untuk menentukan sama ada kebocoran berlaku pada kawasan kepala silinder atau pada bahagian-bahagian bongkah silinder.

8.5.4
(a) (i) (ii)

Aktiviti
Mengenal bahagian dan komponen kepala silinder. Menanggal kepala silinder enjin dua lejang.

Tugasan

(iii) Menanggal kepala silinder enjin empat lejang. (iv) Mengenal pengelasan enjin. (v) Melakukan ujian mampatan kering dan basah.

(vi) Menganalisis hasil ujian mampatan kering dan basah. (b) Peralatan Alat dan mesin (i) (ii) Alat tangan Penguji mampatan

Bahan dan kelengkapan (i) (ii) Kenderaan yang boleh digunakan Enjin empat lejang

(iii) Enjin dua lejang

142

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

(iv) Enjin OHC (v) Manual workshop

(vi) Minyak pelincir (vii) Carta enjin (viii) Model enjin (c) Langkah Kerja (i) (ii) Merombak rawat kepala silinder enjin dua lejang satu silinder. Merombak rawat kepala silinder enjin empat lejang empat silinder.

(iii) Menguji dan merekod ujian mampatan kering dan basah. (iv) Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum ujian mampatan ialah: Hidup dan panaskan enjin. Semua palam pencucuh dikeluarkan. Kabel dari gelung penyalaan dibumikan. Injap pendikit mesti dibuka penuh semasa ujian.

Rajah 8.40: Cara mengeluarkan but getah palam pencucuh

(v)

Ujian mampatan kering Pasang penguji mampatan pada lubang palam pencucuh. Engkol enjin sehingga jarum tolok mampatan sampai ke kedudukan stabil. Ulang semula gerak kerja (i) dan (ii) pada semua silinder yang lain. Rekodkan semua bacaan.

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

143

Rajah 8.42: Memasang penguji mampatan pada lubang palam pencucuh

(vi) Ujian mampatan basah Masukkan sedikit minyak pelincir ke dalam silinder enjin. Ulang gerak kerja ujian mampatan kering.

(vi) Rekod Ujian Mampatan


Silinder 1 2 3 4 Mampatan kering (a) Mampatan basah (b) (b) (a)

Di antara alat-alat penanda yang telah dibincangkan dalam topik ini ialah penggarit, penebuk titik, penebuk pusat, plat permukaan dan bongkah V. Di antara alat-alat pengukur yang dibincangkan pula ialah mikrometer dan angkup vernier. Di antara alat-alat menguji yang dibincangkan dalam topik ini ialah tolok dail, tolok dail gerek, tolok teleskopik, tolok perasa, tepi lurus, pembaris keluli dan sesiku L. Alat-alat servis yang telah dibincangkan dalam topik ini pula ialah jek lantai, sangga keselamatan, hoist dan creeper.

144

TOPIK 8

ALAT-ALAT MENGUKUR, MENGUJI DAN MENANDA

Beberapa alatan tangan juga dibincangkan dalam topic ini seperti sepana, soket, pemutar skru, pencabut stud, playar dan tukul. Ada juga beberapa alat khas yang dibuat istimewa untuk sesuatu kerja seperti pemasang kedap minyak dan pengeluar galas. Tanpa alat-alat seperti ini, kerja yang hendak dilakukan tidak dapat dijalankan. Aspek-aspek berkenaan enjin petrol juga dibincangkan dalam topik ini, termasuklah fungsinya serta kendalian enjin dua dan empat lejang.

Alat menguji Alat penanda Alat pengukur Alat servis

Alatan tangan Enjin dua lejang Enjin empat lejang

Abu Bakar Md Jelas, Periasamy & Md Sukri Yasin. (2005). Automotif kenderaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hasni Rais, & Jamal Abd. Baser. (2007). Reka cipta Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur: Cerdik Publications Sdn Bhd. Rosli Ibrahim, Salomah Ahmad, Ramli Baharin, Abu Zarin Ibrahim, Nizaruddin A. Kasim & Ling Liong Ing. (2007). Kemahiran hidup teknikal PMR. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

You might also like