You are on page 1of 19

Topik X RentakAsli

3
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Mengenal pasti rentak-rentak joget, sumazau dan asli; Menotasikan rentak-rentak asas joget, sumazau dan asli; Menyanyikan lagu-lagu berentak joget, sumazau dan asli; dan Memainkan rentak joget, sumazau dan asli menggunakan alat-alat perkusi bagi mengiringi lagu-lagu joget, sumazau dan asli.

PENGENALAN

Rentak asli atau lebih tepat lagi rentak-rentak tradisional Malaysia adalah corakcorak irama yang mengiringi lagu-lagu tradisional tempatan. Anda telah diperkenalkan dengan tiga jenis rentak asli iaitu masri, inang dan zapin dalam modul Pengajaran Muzik 3 (Mohd Azam Hj. Sulong et. al, 2007) yang telah anda ikuti pada semester lepas. Modul ini akan menghuraikan dua lagi rentak tradisional Melayu iaitu rentak joget dan rentak asli. Selain daripada itu, modul ini akan turut memperkenalkan satu rentak tempatan yang berasal dari Sabah iaitu rentak Sumazau.

AKTIVITI 3.1
1. Dapatkan sebuah lagu berentak joget. Cuba dengar beberapa kali lagu tersebut dan cuba hayati rentaknya. Bagaimanakah perasaan anda setiap kali mendengar lagu tersebut? Kongsi lagu joget yang anda dengar dengan rakan-rakan semasa sesi tutorial akan datang. Adakah mereka mempunyai perasaan yang sama seperti anda apabila mendengar lagu-lagu berentak joget?

2.

32 X TOPIK 3 RENTAK ASLI

3.1

RENTAK JOGET

Rentak joget merupakan salah satu jenis corak irama tradisional Malaysia yang dikatakan berasal dari Melaka. Rentak ini merupakan irama iringan kepada tarian joget yang diperkenalkan oleh orang Portugis semasa penjajahan mereka di Melaka di abad ke-15. Menurut Malm (1974), tarian joget merupakan contoh bagaimana elemen daripada pelbagai budaya bercantum menjadi satu bentuk seni persembahan bersifat sinkretik. Tarian joget berteraskan Portugis, muziknya menggunakan biola dari Barat, rebana dari Arab, gong dari Asia Tenggara dan gaya nyanyian masyarakat Melayu di semenanjung Malaysia.

3.1.1

Corak Irama Rentak Joget

Berikut adalah corak irama asas rentak joget:

Atau:

Notasi di atas menunjukkan rentak joget biasanya dimainkan dalam meter duaan. Ini bermakna, corak irama asas rentak joget mengandungi dua detik utama. Namun demikian, corak irama asas rentak joget turut mempunyai enam detik kuaver. Tekanan diberikan kepada detik pertama dan detik kelima. Corak irama asas rentak joget akan lebih jelas lagi sekiranya dimainkan oleh dua alat perkusi yang mengeluarkan dua warna ton yang berbeza seperti contoh berikut:

TOPIK 3

RENTAK ASLI W 33

Atau:

AKTIVITI 3.2
1. 2. Rujuk kepada Topik 4 dalam Modul Pengajaran Muzik 3 tentang rentak masri, inang dan zapin. Bincangkan dengan rakan-rakan anda dalam myLMS, tentang perbezaan antara rentak-rentak yang dinyatakan di atas dengan rentak joget.

3.1.2

Mendengar dan Menyanyikan Lagu-lagu Berentak Joget

Persepsi estetik murid terhadap rentak joget dapat ditingkatkan melalui aktiviti mendengar dan menyanyikan lagu-lagu yang berentak joget. Di samping itu, penghayatan mereka akan dapat dikukuhkan sekiranya guru membimbing murid menjalankan aktiviti gerakan ala tarian joget sambil mendengar lagu-lagu berentak joget. Untuk tujuan ini, guru memerlukan beberapa contoh lagu berentak joget. Terdapat banyak lagu berentak joget yang boleh didapati di pasaran sama ada dalam album kompilasi lagu-lagu asli mahupun lagu joget moden. Guru juga boleh memuat turun lagu-lagu yang sesuai dari internet untuk dijadikan contoh dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Contoh lagu-lagu asli berentak joget yang popular ialah Joget Memikat, Joget Pahang, Joget Kasih Tak Sudah dan Joget Berhibur. Antara lagu berentak joget yang sesuai untuk dinyanyikan oleh murid-murid sekolah rendah ialah lagu Jingli Nona.

34 X TOPIK 3 RENTAK ASLI

Disyorkan supaya aktiviti mendengar dan menyanyikan lagu-lagu berentak joget disertai dengan aktiviti-aktiviti berikut bagi meningkatkan persepsi estetik murid terhadap rentak joget: Bimbing murid menepuk detik lagu joget yang diperdengarkan:

atau

Bimbing murid menepuk corak irama asas rentak joget mengiringi lagu yang diperdengarkan:

atau

Bimbing murid menepuk corak irama asas rentak joget dengan memberi tekanan kepada not-not berkenaan bagi mengiringi lagu yang diperdengarkan:

atau

Aktiviti menepuk boleh digantikan dengan aktiviti memainkan alat perkusi untuk ketiga-tiga aktiviti di atas.

TOPIK 3

RENTAK ASLI W 35

AKTIVITI 3.3
1. 2. Namakan tiga lagi tajuk lagu berentak joget selain daripada yang diberikan dalam modul ini. Dapatkan lirik lagu-lagu tersebut. Senaraikan tajuk lagu anda dengan tajuk lagu rakan-rakan semasa sesi tutorial. Berdasarkan tajuk dan lirik lagu yang disenaraikan, bincangkan jenis-jenis tema lagu-lagu berentak joget.

3.1.3

Memainkan Alat Perkusi yang Sesuai untuk Mengiringi Lagu-lagu Berentak Joget

Secara tradisinya, rentak joget dimainkan oleh gabungan beberapa alat-alat tradisional seperti sepasang rebana dan gong. Namun demikian, pada hari ini alatalat muzik moden seperti set dram turut digunakan bagi menghasilkan rentak joget bagi mengiringi tarian atau nyanyian lagu-lagu berirama joget. Di sekolah, alat-alat perkusi KBSR seperti dram tenor, dram samping, tamborin dan loceng digunakan untuk memberi pengalaman bermain rentak joget kepada murid-murid. Guru harus memastikan murid-murid diberi peluang untuk bermain rentak-rentak tradisional seperti rentak joget supaya mereka dapat lebih memahami dan menghayati irama Malaysia. Untuk aktiviti bermain rentak joget bagi mengiringi lagu-lagu berentak joget dalam bilik darjah, dicadangkan supaya guru menggunakan sekurang-kurangnya tiga alat perkusi yang mengeluarkan tiga warna ton yang berbeza. Sebagai contoh, sebuah skor gubahan alat perkusi KBSR yang mudah bagi mengiringi lagu tradisional berentak joget Jingli Nona diberikan:

36 X TOPIK 3 RENTAK ASLI

TOPIK 3

RENTAK ASLI W 37

38 X TOPIK 3 RENTAK ASLI

AKTIVITI 3.4
1. Dengan menggunakan alat-alat perkusi yang sama, gubah bahagian pengenalan (intro) yang sesuai sebanyak 4 bar untuk gubahan lagu Jingli Nona di atas. Cadangkan kombinasi tiga alat perkusi lain yang sesuai untuk memainkan gubahan di atas. Berikan sebab mengapa anda memilih alat-alat perkusi tersebut.

2. 3.

3.2

RENTAK SUMAZAU

Rentak Sumazau merupakan corak irama iringan bagi tarian sumazau iaitu sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazan di Sabah. Tarian ini sering dipersembahkan pada perayaan Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian (Rajah 3.1).
Rajah 3.1: Tarian Sumazau

TOPIK 3

RENTAK ASLI W 39

Tarian sumazau ditarikan oleh pasangan lelaki dan perempuan berpakaian tradisional kaum Kadazan berwarna hitam dengan gerak tari yang menggambarkan petani sedang menghalau burung. Kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kibasan sayap burung, manakala gerakan kaki adalah dalam langkah-langkah yang kecil dengan tumit diangkat dan diturunkan mengikut detik dan irama rentak sumazau. Secara tradisinya, rentak sumazau yang mengiringi tarian tradisional ini dimainkan oleh lapan biji gong yang berbagai ukuran dan satu alat gendang.

3.2.1

Corak Irama Rentak Sumazau

Tempo dan rentak pukulan gong sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa di mana ia diamalkan. Namun demikian, untuk murid sekolah rendah, pihak Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) mencadangkan corak irama asas rentak sumazau yang paling mudah seperti berikut:

Notasi di atas menunjukkan corak irama asas rentak sumazau adalah dalam meter empatan. Tekanan diberikan kepada kuaver detik pertama dan empat kuaver pada detik ketiga dan keempat. Corak irama asas rentak sumazau akan lebih jelas lagi sekiranya dipecahkan kepada dua bahagian dan dimainkan oleh dua alat perkusi yang mengeluarkan dua warna ton yang berbeza seperti contoh berikut:

AKTIVITI 3.5
Bincangkan dengan rakan-rakan anda dalam myLMS, tentang perbezaan di antara corak irama rentak joget dengan corak irama rentak sumazau.

40 X TOPIK 3 RENTAK ASLI

3.2.2

Mendengar dan Menyanyikan Lagu-lagu Berentak Sumazau

Penghayatan murid terhadap rentak sumazau dapat ditingkatkan melalui aktiviti mendengar dan menyanyikan lagu-lagu yang berentak sumazau. Di samping itu, penghayatan mereka akan dapat dikukuhkan sekiranya guru membimbing murid menjalankan aktiviti gerakan tarian sumazau. Untuk tujuan ini, guru memerlukan contoh-contoh lagu berentak sumazau. Terdapat banyak lagu berentak sumazau yang boleh didapati di pasaran khususnya yang diterbitkan oleh penerbit dari negeri Sabah. Guru juga boleh memuat turun lagu-lagu yang sesuai dari internet untuk dijadikan contoh dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Antara lagu berentak sumazau yang popular ialah Teragang Rasuk dan Jambatan Tamparuli. Disyorkan supaya aktiviti mendengar dan menyanyikan lagu-lagu berentak sumazau disertai dengan aktiviti-aktiviti berikut bagi meningkatkan penghayatan murid: Bimbing murid menepuk detik lagu yang diperdengarkan:

Bimbing murid menepuk corak irama asas rentak sumazau mengiringi lagu yang diperdengarkan:

Bimbing murid menepuk corak irama asas rentak sumazau dengan tekanan pada not-not berkenaan mengiringi lagu yang diperdengarkan:

Aktiviti menepuk boleh digantikan dengan aktiviti memainkan alat perkusi untuk ketiga-tiga aktiviti di atas.

TOPIK 3

RENTAK ASLI W 41

AKTIVITI 3.6
Bincangkan dengan rakan-rakan anda dalam ruangan myLMS tentang perbezaan di antara lagu-lagu berentak joget dengan lagu-lagu berentak sumazau dari segi tempo dan mood.

3.2.3

Memainkan Alat Perkusi yang Sesuai untuk Mengiringi Lagu-lagu Berentak Sumazau

Secara tradisinya, lagu-lagu berentak sumazau diiringi oleh ensembel yang dinamakan sompogogungan. Ensembel ini terdiri daripada enam buah gong gantung dan sebuah alat gendang yang dinamakan gandang (Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng, 1998). Hari ini alat-alat perkusi moden turut digunakan untuk mengiringi lagu-lagu popular berentak sumazau khususnya dram set. Di dalam bilik darjah, alat-alat perkusi yang dibekalkan seperti dram bes, dram tenor, dram samping, kayu tik-tik dan tamborin boleh digunakan untuk mengiringi lagu berentak sumazau. Berikut adalah satu contoh skor gubahan perkusi rentak sumazau yang mudah menggunakan alat-alat perkusi KBSR untuk mengiringi lagu Jambatan Tamparuli:

42 X TOPIK 3 RENTAK ASLI

TOPIK 3

RENTAK ASLI W 43

AKTIVITI 3.7
1. Dengan menggunakan alat-alat perkusi yang sama, gubah bahagian pengenalan (intro) yang sesuai sebanyak 4 bar untuk gubahan lagu Tamparuli di atas. Cadangkan kombinasi tiga alat perkusi lain yang sesuai untuk memainkan gubahan di atas. Berikan sebab mengapa anda memilih alat-alat perkusi tersebut.

2. 3.

3.3

RENTAK ASLI

Rentak asli merupakan salah satu warisan kesenian tanahair yang seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Corak irama asli yang unik menyumbang kepada nilai estetik yang tersendiri dalam persembahan lagu-lagu tradisional Melayu. Rentak asli seakan menjadi tunjang yang menimbulkan mood dan kemerduan dendangan lagu-lagu tradisional seperti Seri Mersing, Laksamana Mati Dibunuh dan Seri Bentan.

44 X TOPIK 3 RENTAK ASLI

3.3.1

Corak Irama Rentak Asli

Berikut adalah corak irama asas rentak asli:

Notasi di atas menunjukkan corak irama rentak asli terdiri daripada dua bar dalam meter empatan. Not-not yang dimainkan terdiri daripada krocet, kuaver dan semikuaver termasuk tanda rehat semikuaver. Kepelbagaian not dan tekanan membentuk ciri unik rentak asli yang menyerlahkan perbezaan rentak asli daripada rentak tempatan yang lain. Corak irama asas rentak asli akan lebih jelas lagi sekiranya dimainkan oleh dua alat perkusi yang mengeluarkan dua warna ton yang berbeza seperti contoh berikut:

AKTIVITI 3.8
Bincangkan dengan rakan-rakan anda dalam ruangan myLMS tentang perbezaan di antara corak irama rentak asli dengan corak irama rentak joget dan sumazau.

3.3.2

Mendengar dan Menyanyikan lagu-lagu Berentak Asli

Penghayatan murid terhadap rentak asli dapat ditingkatkan melalui aktiviti mendengar dan menyanyikan lagu-lagu yang berentak asli. Untuk tujuan ini, guru memerlukan contoh-contoh lagu berentak asli. Terdapat banyak lagu berentak asli yang boleh didapati di pasaran khususnya dalam album kompilasi lagu-lagu tradisional asli. Guru juga boleh memuat turun lagu-lagu yang sesuai dari internet untuk dijadikan contoh dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Antara lagu-lagu berentak asli yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah lagu Tanjung Puteri dan Tanah Pusaka.

TOPIK 3

RENTAK ASLI W 45

Disyorkan supaya aktiviti mendengar dan menyanyikan lagu-lagu berentak asli disertai dengan aktiviti-aktiviti berikut bagi meningkatkan penghayatan murid: Bimbing murid menepuk detik lagu yang diperdengarkan:

Bimbing murid menepuk corak irama asas rentak asli mengiringi lagu yang diperdengarkan:

Bimbing murid menepuk corak irama asas rentak asli dengan tekanan pada notnot berkenaan mengiringi lagu yang diperdengarkan:

Aktiviti menepuk boleh digantikan dengan aktiviti memainkan alat perkusi untuk ketiga-tiga aktiviti di atas.

AKTIVITI 3.9
Bincangkan dengan rakan-rakan anda dalam ruangan myLMS tentang perbezaan di antara lagu-lagu berentak asli dengan lagu-lagu berentak joget dan sumazau dari segi tempo dan mood.

3.3.3

Memainkan Alat Perkusi yang Sesuai untuk Mengiringi Lagu-lagu Berentak Asli

Secara tradisinya, lagu-lagu berentak asli diiringi oleh ensembel kecil yang lebih dikenali sebagai kumpulan muzik asli. Dalam kumpulan muzik asli, alat perkusi seperti gong dan rebana memainkan corak irama bagi menghasilkan rentak asli. Namun demikian, seperti juga rentak-rentak tradisi yang lain, hari ini alat-alat perkusi moden khususnya set dram turut digunakan untuk mengiringi lagu-lagu berentak asli. Di dalam bilik darjah, alat-alat perkusi yang dibekalkan seperti dram bes, dram tenor, dram samping, kayu tik-tik dan tamborin boleh digunakan untuk mengiringi lagu berentak asli.

46 X TOPIK 3 RENTAK ASLI

Berikut adalah satu contoh petikan skor perkusi yang mudah, menggunakan alatalat perkusi KBSR untuk mengiringi bahagian A lagu berentak asli Tanjung Puteri:

TOPIK 3

RENTAK ASLI W 47

AKTIVITI 3.10
1. 2. Cadangkan kombinasi tiga alat perkusi lain yang sesuai untuk memainkan gubahan di atas. Berikan sebab mengapa anda memilih alat-alat perkusi tersebut.

Rentak asli atau lebih tepat lagi rentak-rentak tradisional Malaysia adalah corak-corak irama yang mengiringi lagu-lagu tradisional tempatan. Rentak joget merupakan salah satu jenis corak irama tradisional Malaysia yang dikatakan berasal dari Melaka. Rentak joget merupakan irama iringan kepada tarian joget yang diperkenalkan oleh orang Portugis semasa penjajahan mereka di Melaka di abad ke-15. Rentak joget biasanya dimainkan dalam meter duaan.

48 X TOPIK 3 RENTAK ASLI

Corak irama asas rentak joget mempunyai enam detik kuaver. Tekanan diberikan kepada detik pertama dan detik kelima. Secara tradisinya, rentak joget dimainkan oleh gabungan beberapa alat-alat tradisional seperti sepasang rebana dan gong. Rentak sumazau merupakan corak irama iringan bagi tarian sumazau iaitu sejenis tarian tradisi suku kaum Kadazan di Sabah. Secara tradisinya rentak sumazau dimainkan oleh ensembel sompogogungan yang terdiri daripada 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu alat gendang. Tempo dan rentak pukulan gong sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa di mana ia diamalkan. Rentak asli seakan menjadi tunjang yang menimbulkan mood dan kemerduan dendangan lagu-lagu tradisional. Corak irama rentak asli terdiri daripada dua bar dalam meter empatan. Not-not yang dimainkan oleh rentak asli terdiri daripada krocet, kuaver dan semikuaver termasuk tanda rehat semikuaver. Secara tradisinya, lagu-lagu berentak asli diiringi oleh ensembel kecil yang lebih dikenali sebagai kumpulan muzik asli. Dalam kumpulan muzik asli, alat perkusi seperti gong dan rebana memainkan corak irama bagi menghasilkan rentak asli.

Gong Kumpulan muzik asli Lagu berentak asli Lagu-lagu asli Rebana

Rentak asli Rentak joget Rentak sumazau Rentak tradisional tempatan Skor gubahan perkusi

Blades, J. (1992). Percussion instruments and their history. Westport, Connecticut: The Bold Strummer Ltd. Cook, D. Gary. (1988). Teaching percussion. New York: Schirmer Books.

TOPIK 3

RENTAK ASLI W 49

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik menengah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik menengah atas. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Matusky, P & Tan, S.B. (1998). Muzik Malaysia: Tradisi klasik, rakyat dan sinkretik. Kuala Lumpur: The Asian Centre.

You might also like