You are on page 1of 13

Topik

X Penciptaan

8
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mencipta bahagian rekoder deskan untuk sesebuah frasa 4 hingga 8 bar; 2. Mengaplikasikan not-not hiasan dalam ciptaan bahagian deskan; dan 3. Menggubah skor ensembel 8 bar untuk rekoder soprano dan perkusi.

PENGENALAN

Topik ini berfokus kepada aspek penciptaan dan gubahan ensembel rekoder soprano dan alat perkusi. Kemahiran yang diperolehi dalam aspek permainan rekoder dan alat perkusi, serta pengetahuan tentang aspek bahasa muzik seperti not-not hiasan, frasa, kaden dan triad dalam topik-topik yang lepas akan diaplikasikan secara kreatif dalam menghasilkan ciptaan dan gubahan untuk permainan rekoder soprano dan alat-alat perkusi. Kemahiran anda dalam aspek ciptaan dan gubahan akan membantu anda menjadi seorang guru muzik yang lebih berkesan di bilik darjah.

8.1

MENGGUBAH BAHAGIAN DESKAN 4-8 BAR UNTUK REKODER SOPRANO

Dalam bahagian ini, anda didedahkan kepada cara-cara mencipta bahagian deskan untuk rekoder soprano sebagai asas kepada gubahan ensembel rekoder. Anda akan mengetahui beberapa cara mudah untuk menulis bahagian untuk dimainkan oleh rekoder soprano kedua. Rekoder soprano satu memainkan melodi lagu.

TOPIK 8

PENCIPTAAN W 123

8.1.1

Menggunakan 1 atau 2 Not di dalam Setiap Bar

Anda boleh mencipta bahagian deskan untuk dimainkan oleh rekoder soprano 2 dengan menggunakan satu atau dua not dalam setiap bar seperti yang ditunjukkan oleh petikan skor dalam contoh 1 berikut. Contoh 1

Petikan dari lagu Siti Payung

Perhatikan rekoder soprano 1 berperanan memainkan melodi lagu. Rekoder 2 pula berperanan memainkan bahagian kaunter kepada melodi dengan menggunakan satu atau dua not di dalam kord (chord tones) pada setiap bar. Contohnya, kord pada bar 1 ialah G7 yang terdiri daripada not G, B, D dan F. Oleh itu, not yang digunakan untuk bahagian soprano 2 ialah not G dan not D. Begitu juga kord pada bar ketiga ialah F major yang terdiri daripada not F, A dan C. Oleh itu, not yang digunakan untuk bahagian soprano 2 ialah not F dan C. Nilai not yang dipakai adalah minim. Berikut adalah satu lagi contoh petikan skor untuk bahagian soprano 2. Contoh ini menunjukkan penggunaan not-not dalam kord (chord tones) dengan 1 atau 2 not dalam satu bar. Contohnya, nilai semibrif digunakan dalam bar 1, 2 dan 4. Manakala dalam bar 3, 5, 6 dan 7, not minim digunakan. Akhir sekali, not minim bertitik digunakan dalam bar terakhir. Contoh 2

Petikan dari lagu Pesta Muda Mudi

124

X TOPIK 8

PENCIPTAAN

8.1.2

Menggunakan Jeda ke 3 dan ke 6 dalam Setiap Bar

Anda boleh menulis bahagian untuk rekoder soprano 2 dengan menggunakan jeda ke 3 dan jeda ke 6 dari not-not dalam baris melodi yang dimainkan oleh rekoder soprano 1 seperti yang ditunjukkan oleh petikan skor dalam contoh 1 berikut: Contoh 1

Petikan dari lagu Siti Payung

Perhatikan bagaimana jeda ke 6 digunakan dalam bar 1, 2, 5 dan 6. Contohnya, dalam bar 1, not D yang dipilih untuk bahagian soprano 2 berjarak jeda ke 6 dari not B pada baris melodi (soprano 1). Begitu juga, beberapa not dalam himpunan not-not yang ditandakan di bahagian soprano 2 dalam bar 2 , bar 5 dan 6 , adalah berjarak jeda ke 6 daripada not-not di baris melodi (soprano 1). Dalam contoh 2 berikut, jeda ke 3 digunakan untuk mencipta bahagian untuk rekoder soprano kedua: Contoh 2

Petikan dari lagu Pesta Muda Mudi

TOPIK 8

PENCIPTAAN W 125

8.1.3

Menggunakan Not-not Hiasan

Penggunaan not-not hiasan (seperti yang telah anda pelajari dalam Topik 1), akan menghasilkan ciptaan yang lebih menarik untuk bahagian soprano 2. Not-not hiasan atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai nonharmonic tones (non-chord tones) adalah not-not yang bukannya sebahagian daripada not-not sesuatu kord. Contoh berikut menunjukkan not-not hiasan digunakan dalam bahagian soprano 2 untuk gubahan lagu Siti Payung: Contoh

Petikan dari lagu Siti Payung

Dalam contoh di atas, not hiasan jenis passing tone telah digunakan bagi menambah cantikkan lagi pergerakan not-not dalam melodi untuk bahagian soprano 2. Sebagai contoh, dalam bar ke 2 not D (not hiasan) telah digunakan antara not C dan E (chord tones) supaya mencantikkan pergerakan melodi bahagian soprano 2.

AKTIVITI 8.1
Sebagai latihan, cuba cipta bahagian soprano 2 bagi melodi dalam skor berikut.

126

X TOPIK 8

PENCIPTAAN

8.2

MENCIPTA SKOR ENSEMBEL 8 BAR UNTUK REKODER SOPRANO DAN PERKUSI

Sekarang, anda telah diberikan pendedahan dan panduan tentang pelbagai aspek bahasa muzik. Di samping itu, anda juga telah didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran tentang permainan rekoder dan perkusi melalui modul-modul yang lepas dan juga dalam modul ini. Oleh itu, anda sepatutnya sudah bersedia untuk membuat ciptaan dan gubahan mudah untuk ensembel rekoder soprano dan perkusi. Bahagian ini mengaplikasikan aspek bahasa muzik yang telah anda pelajari berkaitan dengan elemen melodi, irama, tekstur dan harmoni di dalam menghasilkan ciptaan dan gubahan mudah untuk ensembel rekoder dan alat perkusi.

8.2.1

Mencipta Melodi 8 Bar untuk Rekoder Soprano

Dalam mencipta sebuah melodi pendek sepanjang 8 bar, cuba aplikasikan pengetahuan sedia ada anda tentang motif, frasa, kaden, tonaliti, triad, kord, meter dan nilai not. Berikut adalah panduan umum beberapa perkara yang perlu anda tentukan dalam membuat ciptaan anda: (a) Tentukan nada bagi melodi yang akan anda cipta. Dalam contoh berikut, nada yang telah dipilih ialah D Major. Contoh:

(b)

Tentukan meter bagi melodi yang akan anda cipta. Dalam petikan berikut, meter yang dipilih ialah meter empatan. Contoh:

TOPIK 8

PENCIPTAAN W 127

(c)

Tentukan bilangan frasa bagi melodi yang akan anda cipta. Biasanya melodi 8 bar mengandungi 2 frasa seperti contoh berikut: Contoh:

(d)

Tentukan pergerakan kord untuk melodi anda. Anda perlu tentukan jenis kaden dihujung kedua-dua frasa (rujuk perbincangan tentang kaden dalam Topik 10). Dalam contoh berikut, kaden imperfek di hujung frasa pertama dan kaden perfek di hujung frasa kedua. Contoh:

(e)

Tentukan motif. Motif adalah unit muzikal terkecil dalam sesebuah melodi yang dikatakan sebagai idea awal untuk membina sebuah melodi. Motif terdiri daripada segugusan not. Contoh:

128

X TOPIK 8

PENCIPTAAN

(f)

Kembangkan motif menjadi frasa pertama (frasa antecedent) mengikut pergerakan kord yang telah ditentukan (rujuk perbincangan tentang frasa dan kaden dalam Topik 10). Gunakan not-not hiasan di mana yang sesuai bagi menambah cantikkan pergerakan not. Contoh:

(g)

Kembangkan motif menjadi frasa kedua (frasa antecedent) mengikut pergerakan kord yang telah ditentukan (rujuk perbincangan tentang frasa dan kaden dalam Topik 10). Contoh:

(h)

Anda telah menghasilkan melodi mudah 8 bar. Sekarang tentukan tempo, dinamik dan ekspresi bagi melodi yang dicipta. Contoh:

TOPIK 8

PENCIPTAAN W 129

8.2.2

Mencipta Deskan untuk Melodi di Atas

Anda telah berjaya mencipta sebuah melodi mudah 8 bar untuk dimainkan oleh rekoder soprano. Sekarang anda boleh membuat gubahan kepada melodi tersebut. Dalam bahagian 8.1, anda telah diberi panduan bagaimana menulis bahagian untuk dimainkan oleh rekoder soprano 2. Oleh itu, aplikasikan kefahaman anda tentang penggunaan jeda ke 3 dan jeda ke 6 serta penggunaan not-not hiasan untuk mencipta bahagian rekoder soprano 2 bagi melodi yang telah anda cipta. Berikut adalah contoh ciptaan bahagian soprano 2 bagi melodi yang telah dicipta dalam bahagian 8.1.3:

8.2.3

Mencipta Skor Perkusi Mengiringi Bahagian Rekoder Soprano

Setelah berjaya mencipta melodi untuk rekoder soprano 1 dan bahagian untuk soprano 2, anda boleh kembangkan gubahan anda untuk digabungkan dengan alat-alat perkusi. Di dalam bilik darjah, aktiviti ensembel rekoder akan menjadi bertambah menarik lagi sekiranya digabungkan dengan aktiviti permainan alat perkusi. Oleh itu, anda boleh menggubah bahagian alat-alat perkusi untuk tujuan mengiringi bahagian rekoder soprano 1 dan 2 yang telah anda cipta.

130

X TOPIK 8

PENCIPTAAN

Untuk tujuan ini, anda harus mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah anda perolehi melalui topik-topik yang berkaitan dengan alat perkusi seperti yang terdapat dalam modul-modul yang lepas dan juga dalam modul ini. Topik yang berkaitan dengan rentak tradisional juga dapat membantu anda dari segi mendapatkan idea untuk mencipta gubahan perkusi. Tidak ada peraturan secara khusus untuk membuat ciptaan ensembel perkusi. Namun demikian, terdapat beberapa pertimbangan yang perlu anda beri perhatian dalam menghasilkan sesebuah ciptaan ensembel perkusi yang baik, khususnya sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelajaran pendidikan muzik di sekolah. Sila rujuk Topik 2 dalam modul ini sebagai panduan tentang aspek yang harus diberi pertimbangan dalam menghasilkan sesuatu skor gubahan ensembel perkusi. Berikut adalah contoh gubahan alat-alat perkusi untuk mengiringi melodi dan bahagian rekoder soprano yang telah dicipta dalam bahagian 8.2.1 dan 8.2.2:

TOPIK 8

PENCIPTAAN W 131

AKTIVITI 8.2
1. 2. 3. Cipta sebuah melodi sepanjang 8 bar untuk dimainkan oleh rekoder soprano. Cipta bahagian soprano 2 untuk melodi yang anda cipta. Cipta gubahan perkusi yang terdiri daripada 3 alat perkusi yang berbeza bagi mengiringi bahagian rekoder yang telah anda cipta.

Gunakan baluk kosong berikut untuk menulis skor gubahan anda.

132

X TOPIK 8

PENCIPTAAN

TOPIK 8

PENCIPTAAN W 133

Kemahiran anda dalam aspek ciptaan dan gubahan akan membantu anda menjadi seorang guru muzik yang lebih berkesan di bilik darjah. Kemahiran yang diperolehi daripada aspek permainan rekoder dan alat perkusi, serta pengetahuan tentang aspek bahasa muzik seperti not-not hiasan, frasa, kaden dan triad berguna untuk diaplikasikan secara kreatif dalam menghasilkan ciptaan dan gubahan untuk permainan rekoder soprano dan alat-alat perkusi. Motif adalah unit terkecil dalam melodi. Motif adalah idea awal yang dikembangkan menjadi frasa bagi membentuk sebuah melodi.

Bahagian Rekoder Soprano 1 Bahagian Rekoder Soprano 2 Ciptaan Frasa Gubahan Kaden

Kord Mencipta Menggubah Motif Pergerakan kord Pergerakan melodi

Baines, A. (1991). Woodwind instruments and their history. New York: Dover Publication Inc. Blades, J. (1992). Percussion instruments and their history. Westport, Connecticut: The Bold Strummer Ltd. Cook, D. G. (1988). Teaching percussion. New York: Schirmer Books. Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

134

X TOPIK 8

PENCIPTAAN

Kementerian

Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat
Pendidikan Malaysia. (2000).

perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat

perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik menengah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik menengah atas. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal. Priestley, E. & Fowler, F. (1995). The school recorder book (Revised ed.). New York: Music Sales Limited. Taylor. E., (1989). The AB guide to music theory, Part 1. Great Britain: Associated Board.

You might also like