You are on page 1of 24

Topik X Rekoder

6
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Menghuraikan latar belakang keluarga alat rekoder; Mendemonstrasikan cara memegang dan memainkan rekoder dengan teknik yang betul; Memainkan rekoder soprano dengan penjarian yang betul mengikut sistem penjarian Jerman; dan Memainkan skel C Major, F Major dan G Major menaik dan menurun pada rekoder soprano.

PENGENALAN

Rekoder merupakan alat tiupan utama yang diperkenalkan kepada murid dalam pelajaran Pendidikan Muzik KBSR. Matlamat utama permainan rekoder diperkenalkan dalam pelajaran muzik di bilik darjah ialah untuk memberi pengalaman muzikal kepada murid melalui permainan secara solo dan juga secara ensembel. Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada latar belakang rekoder seperti jenis-jenis rekoder, renj dan sistem penjarian. Di samping itu, anda akan didedahkan secara terperinci kepada sistem penjarian Jerman yang diguna pakai dalam pelajaran rekoder sekolah di Malaysia. Permainan rekoder secara ensembel akan turut didedahkan. Seterusnya, anda akan diberi panduan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran rekoder di bilik darjah.

80 X

TOPIK 6

REKODER

6.1

LATAR BELAKANG KELUARGA REKODER

Rekoder tergolong dalam kumpulan alat muzik tiup kayu (woodwind). Alat muzik ini mengandungi bahagian peniup atau pemipit (mouthpiece) yang dipasangkan ke laras silinder yang mengandungi tujuh lubang; enam di hadapan dan satu di belakang. Silinder yang terakhir mengandungi dua lubang berkembar di hadapan. Kadang-kala silinder ketiga ini bercantum bersama silinder kedua. Bahagian yang paling penting dari segi penghasilan bunyi ialah bahagian kepala rekoder yang mengandungi peniup atau pemipit seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.1. Bahagian A dipanggil fipple Bahagian B adalah laluan angin Bahagian C digelar labium atau ramp, iaitu bahagian yang mengeluarkan bunyi siulan

Rajah 6.1: Bahagian kepala rekoder Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Recorder

6.1.1

Sejarah

Rekoder merupakan antara alat tiup kayu yang tertua. Ia mula dimainkan semenjak Zaman Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat. Pada zaman Pertengahan di Eropah, rekoder adalah alat muzik yang popular. Namun demikian, populariti alat muzik ini mula menurun di abad ke 18 disebabkan terciptanya alat tiupan orkestra seperti klarinet, flut dan oboe yang boleh memainkan renj yang lebih luas berbanding rekoder. Di zaman kegemilangannya, rekoder sering diguna pakai dalam persembahan orkestra, bagi menggambarkan babak-babak bunyian burung, pengembala kambing, pengkebumian dan perkahwinan. Banyak karya komposer terkenal seperti Purcell, Bach dan Vivaldi sebagai contoh, menggunakan rekoder sebagai alat utama. Di abad ke 20, rekoder digunakan dalam sistem pengajaran muzik di sekolah kerana ia adalah alat yang mudah untuk dimainkan dan murah harganya

TOPIK 6

REKODER

81

berbanding alat muzik tiupan yang lain. Oleh kerana itu, sekarang ramai yang beranggapan bahawa rekoder hanyalah sekadar alat permainan kanak-kanak. Anggapan ini kurang tepat kerana rekoder adalah alat muzik yang dipersembahkan dalam konsert berprestij oleh pemuzik profesional, sama ada secara solo atau ensembel, khususnya di negara-negara barat. Di zaman Baroque, rekoder hanya diperbuat daripada kayu. Pada hari ini, kebanyakan rekoder diperbuat daripada kayu yang keras dan bahan campuran plastik. Bahan campuran plastik digunakan bagi menggantikan kayu kerana harganya yang jauh lebih murah dan keadaannya tidak berubah mengikut perubahan cuaca dan suhu yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, rekoderrekoder moden pada hari ini masih mengikut ciptaan dan acuan seperti rekoder di zaman Baroque.

6.1.2

Renj dan Jenis Rekoder

Rekoder diperbuat dalam pelbagai jenis nada. Kebiasaannya rekoder ditiun dalam nada C dan F, iaitu not yang paling rendah. Rekoder dalam nada D, Eb, G dan Bb bukanlah menjadi kebiasaan di dalam sejarah rekoder, namun ia boleh didapati pada hari ini, terutamanya rekoder tenor dalam nada D yang digelar voice flute. Terdapat beberapa jenis rekoder. Lima jenis yang biasa dilihat dalam sesebuah ensembel rekoder ialah rekoder: (a) (b) (c) (d) (e) Sopranino; Soprano (descant); Alto; Tenor; dan Bass.

Jenis rekoder yang jarang dilihat di sekolah rendah ialah rekoder: (a) (b) (c) Contra-bass; Great bass; dan Sub-contra bass.

82 X

TOPIK 6

REKODER

Rajah 6.2 menunjukkan pelbagai jenis dan saiz rekoder.

Rajah 6.2: Rekoder diperbuat daripada kayu dan bahan campuran plastik dalam pelbagai jenis dan saiz

Rekoder yang sering digunakan dalam persembahan solo ialah descant yang juga dikenali sebagai rekoder soprano. Kebanyakan sekolah menggunakan rekoder jenis ini memandangkan ia mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Di samping itu, dari segi saiz, rekoder soprano amat sesuai dengan keadaan fizikal murid sekolah rendah yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mengembangkan kedudukan jari untuk menutup lubang penjarian pada rekoder yang bersaiz besar. Setiap jenis rekoder mempunyai batasan dari segi not-not yang boleh dimainkan. Dalam lain perkataan, setiap jenis rekoder mempunyai renj masing-masing. Renj bermaksud jarak di antara not yang paling rendah dengan not yang paling tinggi yang boleh dihasilkan oleh sesuatu jenis alat muzik.

Renj untuk setiap jenis rekoder ditunjukkan dalam Jadual 6.1:

TOPIK 6

REKODER

83

Jadual 6.1: Renj bagi Setiap Jenis Rekoder JENIS-JENIS REKODER Ditiun dalam C Garklein Renj Ditiun dalam F sopranino Renj

Soprano (descant)

Alto (treble)

Tenor

Bass (bass dalam F)

great bass (bass dalam C)

contra bass

subcontra bass

subsubcontrabass (octocontrabass) Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Recorder

6.1.3

Cara Memainkan dan Meniup Rekoder dengan Betul

Berikut adalah cara untuk memainkan dan meniup rekoder dengan betul (Rajah 6.3): (a) (b) (c) (d) Pemipit atau mouthpiece dimasukkan ke dalam mulut di antara dua bibir, iaitu bibir atas dan bawah. Jangan gunakan gigi untuk menggigit penghujung pemipit tersebut. Jari kiri dan kanan berada di atas setiap lubang yang ada. Dengan lembut, sebut tuu... tanpa mengeluarkan suara dan tiup perlahan-lahan; ini digelar penglidahan (tonguing).

84 X

TOPIK 6

REKODER

(e)

Tiup secara perlahan untuk not rendah. Manakala untuk not sederhana dan tinggi, jangan terlalu kuat.

Rajah 6.3 (a): Pandangan sisi

Rajah 6.3 (b): Pandangan hadapan

6.1.4
(a) (b)

Sistem Penjarian

Terdapat dua jenis sistem penjarian iaitu: Sistem penjarian Baroque; dan Sistem penjarian Jerman.

Sistem penjarian asal yang diguna pakai oleh pemain rekoder ialah sistem penjarian Baroque. Pada awal abad ke 20, Peter Harlan telah mencipta satu sistem penjarian yang lebih mudah daripad sistem penjarian zaman Baroque. Sistem ini dikenali sebagai sistem penjarian Jerman (German Fingering System). Sistem penjarian Jerman mempunyai lubang yang lebih kecil pada lubang keempat. Sistem penjarian ini menjadi popular di Eropah pada tahun 1930an dan berkembang dengan pesatnya sejak tahun 1950an ke seluruh dunia. Inilah sistem yang diguna pakai dalam pelajaran rekoder di sekolah-sekolah Malaysia. Oleh itu, modul ini hanya akan memperkenalkan penjarian rekoder dalam sistem penjarian Jerman.

6.2

PENJARIAN REKODER

Bahagian ini memperkenalkan anda kepada penjarian rekoder soprano untuk semua not dalam nada C Major, F Major dan G Major.

TOPIK 6

REKODER

85

6.2.1

Penjarian Not B

Rajah 6.4: Not B

Kita akan memulakan tiupan not pertama iaitu Not B. Rajah 6.4 menunjukkan ibu jari tangan kiri menutup lubang bahagian belakang badan rekoder, manakala jari telunjuk menutup lubang pertama dari atas. Ibu jari tangan kanan menyokong kedudukan rekoder, manakala jari- jari tangan kanan tidak menutup lubang untuk penjarian tangan kanan.

AKTIVITI 6.1
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not B, lakukan latihan berikut: Latihan Not B (a)

(b) (c) (d)

86 X

TOPIK 6

REKODER

6.2.2

Penjarian Not A

Rajah 6.5: Penjarian Not A

Bagi penjarian not A, kedudukan kesemua jari adalah sama seperti penjarian not B. Ini ditambah dengan jari hantu tangan kanan yang menutup juga lubang kedua dari atas (lihat Rajah 6.5).

AKTIVITI 6.2
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not A, lakukan latihan berikut: Latihan Not A (a) (b) (c)

(d)

TOPIK 6

REKODER

87

6.2.3

Penjarian Not G

Rajah 6.6: Penjarian Not G

Rajah 6.6 menunjukkan kedudukan jari untuk memainkan not G. Jari tangan kiri iaitu jari telunjuk, hantu dan manis menutup tiga lubang di atas secara berturutan. Ibu jari kiri masih menutup lubang di bahagian bawah rekoder.

AKTIVITI 6.3
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not G, lakukan latihan berikut: Latihan Not G (a) (b) (c) (d)

88 X

TOPIK 6

REKODER

6.2.4

Penjarian Not C

Rajah 6.7: Penjarian Not C

Rajah 6.7 menunjukkan penjarian not C. Ibu jari tangan kanan menutup lubang bahagian belakang, manakala hanya jari hantu menutupi lubang kedua dari atas.

AKTIVITI 6.4
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not C, lakukan latihan berikut: Latihan Not C (a) (b) (c) (d) (e) (f)

TOPIK 6

REKODER

89

6.2.5

Penjarian Not D

Rajah 6.8: Penjarian Not D

Rajah 6.8 menunjukkan penjarian not D menggunakan jari hantu menutup lubang kedua dari atas sahaja. Ibu jari tangan kanan yang menutup lubang belakang dilepaskan.

AKTIVITI 6.5
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not D dan not-not yang telah dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut: Latihan Not D (a)

(b) (c)

(d)

90 X

TOPIK 6

REKODER

6.2.6

Penjarian Not F#

Rajah 6.9: Penjarian Not F#

Rajah 6.9 menunjukkan penjarian F# dengan kesemua keempat-empat jari tangan kiri menutup kesemua lubang bahagian atas dan belakang. Bagi tangan kanan, jari hantu dan manis menutup lubang kedua dan ketiga di bahagian bawah.

AKTIVITI 6.6
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not F# dan not-not yang telah dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut: Latihan Not F# (a) (b)

(c) (d)

TOPIK 6

REKODER

91

6.2.7

Penjarian Not E

Rajah 6.10: Penjarian Not E

Kesemua lubang bahagian atas ditutup. Jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan menutup lubang pertama dan kedua bahagian bawah (Rajah 6.10).

AKTIVITI 6.7
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not E dan not-not yang telah dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut: Latihan Not E (a) (b) (c) (d)

92 X

TOPIK 6

REKODER

6.2.8

Penjarian Not D

Rajah 6.11: Penjarian Not D

Kesemua lubang bahagian atas ditutup. Jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tangan kiri menutupi lubang 1, 2 dan 3 bahagian bawah (Rajah 6.11).

AKTIVITI 6.8
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not D dan not-not yang telah dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut: Latihan Not D (a) (b) (c) (d)

TOPIK 6

REKODER

93

6.2.9

Penjarian Not F Natural

Rajah 6.12: Penjarian Not F Natural

Lubang bahagian atas ditutup. Jari telunjuk, jari manis dan kelingking tangan kanan menutupi lubang 1, 3 dan 4 (Rajah 6.12).

AKTIVITI 6.9
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not F dan not-not yang telah dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut: Latihan Not F (a) (b) (c) (d)

94 X

TOPIK 6

REKODER

6.2.10 Penjarian Not C

Rajah 6.13: Penjarian Not C

Kesemua lubang ditutup. Tiup dengan perlahan-lahan (Rajah 6.13).

AKTIVITI 6.10
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not C dan not-not yang dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut: Latihan Not C (a) (b) (c) (d)

TOPIK 6

REKODER

95

6.2.11 Penjarian Not Bb

Rajah 6.14: Penjarian Not Bb

Tangan kiri Jari telunjuk dan jari manis menutup lubang 1 dan 3 bahagian atas. Ibu jari menutup lubang bahagian belakang. Tangan kanan Jari telunjuk menutup lubang 1 (Rajah 6.14).

AKTIVITI 6.11
Untuk memahirkan diri anda dengan penjarian dan teknik tiupan not Bb dan not-not yang dipelajari sebelum ini, lakukan latihan berikut: Latihan Not Bb (a)

(b)

(c)

(d)

96 X

TOPIK 6

REKODER

6.2.12 Penjarian Not E

Rajah 6.15: Penjarian Not E

Ibu jari tangan kiri menutup hanya separuh lubang belakang. Jari telunjuk, hantu dan manis menutup lubang 1, 2 dan 3 bahagian atas. Jari telunjuk dan jari hantu tangan kiri menutup lubang 1 dan 2 bahagian bawah (Rajah 6.15).

6.2.13 Penjarian Not F

Rajah 6.16: Penjarian Not F

Ketiga-tiga jari kiri menutup kesemua lubang bahagian atas, ibu jari tangan kiri menutup separuh lubang belakang. Jari telunjuk dan jari manis tangan kiri menutup lubang 1 dan 3 bahagian bawah (Rajah 6.16).

TOPIK 6

REKODER

97

6.2.14 Penjarian Not F#

Rajah 6.17: Penjarian Not F#

Jari tangan kiri sama seperti kedudukan not F. Jari hantu tangan kanan menutup lubang kedua bahagian bawah (Rajah 6.17).

6.2.15 Penjarian Not G

Rajah 6.18: Penjarian Not G

Ketiga- tiga jari tangan kiri menutup lubang 1, 2 dan 3 bahagian atas. Ibu jari tangan kiri menutup separuh lubang di belakang (Rajah 6.18).

98 X

TOPIK 6

REKODER

AKTIVITI 6.12
1. 2. Berpandukan latihan-latihan sebelum ini, cuba cipta latihan yang sesuai untuk not E, F, F#, G. Seterusnya, cuba anda berlatih meniup skel-skel berikut sehingga lancar: Latihan Skel C Major

Latihan Skel F Major

Latihan G Major

6.3

PENGENDALIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN REKODER DI BILIK DARJAH

Tujuan utama aspek permainan rekoder diperkenalkan dalam pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah ialah untuk memberi pengalaman muzikal kepada murid-murid. Dalam pelajaran rekoder, murid-murid dibimbing untuk mendapatkan kemahiran bermain dengan teknik yang betul secara amali (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Namun demikian, pelajaran rekoder tidak seharusnya hanya bertumpu kepada aspek kemahiran teknikal bermain alat sahaja. Guru boleh menggunakan permainan rekoder untuk tujuan mengukuhkan persepsi estetik murid, memupuk ekspresi kreatif dan meningkatkan penghargaan estetik murid. Oleh itu, penggabungjalinan aktiviti bermain rekoder dengan kandungan sukatan pelajaran lain seperti pengajaran aspek bahasa muzik dan kefahaman tentang konsepkonsep muzik adalah amat digalakkan. Di samping itu penggabungjalinan permainan rekoder dengan aktiviti permainan perkusi dan nyanyian akan memberi pengalaman muzik yang lebih menyeluruh dan bermakna kepada murid.

TOPIK 6

REKODER

99

6.3.1

Perancangan

Guru yang melangkah ke bilik darjah tanpa mempunyai perancangan yang teliti tentang pelajaran yang akan diajar adalah ibarat seorang nakhoda kapal kehilangan kemudi. Arah pelayaran kapal akan menjadi tidak menentu, akhirnya hanyut dan tidak sampai ke destinasi yang hendak ditujui. Oleh itu guru perlu mempunyai perancangan yang teliti untuk sesuatu sesi pelajaran rekoder bagi memastikan pelajaran tidak tersasar dari mencapai objektif pembelajaran. Di samping itu, perancangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan murid mendapat input dan pengalaman pembelajaran muzik seoptimum mungkin khususnya dalam keadaan kekangan masa. Peruntukan masa selama 60 minit seminggu untuk mata pelajaran muzik di sekolah sememangnya tidak mencukupi. Keadaan ini menyebabkan aspek perancangan pengajaran dan pembelajaran yang teliti menjadi semakin penting dan kritikal dalam menentukan kejayaan program muzik di sekolah. Perancangan yang teliti harus mengambil kira rancangan pelajaran sepenggal, mingguan dan juga harian bagi memastikan semua kandungan dan kemahiran yang berkaitan dengan permainan rekoder seperti yang disarankan dalam sukatan pelajaran dapat disempurnakan sebaik mungkin. Dalam membuat perancangan, guru perlu mengambil kira kekangan waktu kerana selain daripada aspek permainan rekoder terdapat pelbagai kandungan sukatan pelajaran yang lain seperti permainan perkusi dan bahasa muzik yang turut perlu dilaksanakan. Dalam situasi sebegini, guru harus menggunakan kebijaksanaan dengan mengaplikasikan konsep penggabungjalinan, pelbagai aspek kandungan sukatan pelajaran dan aktiviti pengalaman muzik di dalam sesuatu pelajaran muzik. Tambahan pula, melalui penggabungjalinan, kefahaman murid tentang sesuatu konsep muzik dan bahasa muzik yang berkaitan akan dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh, lebih menarik serta lebih efektif lagi. Bagi rancangan pelajaran harian, guru perlu mengambil kira semua aspek bermula dari mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid, penentuan objektif atau hasil pembelajaran, aktiviti set induksi, langkah-langkah pelajaran dan seterusnya ke penutup atau kemuncak pelajaran. Justeru itu, guru perlu mengaplikasikan prinsip-prinsip pedagogi umum yang telah dipelajari bagi merancang rancangan pelajaran harian supaya pelajaran rekoder dapat dilaksanakan secara efektif.

100 X

TOPIK 6

REKODER

6.3.2

Strategi

Strategi pengajaran adalah pendekatan, kaedah dan teknik yang dirancang dan diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah untuk tujuan mencapai sesuatu objektif pelajaran yang telah ditentukan. Tidak ada satu-satunya pendekatan, kaedah atau teknik khusus yang terbaik untuk mengajar pelajaran rekoder. Guru boleh memilih mana-mana pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling sesuai untuk murid-muridnya berpandukan pengetahuan guru tentang pedagogi umum dan pendekatan khas pendidikan muzik. Kaedah demonstrasi contohnya amat sesuai untuk guru gunakan bagi menunjuk cara teknik tiupan rekoder yang betul. Manakala itu teknik latih tubi mungkin amat sesuai digunakan misalnya untuk memahirkan murid bertukar penjarian dari satu not ke satu not lain dalam memainkan sesebuah frasa atau melodi lagu. Begitu juga, pengetahuan guru tentang prinsip-prinsip serta ciri-ciri pendekatan Kodaly, Orff, Dalcroze boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran rekoder. Contohnya, pendengaran dalaman, solfa dan penggunaan lagu-lagu rakyat tempatan seperti yang disarankan dalam kaedah Kodaly turut boleh diaplikasikan. Pemilihan strategi pengajaran juga perlu memberi pertimbangan ke atas pelbagai aspek dan faktor terutamanya latar belakang murid. Dalam memilih kaedah atau teknik pengajaran, guru harus mengambil kira pengetahuan dan kemahiran murid serta kecenderungan dan minat mereka.

6.3.3

Penyampaian

Perancangan yang teliti dengan pemilihan strategi yang terbaik harus diikuti dengan cara dan gaya penyampaian guru yang berkesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran rekoder di bilik darjah. Seseorang guru yang berkesan adalah guru yang berkebolehan mempelbagaikan teknik dan stail penyampaian dalam melaksanakan pelbagai peranan guru yang berbeza semasa sesi pengajaran dan pembelajaran rekoder dijalankan. Adakalanya guru harus bertindak sebagai jurutunjuk, misalnya ketika mendemonstrasikan teknik permainan rekoder. Ada masanya guru lebih berperanan sebagai fasilitator, misalnya semasa aktiviti berlatih bermain rekoder dalam kumpulan. Pada ketika yang lain pula, guru bertindak sebagai konduktor yang memimpin permainan ensembel rekoder. Semua peranan ini memerlukan guru bersifat fleksibel dari segi gaya dan cara penyampaian. Antara lain intonasi suara dan gerak tubuh perlu disesuaikan dengan sesuatu bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

TOPIK 6

REKODER

W 101

Dalam apa saja peranan atau keadaan sekalipun, guru harus sentiasa bertindak aktif dan ceria bagi menghidupkan sesuatu pelajaran rekoder. Sentiasa tanam di minda slogan pelajaran muzik harus menyeronokkan. Oleh itu, guru boleh bersifat tegas tetapi bukan garang, serius tetapi bersifat prihatin dan penyayang. Dengan kepekaan dan amalan kepelbagaian gaya dan cara penyampaian, bukan sahaja sesuatu pelajaran rekoder akan lebih menarik malahan lebih berkesan.

Rekoder merupakan alat tiupan utama yang diperkenalkan kepada murid dalam pelajaran Pendidikan Muzik KBSR. Matlamat utama permainan rekoder diperkenalkan dalam pelajaran muzik di bilik darjah ialah untuk memberi pengalaman muzikal kepada murid melalui permainan secara solo dan juga secara ensembel. Rekoder tergolong dalam kumpulan alat muzik tiup kayu (woodwind). Bahagian yang paling penting dari segi penghasilan bunyi ialah bahagian kepala rekoder yang mengandungi peniup atau pemipit. Rekoder merupakan antara alat tiup kayu yang tertua yang mula dimainkan semenjak di Zaman Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat. Rekoder adalah alat muzik yang popular pada zaman Pertengahan di Eropah. Di zaman kegemilangannya, rekoder sering diguna pakai dalam persembahan orkestra oleh ramai karya komposer terkenal sebagai alat utama. Di zaman Baroque, rekoder hanya diperbuat dari kayu. Pada hari ini, kebanyakan rekoder diperbuat dari kayu yang keras dan bahan campuran plastik. Lima jenis rekoder yang biasa dilihat dalam sesebuah ensembel rekoder ialah rekoder sopranino, soprano (descant), alto, tenor dan bass. Rekoder yang sering digunakan dalam persembahan solo ialah descant yang juga dikenali sebagai rekoder soprano. Kebanyakan sekolah menggunakan rekoder soprano memandangkan ia mempunyai pic yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Perancangan pelajaran rekoder yang teliti amat perlu bagi memastikan murid mendapat input dan pengalaman pembelajaran muzik seoptimum mungkin. Strategi pengajaran adalah pendekatan, kaedah dan teknik yang dirancang dan diaplikasikan oleh guru dalam bilik darjah untuk tujuan mencapai sesuatu objektif pelajaran yang telah ditentukan.

102 X

TOPIK 6

REKODER

Perancangan yang teliti dengan pemilihan strategi yang terbaik harus diikuti dengan cara dan gaya penyampaian guru yang berkesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran rekoder di bilik darjah.

Descant
Pemipit Penyampaian Perancangan Rekoder Alto Rekoder Bass Rekoder Sopranino

Rekoder Soprano Rekoder Tenor Sistem Penjarian Baroque Sistem Penjarian Jerman Strategi Zaman Baroque Zaman Pertengahan

Baines, Anthony. (1991). Woodwind instruments and their history. New York: Dover Publication Inc. Kamien, R. (1996). Music: An appreciation. (7th ed.). New York: McGraw-Hill Companies. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Priestley, E., & Fowler, F. (1995). The school recorder book (Revised ed.). New York: Music Sales Limited.

You might also like