You are on page 1of 14

PENGENALAN

Dalam topik yang lepas, anda telah mempelajari tentang Zoltan Kodaly,
pendekatan beliau dalam P&P Muzik, falsafah beliau dan kaedah-kaedah
pengajaran yang diperkenalkan dan dipopularkan oleh beliau.
Bab ini akan membincangkan cara-cara untuk mengaplikasikan falsafah-falsafah
dan kaedah-kaedah pendekatan Kodaly dalam bilik darjah. Setiap subtopik akan
memberikan anda cadangan dan cara-cara yang mudah untuk mengaplikasikan
padagogi Kodaly dalam bilik darjah anda.
APLIKASI PENDEKATAN KODALY DALAM BILIK
DARJAH
(a) Solfa dengan Isyarat Tangan Curwen
Solfa seperti yang anda sedia maklum adalah satu set silibel yang mewakili
bunyi satu pic dan hubungannya sesama pic yang lain. Silibel ini adalah
Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do. Menurut Kodaly, nyanyian solfa ini dapat
membantu kanak-kanak mengenali pic not dan hubungan satu not dengan
6.1
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
6
6

Pendekatan
Kodaly
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat:
1. mengaplikasikan kaedah-kaedah pendekatan Kodaly dalam bilik
darjah;
2. menggunakan nyanyian solfa dan isyarat tangan Curwen untuk
mengajar nyanyian;.
3. memahami maksud pendengaran dalaman dan mengaplikasikannya
dalam sesi P&P; dan
4. mencipta irama dan melodi ringkas untuk mengajar improvisasi dan
aktiviti soal jawab.
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY
80
not yang lain. Subtopik ini akan memberikan anda beberapa contoh latihan
nyanyian solfa yang menggunakan isyarat tangan beserta dengan cara-cara
untuk menjalankan kelas nyanyian dengan menggunakan kaedah ini.
Sebelum anda memulakan kelas, terangkan kepada pelajar-pelajar anda erti
nyanyian solfa. Terangkan bahawa Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do adalah
silibel yang digunakan untuk mewakili bunyi untuk satu pic dan
hubunganya diantara pic-pic. Jelaskan bahawa setipa pic mempunyai
isyarat tangan yang melambangkan kedudukan pic-pic ini. Anda haruslah
mendamonstrasikan kedudukan pic-pic ini dengan menggunakan isyarat
tangan Curwen sambil menyanyikan pic itu. Teruskan kelas dengan
menyuruh pelajar-pelajar meniru isyarat tangan anda. Pastikan setiap
pelajar membuat isyatrat untuk setiap pic pada kedudukan dan posisi
tangan yang betul sebelum anda meneruskan ke pic yang seterusnya.
Setelah pelajar-pelajar anda telah fasih dengan nyanyian solfa sambil
menggunkan isyarat tangan anda bolehlah meneruskan kelas untuk
memperkenalkan beberapa latihan mudah yang akan menguatkan lagi
pemahaman mereka.
1)
2)
Setelah pelajar-pelajar anda telah fasih dengan nyanyian solfa dengan
isyarat tangan yang mudah, anda bolehlah menggunakan lagu-lagu kanak-
kanak yang popular sebagai latihan yang lebih mencabar.
Pic-pic seperti La dan Ti haruslah diajar dengan tetilti terlebih dahulu
sebelum anda mula mengajar lagu-lagu yang menggunakan pic-pic ini.
Penggunaan isyarat tangan yang betul dapat membantu pelajar-pelajar
untuk memahami kedudukan pic ini. Latihan-latihan yang menggunakan
perwakilan grafik juga adalah amat penting untuk membantu pelajar-
pelajar anda menyanyikan pic-pic ini dengan betul dan tepat. Nyanyian
yang menggunakan perwakilan grafik dibincangkan dalam topic 6.2B
dalam topik ini.
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY 81
Contoh 1
BUAI LAJU-LAJU
Buai laju-laju, Sampai puncak sana,
Apa dalam baju? Sekuntum bunga Cina.
Kayuh laju-laju, Sampai seberang sana,
Apa dalam baju? Sekuntum bunga sena.
Skor 1
Contoh 2
TEPUK AMAI-AMAI
Pok amai-amai, Belalang kupu-kupu,
Bertepuk adik pandai, Malam karang upah susu,
Susu lemak manis, Santan kelapa muda,
Adik jangan menangis, Emak banyak kerja.
Skor 2
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY
82
Contoh 3
DOE A DEAR
Doe, a deer, a female deer
Ray, a drop of golden sun
Me, a name I call myself
Far, a long long way to run
Sew, a needle pulling thread
La, a note to follow So
Tea, I drink with jam and bread
That will bring us back to do...oh oh oh
Lagu ini adalah lagu Inggeris daripada film kanak-kanak terkenal The Sound Of
Music. Lirik lagu ini menerangakan cara untuk menyebut setiap silibel Do, Re,
Mi. Ia adalah satu idiea yang baik untuk mengajar lagu ini kepada kanak-kanak
kerana liriknya mempunyai kaitan rapat dengan silibel solfa.
Skor 3
(b) Nyanyian Tanpa Iringan
Nyanyian tanpa iringan adalah satu teknik penting dalam
nyanyian yang ditekankan oleh Kodaly. Beliau percaya
bahawa alat muzik yang paling utama adalah suara manusia
dan alat-alat muzik yang lain tidak perlu digunakan semasa
nyanyian. Beliau tidak menggalkkan penggunaan key board
ataupun piano untuk mengiringi nyanyian terutamanya
nyanyian kanak-kanak.
Nyanyian
tanpa iringan
membantu
pelajar
meningkatkan
motivasi dan
keyakinan
mereka
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY 83
Kodaly menekankan bahawa setiap kanak-kanak harus selesa dengan suara
semulajadi mereka. Nyanyian tanpa iringan adalah satu cara yang baik
untuk memperkembangkan suara mereka dan meningkatkan keyakinan
kanak-kanak untuk menyanyi tanpa sebarang iringan muzik. Latihan-
latihan nyanyian tanpa iringan haruslah dijalankan setiap kali dalam kelas
muzik. Ia harus dijadikan sebagai sebahagian daripada kelas muzik dan
bukannya sebagai latihan yang berasingan.
Lagu-lagu yang boleh digunakan untuk latihan nyanyian tanpa iringan
adalah sama dengan lagu-lagu yang diberikan dalam Skor 1, 2 dan 3. Kelas
nyanyian tanpa iringan adalah penting kerana dalam nyanyian sebegini,
anda dapat mengenalpasti keupayaan pelajar-pelajar anda. Kelemahan-
kelemahan mereka dapat didengar dengan jelas disebabkan oleh ketiadaan
iringan alat muzik. Mulakan dengan lagu-lagu yang mudah yang
mempunyai pergerakan jeda yang kecil. Ini akan meningkatkan keyakinan
pelajar untuk menyanyi.
PENDENGARAN DALAMAN
Pendengaran dalaman adalah salah satu teknik dalam
padagogi Kodaly. Dalam kaedah ini pemahaman kanak-
kanak tentang elemen-elemen muzik seperti irama, melodi,
bentuk, harmoni dan tempo diuji secara serentak. Oleh
sebab suara adalah alat muzik yang paling utama dalam
pendekatan Kodaly, beliau menggunakan suara untuk
menguji pendenganran dalaman seseorang.
Teknik ini dikenali sebagai inner hearing dan inner singing yang dapat menguji
kesemua elemen muzik ini dalam kanak-kanak. Latihan mudah yang boleh
digunakan untuk menguatkan pendengaran dalaman seseorang ialah,
menyanyikan frasa pertama sebuah lagu dengan kuat dan kemudian
menyanyikan frasa kedua di dalam kepala dan kemudian frasa ketiga
dinyanyikan secara kuat semula. Teknik ini memerlukan seseorang untuk
berfikir secara muzikal tanpa menyuarakan atau menyanyikan lagu tersebut.
Menurut Kodaly, tujuan latihan-latihan nyanyian sebegini adalah untuk menguji
konsantrasi pelajar dan keupayaan mereka untuk mendengar sesebuah lagu atau
frasa dalam kepala tanpa menyanyikan lagu tersebut.
Teknik ini juga terbukti dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk membuat
nyanyian langsung yang dikenali sebagai sight singing dalam Bahasa Inggeris.
Nyanyian langsung adalah latihan dimana pelajar dapat menyanyikan not-not
dalam skor lagu tanpa iringan alat muzik. Dengan latihan yang secukupnya,
6.2
Pendengaran
dalaman
adalah penting
untuk
memperbaiki
pitching
pelajar
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY
84
pelajar-pelajar dapat mengenali pic yang tepat dan bunyi bagi setiap not kerana
mereka mempunyia latihan pendengaran dalaman yang baik. Melalui latihan
yang secukupnya dalam pendengaran dalaman, pelajar-pelajar juga dapat
menyanyikan jeda-jeda yang susah seperti, minor ke3, perfek ke6 menurun dan
major ke6 tanpa sebarang masalah.
Pendengaran dalaman juga adalah penting untuk pemain-pemain alat muzik.
Kebanyakkan pemuzik tidak dapat membaca not-not dalam sebuah skor lagu
jika ia tidak dimainkan oleh sebuah alat muzik. Mereka sering mempunyai
masalah pitching yang disebabkan oleh pendengaran dalaman yang lemah.
Pendekatan Kodaly yang memberi penekanan kepada teknik ini dapat mengatasi
masalah ini. Pendengaran dalaman juag memainkan peranan yang penting
dalam sesebuah orkestra. Dalam ensembel orkestra, pemain-pemain alat muzik
harus mempunyai pendengaran dalaman yang baik supaya bunyi yang
dihasilkan oleh alat muzik mereka mempunyai intonasi yang baik dan dapat
bersebati (blend) dengan alat muzik yang lain.
Seorang pemain alat muzik bertali seperti Violin, Viola dan Celo, memerlukan
daya pendengaran dalaman yang sangat baik. Ini adalah kerana, alat-alat muzik
ini tidak mempunyi fret dimana jari boleh diletakkan diatas tali. Seorang
pemuzik harus tahu bunyi not dan pic yang tepat agar dia dapat memposisikan
jarinya pada kedudukan yang betul dan memainkan not yang betul dengan pic
yang tepat. Ia adalah susah untuk mencari kedudukan sesuatu not jika kita tidak
tahu pic not tersebut. Maka pendengaran dalaman yang baik memainkan
peranan yang penting dalam meningkatkat daya musicality seseorang.
Berikut adalah beberapa contoh latihan yang boleh digunakan untuk menguji
pendengaran dalaman dalam pelajar-pelajar anda.
Contoh 1
Gunakan lagu yang mudah seperti Lompat Si Katak Lompat, Bangun Pagi Gosok
Gigi, Jong-jong Inai dan sebagainya. Mulakan kelas dengan menerangkan proses
latihan ini. Pelajar harus faham bahawa tujuan latihan ini adalah untuk menguji
tempo, melodi dan elemen-elemem muzikal lain yang telah mereka pelajari.
Terangkan kepada pelajar bahawa untuk lagu yang akan dinyanyikan, mereka
dikehendaki untuk menyanyi frasa pertama dan kedua dengan kuat dan
nyanyikan frasa ketiga dalam kepala. Dengan erti kata lain pelajar-pelajar
dikehendaki untuk terus menyanyi dalam senyap. Kemudian frasa yang terakhir
perlu dinyanyikan kuat semula. Anda boleh mengubah atau menukarkan frasa
yang harus dinyanyikan dengan kuat dan frasa yang harus dinyanyikan dalam
kepala setaip kali latihan diulangi.
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY 85
Contoh 2
Gunakan lagu yang biasa didengar oleh pelajar-pelajar anda seperti lagu Burung
Kakak Tua. Untuk latihan ini bahagikan pelajar-pelajar anda kepada 3 atau 4
kumpulan. Berikan nama untuk setiap kumpulan seperti A, B, C dan D. Tuliskan
nama-nama kumpulan ini diatas kepingan kad manila yang berasingan.
Mulakan latihan dengan menerangkan kepada pelajar bahawa mereka harus
memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada kad manila yang akan ditunjukkan.
Jika nama kumpulan mereka ditunjuk mereka harus sambung nyanyian.
Untuk frasa pertama, suruh kesemua pelajar anda menyanyikan frasa ini. Untuk
frasa yang kedua pula semua pelajar dikehendaki untuk menyanyi di dalam
kepala. Untuk frasa ketiga tunjukkan kad untuk kumpulan 3 sebagai contoh.
Maka kumpulan ini haruslah menyanyi lagu Burung Kakak Tua dari frasa yang
ketiga. Hanya nama kumpulan yang ditunjukkan oleh guru dalam kad manila
sahaja akan menyanyi. Teruskan latihan ini dengan memendekkan dan
memanjangkan frasa setiap kali ia diulangi. Sebagai contoh frasa kedua dan
ketiga harus dinyanyikan oleh kumpulan A dan C dan setengah daripada frasa
ketiga hanya oleh kumpulan D.
Objektif latihan ini adalah sama dengan latihan dalam Contoh 1 tetapi latihan ini
adalah lebih mencabar kerana hanya segelintir pelajar sahaja yang akan
penyanyi pada suatu masa. Dengan cara ini guru dapat mengenalpasti pelajar-
pelajar yang mempunyai masalah dengan elemen-elemen muzik yang diuji.
SEMAK KENDIRI 6.1
(a) Apakah tujuan latihan pendengaran dalaman?
(b) Mengapakah pendengaran dalaman yang baik adalah amat
penting?
(a) Isyarat Tangan untuk Pendengaran Dalaman
Penggunaan isyarat tangan untuk menguji pendengaran dalaman adalah
satu kaedah pengajaran yang amat berkesan. Dalam kelas-kelas permulaan,
pelajar-pelajar dikehendaki untuk menyanyikan not-not dalam mana-mana
skel sambil menunjukkan isyarat tangan Curwen. Apabila pelajar telah
fasih dengan kedudukan not-not, guru boleh meneruskan kelas dengan
menyuruh pelajar menyanyikan jeda-jeda seperti Perfek ke5, Major ke3 dan
sebagainya sambil menunjukkan isyarat tangan bagi setiap pergerakkan
jeda. Latihan sebegini akan menguatkan lagi pendengaran dalaman pelajar.
Contoh-contoh dibawah adalah beberapa latihan yang boleh digunakan
untuk menguatkan lagi pendengaran dalaman pelajar dengan
menggunakan isyarat tangan.
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY
86
Contoh 1
Untuk latihan ini, guru akan memberikan pic untuk not Do sahaja.
Kemudian daripada pic ini guru akan menunjukkan isyarat tangan untuk
pic Mi sebagai contoh. Pelajar-palajar dikehendaki untuk menyanyikan pic
Mi ini dengan menggunakan kebolehan pendengaran dalaman mereka.
Latihan ini boleh diadaptasikan untuk mengajar jeda, skel arpegio dan
sebagainya.
Contoh 2
Latihan ini adalah lebih mencabar maka ia haruslah dijalankan setelah
pelajar-pelajar anda telah pasti dengan semua not dan pic dalam isyarat
tangan Curwen. Mulakan dengan lagu yang mudah dan yang selalu
didengar oleh pelajar-pelajar anda.
Untuk latihan ini, guru dikehendaki untuk menunjukkan isyarat tangan
untuk sebuah lagu tanpa menyanyikan lagu tersebut. Pastikan bahawa
tempo dan dan jangka masa untuk setiap nilai not yang anda tunjukkan
adalah betul. Berpandukan kepada isyarat tangan ini, pelajar-pelajar
dikehendaki untuk menyanyikan lagu tersebut dengan menggunakan
ingatan mereka dan pendengaran dalaman mereka. Pendengaran dalaman
yang baik akan membantu seseorang pelajar untuk menyanyikan balik not-
not dalam kepala berpandukan kepada isyarat tangan yang ditunjukkan
oleh guru.
Latihan sebegini adalah sangat baik untuk menguji pendengaran dalaman
pelajar. Dengan latihan yang secukupnya pelajar-pelajar anda akan dapat
menyanyikan lagu-lagu yang mudah dengan menggunakan kebolehan
pendengaran dalaman mereka.
(b) Nyanyian dengan Perwakilan Grafik
Perwakilan grafik adalah perwakilan not-not muzikal dengan
menggunakan simbol. Dalam kaedah ini, kanak-kanak diajar untuk
menggunakan simbol untuk mewakili not-not dalam sesebuah lagu. Pic La
adalah pic yang susah untuk dinyanyikan dan biasanya kanak-kanak akan
mempunyai masaalah untuk menyanyikannya dalam pic yang betul.
Penggunaan perwakilan grafik menurut Kodaly, dapat membantu kanak-
kanak untuk menyanyikan pic ini dengan betul kerana mereka dapat
melihat pergerakkan not tersebut.
Terdapat pelbagai perwakilan grafik yang boleh digunakan untuk
membantu pelajar dalm nyanyian. Gambarajah 1 dibawah menunjukkan
perwakilan grafik bagi pic-pic Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do bermula
dari C Natural.
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY 87
Gambarajah 1. Skor Perwakilan Grafik
Kanak-kanak biasanya mempunyai masalah untuk menyanyikan pic-pic atau
jeda yang susah seperti Major ke3, Minor ke3 dan sebaginya. Jadi perwakilan
grafik juga boleh digunakan untuk membantu mereka mengingat jeda-jeda ini
seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2.
Gambarajah 2. Perwakilan Grafik untuk Jeda
Contoh-contoh yang diberikan ini boleh digunakan untuk membantu pelajar
memahami pergerakkan not dalam sesebah skor. Perwakilan not dalam
Gambarajah 1 dan 2 juga boleh digunakan untuk mengajar nyanyian. Jeda-jeda
yang susah dalam sesebuah lagu boleh diajar dengan menggunakan simbol
grafik untuk mewakili not-not tersebut.
Antara contoh perwakilan grafik lain yang boleh digunakan untuk mununjukkan
pergerakan not ialah garisan. Dalam kaedah ini, guru akan menyanyikan frasa
pertama ataupun baris pertama daripada lagu yang akan diajar. Pelajar-pelajar
dikehendaki untuk menggunakan garisan untuk menunjukkan pergerakkan not
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY
88
dalam frasa tersebut seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 3. Pelajar tidak
akan dibekalkan dengan skor lagu. Mereka dikehendaki untuk hanya
mendengar guru menyanyikan frasa tersebut dan kemudian melukiskan
pergerakkan not-not dengan garisan.
Aktiviti sebegini akan mengurangkan masalah pitching pelajar. Aktiviti ini akan
membantu mereka menyanyikan lagu tersebut dalam pitching yang betul kerana
dengan melukiskan pergerakkan not, pelajar-pelajar akan faham pergerakkan
melodi lagu tersebut.
Skor 4 Frasa lagu Oh When The Saints
Gambarajah 3 Perwakilan grafic untuk lagu di Skor 4
AKTIVITI 6.1
(a) Apakah kebaikan nyanyian dengan menggunakan perwakilan grafik?
(b) Sediakan sebuah contoh perwakilan grafik selain daripada yang
diberikan untuk mengajar not-not yang susah dalam sebuah lagu.
(c) Tepuk Semula Corak Irama yang Diperdengarkan
Aktiviti ini adalah penting kerana ia menguatkan lagi daya ingatan
muzikal pelajar-pelajar. Aktiviti menepuk semula irama membantu pelajar
memahami corak irama dengan lebih baik. Dalam pendekatan Kodaly,
irama diajar tahap demi tahap. Corak irama yang biasa didengar oleh
pelajar dan yang sering diulangi dalam lagu rakyat mereka biasanya akan
diajar dahulu. Lagu rakyat yang berbeza mempunyia corak irama yang
berbeza. Maka ia adalah penting untuk guru memperkenalkan corak irama
yang pelajar-pelajar biasa dengar.
Contoh-contoh aktiviti yang boleh digunakan untuk mengajar irama
diberikan dalam skor dibawah. Contoh pertama adalah corak irama yang
diambil dari lagu dalam Skor 4.
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY 89
Skor 5 Corak irama untuk lagu Oh When the Saints
Dalam contoh ini, pelajar-pelajar dikehendaki untuk menepuk semula
irama yang mereka dengar. Irama ini tidak seharusnya diperkenalkan
dalam bentuk lagu, kerana ini akan mengelirukan mereka. Pastikan anda
menerangkan meter corak irama ini. Terangkan bahawa bit pertama, kedua
dan setengah daripada bit yang ketiga adalah bit rehat.
Tepukan yang pertama adalah pada bit yang ketiga setengah. Irama untuk
lagu ini harus diperkenalkan secara berasingan. Anda sebagai guru
bolehlah menepuk irama ini untuk diperdengarkan kepada pelajar-pelajar.
Mulakan dalam tempo yang perlahan. Tepuk irama ini sebanyak dua atau
tiga kali sehingga pelajar-pelajar anda yakin dengan corak ini. Kemudian
mereka haruslah menepuk semula irama ini dalam tempo yang sama.
Untuk kelas-kelas yang lemah, anda boleh membahagikan corak irama ini
kepada dua frasa. Bar pertama dan bar kedua adalah frasa pertama dan bar
3 dan ke 4 adalah frasa yang kedua. Ini dapat membantu pelajar-pelajar
yang lemah untuk mengikuti corak irama ini dengan lebih baik.
Anda boleh menggunakan teknik ini untuk mengajar corak irama dalam
pelbagai lagu. Corak irama yang baru dan belum pernah didengar oleh
pelar haruslah diajar dengan perlahan. Anda juga boleh menggunakan
perwakilan grafik untuk menunjukkan mereka corak irama tersebut.
Selepas aktiviti ini pelajar-pelajar boleh disuruh untuk menggunakan
sebutan berirama yang telah dibincangkan dalam bab 5 untuk
mengukuhkan lagi pemahaman mereka tentang jangka masa dan tempoh
setiap nilai not.
IMPROVISASI
(a) Soal dan jawab corak irama
Aktiviti ini harus dijalankan apabila pelajar-pelajar anda telah mahir
dengan corak-corak irama yang mudah seperti . Hanya selepas
semua pelajar dalam kelas anda telah mahir dengan corak-corak irama
mudah, barulah anda boleh teruskan dengan aktiviti-aktiviti dalam contoh-
aontoh dibawah. Setiap latihan soal dan jawab haruslah dilakukan dalam
6.3
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY
90
nadi meter tersebut. Jika meter irama itu adalah dalam
3
4
maka pelajar-
pelajar haruslah sedar bahawa meter ini mempunyi 3 detik dan setiap detik
mempunyai pembahagian masa yang sama rata dalam meter tersebut.
Pelajar-pelajar juga harus diajar tentang nadi dalam meter tersebut. Guru
harus pastikan bahawa setiap pelajar mempunyai nadi yang konsisten. Jika
tidak setiap pelajar akan menepuk pada detik yang berlainan.
Contoh 1.
Untuk aktiviti ini, guru akan menepuk satu corak irama yang mudah
seperti Pelajar-pelajar kemudian dikehendaki untuk meniru
corak irama ini dan kemudian membuat improvisasi kecil diatas corak
irama yang diberi oleh guru.
Sebagai contoh atau atau
adalah contoh-contoh imprvisasi yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar
untuk menjawab corak irama yang ditepuk oleh guru. Setiap kali guru
memberikan corak irama yang baru, pelajar harus menjawab dengan corak
irama yang mempunyai sedikit improvisasi. Pelajar-pelajar harus
diingatkan bahawa meter bagi irama tidak boleh diubah.
Contoh 2
Dalam contoh ini guru akan memberi sebuah corak irama dengan
menggunakan Sebutan Berirama seperti ta ti-ti ta ta. Pelajar-pelajar
kemudian dikehendaki untuk menepuk corak irama ini dengan
menggunakan tempoh nilai not yang betul. Latihan ini boleh diulangi
dengan menggunakan corak irama yang berbeza. Setiap kali guru boleh
memanjangkan corak irama yang diberi seperti ta ti-ti too ti-ti ta tri-o-la ta
dan pelajar-pelajar harus menepuk balik irama yang diberi. Latihan ini
dapat mengukuhkan pemahaman dan ingatan pelajar dalam sebutan
berirama.
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY 91
Contoh 3
Untuk aktiviti ini anda boleh membahagikan kelas anda kepada 2 atau 4
kumpulan. Aktiviti boleh dimulakan dengan satu kumpulan menepuk satu
corak irama dan corak irama ini akan dibalas oleh kumpulan yang lain
dengan menggunakan sebutan berirama. Kemudian kumpulan yang
seterusnya akan mencipta satu corak iram yang harus dibalas oleh
kumpulan yang lain. Aktiviti ini tidak seharusnya dihentikan kerana
objektif latihan ini adalah untuk meguji irama dan rentak dalam pelajar
anda. Pergerakkan meter harus diteruskan sehinnga semua kumpulan
mempunyai sekurang-kurangnya 2 atau 3 peluang untuk mencipta dan
menjawab corak irama.
AKTIVITI 6.2
(a) Apakah aktiviti lain yang boleh digunakan untuk menguji irama
dalam pelajar-pelajar anda?
(b) Soal dan Jawab Frasa Melodi
Soal dan jawab frasa melodi adalah hampir sama dengan soal dan jawab
corak irama. Perbezaannya hanya adalah dalam soal dan jawab frasa
melodi elemen muzik yang diuji ialah melodi dan juga irama.
Anda boleh menguji pelajar-pelajar anda dengan menggunakan corak
melodi dan corak irama yang mudah dahulu. Gunakan corak melodi yang
mempunyai sedikit pergerakan not dan pergerakkan jeda yang kecil.
Pergerakkan jeda seperti Do Mi So adalah sesuai untuk kelas-kelas
permulaan.
Anda boleh memulakan latihan dengan menyanyikan melodi yang pendek
beberapa kali supaya pelajar-pelajar anda dapat mengingat pergerakkan
not dalam melodi tersebut. Kemudian pelajar-pelajar dikehendaki untuk
menyanyikan balik melodi yang telah dinyanyikan oleh guru. Pastikan
bahawa mereka menyanyi dalam pic dan irama yang betul. Latihan-latihan
sebegini adalah penting kerana ia dapat menguatkan lagi daya ingatan
muzikal mereka.
Selepas ini mereka boleh membuat sedikit variasi kepada melodi yang telah
dinyanyikan oleh guru. Contoh-contoh melodi mudah yang boleh
digunakan untuk mengajar mereka improvisasi adalah:
TOPIK 6 PENDEKATAN KODALY
92
1)
2)
AKTIVITI 6.3
(a) Gubah 2 melodi ringkas yang boleh digunakan untuk aktiviti soal
jawab frasa melodi

You might also like