You are on page 1of 1

Adaptasi Ciri-Ciri Muzik Gamelan Jawa dan Ensembel Phi Phat

Ciri-Ciri Alat Muzik

Berdasarkan Muzik Gamelan Jawa dan Ensembel Phi Phat terdapat beberapa
adaptasi yang dicadangkan oleh kami. Kami telah menfokuskan adaptasi gamelan jawa dan
ensemble Pi Phat berdasarkan aspek alat muzik yang digunakan. Misalnya, alat idiofon,
erofon, dan perkusi. Pada pendapat kami, adaptasi dari aspek alat muzik ini dapat membantu
untuk melaksanakan persembahan ensembel muzik di sekolah. Misalnya, alat-alat muzik
yang digunakan dalam muzik gamelan jawa dan ensembel Pi Phat tidak disediakan oleh pihak
sekolah. Oleh itu, kami mencadangkan untuk menggunakan alat-alat muzik yang tersedia di
sekolah yang mempunyai ciri-ciri yang seakan dengan alat muzik dalam muzik gamelan jawa
dan ensembel Phi Phat.

Alat muzik yang pertama ialah alat idiofon. Kami mencadangkan Xylophone. Hal ini
kerana dalam ensembel Phi Phat terdapat alat Ranat Thum dan Ranat Ek, manakala dalam
gamelan jawa gambang digunakan. Oleh itu, kami mencadangkan Xylophone untuk
digunakan kerana bersesuaian untuk memainkan melodi. Seterusnya, bagi alat muzik erofon
pula, kami mengadaptasi serunai dalam persembahan ensembel muzik. Hal ini kami telah
menerapkan elemen muzik Pi Phat dalam persembahan. Di samping itu, alat perkusi yang
digunakan ialah Simbal dan Kerincing. Kedua-dua jenis alat ini diasaptasi oleh muzik
ensembel Pi Phat iaitu dimana Chip dan Chap digunakan untuk memainkan rentak.

Kesimpulannya, alat-alat yang diadaptasikan ini, dapat memudahkan guru untuk


menggunakannya sekiranya elemen-elemen muzik gamelan jawa atau ensembel Phi Phat
diterapkan dalam persembahan. Bukan itu sahaja, di sekolah juga mempunyai alat-alat
tersebut.

Disediakan oleh : Amira, Nazirah, Jessica dan Aqilah

You might also like