You are on page 1of 1

REFLEKSI

TARIKH : 3 JULAI 2017


HARI : ISNIN

Pada hari pertama saya menjalani praktikum, saya telah bertemu dengan Penolong Kanan
Pentadbiran, Puan Khairiyah untuk melaporkan diri. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke SK. Sungai
Nibong, saya dapati suasana dan persekitaran sekolah yang amat tenang iaitu bilangan murid yang
mendapatkan pendidikan di sekolah ini adalah tidak ramai. Antara faktor lain yang menyebabkan saya
tertarik dengan sekolah ini ialah kawasan sekolah yang tidak terlalu besar. Hal ini membuatkan saya
berpendapat bahawa tiada istilah mengeluh pada saya sekiranya saya penat untuk ke kelas memandangkan
sekolah ini hanya mempunyai dua bangunan yang masing-masing mempunyai dua tingkat sahaja.
Berdasarkan maklumat Puan Khairiyah, sekolah ini mempunyai 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Melalui perbincangan dengan Puan Khairiyah, saya telah mendapat sesi pengajaran pada sebelah pagi.
Oleh itu, saya telah mendapat masa mengajar bagi keseluruhan adalah sebanyak 8 waktu iaitu 6 waktu bagi
subjek muzik dan 2 waktu bagi subjek sains.

Pada hari ini, saya tidak memulakan lagi pengajaran saya. Hal ini kerana, saya telah merancang
pada pada minggu 1 saya hanya melakukan sesi sual kenal bersama guru-guru dan murid-murid di sekolah
ini. Melalui pemerhatian saya, budaya di sekolah ini sangat baik iaitu murid-murid sangat menghormati guru-
guru. Antara kelas yang saya masuk pada hari pertama ialah kelas 4 Arif iaitu bagi subjek Sains. Sepanjang
di dalam bilik darjah , saya telah berkenalan dengan murid-murid dan saya juga telah menyatakan
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid.

Bukan itu sahaja, saya juga berpeluang untuk mengelilingi kawasan sekolah dengan melawat bilik-
bilik khas yang disediakan. Misalnya, bilik muzik, bilik abad ke 21, pusat sumber, perpustakaan dan
sebagainya. Selain itu, saya juga dapati bahawa makanan yang dijual di kantin sangat murah. Jadi,
keberadaan saya disekolah ini merupakan satu keuntungan yang sangat besar iaitu saya dapat berjimat.
Kesimpulannya, pada hari ini saya berharap agar dapat melaksanakan tugasan praktikum kali ini dengan
jayanya memandangkan budaya guru dan murid-murid di sekolah ini adalah amat baik.

You might also like