You are on page 1of 10

SAPE

Alat muzik sape merupakan alat lut yang dipetik


Dimainkan secara solo atau ensembel kecil
Ensembel kecil yang terdiri daripada dua hingga empat
buah sape atau dua sape dan jatung utang
Dimainkan oleh kaum lelaki sahaja dalam kalangan
kaum Kenyah,Kayan,Kelabitdan orang hulu lain di negeri
Sarawak
Badan sape berbentuk seakan-akan segi empat dan
berukuran kira-kira 1 hingga 1.5 meter panjang
Leher pendek,berukuran kira-kira 20 sm
Badan dan leher homogen, iaitu kedua-dua bahagian ini
diukir daripada sebatang pokok jenis aro
Permukaan belakang biasanya tidak ditutup

Dahulu, dua utas tali daripada rotan yang halus dipasang


pada badan sape
Kini tiga hingga empat utas tali digunakan
Kadang kala alat elektrik dipasang pada alat muzik ini
untuk menguatkan bunyi
Semua tali diletakkan di atas kekuda yang disusun
rapat-rapat pada bahagian hujung badan alat muzik ini.
Walaupun sistem tiunan alat sape menetapkan jeda-jeda
tertentu, pic tidak standard dan pic asas bergantung
pada saiz sape dan jenis tali yang digunakan
Lazimnya tali pertama dan kedua ditiunkan dalam oktaf
dan tali lain ditiunkan pada jeda lima perfek
Selepas tali ditiunkan,beberapa fret ditempatkan di
bawah tali tersebut untuk menghasilkan skel tertentu
bagi melodi tertentu.

Dua atau tiga utas tali dipetik dengan ibu jari untuk
menghasilkan dron atau ostinato
Seutas tali sahaja dipetik dengan jari lain untuk
memainkan melodi
Juga dinamakan sampeq,sampe,sapeh, alat muzik ini
juga terdapat di seluruh kawasan Asia Tenggara
Sebagai contoh chapey di Cambodia, kacapi atau kucapi
di Indonesia,kudyapi di Mindanao dan kusyapig di
Palawan,Filipina.
Alat muzik sape di Sarawak mengiringi tarian atau muzik
untuk hiburan sahaja
Dahulu sape dimainkan untuk mengiringi ritual dan
tujuan bercinta

Muzik Sape
Dimainkan solo atau ensembel kecil
Muzik sape terdiri daripada bahagian dron atau ostinato
yang dimainkan serentak dengan melodi
Jika pemain sape seorang, kedua-dua bahagian akan
dimainkan oleh seorang pemain
Jika dimain berdua, seorang akan memainkan bahagian
melodi, seorang lagi memainkan bahagian dron atau
ostinato
Melodi berasaskan skel pentatonik
Lihat contoh 25 keratan melodi sape (Muzik Malaysia)

Irama
Irama muzik sape lazimnya bermeter dupel dan
ditentukan oleh bahagian dron atau ostinato
Bahagian dron terdiri daripada satu atau dua pic pada
jeda tertentu (contoh jeda perfek ke-5)
Dron dibunyikan pada bit tertentu dan diulangi pada
keseluruhan lagu untuk menekan downbeat tertentu
dalam lagu
Bahagian ostinato juga boleh mengiringi melodi tertentu

Ensembel Sape dan Jatung Utang


Tarian Datun Julud ditarikan oleh kaum Kenyah dan Kayan
Diiringi oleh dua sape atau dua sape dan satu jatung
utang
Jatung utang ialah alat muzik zailofon, terdiri daripada
beberapa keping kayu yang ditiunkan
Dipukul dengan pemukul kayu
Dalam kalangan kaum Kenyah dan Kayan, jatung utang
diperbuat daripada kayu keratong atau jelutong yang
ditiunkan dalam skel tertentu
Kepingan kayu dipasang pada tali dan digantung pada
kotak kayu atau kepingan kayu terus diletak terus pada
kotak kayu

Kotak kayu berfungsi sebagai alat bergaung


Kotak kayu berukuran 80 sm panjang
Alat muzik lazimnya ditiunkan dalam skel pentatonik
tanpa semiton
Melodi
Muzik tarian datun julud terdiri daripada bahagian melodi
dan ostinato atau dron
Rujuk Muzik Malaysia (Keratan daripada ensembel 2
sape dan 1 jatung utang)
Kini, tarian datun julud dipersembahkan sebagai hiburan
di majlis perkahwinan atau perayaan

Terima kasih

You might also like