You are on page 1of 17

1

UNIT 10

PENGAJARAN TARIAN KANAK-KANAK







10.0 PENGENALAN

Pengajaran tarian dapat mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak-kanak.
Pengajaran tarian berhubung kait dengan pergerakan kreatif. Modul ini membincangkan
jenis-jenis tarian pelbagai budaya Malaysia kanak-kanak, kepentingan pengajaran tarian dan
untuk mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak-kanak serta strategi
untuk merancang aktiviti pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak.
Tarian tradisional merupakan sejenis seni gerak yang mengandungi gerakan tubuh
badan yang mempunyai unsur unsur keindahan . Tarian dapat dipersembahkan melalui
gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. Menurut kepada
seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi
seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui
gerak geri berirama yang indah.
Gabungan gerak-geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti melibatkan
psikomotor kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak. Gerak geri ini dapat dilihat dalam
tarian pelbagai budaya Malaysia merangkumi tarian kuda kepang, zapin, tarian joget, tarian
singa, tarian naga, tarian Bharata Natyam, tarian Bhangra, tarian Ngajat solo dan tarian
Sumazau.
10.1 JENIS-JENIS TARIAN

Pengajaran tarian untuk kanak-kanak merangkumi 3 jenis iaitu:

OBJEKTIF
Di akhir unit ini, pelajar dapat:
1. Menerangkan definisi tarian kanak-kanak.
2. Mengenal jenis-jenis tarian tradisional, kontemporari dan senamrobik
3. Membincangkan kepentingan pengajaran tarian kepada kanak-kanak untuk
mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak-kanak.
4. Merancang aktiviti pengajaran tarian kanak-kanak.
2

10.1.1 TARIAN TRADISIONAL MELAYU

Tarian tradisional Melayu boleh terbahagi kepada empat kategori iaitu tarian istana,
dramatari, tarian moden dan tarian rakyat. Tarian istana terdapat dalam tarian asyik dan
tarian gamelan. Tarian asyik merupakan tarian istana diraja Kelantan. Ia bermula di Pattani
pada 1644 berikutan kehilangan burung kesayangan permaisuri. Dayang-dayang baginda
mencipta tarian ini untuk menghiburkan hatinya yang sedang berdukacita. Asyik membawa
maksud kekasih yang juga merupakan nama burung tersebut. Oleh itu tarian ini bersesuaian
dengan gerakgeri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Pada hari ini, tarian
ini dipersembahkan semasa upacara rasmi dan festival. Ia juga turut dipersembahkan di
majlis-majlis perkahwinan di istana Melayu. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah
rebab , gambang dan gedombak. Manakala tarian seperti tarian mak yong,tarian jikey,tarian
randai dan sebagainya merupakan dalam kategori tarian dramatari yang dikenali sebagai
satu cabang seni teater yang menggabungkan tarian, opera, drama dan komedi.
Di samping itu,dalam kategori tarian moden juga terdapat tarian yang popular
seperti tarian joget, tarian zapin dan tarian inang. Tarian joget adalah yang paling dikenali
oleh rakyat kita. Ia sering dipersembahkan di festival kesenian, upacara perkahwinan dan
majlis-majlis keramaian. Tarian joget merupakan tarian kacukan Portugis yang dibawa ke
Melaka semasa zaman perdagangan rempah. Joget dipersembahkan oleh beberapa
pasangan penari dengan pergerakan kaki dan tangan yang lincah. Tempo lagu joget yang
selalunya laju. Di Melaka, joget dikenali sebagai Chakunchak.
Tarian rakyat terdapat contoh seperti tarian ayam didik,tarian canggung,tarian cinta
sayang,tarian kuda kepang dan tarian zapin.
10.1.1.1 Tarian Mak Yong

Tari yang paling penting yang dipersembahkan dalam Mak Yong ialah
Mengadap Rebab yang mengambil masa dalam 10-15 minit. tarian ini
dipersembahkan di setiap permulaan persembahan. Ia dibahagikan
kepada 6seksyen iaitu menama, duduk, melutut, mencangkung,
berdiri dan berjalan. Semua watak dalam Mak Yong adalah
perempuan kecuali 3 lelaki penari utama yang dipanggil Mak Yong,
yang membuatkan cerita yang selalunya berkisar tentang putera dan
puteri legenda dari cerita dongeng orang dulu- dulu. Ada 16 pelakon
dan diiringi oleh muzik tradisional yang terdiri daripada gong, dram
dan rebab.
3


10.1.1.2 Tarian Kuda Kepang


Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari
oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda
kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor
kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit
binatang yang dicorak dengan warna untuk menjadi lebih menarik.
Lazimnya satu kumpulan kuda kepang mempunyai 10 hingga
15 orang penari. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai
ketua (dayang). Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari
adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal
permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis
keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu
menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan
dan di hari-hari perayaan. Terdapat berbagai pendapat mengenai asal
usul tarian ini.
Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali
Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha
mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo
menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau
mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dalam
peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau
buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat
asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak
langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.
Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam
kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan
4

turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa
mereka menari-nari keseronokan. Menurut kepercayaan, kuda kepang
dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas
perlu dilakukan sebelum bermain. Jika ia gagal dilakukan mungkin
sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga
penontonnya. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh.
Setelah itu bomoh akan menjampi untuk istiadat membuka
gelanggang yang biasanya berukuran 40m x 60m.
Bomoh juga akan menyediakan sajian untuk penunggu. Sajian
itu ialah kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarum,
benang, ayam putih, padi, telur dan bunga rampai. Bilangan minima
penari ialah sembilan orang dan maksimanya 15 orang. Penari-penari
ini biasanya terdiri daripada kaum lelaki sahaja. Tarian dicipta oleh
guru yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang selalu
dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang,Pak Tani, Pucuk Rebung,
Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok
di dalam tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah.
Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana
seringnya terdapat beberapa orang penari akan naik syeikh (mabuk)
setelah persembahan rasmi tamat. Mereka yang naik syeikh ini
boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan
dalam keadaan siuman. Umpamanya, melompat setinggi enam atau
tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun
seutas tali, juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari
sedang naik syeikh , bunyi-bunyian pengiring penari akan terus
dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-
pemain bunyi-bunyian tersebut.
Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak
dapat dikawal, bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau
telinga mereka setelah mereka ditangkap dan direbahkan oleh
pegawal-pegawal yang cekap. Setelah itu mereka akan pulih dalam
keadaan letih lesu. Adalah dipercayai bahawa selain dari hiburan,
tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan
5

penyakit ganjil seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan
sebagainya.
Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan
di suatu tempat khusus. Jika diletakkan di sembarangan tempat roh
kuda kepang itu akan mengamuk dan merosakkan pertunjukan-
pertunjukan yang akan datang. Alat bunyi-bunyian yang sering
mengiringi tarian kuda kepang ialah angklung (alat utama), gendang,
gong ( berbentuk bulat dan diperbuat dari gangsa), kinong (seperti
gong tetapi lebih kecil), jidor ( seperti rebana besar), soron kecil
(dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekuk
seperti ruas buluh) dan bonang (dibuat dari tembaga,di tengahnya
bonjol bulat kira-kira lapan garis pusat). Bagaimanapun tidak semua
alat ini digunakan dalam satu-satu tarian. Pemilihannya terletak
kepada budi bicara kumpulan-kumpulan berkenaan .Bentuk
pakaiannya pula terserah kepada kehendak kumpulan tetapi ia
hendaklah seragam. Props kuda kepang digunakan untuk tarian ini.
Tarian merupakan gerakan yang berirama. Kanak-kanak melakukan
gerakan, apresiasi seni gerak dan ekspresi perasaan melalui gerak-
geri bermakna dan berirama indah dalam sesuatu tarian. Tarian Gerak
geri dalam tarian kuda kepang menunjukkan perjuangan dan
peperangan. Props kuda kepang digunakan untuk tarian ini. Penari-
penari kuda kepang menggunakan alat-alat muzik seperti gendang

10.1.1.3 Tarian Zapin
(http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/tarian_tradisional/)
Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih
utuh dan popular dewasa ini ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah
perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan
penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian
dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional
6

sifatnya. Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini
tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu
daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan
masih terdapat di negeri Johor. Gerakan tarian zapin adalah
berasaskan gerak geri kaki penari-penari. Tarian ini berasal dari Timur
Tengah yang berasaskan kesenian Arab-Parsi. Pada mulanya tarian
zapin dipraktikkan sebagai amalan berzikir untuk menyebarkan
sejarah tamadun Islam. Di Malaysia, tarian Zapin Johor merupakan
tarian Melayu yang terkenal di Johor.
101.1.4 Tarian Joget

Gerakan tarian joget tertumpu pada tangan dan juga kaki penari.
Lagu-lagu yang mengiringi tarian ini adalah sepertiJoget Serampang
Laut dan Joget 106. Tarian ini dipengaruhi kebudayaan Portugisdan
ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta keramaian. Tarian Joget
telah dijadikan salah satu tarian sosial danditerima oleh pelbagai
kaum di Malaysia.
10.1.1.5 Tarian Ayam Didik







Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu
sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau.
Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di
kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan
bahagian utara Perak. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam
didik.Ayam Didik merupakan gelaran kepada ayam yang dipelihara
dan dimanja-manjakan. Unsur tarian ini memperlihatkan kemanja-
manjaan para penarinya. Tarian ini digandingkan dengan lagunya iaitu
'Ayam Didik' yang amat memikat hati dan mesra sekali didengar,
7

diiringi muzik asli dengan menggunakan alatan gong, gendang dan
biola.

10.1.2 TARIAN TRADISIONAL CINA

Tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina terdapat 2 jenis iaitu tarian singa
dan tarian naga.

10.1.2.1 Tarian Singa

Tarian singa merupakan tarian yang bertenaga dan menghiburkan dalam adat warisan
masyarakat Cina. Penari perlu ada keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat untuk
persembahan tarian singa. Alat-alat muzik yang mengiringi tarian ini ialah gendang tagu
cina dan simbal. Penari-penari tarian singa meniru pergerakan singa dengan menggunakan
kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di
bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari akan
memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak
seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong,
dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah. Dua tarian singa yang
amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".Tarian Singa Utara
adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan
diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi
kostum singa betina).
Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai
hiburan. Tarian Singa Selatan pula lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini
selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara
meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum
mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta
sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
10.1.2.2 Tarian Naga

Pergerakan tarian naga berbelok-belok dan beralun-alun. Penari-penari tarian naga
memegang sebatang nagadengan tiang untuk menghidupkan naga. Tarian ini
dipersembahkan oleh sepasukan penari. Penari-penari perlu menguasai penataan gerak
tarian yang tepat untuk menunjukkan kuasa dan maruah naga. Alat-alat muzik yang
mengiringi tarian ini ialah gendang tagu cina dan simbal.
8

Tarian naga juga selalu dipersembahkan pada musim perayaan. Dalam pemikiran
kaum cina, naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib
buruk dan mencegah jenayah. Oleh itu,orang cina selalu menyebutkan keturunan naga
sebagai lambang identiti etnik. Pada Tahun Baru Cina, atau memimpin proses untuk
menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku,
mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular selama Dinasti Han.
Banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima elemen. Tarian naga datang
dalam lima warna: hijau, merah,kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan
lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari
ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau.
10.1.3 TARIAN TRADISIONAL INDIA

Gaya tarian tradisional India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional.
Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi,
Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri.

101.3.1 Tarian kathak

Tarian Kathak adalah tarian yang terbagi secara naratif dan dicirikan dengan gerakan kaki
yang cepat (tatkar) dan berputar (chakkar) serta berasal dari utara India. Pada hari
ini,bentuk tari khatak adalah bentuk yang berasal dari banyak pengaruh pada masa lalu,
seperti pengaruh mitologi kathakas (nyanyian kuno), tarian kuil, gerakan bhakti
(Vaishnavisme dan Shaivite),serta pengaruh Persia pada masa kekuasaan Mughal sejak
abad ke-16.

10.1.3.2 Tarian Bhangra

Tarian ini melibatkan pergerakan kepala dan tangan yang membawa maksud untuk
meraikan penglibatan dan kejayaan. Tarian ini berasal dari Punjab, India merupakan salah
satu tarian kebudayaan kaum suku Sikhdi Malaysia. Kostum untuk tarian ini adalah
berwarna terang dan berseri-seri.

10.1.3.3 Tarian Bharata Natyam

9

Gerak geri tarian Bharata Natyam tertumpu pada kepala, tangan dan kaki. Rentak tarian ini
dikenali sebagai Jatis. Muzik yang mengiringi tarian ini adalah berdasarkan suku kata rentak
Shollukatus. Tarian ini dipersembahkan oleh penari wanita secara solo berasal dari Negeri
Tamil Nadu di Selatan India. Tarian bharata natyam juga bergaya klasik. Tarian ini dikenali
sebagai tarian kebangsaan india. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara
solo oleh seorang penari wanita dengan dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang
lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin
dan Yang di budaya Cina. Tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu,
Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan
elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan.
Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam
(drum), nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam),
suling, biola dan veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali
dengan penggesekyang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu. Bahasa Tamil, Telugu,
Kannada dan Sanskrit biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.

10.1.4 TARIAN ORANG ASLI

Gerak geri tarian orang asli menggambarkan amalan seharian seperti berkebun, mencari
hasil laut dan upacara yang berkait rapat dengan kepercayaan kerohanian. Alat-alat muzik
yang digunakan adalah seperti gendang yang diperbuat daripada kulit haiwan dan alat
muzik tiupan yang diperbuat daripada daun atau buluh.

10.1.5 TARIAN TRADISIONAL SABAH

10.1.5.1 Tarian Sumazau

Tarian sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah
dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Fungsi
tarian sumazau adalah untuk mengucapkan kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan
menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyembah semangat, dan
mengubati penyakit. Pada zaman ini,tarian ini biasanya dipersembahkan semasa
menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan. Pasangan penari lelaki dan wanita menari
berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara
tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan
10

keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Gerak geri tarian Sumazau ditarikan
secara perlahan dan lemah-lembut. Ketika menari, tangan penari dikepakkan keluar,
gerakannya turun naik seperti burung terbang. Alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian
ini ialah gong dan gendang. Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi rakyat Sabah suku
kaum Kadazandusun ditarikan semasa menyambut majlis jamuan dan hari keramaian.
10.1.5.2 Tarian Buluh

Dalam tarian buluh, sepasang buluh panjang dipegang mendatar pada paras buku lali oleh
penari-penari. Penari-penari mengetuk kedua-dua buluh antara satu sama lain mengikut
rentak. Penari-penari lain bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang buluh
tersebut tanpa tersepit. Tarian buluh merupakan tarian tradisi kaum Kwijau dari Keningau
Sabah.

10.1.5.3 Tarian Adai Adai

Tarian Adai-adai merupakan tarian tradisional bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan
pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini mengisahkan cerita kumpulan nelayan pergi
menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan
pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan yang akan di perolehi.
Tarian Adai-adai ini biasanya ditarikan oleh pasangan empat lelaki dan empat
perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak
hampir sama dengan rentak tarian Zapin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian
Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut
ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang
berwarna warni.
Kadang-kala tiada alatan muzik digunakan, sebaliknya bunyi yang mengiringi
nyanyian adalah hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan atau perahu yang didayung
serta pukulan buyung atau keduit. Tarian ini sering dipersembahkan di majlis-majlis
keramaian. Ia juga merupakan tarian masyarakat suku Berunai yang mendiami pekan
Weston, Sabah.
10.1.5.4 Tarian Limbai
Tarian limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Ianya ditarikan ketika
menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik
sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara,lalu tarian Limbai
11

dipersembahkan di hadapan pengantin. Tarian ini merupakan upacara khas sebagai isyarat
menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul iaitu majlis
pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin
naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang
mengundang dan mengucapkan selamat datang.

10.1.5.5 Tarian Magunatip

Tarian Magunatip yang kita kenali merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum
Murut dari suku Kuhijau (Kwijau).Perkataan magunatip adalah berasal daripada perkataan
apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau
terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya
tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan
menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian Magunatip
bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.

10.1.6 TARIAN TRADISIONAL SARAWAK

10.1.6.1 Tarian Datun Julud

Datun Julud atau Julang Dance adalah tarian tradisional dari Sarawak. Tarian ini berasal
daripada suku Kenyah dari Kabupaten, balungan, Kutai Berau dan Pasir. Tarian tradisional
ini dipersembahkan untuk menyambut askar yang kembali dari peperangan. Selain itu, ia
juga merupakan tanda akhirnya musim menuai padi. Tarian ini dipercayai dicipta oleh
seorang putera yang bernama Nyik Kenyah Selung untuk merayakan kebahagiaan dan rasa
syukur. Biasanya Tarian ini dipersembahkan oleh penari wanita. Para penari akan
berpakaian seperti burung enggang dan memegang bulu bulu burung enggang, di mana dia
akan bergerak naik dan turun dengan anggun untuk menggambarkan burung enggang yang
sedang terbang. Tarian ini biasanya dipersembahkan oleh empat orang penari, selepas
penari pertama habiskan tariannya, penari kedua akan meneruskan tarian,pergerakan ini
dilakukan berturut-turut sehingga penari keempat.



12

10.1.6.2 Tarian Ngajat



Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang di tarikan ketika menyambut Gawai orang-
orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dulu ia ditarikan
selepas mereka kembali dari berperang. Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum
ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai
Kenyalang. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan
asli kerana ianya merupakan satu identiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik
dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku kaum peribumi lain di Sarawak.
Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang
persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang
sebuah perisai panjang yang berukir. Penari bergerak dengan melompat bersama iringan
lagu. Setiap rentak tarian perlu bersesuaian dengan situasi menuai pada musim menuai.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga
memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang
tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan
kanannya.
Tarian ini di tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,
penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah
bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk
tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa
tengkorak musuh. Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di
tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh
dengan mengayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat
seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat
bertali seperti gitar. Tarian ini sangat popular di kalangan Orang Ulu di Sarawak.

13

10.2 TARIAN KONTEMPORARI

Tarian Kontemporari adalah salah satu jenis tarian yang lain daripada tarian tradisional dan
tarian moden. Tarian kontemporari berunsurkan kreativiti dan pengembangan gerak seorang
penari yang menitikberatkan pada keunikan teknik tarian tersebut. Malah, tarian ini juga
bersumberkan daripada fenomena tempatan. Terdapat pelbagai jenis tarian kontemporari .
Di antaranya ialah seperti berikut:

10.2.1 Tarian Shuffle

Shuffle bermaksud sejenis tarian yang menggelungsur kaki dengan diiringi rentak muzik
tekno. Ianya bermula era 1980an dan berasal dari Melbourne, Australia. Namun di Malaysia,
tarian ini diolah dengan kreativiti dan identiti anak muda tempatan.

10.2.2 Tarian Breakdance

Tarian ini bermula di Bronx, New York pada era 1970an. Tarian ini memerlukan
momentum, kekuatan, keseimbangan badan dan kreativiti yang tinggi serta memiliki muzik
di mana ia dikawal oleh seorang DJ. Penari lelaki digelar 'b-boying' dan penari perempuan
pula dipanggil 'b-girling'.

10.2.3 Tarian Hip Hop

Tarian in bermula era 1970an dan dikembangkan oleh masyarakat Afro-Amerika dan Latin-
Amerika. Bunyi hip hop pula merupakan tiruan bunyian hentakan kaki tentera serta diisi
juga dengan tarian patah-patah yang dikenali sebagai breakdance.
10.3 SENAMAN AEROBIK (SENAMROBIK)

10.3.1 Definisi, maksud dan matlamat
Senaman aerobik adalah senaman yang melibatkan penggunaan oksigen dalam badan.
Aerobik bermaksud dengan oksigen dan merujuk kepada penggunaan oksigen dalam
metabolisme badan atau tenaga-proses penjanaan. Pada mulanya ,sebarang aktiviti
mendapatkan tenaganya daripada proses anaerobik,tetapi apabila aktiviti diteruskan,
pengeluaran tenaga anaerobik berpindah ke pengeluaran tenaga aerobik. Ini berlaku 2-3
minit selepas mulanya sesuatu aktiviti. Kebanyakan jenis senaman adalah aerobik. Ini
14

berlaku pada pekerjaan peringkat sederhana untuk satu kadar masa yang lama. American
College of Sports Medicine(ACSM) mendefinisikan latihan aerobik sebagai "setiap kegiatan
yang menggunakan kumpulan otot besar, boleh dilakukan secara terus menerus, dan
berirama secara semula jadi. Ia adalah jenis senaman yang memaksa jantung dan paru-
paru untuk bekerja lebih kuat daripada biasa. Idea penting di sebalik senaman aerobik hari
ini adalah untuk bangun dan bergerak. Sekarang terdapat lebih banyak senaman untuk
dipilih. Bagaimanapun, tiada perbezaannya sama ada ianya jenis senaman baru atau lama.
Yang penting, kita dapat memilih sesuatu kegiatan fizikal yang disukai yang boleh membuat
detak jantung kita meningkat selama tempoh masa yang berterusan untuk mendapatkan
kehidupan yang lebih sihat. Senamrobik bagi kanak-kanak boleh disesuaikan dengan
melakukan pergerakan kreatif supaya kanak-kanak lebih seronok.
10.3.2 Tujuan dan kepentingan tarian dan senamrobik.

Tarian sangat penting diajarkan kepada kanak-kanak kerana ianya dapat membantu
perkembangan kinestetik dan kreativiti mereka. Kepentingan Aktiviti senamrobik pula
adalah seperti berikut:

i. Mengurangkan tekanan Aktiviti Senaman Aerobik merupakan faktor utama
dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress.Ini akan membolehkan
kita berasa lebih selesa dan sihat.
ii. Menjamin kesihatan Aktiviti Senaman Aerobik membantu mencegah penyakit
jantung, obesiti, arthritis,sakit belakang, diabetes, angin ahmar dan beberapa
jenis kanser.
iii. Ini membantu mencegah demensia dan penyakit Alzheimer

10.3.3 Faedah Senamrobik

Senamrobik memberi faedah dari segi fisiologi termasuklah peningkatan dari aspek
koordinasi. Koordinasi bermaksud kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi
menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan. Sekiranya seseorang itu
sering melakukan aktiviti fizikal, ini akan dapat meningkatkan keupayaan koordinasinya.
Sebagai contoh melakukan aktiviti yoga. Senaman Yoga dapat membantu membaiki
koordinasi tubuh, mempertingkatkan kapasiti kardiovaskular, memperkuatkan jaringan otot
dan membantu memperbaiki koordinasi tubuh.
Aktiviti fizikal berbentuk kepantasan seperti berjalan pantas dan joging perlahan
meningkatkan pengaliran darah ke tisu dan otot. Kuasa berkait rapat dengan kadar tenaga
15

melakukan sesuatu kerja. Seorang yang rajin bersenam, misalnya melalui aktiviti berenang
atau maraton akan dapat meningkatkan kebolehan kuasa tubuh badannya.
Keseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika
dalam keadaan statik atau bergerak. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk
meningkatkan keseimbangan badan ialah berjalan di atas titian, atau berjoging dan berjalan
selama 20 minit hingga 30 minit, tiga kali seminggu. Aktiviti fizikal juga akan memberikan
kesan terhadap ketangkasan seseorang. Ketangkasan adalah berkait rapat dengan
keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang.
Contoh aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kepantasan seseorang ialah larian zig zag
dan latihan bumerang. Masa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus
dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut. Semakin cepat seseorang bertindak
balas terhadap stimulus, semakin cepat masa tindak balasnya. Justeru, dengan
melaksanakan pelbagai aktiviti fizikal, seseorang akan dapat meningkatkan masa tindak
balasnya.














16
















KATA KUNCI

stimulus
apresiasi seni gerak
ekspresi perasaan
ketangkasan




















AKTIVITI 1.3
1. Buat perbandingan jenis tarian tradisional dan tarian kontemporari dalam bentuk pengurusan
grafik.
2. Bincangkan ciri-ciri tarian tradisional yang sesuai diajarkan kepada kanak-kanak.



LATIHAN 1.4

1. Nyatakan kepentingan tarian kepada kanak-kanak.
2. Rancangkan satu aktiviti tarian kanak-kanak untuk dipersembahkan dalam Majlis
Penyampaian Sijil di sekolah anda.

17

RUJUKAN

Cox, M. (2005). The Pictorial World of the Child. United Kingdom: Cambridge University
Press.
Koster, J.B. (2001). Growing Artists:Teaching Art to Young Children. 2th Edition. New York:
Thomson DelmarLearning.
Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan
Pembelajaran. Petaling Jaya:L.C.L.
Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran.
Petaling Jaya: L.C.L.
Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York: Thomson
Delmar Learning.

http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/tarian_tradisional diakses pada 01 Jan 2014
http://ammal90.blogspot.com/2010/09/tarian-tradisional.html diakses pada 02 Jan 2014
http://www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya diakses pada 02 Jan 2014

You might also like