You are on page 1of 3

HBEF2803

T1A4
AKTIVITI 4
JURNAL REFLEKTIF
Mengenai realiti kehidupan masyarakat, memang ada segelintir masyarakat kita yang
membuang ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Saya sudah menyedari akan kewujudan
perkara ini kerana kes seperti ini banyak diceritakan di siaran telivisyen. Tetapi saya tidak
pernah lagi beinteraksi secara langsung dengan mangsa-mangsa kes pembuangan ini.
Majoriti penghuni pusat jagaan tersebut adalah ibu bapa yang telah dibuang oleh anak-anak
mereka yang tidak sanggup menjaga orang tuanya. Saya tidak suka dengan perbuatan
anak-anak mereka tersebut di mana perbuatan mereka itu boleh disifatkan sebagai tidak
berperikemanusiaan. Salah satu isu mendesak dalam komuniti tersebut ialah mereka dalam
kesedihan dan memerlukan belaian kasih sayang daripada anak mereka. Aktiviti yang kami
jalankan ada menyentuh isu tersebut. Kami telah berusaha sedaya upaya untuk
menggembirakan mereka dengan aktiviti yang kami jalankan.
Terdapat pelbagai andaian yang boleh ditimbulkan mengenai isu pembuangan ibu bapa ini.
Antaranya ialah ibu bapa tidak mengasihi anak-anaknya lalu anak-anaknya juga tidak
mengasihi ibu bapanya. Mungkin juga anak-anak itu tidak sanggup untuk menanggung
beban dan kepayahan untuk menjaga ibu bapa yang sudah uzur. Andaian yang terakhir
ialah anak-anak sangat sibuk dengan pekerjaan hinggakan tiada masa dapat diluangkan
untuk menjaga ibu bapa.
Saya telah dapat mengaplikasikan pengajaran yang saya peroleh daripada program ini ke
dalam kehidupan seharian saya. Selepas program ini dijalankan, saya telah mula
merasakan perasaan sayang terhadap ibu bapa saya bertambah lebih banyak daripada
sebelumnya. Setiap hari, saya akan mencari kekosongan masa untuk menelefon kedua ibu
bapa saya di rumah dan bertanyakan khabar. Akhir sekali, apa-apa masalah yang saya
hadapi, masalah mengenai ibu bapa saya akan utamakan dan selesaikan terlebih dahulu
sebelum saya menyelesaikan masalah-masalah yang lain.
Saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang sebab anak-anak sanggup
membuang ibu bapa mereka. Antara maklumat yang saya dapat kongsikan dengan orang
lain ialah kes seperti ini memang berlaku dalam kehidupan kita dan ia boleh berlaku dalam
masyarakat yang dekat dengan kita atau golongan orang yang dekat dengan kita. Saya juga
dapat berkongsi maklumat bahawa pusat jagaan memang sangat mengalu-alukan apa
sahaja bentuk sumbangan daripada masyarakat untuk membantu mereka mengurus serta
menyediakan keperluan asas bagi penghuninya.

HBEF2803
T1A4
Selain itu, saya juga dapat tingkatkan kemahiran insaniah dalam aspek pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah. Saya dapat berfikir secara kritis apabila segala-galanya adalah di
luar jangkaan awal dan saya perlu menyesuaikan diri dengan suasana tersebut serta
menyelaraskan aktiviti untuk dijalankan. Saya juga dapat menyelesaikan sesuatu masalah
dengan cara yang lebih baik.
Selain itu, saya juga didapati bahawa kita haruslah bersyukur kerana dapat hidup sekali
dengan ibu bapa. Didapati bahawa kanak-kanak yang tinggal di Rumah Anak-anak Yatim
adalah anak yatim dan yatim piatu. Oleh yang demikian, kasih sayang yang ikhlas amat
diperlukan oleh mereka. Walaupun saya hanya membuat pencarian maklumat dan dokumen
sahaja, saya dapat berasa kanak-kanak yang dikunjungi sangat gembira dan berasa
seronok apabila kita menjalankan aktiviti LDK di tempat tersebut. Saya tidak menganggap
kerja ini sebagai beban sebaliknya berasa dapat menikmati pelbagai faedah melalui
pencarian ilmu dan maklumat ini.
Apabila saya berada dalam keadaan yang kecewa, ibu bapa yang memberi motivasi kepada
saya supaya bersemangat meneruskan kehidupan saya. Apabila saya menghadapi
masalah, ibu bapa yang akan memberi sokongan yang sepenuhnya kepada saya.
Malangnya, anak-anak yatim ini tidak ada kesempatan untuk menerima sokongan, motivasi
serta kasih sayang dari ibu bapa kandung mereka. Oleh sebab itu, tujuan utama pencarian
malumat tentang khidmat masyarakat ini adalah untuk menghayati perasaan diri sendiri dan
jalinan kasih sayang terhadap golongan anak yatim.
Walaupun mereka kekurangan kasih sayang dari ibu bapa, mereka tetap hidup dengan
gembira dan bersyukur. Apatah lagi saya yang mempunyai ibu bapa yang amat sayang
kepada saya. Ibu bapa sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka untuk memberi kehidupan
yang selesa kepada saya. Walaupun letih, mereka tidak pernah putus asa memberi jagaan
yang baik kepada saya.
Kursus ini juga mengajar saya erti menghargai sebuah kehidupan. Sebelum ini saya hanya
mendengar kisah-kisah anak-anak yatim namun ia tidak memberikan kesan yang mendalam
kepada diri saya. Namun, apabila saya berpeluang untuk mendalami pencarian maklumat
mengenai rumah anak yatim, maka secara spontan saya dapat menyelami hati dan
perasaan anak-anak yatim ini, saya mulai sedar bahawa kehidupan manusia adalah singkat
dan kita perlu untuk menghargai individu yang berada di sekeliling kita terutamanya kedua
orang tua yang banyak berkorban demi keselesaan kita. Hari ini kita mungkin masih dapat
melihat senyuman, gelak tawa dan bebelan ayahanda dan bonda, namun apabila sampai

HBEF2803
T1A4
suatu saat, ianya hanya akan menjadi kenangan. Saya sangat bersyukur kerana mendapat
peluang menyusuri pencarian maklumat tentang anak-anak yatim ini kerana ia mengajar
saya untuk melihat sesuatu dengan menggunakan mata dan hati.
Secara kesimpulannya, saya amat bersyukur dengan masa yang saya miliki sekarang. Saya
akan menghargai kehidupan ini sebaik mungkin. Tuhan membawa kami ke dunia ini ada
hikmat disebaliknya, salah satunya ialah untuk memberi rahmat kepada orang lain. Oleh
sebab itu, saya berharap sekumpulan kami masih dapat mengadakan lawatan ke rumah
anak yatim walaupun sudah lepas kursus jalinan masyarakat ini. Membantu seseorang
bukan sahaja dia yang akan berasa gembira, kami juga akan menikmati keseronokan itu.
Hal ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dipelajari dalam sesebuah kuliah.

You might also like