You are on page 1of 6

Rujukan Kami : SMKSSAAS/01/11/014/12( ) Rujukan Tuan : Tarikh : 26 Mei 2010 Hajah Kartini bt.

Zakaria Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Jalan Langgar, 05460 Alor Star, Kedah.

Puan, PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN KE SMK SULTANAH ASMA Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki. Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan pancaragam SMKSSAAS bercadang untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma bagi tujuan meningkatkan dan memantapkan lagi kemahiran muzik pasukan pancaragam sekolah. 2. Butiran lawatan adalah seperti berikut: Tarikh Hari Masa Tempat Sasaran : : : : : 2 4 Julai 2010 Jumaat - Ahad 8.00 pagi 4.00 petang SMK Sultanah Asma, Alor Setar. 40 orang pelajar bersama 30 orang guru

2.

Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap semoga permohonan kami untuk melawat sekolah ini mendapat perhatian dan kelulusan daripada pihak tuan. Semoga lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada pasukan pancaragam sekolah berkenaan dengan latihan muzik dan kawad formasi. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

3.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang menurut perintah, (DATIN HJH. ROHANI BT. MUSTAFFA) Pengetua SMKSSAAS

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH JALAN BUNGA MAWAR 2/5 40000 SHAH ALAM SELANGOR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK SULTANAH ASMA, ALOR STAR, KEDAH

TARIKH :

16 18 JULAI 2010 ( Jumaat Ahad )

TEMPAT :

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Star, Kedah.

ANJURAN :

PANCARAGAM

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASUKAN PANCARAGAM SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM TAHUN 2010 1. PENGENALAN Aktiviti lawatan sambil belajar ini merupakan anjuran Pasukan Pancaragam SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Aktiviti lawatan ini diadakan sebagai salah satu pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran bermain muzik dan kawad formasi yang sangat diperlukan untuk memajukan dan menaikkan kualiti sesebuah pasukan pancaragam. SMK Sultanah Asma merupakan sebuah Sekolah Kluster dan telah dianugerahkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Selain itu, kejayaan pasukan pancaragam sekolah ini diperingkat kebangsaan dan antarabangsa sangat membanggakan dan dikenali. Pencapaian yang baik dan seimbang dari aspek akademik dan kokurikulum sekolah ini diharap dapat dicontohi oleh pelajar yang menyertai lawatan ini. 2. MATLAMAT Seiring dengan matlamat pasukan untuk meningkatkan motivasi dan kecemerlangan diri dalam bidang akademik dan ko-kurikulum, diharapkan dengan adanya lawatan ini akan melahirkan pasukan yang mantap dan memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dan dapat menambahkan pengalaman ahli dan seluruh pasukan. Disamping itu diharap pelajar dapat mencontohi dan mengamalkan disiplin dan sahsiah yang baik yang dipamerkan. 3. OBJEKTIF i. ii. iii. Menaikkan dan memantapkan lagi kemahiran muzik pasukan pancaragam sekolah. Memberi pendedahan kepada pasukan pancaragam sekolah berkenaan dengan latihan muzik dan kawad formasi. Meningkatkan tahap disiplin ahli pasukan.

4. SASARAN i. ii. Ahli pasukan pancaragam. (40 orang) Guru Penasihat (3 orang)

5. TARIKH / MASA 16 Julai 18 Julai 2010 (Jumaat Ahad) 6. TEMPAT / LOKASI Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Jalan Langgar, 05460 Alor Star,

Kedah. 7. ANGGARAN PERBELANJAAN BIL 1. 2. PERKARA Pengangkutan Bas Penginapan KUANTITI RM 3000.00 Murid 11 bilik X 2 hari Jumlah JUMLAH RM3000.00 RM3380.00 RM 6380.00

8.

SUMBER PENDAPATAN BIL 1. 2. PENDAPATAN Peruntukan kokurikulum Kutipan daripada pelajar HARGA RM 3000 RM 100.00 X 40 orang Jumlah JUMLAH RM 3000.00 RM 4000.00 RM 7000.00

9. STRUKTUR ORGANISASI Penasihat Pengerusi N. Pengerusi Setiausaha Bendahari : Datin Hajah Rohani Bt. Mustaffa ( Pengetua ) : En. Azhar Bin Jamaluddin ( Penolong Kanan Kokurikulum ) : En. Mohd Nor Fahmy Bin Jilani ( Guru Penasihat Pasukan Pancaragam ) : Pn. Shahriyah Binti Abdul Rashid ( Guru Penasihat Pasukan Pancaragam ) : Pn. Jamaliah Binti Kamaruddin (Guru Penasihat Pasukan Pancaragam) : AJK Pasukan Pancaragam

AJK Pengurusan Peserta

10. TENTATIF PROGRAM HARI / MASA Sabtu (18/7/2010) 7.00 Pagi 8.00 Pagi 2.00 Ptg Semua pelajar berkumpul di sekolah. Guru mengambil kehadiran pelajar dan memberi taklimat ringkas tentang lawatan. Bas bertolak ke Alor Setar Sampai di Alor Setar Check in di Hotel Seri Malaysia Persiapan diri / Solat Asar Melawat ke Pekan Rabu dan sekitar Alor Star AKTIVITI CATATAN

3.00 Ptg 8.00 mlm

8.00 Mlm 10.00 mlm Solat Magrib / Persiapan Diri /Makan malam Ahad (18/7/2010) 6.00 Pg 8.30 Pg- 10.00 pg 12.00 tgh 1.00 Ptg - 6.00 ptg 6..30 Ptg 11.30 Mlm Persiapan diri dan Solat Subuh/ Sarapan Check out dari tempat penginapan Bengkel bersama pasukan pancaragam SMK Sultanah Asma Bertolak balik ke Shah Alam Sampai di sekolah dan guru mengambil kehadiran pelajar Bersurai

11. PENUTUP Semoga lawatan sambil belajar ini dapat memberikan inspirasi serta memupuk minat yang lebih mendalam dalam menghayati ilmu dalam pasukan pancaragam. Pendedahan dan informasi yang diperolehi akan dapat membentuk pelajar yang lebih berdisiplin, berwawasan, efisyen, berdaya saing dan juga dapat mencorak minda pelajar yang lebih kreatif. Diharapkan agar lawatan sambil belajar ini dapat dijalankan dengan jayanya dan megikut perancangan yang telah ditetapkan serta mendapat kerjasama daripada semua pihak. Disediakan oleh, . (SHAHRIYAH BT ABDUL RASHID) Guru Penasihat Pasukan Pancaragam

Disahkan oleh, . ( DATIN HAJAH ROHANI BT MUSTAFFA) Pengetua SMKSSAAS

You might also like