You are on page 1of 9

Majlis Guru Kanan Sains dan Matematik, Daerah Klang , 41000 Klang, Selangor ________________________________________________________________ Tarikh : 10 Mac 2011

Kepada, Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Klang 41000 , Klang Selangor Melalui dan sokongan, Pn Rashidah bt Mohd Yusuf Ketua Unit Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Klang 41000 Klang , Selangor

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Langkawi Kedah.


Dengan segala hormatnya, saya ingin menarik perhatian Puan Pegawai Pendidikan Daerah terhadap perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Guru Kanan Mata Pelajaran Daerah Klang ingin mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pulau Langkawi ,Kedah pada 21 Mei 2011 hingga 23 Mei 2011. 3. Sehubungan itu, saya ingin memohon pertimbangan kelulusan penganjuran dari pihak Puan Pegawai Pendidikan Daerah . Bersama-sama ini disertakan sesalinan kertas cadangan program tersebut. 4. Segala kerjasama, perhatian dan jasa baik daripada pihak Puan Pegawai Pendidikan Daerah amat dihargai. Sekian, terima kasih. 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Saya yang menjalankan tugas,

(ROHANA BINTI HUSIN) Setiausaha Ahli Majlis GKMP Sains dan Matematik Daerah Klang , Klang , Selangor

1. 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

MAKLUMAT AKTIVITI Nama Aktiviti : Tarikh Masa Tempat Kelolaan Anjuran : : : : : Lawatan Penanda Aras Ke Pulau Langkawi 21 Mei hingga 23 Mei 2011 3 hari 2 malam Pulau langkawi, Kedah Ahli Majlis GKMP Sains dan Matematik Daerah Klang. GKMP Daerah Klang

2. 2.1

TUJUAN KERTAS KERJA Memohon kebenaran daripada Puan Pegawai Pendidikan Daerah Klang untuk mengadakan lawatan penanda aras Ke Pulau Langkawi,Kedah.

2.2

Memohon bantuan menggunakan kenderaan dari Pejabat Pelajaran Daerah Klang dan sumbangan kewangan dari PPD untuk menjayakan Lawatan Penanda Aras ini.

3.

PENDAHULUAN Lawatan Penanda Aras ini perlu diadakan untuk mendedahkan GKMP corak perjalanan dan pentadbiran sekolah luar Selangor kerana ianya dapat menyumbang kepada peningkatan pengetahuan dan kecemerlangan sahsiah dalam kalangan GKMP.

4. 4.1

RASIONAL GKMP adalah merupakan sebahagian tenaga yang bertanggungjawab untuk memastikan agar pencapai kecemerlangan akademik berjalan lancar.

4.2

Sebagai

satu cara meningkatkan pengurusan sumber manusia GKMP

seterusnya memastikan peningkatan kualiti kerja .

5. 5.1 5.2

OBJEKTIF Pendedahan kepada persekitaran yang berintelektual dan berkualiti Menerapkan unsur-unsur inovasi dan kreativiti dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sekolah melalui lawatan penanda aras ini.

6.

SASARAN Seramai 70 orang GKMP Daerah Klang beserta 4 orang Pegawai Pendidikan Daerah Klang .

7.

JADUAL PERJALANAN PROGRAM TARIKH / HARI MASA


7.30 pg 1 ptg 1.30 ptg 2.30ptg 21 Mei 2011 4ptg 6 ptg 8 mlm 9.30 mlm 10.00 pm

AKTIVITI
Bertolak dari PPD Klang ke Kuala Perlis Menaiki Feri ke Pulau Langkawi Melawat Pekan Kuah Dataran Helang Bermalam di Sunrise Island Resort , Langkawi

8.00 pagi - 12.00pm

Lawatan ke Maktab Rendah Sains Mara di Langkawi dan mengadakan sesi perbincangan Makan tengahari Lawatan ke tempat-tempat bersejarah : Makam Mahsuri Kilang Gamat Gunung Mat Cincang Bermalam di Sunrise Island Resort,Langkawi

22 Mei 2011

2.00 pm-6.00 pm

10.00 pm

8.00 am - 9.00 am 10.00 am 11.00 pm - 2.00 pm 23 Mei 2011 2..00 pm - 3.00pm 3.00 petang 9.00 malam

Sarapan pagi Menaiki Feri ke Kuala Perlis Lawatan ke Sekolah Sultanah Asmah Alor Setar ,Kedah. Melawat Bandar Alor Setar Berangkat pulang Dijangka tiba di PPD Klang

8. 8.1

SUMBER KEWANGAN : Bayaran lawatan (RM 180.00 x 74 orang = RM 13320 )

8.2 8.3

: ;

Sumbangan peruntukan PPD Perincian perbelanjaan seperti berikut :

Bil 1.

Perkara Tempat penginapan (RM 50.00 x 74 orang x 2 hari) Tambang Bas ( RM 60.00 x 74 orang ) Tambang Feri pergi dan balik ( RM 50.00 x 74 orang ) Tambang bas di Langkawi (Sendiri) Tiket masuk ke beberapa tempat bersejarah ( RM 50.00 x 74 ) Lain-lain perbelanjaan / Luar Jangka

Jumlah (RM)

RM 7400 . 00 RM 4440 . 00 (PPD)

2.

3.

RM 3700. 00

4.

RM -

5.

RM 3700.00

RM 450 . 00

JUMLAH

RM19650 . 00

9.

PENUTUP

Sesungguhnya segala usaha, pengorbanan dan komitmen ini adalah untuk kebaikan bersama. Mudah-mudahan penganjuran kali ini adalah untuk merapatkan tali silaturahim, memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab di kalangan para GKMP dan pegawai PPD di samping melebarkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan sesuatu program.

Sekian terima kasih.

10.

PENGESAHAN

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

. (PN. ROHANA BINTI HUSIN) Setiausaha GKMP Sains dan Matematik Daerah Klang Klang , Selangor

.. (PN.RASHIDAH BINTI MOHD YUSUF) Ketua Unit Sains dan Matematik PPD Klang Klang , Selangort

Disokongan oleh,

Diluluskan oleh,

..

JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA KERJA LAWATAN PENANDA ARAS KE LANGKAWI KEDAH

PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI AJK MAKANAN & PENGINAPAN

: : : : : :

PN.RASHIDAH BINTI MOHD YUSUF PN NORASIAH BINTI ABD RAHMAN EN MAZLAN BIN MOHD NOOR PN ROHANA BINTI HUSIN PN. SAKINAH BINTI ISHAK PN ONG LIN LIN PN SITI NORWATI PN HELEN A/P LAZIR

AJK LAWATAN & PENGANGKUTAN

EN MUSTAFA PN WONG AI FUN EN NG KOK CHUAN PN SAODAH BINTI ALI

AJK TUGAS-TUGAS KHAS : & LAPORAN

Majlis Guru Kanan Mata Pelajaran Daerah Klang 41200 Klang Selangor Tel:03-33231923 Fax 03-33242091 ___________________________________________________________________ Tarikh 11 Mac 2011 Kepada, Pengetua SMK Sultanah Asma Jalan Langgar, 05460 Alor Setar Kedah Darul Aman. Melalui dan sokongan Puan Rashidah Mohammad Yusuf. Ketua Unit Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Klang 41000 Klang , Selangor Puan, .

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Penanda Aras .

Dengan segala hormatnya, saya ingin menarik perhatian Pn. Pengetua terhadap perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa ahli Majlis GKMP Daerah Klang 2011 akan mengadakan Lawatan Sambil Penanda Aras ke Pulau Langkawi ,Kedah pada 21 Mei 2011 hingga 23 Mei 2011. Antara aktiviti lawatan kami ialah mengadakan kunjungan persahabatan untuk bertukar-tukar fikiran serta sesi perbincangan bagi meningkatkan pengurusan sumber manusia di peringkat sekolah.. 3. Sukacita juga dimaklumkan, kami amat berbesar hati sekiranya puan membenarkan rombongan kami mengadakan lawatan Penanda Aras ke sekolah puan pada 23 Mei 2011, bersamaan hari ISNIN. Kami dijangka tiba pada pukul 11 tengah hari. 4. Segala kerjasama, perhatian dan jasa baik daripada pihak Puan Pengetua. amat dihargai. Sekian, terima kasih. 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Saya yang menjalankan tugas, (ROHANA BINTI HUSIN) Setiausaha GKMP Sains dan Matematik Daerah Klang, Selangor

You might also like