You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU

PANJANG
JALAN KAPAR, 42100 KLANG, SELANGOR DARUL
EHSAN

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
pada

17 -18 OKTOBER 2015


bertempat di

CAMERON HIGHLAND, PAHANG DARUL MAKMUR

anjuran:

KELAB KOPERASI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU


PANJANG, KLANG

1.0

PENGENALAN
Lawatan sambil belajar merupakan pengalaman pendidikan yang berlaku di luar bilik

darjah dan dapat memberi pengetahuan yang diperlukan oleh murid dalam situasi harian mereka.
Sehubungan itu, kemantapan fizikal, mental, dan pengukuhan nilai-nilai murni yang diterapkan
dapat membantu perkembangan individu murid-murid.
Aktiviti lawatan sambil belajar memberi peluang kepada murid-murid mempraktikkan segala
kemahiran luar yang mereka miliki. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat memberi ruang yang
lebih kepada guru-guru dan murid-murid untuk mendalami ilmu mereka dan menimba seberapa
banyak pengalaman.
Program ini merupakan satu program yang menarik minat murid dan amat berguna untuk
mengembangkan minda di samping menjadi asas untuk membina keyakinan diri dalam
menghadapi pelbagai situasi.Bagi memenuhi rancangan aktiviti tahunan Kelab Koperasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, projek yang dipilih pada tahun ini ialah lawatan sambil
belajar ke Cameron Highland, Pahang.
2.0

RASIONAL
Aktiviti ini diharap dapat melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran di

samping dapat memberi pendedahan kepada ahli kelab koperasi tentang tempat-tempat menarik
di dalam negara serta meningkatkan ilmu berkaitan bidang keusahawanan berasaskan pertanian.
Aktiviti lawatan ini juga diharap mewujudkan sikap murni seperti tolong-menolong,
bekerjasama, berketrampilan, bertanggungjawab, menyayangi dan mensyukuri alam ciptaan
Allah.
3.0

OBJEKTIF
Tujuan projek ini diadakan adalah untuk :-

1.

memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kawasan tanah tinggi.

2.

mengaplikasikan ilmu keusahawanan terutama dalam bidang pertanian dalam kehidupan


seharian murid-murid,

3.

memberi peluang kepada murid-murid mengenali sebahagian kawasan di negeri Pahang,

4.

melahirkan keyakinan diri di kalangan murid-murid SMKRP untuk diaplikasikan dalam


kehidupan seharian,

5.

menjana idea kreatif dan sikap positif di kalangan murid-murid SMKRP,

6.

menerapkan amalan-amalan nilai-nilai murni, mencintai alam sekitar, menjaga kebersihan


dan keindahan serta

mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara dan

mengekalkan alam sekitar.


4.0

MATLAMAT
Matlamat lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang

kegiatan keusahawanan yang dijalankan di kawasan tanah tinggi, memberi peluang kepada
mereka melihat tanaman yang diusahakan di kawasan tersebut serta peluang untuk memasarkan
hasil produk tersebut ke pasaran luar disamping memupuk minat murid supaya melancong di
dalam negara sendiri sambil menyahut seruan kerajaan bagi mengelakkan pengaliran mata wang
negara ke luar negara. Selain itu, lawatan ini diharapkan dapat mendedahkan murid-murid
kepada berbagai hidupan serta menikmati keindahan dalam negara sendiri.
5.0

KUMPULAN SASARAN

Lawatan ini disertai oleh 34 orang murid dan diiringi oleh 10 orang guru.
6.0

TARIKH LAWATAN

17 hingga 18 Oktober 2015/ Sabtu hingga Ahad.

7.0

JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND

Pengelola Pelancongan

: Hajah Kamariah Bt Bakar

Pengurus Pelancongan

: Hajah Khairiah Bt Khalid

Setiausaha

: Rozinara Binti Idrus

Bendahari

: Siti Zaharinah Bt Othman

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND


Dokumentasi

: Farahida Bt Osman

Brosur

: Zuraida Bt Kamarudin Sohami

Makan & Minum

: Noor Eiashah Bt Md Yasan

Peralatan & Kecemasan

: Mohd Faiz Firdaus Bin Mahasan

Jurugambar

: Mohd Shahrul

Kawalan &
Keselamatan Murid
8.0

: Semua guru pengiring

ANGGARAN BELANJAWAN
BIL
1.
2.
3.

PERBELANJAAN
Pengangkutan
Penginapan
Makan dan minum
JUMLAH

RM
RM1800.00
RM 900.00
RM 820.00
RM3520.00

Perbelanjaan Individu ~ RM3520.00 / 44 orang = RM80.00

9.0

TENTATIF PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

TARIKH
17.10.2015

MASA
07:00 pg

AKTIVITI
Bertolak dari SMK Rantau Panjang

10:00 pg

Sarapan pagi di R&R Tapah

12:30 tgh

Makan tengahari di Pekan Brinchang

Sabtu

02:00 ptg
03:00 ptg
05:00 ptg

Solat Zohor & melawat MARDI


Melawat Big Red Strawberry
Check- in hotel

08:00 mlm
Makan malam
09:00 mlm
18.10.2015

08:00 pg

Night Market di Brinchang


Sarapan pagi dan check-out hotel

Ahad
09:00 pg

Melawat Ladang Boh Tea, Sungai Palas

11:00 pg

Shopping di Multi Crops Market/ Pasar


Tani

12:30 tgh
02:00 ptg
04:00 ptg

Makan tengahari
Bergambar di Air Terjun Lata Iskandar
Bertolak pulang ke SMK Rantau Panjang

10.0

PENUTUP

Adalah diharapkan agar lawatan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berjaya mencapai
objektif yang telah digariskan. Sehubungan itu, kejayaan program ini amatlah bergantung kepada
peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan aktiviti program berjalan dengan
lancar dan berkesan. Semoga aktiviti ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang terlibat.
Disediakan oleh:

...............................................
(

KELULUSAN PENTADBIRAN
Setelah saya menyemak dan meneliti kertas kerja Program Lawatan Sambil Belajar ke Cameron
Highland, Pahang yang dianjurkan oleh Kelab Koperasi Sekolah menengah Kebangsaan Rantau
Panjang, Klang, Selangor, maka dengan ini, saya meluluskan program/projek ini untuk
dilaksanakan seperti yang dirancang.

Saya yang menurut perintah,

.................................................................

You might also like