You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PEKAN

JALAN ISTANA KAMPUNG LUBUK KAWAH, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJA PAMERAN SAINS, MATEMATIK DAN PENGHAYATAN ISLAM

MURID BERILMU BERTUNJANGKAN ISLAM

ANJURAN GURU-GURU PELATIH SK. PADANG PEKAN DENGAN KERJASAMA PANITIA SAINS, MATEMATIK DAN PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH: 15 APRIL 17 APRIL 2013

1. PENDAHULUAN Pameran ini dianjurkan oleh barisan guru-guru praktikum Sekolah Kebangsaan Padang Pekan. Pameran ini merupakan kesinambungan daripada teori-teori yang dipelajari sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran untuk dipraktikkan dan diaplikasi dalam kehidupan seharian. Pameran ini akan dianjurkan selama 3 hari dengan pengisian dan aktiviti yang berbeza. Pihak urusetia mengharapkan pengisian yang dibuat sepanjang pameran ini akan bermanfaat kepada pihak sekolah, guru dan murid pada masa akan datang.

2. TEMA MURID BERILMU BERTUNJANGKAN ISLAM

3. MATLAMAT Melahirkan insan yang berilmu dalam pelbagai bidang dalam Sains, Matematik dan Pendidikan Islam serta mengaplikasikan ilmu dan nilai tersebut dalam kehidupan seharian.

4. OBJEKTIF 4.1 Menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains, Matematik dan Pendidikan Islam. 4.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang penggabungjalinan Sains dan Matematik dalam penghayatan Islam. 4.3 Menggalakkan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. 4.4 Menggalakkan murid menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

5. KUMPULAN SASARAN Murid tahun 3,4,5 dan 6

6. GURU PELATIH YANG TERLIBAT 1. Muhammad Izzuddin bin Khalid (Major Sains) 2. Faizzuddin bin Yahaya (Major Sains) 3. Muhammad Zamer Husaini bin Abdul Aziz (Major Matematik) 4. Amer Faiz bin Osman (Major Matematik) 5. Ahmad Anwari bin Razali (Major Pendidikan Islam) 6. Mior Fakhrullah bin Abdull Jalil (Major Pendidikan Islam) 7. Ibrahim bin Abdul Halim (Major Pendidikan Islam) 8. Habib Nuh bin Che Hussin (Major Pendidikan Islam)

7. PAMERAN DAN AKTIVITI Pameran: -Sains1. Alat-alat radas Sains 2. Fasa-fasa bulan 3. Awetan Kering 4. Awetan Basah 5. Herbarium 6. Alat-alat awetan 7. Spesimen Hidup (Arnab) 8. Terarium -Matematik1. Bentuk- bentuk 3D dan 2D -Pendidikan Islam1. Bahan Bantu Mengajar

Aktiviti: -SainsTarikh Aktiviti Catatan Murid Melakukan aktiviti-aktiviti peristiwa berselisih seperti: 1. Boiling Balloon Belon ditiup dan diisi sedikit air. Kemudian, diletakkan di atas api. 2. Keseimbangan Sudu dan garpu diimbangkan di atas sebatang mancis di bibir bikar. 3. Selamatkan duit syiling Lilin yang menyala diletakkan di dalam piring petri yang berisi air dan ditutup dengan kelalang kon. 4. Terapung dan tenggelam Telur dimasukkan ke dalam bikar yang beriisi air kosong dan larutan tepu garam. 5. Kesedaran ruang Murid cuba menyelesaikan masalah dengan cuba mengeluarkan dua besi yang bersimpul. Selain murid mendengar penerangan bagaimana awetan dibuat, murid juga melakukan aktiviti seperti berikut: 1. Bouncing egg Telur ayam yang direndam di dalam cuka boleh melantun apabila dilepaskan di atas pemukaan. 2. Melihat melalui mikroskop Murid melihat organisma protozoa seperti amoeba melalui mikroskop. 3. Murid menonton video peraturan-peraturan semasa berada dalam

15 April 2013

Science is Fun

16 April 2013

Pengawetan

17 April 2013

Toys

makmal. Murid mencipta kereta angin dengan menggunakan straw minuman, penutup botol mineral, manik, klip kertas, botol plastik dan kertas keras.

-MatematikTarikh 15 April 2013 Aktiviti Katapult Catatan Murid membina katapult, iaitu sejenis senjata zaman dulu dengan menggunakan pensil dan getah. Murid membuat origami daripada kertas. Murid membuat bentuk-bentuk daripada kertas seperti heksagon.

16 April 2013 17 April 2013

Origami Objek 3D

-Pendidikan IslamTarikh Catatan Murid menonton video proses kejadian manusia, dan diberi penerangan tentang proses kejadian manusia telah diterangkan dalam Al-Quran Sains dan Al-Quran terlebih dahulu sebelum saintis membuat pertemuan tentang proses kejadian manusia ini. Dapat membuktikan kepada murid, Sains dan Al-Quran saling berkaitan. Murid menonton video tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Al-Biruni, AlTokoh- tokoh Ilmuan Khawarizmi, Al-Ghazali dan Islam banyak lagi dan menjawab soalan kuiz berdasarkan video yang ditonton. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Kesenian dalam 1. Hiburan dalam Islam Islam Murid diperkenalkan dengan hiburan-hiburan Aktiviti

15 April 2013

16 April 2013

17 April 2013

yang terdapat dalam Islam seperti khasidah dan nasyid. Murid turut bersama-sama bernasyid dan berkhasidah. 2. Tulisan khat Murid diberi tutorial menulis khat oleh Ustaz Mior Fakhrullah.

8. PENUTUP Diharapkan pameran ini dapat memberikan manfaat kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Padang Pekan terutama sekali dalam bidang Sains, Matematik dan Pendidikan Islam.

Disediakan oleh,

Disokong oleh,

(Muhammad Izzuddin b. Khalid) Guru pelatih (major sains ) SK Padang Pekan

. (Pn. Siti Ajar bt. Ismail ) Ketua Panitia Sains SK Padang Pekan

Disahkan oleh,

. (Hj. Ahmad b. Hj. Osman) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Pekan

You might also like