You are on page 1of 3

SK PERAMU JAYA, PEKAN PAHANG

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


BILANGAN 1/2021

TARIKH : 13 Januari 2021 (RABU)


MASA : 9:00 Pagi
TEMPAT: Kediaman masing-masing
KAEDAH: Google Meet

Kehadiran:
1.Encik Mohd Zakri Bin Nyan Ketua Panitia TMK
2.Encik Mohd Sakri Bin Ismail Setiausaha TMK
3.Encik Wan Khairul Aswadi Bin Wan Husain A.J.K TMK

Agenda:
1.Ucapan Pengerusi
2.Pengesahan Minit Mesyuarat
3.Perkara Berbangkit
4.Pembentangan Kertas Kerja/Laporan.
5.Pembagunan Profesion Keguruan
6.Belanjawan
7.Hal-hal lain
8.Ucapan Penangguhan

1.UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas penyertaan semua ahli jawatankuasa yang
hadir pada mesyuarat kali pertama ini. Beliau berharap aktiviti-aktiviti yang telah
dirancang sepanjang tahun ini dapat berjalan dengan lancar.
Makluman

2.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit Mesyuarat Bil 4 / 2020 dicadangkan pengesahannya oleh Encik Mohd Sakri Bin
Ismail dan disokong sebulat suara oleh ahli jawatankuasa yang hadir.
Makluman
3.PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4.PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN


4.1 Penggubal Soalan PPT dan PAT
Guru-guru penggubal soalan hendaklah menyediakan soalan TMK meliputi 2
Bahagian yang telah ditetapkan. Selain itu,soalan juga perlu meliputi silibus Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6.Guru-guru hendaklah merujuk senarai nama penggubal soalan.
Tindakan : Guru-guru TMK
4.2 Maklumat guru dan Jadual waktu.
Guru-guru TMK hendaklah melengkapkan maklumat guru dan jadual waktu yang diberi
untuk dimasukkan ke dalam fail.
Tindakan : semua guru TMK
4.3 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian.
Rancangan Tahunan yang dibuat hendaklah disesuaikan dengan takwim semasa
Manakala Rancangan Harian mesti ditulis mengikut format yang diberi.
4.4 Pengerusi mencadangkan agar markah PAT hanya 70%, 30 lagi ditampung oleh kerja
kursus murid yang dibuat mulai bulan mei.
4.5 Minggu TMK/ICT
KP bercadang untuk mengadakan minggu TMK/ICT untuk semua murid dan akan
bekerjasama dengan Kelab ICT dan Robotik sekolah. Segala perbelanjaan akan
ditanggung oleh panitia TMK. Penyertaan melibatkan murida Tahap 1 dan Tahap 2. 3
orang pemenang akan dipilih dari setiap kelas atau 6 orang bagi setiap tahun. Ia
bergantung pada kewangan semasa panitia TMK.
Tindakan: Guru-guru TMK
5. Pembangunan Profesion Keguruan
5.1 Kursus asas aplikasi Scratch
Pengerusi mencadangkan agar kursus Scratch diadakan pada bulan mei 2021.
Mesyuarat bersetuju menjemput Encik Wan Khairul sebagai penceramah.

6. Belanjawan Panitia TMK

6.1 KP akan memaklumkan jumlah baki PCG TMK yang terkini pada semua ahli
dalam tempoh terdekat.
6.2 Ahli boleh menulis nota minta jika memerlukan perbelanjaan dari panita TMK dengan
kadar segera. Sebelum berurusan dengan kerana kewangan sekolah,ahli mesti
memaklumkan terlebih dahulu pada KP.
6.3 KP meminta semua ahli berhemah dalam berbelanja.
Tindakan: Guru-guru TMK

7. Hal-hal lain.
Tiada

8. Ucapan Penangguhan

8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana semua AJK dapat memberi
kerjasama yang baik dalam mesyuarat pada kali ini.
8.2 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………… …………………………………
(MOHD SAKRI BIN ISMAIL) (MOHD ZAKRI BIN NYAN)
Setiausaha, Ketua Panitia,
Panitia Pendidikan TMK, Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
SK. Peramu Jaya, Pekan, Pahang SK. Peramu Jaya, Pekan, Pahang.

You might also like