You are on page 1of 2

Kelab Diabolo

SMK Seri Kemabangan


43300 Seri Kembangan

Perlembagaan

1) Tujuan penubuhan
Objektif: a) Memperkembangkan kesenian permainan Diabolo Cina
b) Belajar kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik diabolo
c) Memupuk semangat berpasukan

2) Keahlian: Ahli Kelab Diabolo Cina terdiri daripada pelajar-pelajar yang sudi menyertai kelab secara sukarela.
Bayaran kepada jurulatih dikenakan. Ahli mesti menerima dari mematuhi perlembagaan kelab. Kehadiran untuk
latihan adalah kewajipan, terutamanya latihan persembahan.

3) Pemiliahan Ahli Jawatankuasa


3.1)Pelantikan Ahli Jawatankuasa dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dilantik melalui Mesyuarat Agung.

Barisan Ahli Jawatankuasa terdiri daripada:


1. Pengerusi
2. Naib Pengerusi
3. Setiausaha
4. Penolong Setiausaha
5. Bendahari
6. Penolong Bendahari
7. Pengurus Peralatan
8. Penolong Pengurus Peralatan
9. Pengurus Aktiviti
10. Penolong Pengurus Aktiviti
11. Pengurus Teknik
12. Penolong Pengurus Teknik
13. Ketua Papan Kenyataan
14. Penolong Ketua Papan Kenyataan
15. Juru Audit
16. Wakil Tingkatan 5/4, 3, 2, 1/Peralihan
3.2)Perlantikan boleh dibuat secara undi terbuka. Jika ada kekosongan jawatan, giri penasihat berhak memilih
pengganti daripada kalangan ahli yang berkebolehan untuk memegang jawatan tersebut.

4) Tugas Jawatankuasa
4.1)Tugas jawatankuasa ialah merancang, mengelora dan melaksanakan aktiviti kelab atas nasihat guru-guru
penasihat.
4.2)Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali atau mengikut keperluan.
4.3)Ahli Jawatankuasa yang tidak hadir dalam mesyuarat jawatankuasa hendaklah member jawapan secara bertulis
kepada pengerusi dan maklumkan kepada guru penasihat.

5) Tugas Ahli Jawatankuasa


5.1)Pengerusi mempengerusikan Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat jawatankuasa. Pengerusi mempunyai undi
pemutus dan hendaklah menandatangani minit mesyuarat bersama dengan guru penasihat.
5.2)Naib pengerusi hendaklah memegang jawatan pengerusi semasa ketiadaannya.
5.3)Setiausaha hendaklah mencatat minit mesyuarat dan mengambil tindakan atas keputusan mesyuarat. Setiausaha
juga bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat, menyimpan fail kelab, menyimpan rekod
pendaftaran ahli, mencatatkan kehadiran ahli, mengemaskini buku laporanaktiviti dan menghantar buku laporan
aktiviti untuk disemak.
5.4)Bendahari bertanggungjawab atas mengutip derma, menyediakan laporan kewangan tahunan kelab. Bendahari
juga mesti menyimpan rekod yuran ahli, menyediakan buku rekod laporan kewangan kelab dan mengeluarkan
resit pembayaran yuran serta penerimaan lain-lain.
5.5)Ahli Jawatankuasa Kecil Biro bertanggungjawab ke atas tugas yang diamanahkan dan sesuatu projek khususnya
untuk bironya dan semua projek yang telah dilaksanakan.

6) Kewangan
6.1)Wang kelab boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan aktiviti kelab.
6.2)Bendahari tidak boleh menyimpan wang runcit dan semua wang tunai perlu diserahkan kepada guru penasihat
dalam masa dua hari selepas kutipan.
6.3)Segala perbelanjaan perlu mendapat kelulusan Ahli Jawatankuasa dan guru penasihat.
6.4)Semua penyata kewangan perlu diaudit oleh guru penasihat dan juru audit yang dilantik.
6.5)Kelab mengenakan yuran keahlian tahunan mengikut persetujuan semua ahli semasa Mesyuarat Agung. Kutipan
lain akan dibuat sekiranya perlu.

7) Peralatan/Harta
7.1)Segala peralatan atau harta mesti dijaga dengan baik. Segala kerosakan harus dibayar ganti rugi.

8) Mesyuarat Ahli Jawatankuasa


8.1)Mesyuarat akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

9) Segala masalah yang timbul akan ditunjukan kepada PK Kokurikulum dan Tuan Pengetua.

(Cik Yap Siew Yun) (Pn. Chua Puay Miang)


Ketua Guru Penasihat Guru Penasihat
Kelab Diabolo SMKSK Kelab DiaboloSMKSK

(Pn. Chua Yah In) (Pn. Kwan Poi Ling)


Guru Penasihat Guru Penasihat
KelabDiabolo SMKSK Kelab DiaboloSMKSK

(Yong Shen Ping) (Wong Kam Hui)


Pengerusi Kelab Diabolo SMKSK Setiausaha Kelab Diabolo SMKSK

You might also like