You are on page 1of 10

KERTAS KERJA

AKTIVITI RANCANGAN INTERGASI MURID UNTUK PERPADUAN

(RIMUP)

2016

SMK BANTING

1. Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan


Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya
telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah
rendah dan menengah pada tahun 2005.

KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara
murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara
mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana
hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan
kaum yang lain.

KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra
secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat
tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah
merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan
harmoni.
2. Konsep
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat,
para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta
penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan
kepakaran.

3. Matlamat
Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu
pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah
dan mampu menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu.

4. Objektif Rancangan
 Menggalakkan penyertaan para guru dan murid serta warga sekolah dalam
kegiatan khas secara bersama-sama.
 Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana
muhibbah secara sedar dan terancang.
 Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di
sekolah.
 Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan
kegiatan khas secara bersama-sama.

5. Program Yang Akan Dijalankan


5.1 Hari Perpaduan
5.2 Explorace
5.3 Gotong-royong ke rumah anak yatim
5.4 Sketsa Rukun Negara (Hari Merdeka)
5.5 Persembahan Dikir Barat 1 Malaysia (Hari Guru)
5.6 Sukan Futsal RIMUP
5.7 Lawatan Patriotisme
5.1 Hari Perpaduan

5.1.1 Pengenalan

Dalam Sambutan Hari Perpaduan ini diharapkan dapat membentuk


generasi muda berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilai murni
dan penyayang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

5.1.2 Jenis Aktiviti

Jenis aktiviti yang akan dijalankan ialah


 Masakan Pelbagai Kaum – Roti Jala, Vadai, Kuih Bulan
 Taekwondo Pelbagai Kaum
 Stesen Permainan Tradisional

5.1.3 Matlamat

Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa


dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi
cabaran secara kolektif dan bersepadu.

5.1.4 Objektif

Dapat mengkoordinasikan deria penglihatan dengan gerak kaki dan tangan


dengan betul serta dapat memupuk semangat muhibbah dan perpaduan
kaum serta kerjasama antara satu sama lain.

5.1.5 Sasaran

Semua pelajar SMK Banting.

5.1.6 Tarikh dan Masa

26 Februari (Jumaat) bermula jam 7:30 pagi.


5.2 Explorace Perpaduan

5.2.1 Pengenalan

Explorace Perpaduan adalah satu program yang dijalankan khas bagi pelajar
untuk memupuk semangat perpaduan dalam diri mereka. Ini dapat membantu
membuka minda mereka mengenai pelbagai perpaduan kaum, agama, etnik dan
tradisi yang ada di Malaysia. Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran
sosial dan komunikasi pelajar yang akan digunakan dalam kehidupan harian.

5.2.2 Matlamat

Dengan mengikuti program ini, para peserta dapat memupuk semangat


perpaduan dalam diri mereka serta menyebarkan kepada orang disekeliling
mereka. Seterusnya, dapat membantu mereka dalam kemahiran harian yang akan
digunakan selepas sekolah nanti dimana program ini meningkatkan kemahiran
sosial dan komunikasi pelajar. Minda pelajar turut juga dibuka terutamanya
mengenai pelbagai perpaduan kaum, agama, etnik dan tradisi.

5.2.3 Objektif
Melalui proram ini, para peserta dapat:
 Mengenal pasti tradisi dan etnik setiap kaum yang ada di Malaysia
 Memupuk semangat perpaduan dalam diri pelajar
 Memberi garis panduan mengenai sensiviti yang ada dalam setiap kaum
dan bangsa
 Melahirkan pelajar yang sensitif dan peka mengenai perpaduan

5.2.4 Sasaran

Seramai 30 orang pelajar iaitu 10 kumpulan x 3 orang pelajar terdiri


daripada berbilang kaum

5.2.5 Tarikh dan Masa

9 April 2016 (Sabtu) bermula jam 12.00 tengah hari.


5.3 Gotong Royong ke Rumah Anak Yatim

5.3.1 Definisi

Melawat Rumah Anak Yatim tanpa mengira kaum dan agama.

5.3.2 Jenis Aktiviti

Menjalankan aktiviti gotong-royong seperti yang telah dirancang


mengikut kumpulan masing-masing

5.3.3 Matlamat

Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa


dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu
menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu serta dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

5.3.4 Objektif

Dapat mengamalkan nilai perpaduan, kerjasama, tolak ansur dan empati


melalui aktiviti pecah bendungan yang dijalankan.

5.3.5 Sasaran

Seramai 30 orang pelajar SMK Banting yang terdiri daripada pelbagai


kaum.

5.3.6 Tarikh dan Masa

2hb November 2016 (Rabu)


5.4 Sketsa Rukun Negara

5.4.1 Definisi

Sebuah pementasan yang dapat meningkatkan pemahaman prinsip rukun


negara di kalangan pelajar.

5.4.2 Jenis Aktiviti

Pementasan Sketsa Sempena Hari Merdeka

5.4.3 Matlamat

Mendidik warga muda untuk bekerjasama, berinteraksi dan bertolenransi


bagi meningkatkan perpaduan pelbagai kaum dan etnik

5.4.4 Objektif

Mempertingkatkan jati diri dan integriti para pelajar.

5.4.5 Tarikh dan Masa

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah


5.5 Persembahan Dikir Barat 1 Malaysia

5.5.1 Definisi

Sebuah persembahan yang dapat meningkatkan semangat perpaduan di


kalangan pelajar

5.5.2 Jenis Aktiviti

Persembahan Dikir Barat melalui 4 bahasa yang berbeza.

5.5.3 Matlamat

Mendidik Warga muda untuk menyayangi dan memelihara adat resam


kaum lain

5.5.4 Objektif

Memperkenalkan persembahan dikir barat kepada para pelajar

5.5.5 Tarikh dan Masa

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


5.6 Sukan Futsal RIMUP

5.6.1 Definisi

Pertandingan Futsal di antara kumpulan yang terdiri daripada berbilang


kaum

5.6.2 Jenis Aktiviti

Perlawanan Futsal

5.6.3 Matlamat

Murid daripada pelbagai kaum dapat mempratikkan teknik dan strategi permainan serta saling
bekerjasama semasa aktiviti dijalankan.

5.6.4 Objektif

Memupuk semangat muhibah dan perpaduan antara kaum dan etnik serta
mewujudkan rasa saling memerlukan di antara satu sama lain melalui
akiviti Sukan

5.6.5 Tarikh dan Masa

Belum ditetapkan
5.7 Lawatan Patriotik

5.7.1 Definisi

Peserta melawat tempat bersejarah sambil menyelesaikan tugasan yang


diberi dalam kumpulan.

5.7.2 Jenis Aktiviti

Melawat tempat-tempat bersejarah

5.7.3 Matlamat

Mendidik warga muda untuk berkerjasama, berinteraksi dan bertoleransi bagi meningkatkan
perpaduan pelbagai kaum dan etnik

5.7.4 Objektif

Memupuk semangat muhibah dan perpaduan antara kaum dan etnik serta
mewujudkan rasa saling memerlukan di antara satu sama lain melalui
lawatan ke tempat bersejarah.

5.7.5 Tarikh dan Masa

Belum ditetapkan

6. PENUTUP

SMK Banting berharap bahawa program RIMUP yang danjurkan ini akan
mencapai objektif yang dirancang di atas kerjasama daripada semua pihak.
Kejayaan penganjuran program ini juga diharapkan dapat meningkatkan
kerjasama dan mengharmonikan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar dan
guru-guru. Kemesraan ini akan memudahkan usaha integrasi antara antara satu
dengan yang lain bagi menentukan kecemerlangan pendidikan dalam akademik
dan bukan akademik .
Disediakan oleh:

____________________________________________
(PUAN YOGAMALAR A/P CHANDRASEKARAN)
Setiausaha RIMUP 2016
Sekolah Menengah Kebangsaan Banting

Disemak oleh:

___________________________
(PUAN NORFIZA BT ABIDIN)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Banting

Disahkan oleh;

_______________________________
(PUAN HJH RAHANI BT ARSHAD)
Pengetua
SMK Banting

You might also like