You are on page 1of 3

TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru

(Teacher Sharing Sessions)

Sesi Perkongsian Guru


Nama Ahli Kumpulan:
1. PATRICIA HONG CHENG WEE
2. RAHAS BILANG
3. NIK RAIHANAH
4. MOHAMMAD HAFIZUDIN BIN BAHAROM
5. WONG EE MANN
6. SITI KHALIDA
7. NORHANI BT ISMAIL
8. RUBIYAH TAER

Tempat/Tarikh/Masa:
MAKMAL KIMIA/ 12 MARCH 2019/ 2.00 PETANG

Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan

Perkongsian difokuskan kepada pelaksanaan PdPc secara berpusatkan pelajar. Tajuk yang
dibincangkan KITAR NITROGEN (Sains Tingkatan 5 Bab 2). Cikgu Patricia Hong dan Cikgu
Mohammad Hafizudin membuat perkongsian tentang kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar
murid. Beberapa kaedah telah dikongsikan iaitu penggunaan video animasi melalui youtube,
penggunaan formula 4P4B, colourful flow dan model pop up. (rujuk lampiran)

Interpretasi: Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang dibincangkan? Adakah


perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran murid? Bagaimana?

Hasil perkongsian antara guru, PdPc bagi tajuk ini memerlukan penyertaan aktif murid di mana dalam
setiap kaedah murid bukan hanya mendengar sahaja. Contohnya dalam kaedah visual menggunakan
animasi, murid dikehendaki melabel setiap alir dalam kitar nitrogen sambil menonton video animasi
tersebut bagi meningkatkan perhatian murid. Bagi penggunaan formula 4P4B dan COLORFUL FLOW
pula boleh digunakan sebagai aktiviti kumpulan. Strategi ini telah meningkatkan kemahiran saintifik
pelajar dan memupuk semangat koperatif sesama pelajar. Pelajar juga lebih mudah memahami isi
kandungan pembelajaran & lebih mudah mengingati apa yang dipelajari melalui pengalaman secara
langsung.

Model pop up juga menarik untuk dijalankan setelah kaedah ini digunakan kerana aktiviti hands on ini
boleh dijalankan sebagai pengukuhan pemahaman mereka dan boleh dijadikan pembelajaran
berasaskan projek. Konsep PA21 boleh digunakan melalui model ini iaitu 3 stray 1 stay di mana setiap
kumpulan boleh bertanggungjawab dalam menerangkan setiap laluan yang berbeza.
TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)

Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan kepada
profesionalisme saya?

Jika sebelum ini, guru mungkin hanya sekadar berpandukan buku teks dan kitar nitrogen yang tersedia.
Tetapi setelah sesi perkongsian antara guru dilakukan, strategi dan kaedah PdPc yang dipilih boleh
digunakan serta diubahsuai supaya lebih menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21.
Diharap pendekatan beberapa kaedah ini boleh meningkatkan strategi penyampaian pdpc guru serta
memanfaatkan murid.
TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)

Laporan Bergambar

Semasa sesi perkongsian guru

Semasa PdPc: Contoh model pop –up yang telah dihasilkan oleh murid

You might also like