You are on page 1of 2

TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru

(Teacher Sharing Sessions)

Sesi Perkongsian Guru


Nama Ahli Kumpulan:
1. Patricia Hong Cheng Wee
2. Nurul Hanim bt Ismail

Tempat/Tarikh/Masa:
Makmal Komputer / 26 April 2017 / 10.00 pagi

Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan

Perkongsian difokuskan kepada pelaksanaan PdPc secara berpusatkan pelajar. Tajuk yang
dibincangkan adalah Sistem Pembiakan Seks Tumbuhan Berbunga (Sains Tingkatan 3, Bab 4). Cikgu
Su membuat perkongsian tentang bagaimana mengkaji struktur pembiakan tumbuhan berbunga dengan
menggunakan bunga yang sebenar.

Interpretasi: Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang dibincangkan? Adakah


perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran murid? Bagaimana?

Hasil perkongsian antara guru, PdPc bagi tajuk ini dijalankan secara kajian lapangan, di mana pelajar-
pelajar mengkaji sendiri struktur tumbuhan berbunga. Para pelajar juga mengkaji & membuat
perbandingan antara bunga yang didebungakan oleh angin / serangga melalui pemerhatian mereka
terhadap tumbuhan di sekitar kawasan sekolah. Strategi ini telah meningkatkan minat pelajar dan
memupuk semangat koperatif sesama pelajar. Pelajar juga lebih mudah memahami isi kandungan
pembelajaran & lebih mudah mengingati apa yang dipelajari melalui pengalaman secara langsung.

Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan kepada
profesionalisme saya?

Jika sebelum ini, saya hanya sekadar menunjukkan struktur bunga melalui gambar rajah sahaja.
Namun, setelah sesi perkongsian antara guru dilakukan, strategi PdPc yang dipilih telah diubahsuai
supaya lebih menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21.
TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)

Laporan Bergambar

~ Semasa sesi perkongsian guru ~

Semasa PdPc: Pelajar mengkaji struktur pembiakan tumbuhan berbunga

You might also like