You are on page 1of 6

KERTAS KERJA LAWATAN PENANDAARASAN

1.  TAJUK

1.1              Lawatan Penanda Arasan Guru dan kakitangan  SK Seliau Tahun 2015.

2.  PENDAHULUAN

            Lawatan ini merupakan Lawatan Penandaarasan Guru-guru dan Kakitangan SK Seliau .
            Ia merupakan  program untuk meningkatkan taraf profesionalime guru-guru di samping
            menimba pengetahuan untuk menambahbaik pengurusan sekolah.

3.  OBJEKTIF

3.1              Dapat memperkayakan pengetahuan dan pengalaman guru-guru dan kakitangan tentang


            pengurusan Sekolah Berprestasi Tinggi.
3.2              Guru-guru dan kakitangan dapat berkongsi pengetahuan tentang kecemerlangan
            SK Bandar Uda 2, Johor Bahru melalui pengalaman sebenar.
3.3              Sekolah dapat berinteraksi dan membina jalinan dengan SK Bandar Uda 2, Johor Bahru.

4.  RASIONAL

4.1      Dapat memberi motivasi kepada guru-guru dan kakitangan  ke arah mencapai taraf 
           Sekolah Berprestasi Tinggi.

4.2      Menggalakkan perkongsian maklumat dan kepakaran dalam mencapai kecemerlangan


           sekolah

4.3     Dapat memberi galakan kepada guru-guru dan kakitangan untuk bekerja dengan lebih tekun
          dan bersungguh-sungguh ke arah memastikan sekolah terus  mencapai kecemerlangan dan
          bersedia mencapai taraf Sekolah Berprestasi Tinggi

5.   TARIKH LAWATAN

        23 hingga 24 Mei 2015

6.   TEMPAT LAWATAN

                         6.1 Legoland
                         6.2 Mall of Medini
                         6.3 Muzium Sultan Abu Bakar Johor Bahru
                         6.4 SK Bandar Uda 2           

7.     KUMPULAN SASARAN  

7.1        Guru-guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Seliau (25 orang)

8.  ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara RM
Pendapatan          
1. Kutipan guru   25 X RM120 RM 3000
2. Sumbangan RM 5000
Jumlah RM 8000
Perbelanjaan
1. Pengangkutan RM 2500.00
2. Kos penginapan dan makanan (RM 200.00 x 25 orang) RM 5000
3. Cenderamata untuk SK Bandar Uda 2 RM 300
3. Air Mineral/Ubat-ubatan/Dokumentasi RM 200
.Jumlah RM 8000

9.  TENTATIF PROGRAM


23//5/2015 - Sabtu

            6.30 pagi         - Semua peserta lawatan berkumpul di SK Seliau


            7.00 pagi         - Bertolak ke Johor Bahru
                                    - Tiba di Johor
                                    -  Legoland
                                    - Hall of Medini
                                    - Check in
24/5/2015 - Ahad
7.00pagi                      - Sarapan pagi.
                                   - Lawatan ke SK Bandar Uda 2
                                   - Lawatan ke Muzium Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
4.00ptg                       - Bertolak balik ke SK Seliau
7.00 mlm                    - dijangka sampai di SK Seliau
                 

 10.      JAWATAN KUASA LAWATAN PENANDAARAS SK SELIAU 2015

Pengerusi                                 : En Azman bin Ambia


                                                  ( Guru Besar SK Seliau )

Naib Pengerusi                        : Pn Siti Maryama binti Zakaria


                                                   (GPK 1)

Setiausaha                               : Pn Anis binti Md Nasir


                                                  GPK HEM

Bendahari                                : Pn Khairina bt Ya’akub

Penyelaras                               : Cik Noraidah bt Mohd Sulong

Seranta                                    : En Faiz Nor b Ahmad

Lawatan ke sekolah                : Pn Noredzuana bt Nizal


                                                : Pn Siti Hawa bt Ali
Pengangkutan                         : Cik Nor Hayati bt Abd Malik
                                                : Pn Noor Aini bt Mohd Yusof

Penginapan                              : Pn Noor Mayafazaniza bt Jamal


                                                : Pn Maszalilla bt Najib          

Keselamatan                            : En Aidy b Abdullah


                                                  En Mohamad Aidei b Ramli                                                  

Makanan                                  : Pn Ashbenoriemie bt Che Ghani


                                                  Pn Siti Norzaliza binti Razali
                                                  Pn Siti Sabarinah bt Salleh                                                
                                                                                   

  
12.       PENUTUP

            Pengalaman dan pengetahuan yang akan diperolehi  oleh guru-guru dan kakitangan  dalam
lawatan ini dapat mewujudkan sikap yang positif di dalam diri semua untuk menjalan tugas dengan lebih
dedikasi. Diharap guru-guru dan kakitangan dapat menggunakan pengalaman yang diperolehi untuk
menambahbaik kualiti kerja.

Disediakan oleh,                                                                     Disahkan oleh,

______________________________                        ____________________________


(NORAIDAH BT MOHD SULONG                                   (EN AZMAN BIN AMBIA)
Penyelaras                                                                               Guru Besar
Lawatan Penandaarasan                                                           SK Seliau
SK Seliau                                                                                 71200 Rantau,
Negeri Sembilan.                                                                       Negeri Sembilan.
KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA
ARAS
PROGRAM  PENANDA ARAS :
LAWATAN KE SMK DATO HAJI TALIB KARIM, ALOR GAJAH, MELAKA.
10 FEB 2015 (SELASA)

1.0  PENGENALAN

Usaha meningkatkan pencapaian prestasi  sekolah merupakan isu utama bagi sekolah-


sekolah yang ingin mencapai aspirasi yang telah digariskan dalam Kementerian Pelajaran
Malaysia.  Selaras dengan itu, usaha mendapatkan idea dan inspirasi langkah-langkah
meningkatkan prestasi perlu dilaksana dengan mengadakan Program Lawatan Penanda Aras ke
SMK Dato Haji Talib Karim .

Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap akan dapat disandarkan sebagai langkah
utama merencana kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum Pusat Sumber SMK
Warisan Puteri agar setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya meletakkan
kecemerlangan sebagai agenda utama mereka. 

Lawatan penanda aras ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan
PSS antara kedua-dua buah sekolah , malahan perkongsian idea yang bernas dapat membantu
kedua-dua buah sekolah mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid.

2.0  MATLAMAT

Merencana, merancang dan mengembeling tenaga dengan kebijaksanaan


intelektual  membangun potensi pelajar dengan cara kolaborasi pintar untuk memacu
kecemerlangan pelajar.

3.0  OBJEKTIF

3.1 Berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabungjalin kejayaan sekolah lain agar
dapat diolah dan disesuaikan untuk memacu kecemerlangan pelajar di SMK Warisan
Puteri.

3.2 Merancang dan menyelaras semula program kecemerlangan pelajar agar potensi pelajar
akan dapat ditingkatkan dengan perancangan semula yang lebih bersesuaian.

3.3Memurni budaya kerja cemerlang di kalangan guru-guru agar dapat memacu


kecemerlangan pelajar dengan cara yang bersesuaian dengan minat dan keperluan
mereka.
4.0  SASARAN
1.1  Semua Jawatankuasa Pengurusan Pusat Sumber Sekolah : 5 orang guru
-          Pn Suhana bt Sabran
-          Pn Salziah bt Salim
-          Pn Ann Soraya bt Shahrin     
-          Cik Parameswary a/p Ponniah
-          Cik Norhayati Mohamad

5.0  TARIKH  PERLAKSANAAN:

5.1  Tarikh:       28 Januari 2015 (Rabu )


5.2  Masa:         8.00 pagi – 3 petang
5.3  Tempat:     SMK Dato Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka

6.0  JAWATANKUASA PELAKSANA:

  Pengerusi:           Pn Hajjah Faridah bt Jabbar             (Pengetua)


  Timb.Pengerusi :  En Zahari bin Long                           (GPK Akademik)
  Naib Pengerusi 1: Tn Hj Maghrib bin A. Rahman      (GPK HEM)
  Naib Pengerusi 2: En Ramlee b Mohamad                 (GPK Kokurikulum)
  Penyelaras:         Pn Salziah bt Salim                          ( Guru Media)
  Setiausaha:         Cik Norhayati Mohamad                 (Kaunselor Pelajar)
  Bendahari:          Pn Ann Soraya bt Shahrin               (AJK bilik khas)         
  AJK:

 Pn Suhana bt Sabran Ketua Bidang Sains dan Matematik


 Cik Parameswary a/p Ponniah Penyelaras NILAM-BI
          
                                                                                  
6.0  TENTATIF PROGRAM:

BIL MASA AKTIVITI


1. 7.40 pagi Bertolak ke SMK Dato Talib Karim, Alor Gajah, Melaka
2 9.30 pagi Dijangka sampai di SMK Dato Haji Talib Karim
3. 9.30-11.00 pagi     Taklimat dan perkongsian kecemerlangan sekolah

4. 11.00-12.00 tgh   Lawatan perpustakaan SMK Dato Haji Talib Karim

5. 12.00-1.00   Sesi soal jawab dan berkongsi rahsia kecemerlangan


petang
6. 1.00-2.00   Makan tengah hari dan Solat Zohor
petang
7 2.00-3.00   Majlis Penutup dan  Penyampaian Hadiah
petang
8 3.00 petang   Bertolak pulang
9. 5.00 petang   Sampai di SMK Warisan Puteri

6.1  Sumber pendapatan: 
6.1.1        PCG Pusat Sumber Sekolah              =          RM130.00
___________________________________________________
JUMLAH                   =          RM130.00

BIL PERKARA HARGA KEPERLUAN JUMLAH


SEUNIT
1. Cenderahati RM30.00 1 unit RM   30.00
2. Pengangkutan (petrol) RM50.00 1 kereta RM   50.00
3 Tol RM30.00 1 kereta RM   30.00
4 Keperluan Luar Jangka RM   20.00

                                                                                JUMLAH RM130.00

6.2  Jumlah keseluruhan = RM130.00

7.0  HARAPAN AHLI JAWATANKUASA:


  Adalah diharapkan program yang diadakan akan memberi inspirasi kepada semua peserta
untuk mencorak kecemerlangan sekolah dengan cara yang lebih bersesuaian dengan keperluan
pelajar.

You might also like