You are on page 1of 3

SMK SERI BADONG,

08400 MERBOK, KEDAH

KERTAS KERJA
PLC AMALAN STEM DI DALAM PDP GURU

TARIKH:
2 APRIL 2019 (ISNIN)

PENCERAMAH :
En.Norhailmi bin Abdul Mutalib
1.0 PENGENALAN
SMK Seri Badong telah terpilih menjadi sekolah rintis STEM Executive Consultation
(STEMEC) iaitu sebuah sekolah yang mempunyai kepimpinan sekolah yang dapat
menerapkan unsur STEM di dalam amalan pdp guru-guru.Ini adalah salah satu usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewujudkan sekolah rintis yang boleh
menjadi contoh dan role model kepada sekolah-sekolah lain dalam menerapkan unsur STEM
di dalam pengajaran dan pembelajaran(pdp) guru-guru.Untuk merealisasikan hasrat KPM
ini, salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah ialah dengan menjemput guru
cemerlang Sains Encik Norhailmi bin Abd Mutalib untuk memberikan PLC berkaitan amalan
STEM di dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) guru-guru.

2.0 MAKLUMAT PROGRAM


Berikut adalah maklumat berkaitan PLC STEM di dalam PdP guru yang akan diadakan:

Tarikh : 2 April 2019 (ISNIN)


Masa : 2.30-4.30 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat Al Biruni
Jumlah guru : 60 orang pelajar
Penceramah : En.Norhailmi bin Abdul Mutalib

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


i-menerangkan apa itu sekolah STEMEC
ii-membantu guru-guru memahami apa itu STEM dengan lebih mendalam
iii-membantu guru-guru mempraktikkan amalan STEM di dalam pdp

4.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN (RM)


1. Penceramah RM 200.00
2. Cenderahati RM 20.00
Jumlah RM220.00

Pendapatan

1. Pihak Sekolah : RM 220


5.0 TENTATIF PROGRAM
2.00-2.30 petang : Guru-guru berkumpul di Bilik Mesyuarat Al Biruni
2.30 petang : Pengenalan sekolah STEMEC
2.40-4.30 petang : Amalan STEM di dalam pdp guru-guru

6.0 PENUTUP
Diharap dengan program PLC STEM di dalam pdp guru-guru ini dapat membantu pihak
sekolah dalam merealisasikan hasrat KPM untuk menjadikan SMK Seri Badong sebuah
sekolah rintis STEMEC.

Disedikan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

Pn.Norazliza bt Abd Aziz Tn.Hj Muslan bin Abd Rahman Pn.Hashimah bt Ishak
Guru pengiring PK Pentadbiran Pengetua

You might also like