You are on page 1of 5

KERTAS KERJA LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARA BANGSA PWTC DAN PUSAT SAINS NEGARA

1.0 PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar sememangnya sangat menyeronokkan. Ia boleh mempertingkatkan pembelajaran dalam banyak perkara. Ia juga memberikan satu pengalaman baru di luar bilik darjah. Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa, KL dan Pusat Sains Negara akan menyediakan sebuah pengalaman yang sangat mengujakan kepada murid. Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan

budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah- sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.

2.0 OBJEKTIF: 1. Meningkatkan minat membaca yang berterusan di kalangan murid dan guru. 2. Menggalakkan guru dan murid membeli buku-buku yang berfaedah dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 3. Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup. 4. Menarik minat murid terhadap Sains. 5. Menanamkan sikap bahawa Sains sesuatu yang menyeronokkan. 3.0 TARIKH 28 April 2013 (Ahad) 4.0 TEMPAT: PWTC dan Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

5.0 ANJURAN Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Sanis, SK Sri Tiram 6.0 KUMPULAN SASARAN Guru-guru dan murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6, SK Sri Tiram 7.0 KEWANGAN 7.1 Anggaran Kos Perbelanjaan a) Pengangkutan - bas. (2 buah X RM 700.00) b) Rencam (Termasuk tiket masuk ke Pusat Sains Negara, KL) : : RM 1, 400.00 RM 200.00

JUMLAH :

RM 1, 600.00

7.2 Sumber Pendapatan a) Bayaran murid dan guru: 80 X RM20.00 : JUMLAH : RM 1, 600.00 RM 1, 600.00

8.0 NAMA KETUA ROMBONGAN Puan Afriza bt. Mohd Saruwi

9.0 JADUAL PERJALANAN Masa 7.30 pagi 8.00 pagi 10.00 pagi 1.00 petang 2.00 petang Perkara Murid berkumpul di tempat letak kereta. Bertolak ke Kuala Lumpur Tiba ke PWTC Bertolak ke Masjid Negara Bertolak ke Pusat Sains Negara Pesta Buku Antarabangsa Solat jamak Zohor dan Asar Catatan - Taklimat ringkas lawatan.

4.00 petang 6.00 petang

Bertolak pulang Sampai di SK Sri Tiram

10.0 PELAN PENCEGAHAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS LAWATAN Sebelum Lawatan 1. Membuat kertas kerja lawatan dan mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar. 2. Permohonan seterusnya diajukan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor untuk mendapatkan kelulusan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan. 3. Memastikan syarikat pengangkutan yang dipilih oleh sekolah mempunyai permit perjalanan pengangkutan dan pengesahan kenderaan selamat digunakan. 4. Menghantar surat kelulusan ke ibu pejabat Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pelajaran bagi negeri-negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 5. Menghantar surat kepada ibu bapa / penjaga memohon kebenaran murid-murid menyertai lawatan beserta dengan bayaran yang diperlukan. 6. Mengumpul borang kebenaran ibu bapa / penjaga murid yang menyertai lawatan. 7. Mesyuarat di kalangan guru-guru yang terlibat untuk mengagihkan murid-murid kepada beberapa kumpulan. berkaitan lawatan. 8. Nombor telefon bimbit guru-guru yang menyertai lawatan diedarkan kepada ibu bapa untuk memudahkan mereka mengetahui masa murid pulang dari lawatan dan sebagainya. 9. Memberi taklimat kepada murid-murid yang terlibat dengan memberi penekanan perkaraperkara berikut: a) prosedur keselamatan dalam perjalanan dan ketika berada di tempat lawatan; b) Syarat pakaian; c) Arahan tugasan d) Senarai barang yang boleh dibawa dan yang tidak dibenarkan. 10. Memastikan peti kecemasan yang lengkap disediakan. 11. Terdapat alat pemadam api di dalam bas. 12. Menyediakan dan mengedarkan tugasan yang perlu dibuat oleh murid-murid di tempat lawatan. Semasa Lawatan Setiap kumpulan diamanahkan seorang guru untuk menjaganya. Disamping itu, tentatif tempat lawatan dibincangkan di samping perkara-perkara yang

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan tempat yang dilawati. Peti kecemasan sentiasa dibawa bersama sepanjang aktiviti. Murid-murid hendaklah bergerak dalam kumpulan dengan diawasi oleh guru yang telah ditetapkan. Memastikan murid-murid dan ahli rombongan mendapat makanan yang bersesuaian (halal) dan mengikut keperluan murid. Murid-murid mencari maklumat yang dikehendaki dalam tugasan yang diberi. Memastikan tempat lawatan selamat daripada kemalangan.

Selepas Lawatan. 1. Memastikan ibu bapa / penjaga mengambil anak mereka apabila sampai di sekolah. Muridmurid yang tidak diambil oleh ibu bapa / penjaga dihantar ke rumah oleh guru. 2. Ketua lawatan membuat laporan bertulis kepada Guru Besar berkaitan lawatan dan perbelanjaan kutipan bayaran. 3. Murid-murid dikehendaki menghantar tugasan yang telah diberi.; 4. Mesyuarat guru-guru yang terlibat membincangkan kelemahan, kebaikan, lawatan yang telah dibuat serta cadang-cadangan penambahbaikan program lawatan pada masa akan datang.

11.0 PENUTUP Semoga aktiviti yang dijalankan ini dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh:

Diluluskan oleh:

............................................................. (HJ. NASARUDDIN BIN SHAARANI) Guru Lawatan,


SK Sri Tiram, Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.

............................................................. (KAMAL BIN YUSOFF) Guru Besar, SK Sri Tiram, Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.

LAMPIRAN PERBELANJAAN TERPERINCI SETIAP MURID

1. Bayaran 2. Perbelanjaan 2.1 Sewa bas 2.2 Bayaran masuk Pusat Sains Negara JUMLAH

: RM 20.00

: RM 18.00 : RM 2.00 : RM20.00

You might also like