You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER PUTEH

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI


BIL. 1 TAHUN 2018

Tarikh : 07/01/2018
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerak Gemilang
Pengerusi : Guru Kanan Kemanusiaan

KEHADIRAN:

Bil. Nama Jawatan


1. Pn. Norma binti Abd. Wahab GK Kemanusiaan
2. Cik Kartini binti Long Ketua Panitia
3. En. Muhammad Yusof bin Hussain Guru Mata Pelajaran

I PERUTUSAN Y. BHG. PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang hadir pada
mesyuarat kali pertama yang diadakan pada hari ini.

2. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al- Fatihah bagi memberkati
majlis.

II PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 4 TAHUN 2017

3. Minit Mesyuarat Bil. 4 Tahun 2017 telah disahkan tanpa pindaan. En. Muhammad
Yusof bin Hussain mencadangkan supaya minit mesyuarat bil. 4 tahun 2017 disahkan dan
disokong sebulat suara.

Makluman

III PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4. Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan

Makluman
IV ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN

5. Buku Rekod Mengajar


5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa penulisan buku rekod mengajar perlu
diselaraskan. RancanganPelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian perlu
disertakan sama ada dalam bentuk buku rekod mengajar, fail atau e-Rph.
5.2 Buku Rekod Mengajar perlu dihantar setiap hari khamis mengikut jadual
penghantaran buku rekod mengajar yang telah ditetapkan.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran

6. Pengurusan Fail Panitia


6.1 Pengerusi memaklumkan kepada ketua panitia supaya mengemaskini fail panitia
sepanjang tahun.

Tindakan: KP Geografi

6.2 Setiap minit mesyuarat perlu disertakan dengan maklum balas mesyuarat
mengikut format yang telah ditetapkan.

Tindakan: SU Geografi
7. Aktiviti Panitia Tahun 2018
7.1 Aktiviti-aktiviti panitia yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2018 adalah
seperti berikut:-
7.1.1 Klinik Geografi
7.1.2 Bengkel Menjawab Soalan Geografi PT3 dan SPM
7.1.3 Kuiz Geografi
7.1.4 Celik Peta Topografi
7.1.5 Tayangan Video (Highly Immersive Programme)
Makluman

8. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


8.1 Semua guru perlu menyiapkan PBS bagi setiap murid seperti yang telah
ditetapkan oleh SU PBS sekolah.
8.2 Semua guru mata pelajaran perlulah key-in secara offline band setiap murid pada
tapak PBS yang telah disediakan.
8.3 Selain itu, guru mata pelajaran juga perlu mencetak keputusan PBS sekiranya ada
murid yang bertukar ke sekolah lain.
Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran
9. Pencerapan Guru Mata Pelajaran
9.1 Setiap guru akan dicerap dua kali setahun seperti jadual pencerapan yang telah
ditetap. Pencerapan ini adalah untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan
prestasi murid di dalam bilik darjah.

Makluman

10. Semakan Buku Latihan


10.1Pengerusi memaklumkan bahawa setiap guru mata pelajaran perlu menyemak
buku latihan murid setiap bulan.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran

11. Perbelanjaan Panitia Tahun 2018


11.1Peruntukan panitia pada tahun 2018 perlu diurus dengan bijak. Guru mata
pelajaran boleh membelanjakan peruntukan panitia untuk menyediakan modul
untuk murid mengikut tahap penguasaan murid.

Makluman
VI HAL-HAL LAIN
Tiada

VII PENANGGUHAN MESYUARAT


12. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang dengan ucapan terima kasih
daripada pengerusi kepada semua guru yang hadir.
13.Pengerusi berharap agar semua ahli panitia dapat bersama-sama untuk meningkatkan
prestasi mata pelajaran Geografi dari semasa ke semasa.
14.Mesyuarat yang seterusnya akan ditetapkan pada suatu tarikh yang akan diberitahu
kemudian dan mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh:

Urus setia
Mesyuarat Panitia Geografi
SMK Ayer Puteh

BERTARIKH: 10 Januari 2018

You might also like