You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

BENGKEL PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PAK21


SMK BUKIT SAGU, 25740 KUANTAN, PAHANG

1.0 PENGENALAN
Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik PAK 21 anjuran Bidang Sains dan Matematik
melibatkan seramai 30 orang guru SMK Bukit Sagu serta mensasarkan penglibatan guru- guru
dari sekolah berhampiran serta semua warga pendidik. Tujuan utama program ini diadakan
ialah untuk meningkatkan kompetensi guru serta kefahaman dalam pedagogi abad ke 21.
Program ini turut dirancang bagi mengubah bagaimana pembelajaran yang diamalkan setiap
hari dan untuk mengembangkan pelbagai langkah dalam pencapaian pelajar secara
menyeluruh. Program ini diharapkan dapat memberikan impak positif secara berterusan kepada
guru serta menjadi pemangkin khususnya dalam usaha mengembangkan kemenjadian murid
secara holistik.

2.0 OBJEKTIF
i. Meningkatkan kefahaman guru dalam melaksanakan pedagogi pembelajaran abad ke
21.
ii. Menerapkan elemen KBAT dalam pedagogi terutama dalam merancang rancangan
pengajaran harian.
iii. Mendalami kaedah pengajaran secara “Project Based Learning” seterusnya dijadikan
sebagai satu amalan dalam PdPc.
iv. Mempromosikan PLC sebagai satu budaya sekolah sekolah secara menyeluruh untuk
meningkatkan profesionalisme guru.

4.0 MAKLUMAT PROGRAM


Tarikh : 20 April 2019 (Sabtu)
Masa : 8:00 pagi – 1:30 tengah hari
Tempat : SMK Bukit Sagu, Kuantan
Anjuran : Bidang Sains dan Matematik

5.0 KUMPULAN SASARAN


30 orang guru SMK Bukit Sagu serta 70 orang guru dari sekolah – sekolah
berhampiran.
6.0 ATURCARA PROGRAM
Bil Tarikh Hari Masa Aktiviti
1. 8:00 – 8:30 pagi Pendaftaran peserta
2. 8:30 – 10:30 pagi Ceramah
20 April
4. Sabtu 10:30 – 11:00 pagi Rehat dan Sesi Bergambar
2019
5. 11:00 – 1:00 tengah hari Bengkel
7. 1:00 – 1:30 tengah hari Merarau dan bersurai

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Rujuk Lampiran 1

8.0 PENCERAMAH
Encik Norhailmi bin Abdul Mutalib
Ikon Guru STEM Kebangsaan 2017
SMK Jerlun, Kedah

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA JUMLAH
1 Penceramah RM1,350
2 Banner RM 150
3 Makanan Penceramah dan Peserta RM1,000
4 Penginapan Penceramah RM 350
5 Tiket Penerbangan Penceramah RM 650
Keperluan bengkel
6 (i) Kertas sabak, kertas warna, sticky notes, RM 600
marker pen, gam, gunting, salotape, sijil

RM 4, 100.00
JUMLAH

Sumber kewangan :
i. Yuran Penyertaan = Peserta Luar (RM50 X 70) RM3,500
Guru SMK Bukit Sagu (RM25 X 30) RM 600
9.0 PENUTUP
Bengkel Perkongsian Amalan Terbaik PAK21 ini diharapkan mampu meniupkan
semangat dan motivasi guru untuk meningkatkan penguasaan pedagogi abad 21. Program ini
juga mensasarkan kepada memupuk daya usaha dua hala guru bagi mencapai matlamat yang
telah ditetapkan. Segala kerjasama dan sokongan pihak pentadbir SMK Bukit Sagu amat
dihargai dalam memastikan segala perancangan dapat berlangsung dengan jayanya.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

(WAN NALIZA BINTI WAN JAAFAR) (SHARIDA BINTI ABDUL LATIF)


Penyelaras PAK 21 Pengetua,
SMK Bukit Sagu SMK Bukit Sagu,
Kuantan, Pahang
BIODATA PENCERAMAH

Berasal dari Perlis dan mendapat pendidikan di Universiti Sains Malaysia, sebelum
menimba pengalaman sebagai guru di SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak selama 8
tahun. Kini berkhidmat di SMK Jerlun Kedah sebagai Guru Cemerlang Sains, beliau
aktif membuat perkongsian amalan terbaik bilik darjah menerusi blognya,
www.cikguhailmi.com dan lebih 200 siri ceramah dan bengkel di seluruh negara bagi
meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Merupakan Ikon Guru STEM Malaysia, Duta Sains MOSTI dan penerima anugerah
Agent for National Transformation 2014 oleh SKMM. Beliau aktif dengan penyertaan
antarabangsa, termasuk pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu
Girls Commercial High School, fasilitator bagi Bengkel STELR STEM Bandung,
Indonesia, pembentang best practises bagi Seminar SSAEM 2016 di Seoul dan peserta
program angkasa guru antrabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center,
Amerika Syarikat. September 2018 yang lalu, beliau dianugerahkan Malaysia Best
Science Teacher oleh SEAMEO bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara Award 2018 di Bali,
Indonesia.

You might also like