You are on page 1of 9

DRAF KERTAS KERJA PONTENG SIFAR

( i _____ )

1.0 Pendahuluan
Gejala ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara. Hal ini
amat membimbangkan ramai pihak khususnya kepada pihak sekolah. Namun begitu, ibu bapa
dan para murid sendiri tidak menganggap masalah ini sebagai salah laku disiplin. Sesetengah
ibu bapa atau penjaga mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang dianggap sebagai perkara
yang remeh.Justeru itu, masalah ponteng sekolah ini perlulah diatasi dengan segera bagi
mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada perilaku
ponteng tersebut. Kempen ponteng sifar ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid
tentang kesalahan perilaku ponteng di samping memberi pendedahan mengenai kesan buruk
yang akan diterima sekiranya sikap negatif ini tidak diubah. Sehubungan itu, tema
“_______________” telah dipilih untuk program khusus kempen ponteng sifar pada kali ini.

2.0 Rasional
Menyedarkan murid bahawa gejala ponteng akan menyebabkan kesan buruk terhadap masa
hadapan mereka sekiranya tidak diatasi.

3. Matlamat
Kempen ini bermatlamat untuk memupuk kesedaran dalam kalangan murid dan semua guru
betapa pentingnya dalam mengurangkan kadar ponteng sekolah. Hal ini juga dapat membaiki
tahap disiplin dan akademik setiap pelajar dan sekali gus menaikkan kembali reputasi sekolah.

4. Objektif
a. Menyedarkan murid tentang pentingnya hadir ke sekolah dan berada di dalam kelas
pada setiap masa pdpc.
b. Meningkatkan peratus kehadiran murid.
c. Menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.

5.0 Sasaran
- Pelajar ponteng tegar (lebih 5 hari setiap bulan)

6.0 Strategi
i. Mendapatkan senarai pelajar yang jumlah ketidakhadiran mereka ke sekolah melebihi 5 hari
setiap bulan.
ii. Mengambil kedatangan pelajar yang terbabit setiap pagi di Tapak Perhimpunan sehingga
hujung tahun persekolahan.
iii. Pelajar yang konsisten tidak hadir akan dirujuk kepada PK HEM untuk mengenal pasti apa
sebenarnya punca mereka gagal hadir ke sekolah.
iv. Pelajar yang konsisten hadir akan digugurkan daripada senarai pelajar ponteng tegar.
v. Menganugerahkan sijil penghargaan kepada pelajar yang hadir 100 peratus ke sekolah.
7.0 TARGET

- Peratus TOV kehadiran 2018 = _____ %


- Peratus ETR kehadiran 2018 = _____ %

8.0 FAKTOR

Bil Faktor Bil. Pelajar


1 Kemiskinan
2 Keluarga (Penceraian / Gaduh)
3 Guru
4 Kerja
5 Kesihatan
6 Tanpa sebab
7 Lain-lain ___________
___________

ANTARA CONTOH PROGRAM TANGANI PONTENG (MENANG PERTANDINGAN


AMALAN BAIK DISIPLIN KEBANGSAAN –SMK PAYA RUMPUT,MELAKA)

Program i-see merangkumi 5 sub program iaitu:

a. i card
b. i notification
c. i class
d. i touch
e. i reward

A. I CARD

I CARD merupakan sebuah kad yang


merekodkan tarikh dan masa murid
datang lewat ke sekolah dan lewat
perhimpunan. I CARD juga turut
dilengkapi dengan Kod QR yang boleh
diimbas menggunakan telefon pintar.
B. I NOTIFICATION

I NOTIFICATION khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibu bapa murid secara on the
spot menggunakan aplikasi BULK SMS. Langkah ini bertujuan memaklumkan ibu bapa mengenai
kelewatan(KETIDAKHADIRAN) anak mereka ke sekolah. Kedua-dua aplikasi ini boleh dimuat turun
secara percuma di Google play store. SMS notifikasi tersebut dihantar pengawas sekolah setiap hari
dengan pemantauan guru disiplin.

C. I CLASS

I CLASS merupakan kelas tahanan bagi murid yang datang lewat (TIDAK HADIR) ke sekolah. Program
ini dilaksanakan selama 30 minit selepas tamat sesi persekolahan. Kelas ini dilaksanakan dua kali dalam
sebulan dan menggunakan dua modul iaitu Modul Kepentingan Masa dan Modul Sejarah. Langkah ini
bertujuan menanam nilai murni dalam diri murid supaya mereka mempunyai jati diri yang tinggi dan
seterusnya melahirkan rasa kasih sayang terhadap sekolah
D. I TOUCH

I TOUCH merupakan sesi kaunseling secara individu/berkelompok yang dikendalikan guru kaunseling
sekolah. Setiap murid yang melebihi tiga kali datang lewat(TIDAK HADIR) ke sekolah atau lewat
perhimpunan pada setiap bulan akan menjalani sesi tersebut. Senarai nama murid I TOUCH (murid lewat
ke sekolah dan lewat perhimpunan) diperoleh menerusi imbasan Kod QR menggunakan telefon pintar.
Langkah adalah penting untuk menimbulkan kesedaran kepada murid supaya datang awal ke sekolah
dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan.

E. I REWARD

Pemberian sijil penghargaan khas, I REWARD dan baucar, I VOUCHER bernilai RM10
kepada kelas yang muridnya 100 peratus datang awal ( HADIR) selewat-lewatnya 7.30 pagi dan
murid yang menunjukkan pengurangan datang lewat ke sekolah. Langkah ini sebagai
menghargai murid yang datang awal( HADIR) supaya mereka meneruskan usaha tersebut dan
sebagai perangsang kepada murid untuk mencontohi sikap rakan mereka itu.

Bilangan murid lewat ke sekolah dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus, manakala peratus
kehadiran murid ke sekolah juga dapat dipertingkatkan sebanyak 1.2 peratus.

ANTARA CONTOH PROGRAM TANGANI PONTENG (SMK BANDAR MAS,


JOHOR)
Program Sentuhan Kasih
• Guru Tingkatan akan sentiasa kemaskini maklumat mengenai pelajar yang ponteng
melebihi 3 hari berturut kepada GBK atau GPK HEM untuk tindakan sama ada menghantar
surat diskusi ibu bapa (ibu bapa dipanggil ke sekolah bagi perbincangan). Justeru sekiranya
tiada respon, maka GBK dan GPK HEM akan membuat susulan dengan berkunjung ke rumah.

• Kunjungan ke rumah pelajar juga turut disertai oleh PIBG.

• Selain itu, konsultasi ibu bapa dijalankan melalui pelbagai medium iaitu secara
berhadapan, perbualan melalui telefon serta perbualan melalui aplikasi whatsapp.

Program Sentuhan Qalbu


• Program ini dijalankan kepada pelajar yang mempunyai masalah ponteng berkala tetapi
kerap dan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. (menjurus kepada unit disiplin dahulu)

• Sebelum pelajar dirujuk sesi, pelajar sasaran program ini akan di’brainwash’ oleh guru
disiplin lelaki. Setelah itu, baru pelajar akan dihantar ke sesi kaunseling.

Roll Call With Punch (RCWP)


• Program ini mensasarkan pelajar yang kritikal dalam masalah ponteng.

• Surat diskusi ibu bapa akan dihantar ke rumah. Kemudian ibu bapa hadir ke sekolah
bagi sesi konsultasi dan diskusi.

• Pelajar akan diberikan punch card (pelajar perlu punch pergi dan pulang sekolah dalam
waktu yang ditetapkan guru semasa dalam perbincangan yang telah dipersetujui) dan ibu bapa
perlu menghantar dan pelajar ke sekolah setiap hari bagi memastikan pelajar punch.

Zon Traffik Ponteng


• Setiap bulan unit HEM akan memaparkan senarai kelas serta zon kehadiran bagi kelas
tersebut. HEM juga akan memaklumkan peratus kehadiran ini di perhimpunan.

• Zon merah (peratus kehadiran kelas berada di paras 92.99% ke bawah)

• Zon kuning (peratus kehadiran kelas berada di paras 93% hingga 94.99%)

• Zon hijau (peratus kehadiran kelas berada di paras 95% ke atas)

SIJIL AMARAN BAGI KELAS YANG BERADA DI ZON MERAH

SIJIL PENGHARGAAN BAGI KELAS YANG BERADA DI ZON HIJAU


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR MAS
81900 KOTA TINGGI, JOHOR
ANALISA KEHADIRAN BULAN OGOS

NAMA KELAS: 3 IBNU KHALDUN PERATUS KEHADIRAN: 95.31%

TAHNIAH KELAS ANDA BERADA DI ZON HIJAU KERANA


MENCAPAI PERATUS KEHADIRAN MELEBIHI TARGET
SEKOLAH IAITU 93.00% DAN TARGET PPD 95.00%

....................................
EN. AFANDI BIN NGADIMAN
PENGETUA
SMK BANDAR MAS

Diskusi Unit HEM


• Sasaran pelajar adalah pelajar yang mempunyai bilangan ponteng lebih daripada 20 hari.

• Seramai 122 pelajar telah dipilih bagi mengikuti program ini. Namun yang hadir ke
program ini seramai 108 pelajar

• GPK HEM membentangkan permasalahan senarai pelajar dan membuat aku janji.

Kolaborasi Komuniti
• PIBG membantu pihak sekolah mengedarkan surat-surat amaran ponteng dan disiplin ke
rumah pelajar yang berkenaan.

• Berkunjung ke rumah pelajar ponteng bersama dengan guru.

• PIBG juga turut serta dalam memberi sokongan dan kerjasama dalam membantu pihak
sekolah menjayakan sesebuah program
PELAN TINDAKAN 2018
PROGRAM ________________

APR OGO SEP


BULAN JAN FEB MAC MEI JUN JUL OKT NOV
IL S T
PERKARA
Perbincangan dan pembinaan pelan
tindakan
Taklimat kepada semua pelajar dan
guru di perhimpunan.
Guru kelas mengambil kehadiran
sebelum jam 7.45 pagi di tapak
perhimpunan
Edaran senarai nama kelas serta
peratus kehadiran setiap Tingkatan
serta paparan nama pelajar bermasalah
ponteng mengikut kelas di One Stop
Centre HEM
Ingatan Mesra mengenai kehadiran
mengikut tingkatan dari semasa ke
semasa
Penyampaian Sijil kepada kelas yang
berjaya mencapai zon HIJAU
Amaran kepada kelas yang berada di
zon MERAH dan makluman kepada
kelas yang berada di zon KUNING
Catatan kehadiran setiap kelas di One
Stop Centre HEM pada setiap hari

You might also like