You are on page 1of 2

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Yang Berusaha __________________________,

Pengetua SMK _______________________, barisan pentadbir sekolah, ahli


jawatankuasa kejohanan, guru-guru,tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang
dikasihi sekalian.Salam sejahtera dan Salam Perpaduan. Saya mengambil
kesempatan ini mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menjemput
saya bagi merasmikan dan menyaksikan Kejohanan Merentas Desa Kali ke-____
bagi sesi 2019.

Sidang hadirin yang berbahagia.

Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini
yang akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Jadi,kejohanan
Merentas Desa sekolah merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara
dalam pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya sukan dalam
kalangan semua murid adalah untuk memperlengkap kecemerlangan system
pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia.

Saudara dan saudari sekalian,

Kita sebagai warganegara ini harus sentiasa mendukung hasrat KPM dengan
sentiasa responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukkan dan membina
bakat bagi murid yang berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam apa jua
bidang sukan. Dasar 1Murid 1Sukan yang diperkenalkan mewajibkan setiap murid
menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan
insan yang seimbang.Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri
secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.Dasar ini
sebenarnya selaras dengan Dasar Sukan Negara yang bermatlamat untuk
membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. Dasar sukan Negara
dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk
Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan
kepada semua murid. Bagi strategi Sukan untuk Kecemerlangan pula, prestasi murid
yang berbakat dan berpotensi akan terus dibangunkan di bawah Program
Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang
mampu ditawarkan oleh pihak sekolah.

Hadirin yang dihormati,

Selain memupuk perpaduan dalam kalangan murid berlainan bangsa, aktiviti sukan
juga dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan
keperluan fizikal. Aktiviti seperti ini memberikan akses kepada semua murid
mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid
yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid zaman ini cenderung mementingkan
kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja dan beranggapan aktiviti
sukan hanyalah membuang masa mereka. Jadi, mereka perlu disedarkan
tentang kepentingan aktiviti sukan yang turut dinilai bagi melayakkan mereka
memasuki pusat pengajian tinggi kelak.

Hadirin sekalian,

Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita
untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Sebagai mengakhiri ucapan aaluan ini, sekali lagi saya mengambil


kesempatan pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa kejohanan serta para petugas
yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memeriahkan lagi
Kejohanan Ini Dengan ini saya merasmikan Kejohanan Merentas Desa kali ke-____
SMK ______________________________ bagi tahun 2019. Sekian, terima kasih

You might also like