You are on page 1of 37

PANDUAN PENTADBIRAN

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT
1.0 PENGENALAN 1

2.0 UJIAN PSIKOMETRIK 3

2.1 Latar belakang 3


2.2 Definisi 3
2.3 Tujuan Pentaksiran 3
2.4 Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi) 4
2.4.1 Ujian Aptitud 4
a. Ujian Aptitud Am 5
b. Ujian Aptitud Khusus 5

3.0 KECERDASAN PELBAGAI 6


3.1 Pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard 7
Gardner
3.2 Instrumen Kecerdasan Pelbagai 11
3.3 Kaedah Pentadbiran 13
3.4 Pengiraan Skor 14
3.5 Definisi Tafsiran Skor 15
3.6 Fungsi Kepintaran Pelbagai Dalam Pembelajaran Dan 25
Pengajaran (PdP)
3.7 Interpretasi skor Kecerdasan Pelbagai (IKeP) Tahun 6
26
4.0 PROSEDUR PENTADBIRAN IKeP TAHUN 6
27
5.0 PERANAN BAHAGIAN
29
5.1 Jabatan Pendidikan Negeri
29
5.2 Pejabat Pendidikan Daerah
5.3 Guru Besar 29
5.4 Guru Bimbingan Dan Kaunseling 29
5.5 Guru 30
30
6.0 PERNYATAAN SKOR PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IKeP
TAHUN 6 30

Rujukan 32

Panel penggubal 34

ii
1.0. PENGENALAN

Sistem pendidikan yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat memerlukan
pentaksiran kapasiti insan atau keupayaan insan yang bersifat holistik. Menurut Kamus Dewan
(2005), istilah holistik membawa makna bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu
sistem bersepadu yang menyeluruh dan bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.
Kualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan
dalam keputusan peperiksaan bertulis semata-mata (Hanizah Hamzah, 2011a dan 2011b).
Sebaliknya, kualiti manusia boleh dinilai dengan mengambil kira pelbagai dimensi yang
menjadikan individu itu seorang insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, mempunyai
sikap dan tingkah laku terpuji, mempunyai nilai kerohanian, mempunyai tahap kesihatan dan
kecergasan yang tinggi, beremosi stabil, berkeupayaan berfikir, dan berkeupayaan hidup
bermasyarakat. Oleh kerana apa yang hendak dibina ialah insan, maka pentaksirannya juga
hendaklah mengambil kira ciri-ciri dan sifat keinsanan yang pelbagai. Ini bertepatan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang, berpotensi dan
bersepadu .

Pelan Pembangunan Pendidikan dilakarkan berdasarkan dapatan kajian-kajian UNESCO,


OECD, Bank Dunia, Institusi Pendidikan Awam tempatan dan Dialog Nasional Pendidikan
Negara. Lima ciri Aspirasi Utama Pendidikan yang akan diberi perhatian bermula 2013 iaitu
akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Pada peringkat murid pula, pelan ini memberi
fokus kepada pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian dan identiti nasional. Bagi merealisasikan aspirasi ini sebelas anjakan perlu
dilakukan iaitu :
1. Akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3. Rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Kepimpinan prestasi tinggi.
6. Mengupaya Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.
7. Teknologi maklumat dan komunikasi untuk kualiti pembelajaran.
8. Kapasiti penyampaian Kementerian Pendidikan Malaysia.
9. Kerjasama ibubapa, komuniti dan swasta.

1
10. Nilai untuk setiap ringgit yang dibelanjakan, dan
11. Ketelusan untuk akauntabiliti.

Melalui inisiatif mentransformasi pentaksiran, Lembaga Peperiksaan (LP) telah memulakan


langkah melaksanakan satu sistem pentaksiran yang holistik, direka bentuk untuk menyediakan
maklumat supaya kita dapat mengenal profil murid, membantu pembelajaran murid, memantau
perkembangan murid dan mengiktiraf pencapaian murid dalam pelbagai bidang. Justeru,
pencapaian akademik murid bukanlah satu-satunya aspek kritikal dalam pembangunan manusia.
Lantaran itu, satu jenis ujian bagi mengumpul maklumat tret psikologi yang dinamakan
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) digunakan untuk mengukur dimensi ini.

2
2.0 UJIAN PSIKOMETRIK
2.1 Latar belakang

Konsep Pentaksiran Psikometrik telah diperkenalkan pada tahun 2007. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengambil langkah untuk mengumpul maklumat tentang tret psikologi murid
melalui kaedah pentaksiran psikometrik. Fungsi pentaksiran psikometrik ialah mengumpul data
yang akan menyumbang kepada maklumat profil murid. Maklumat profil murid yang lengkap
dan menyeluruh akan dapat membantu warga pendidik mengenal pasti potensi murid dan
menggilap potensi ini.

2.2 Definisi
Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang
dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain
kognitif atau afektif. Menurut British Psychological Society, ujian psikometrik adalah instrumen
yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi.
Ujian psikologikal boleh didefinisikan sebagai ujian yang boleh memberi maklumat tentang
kapasiti, kemampuan atau kecenderungan untuk bertindak, bertindak balas, kemungkinan
melalui pengalaman atau menstruktur pemikiran dan perilaku dengan cara tertentu (Lewis &
Crozier, 1999).

Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini, merujuk kepada aktiviti
pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti,
bakat, minat dan kecenderungan (KPM,2012). Selain tret psikologi atau kebolehan murid yang
bersifat semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang
boleh dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.

2.3 Tujuan Pentaksiran


Pentaksiran Psikometrik diperkenalkan dalam sistem pendidikan adalah bertujuan untuk;
i. mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi
(acquired ability) seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran
menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.
ii. mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan.
iii. memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan
perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid.

3
iv. menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik.
v. meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu,
dan
vi. menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi
kerjaya murid.

2.4 Komponen Pentaksiran Psikometrik (PPsi)


Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti seperti yang tertera pada
Rajah 1.

Rajah 1: Komponen Pentaksiran Psikometrik

2.4.1 Ujian Aptitud


Secara umum, aptitud ialah komponen kompetensi sama ada yang bersifat
semula jadi atau yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses
pembelajaran. Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi
mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu
kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang.

4
a. Ujian Aptitud Am
Aptitud adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan
sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat. Ia kurang berkaitan dengan
ilmu, budaya dan pendidikan, sebaliknya sangat berkaitan dengan kebolehan atau
bakat dalaman yang diwarisi. Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan minda
seperti kemahiran menaakul dan verbal yang boleh digunakan untuk meramal
prestasi pendidikan murid pada masa hadapan.

b. Ujian Aptitud Khusus


Ujian Aptitud Khusus pula mengukur ciri yang menggambarkan potensi
seseorang murid untuk menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan
pada masa akan datang. Dalam bidang persekolahan, ujian ini digunakan untuk
mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan
murid dalam pembelajaran seterusnya. Hasil ujian ini juga boleh dijadikan
rujukan oleh guru dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai mengikut kecenderungan murid. Ujian Aptitud Khusus direka bentuk untuk
mengenal pasti sama ada murid memiliki kecerdasan berikut:
i. Verbal Linguistik
ii. Visual Ruang
iii. Logik Matematik
iv. Muzik
v. Naturalis
vi. Kinestatik
vii. Interpersonal
viii. Intrapersonal dan
ix. Eksistensial

5
3.0 KECERDASAN PELBAGAI
Kecerdasan Pelbagai merupakan satu potensi yang ada dalam diri individu. Setiap individu
mempunyai kecerdasan yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah
yang mereka hadapi. Gardner (1983) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai satu
kecenderungan kecerdasan individu. Menurut beliau, kecerdasan adalah kebolehan untuk
menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang dinilai (dihargai) oleh satu atau pelbagai
budaya.

An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued
within one or more cultural setting

Kamus Dewan (2005), pula mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan untuk


melakukan pemikiran secara mujarad (abstrak), kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan
cara tindakan terhadap sesuatu situasi yang bermasalah.

Menurut David Wechsler (1974), kecerdasan ialah kebolehan individu memahami diri,
persekitarannya, dan kepakaran yang ada padanya untuk menghadapi cabaran hidup dan
menyelesaikan masalah. Kebolehan ini adalah bersifat sejagat atau pun universal. Binet (1905)
pula, mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan memahami dan membuat penaakulan yang
baik bagi menyesuaikan diri dengan situasi atau persekitaran.

Dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan adalah keupayaan manusia menggunakan


bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya untuk menyelesaikan masalah. Faktor yang
membantu manusia menyelesaikan masalah ialah kebolehan dan keupayaan untuk membuat
penaakulan, pemahaman dan penilaian terhadap sesuatu situasi dan keadaan yang dihadapi.
Setiap murid mempunyai kecerdasan yang berbeza. Setiap kecerdasan itu perlu dinilai dan
diadili secara sama rata. Kecerdasan murid-murid dapat dipertingkatkan melalui peluang-
peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang
menyeronokkan. Instrumen yang dibangunkan untuk mengenal pasti kecerdasan murid Tahun 6
adalah bersandarkan teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1993) dan Smith & Smith
(2002).

6
3.1 Pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner

Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1993, 1999).
Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.
Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Smith & Smith (2002),
telah menambahkan satu lagi kecerdasan iaitu eksistensial dan menjadikannya sembilan.
Gardner telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak
biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Gardner
juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi tetapi boleh dipupuk dan
dikembangkan.

Ada murid mencapai tahap yang tinggi dalam beberapa kecerdasan dan tahap yang
rendah dalam kecerdasan yang lain. Manakala terdapat pula murid yang mempunyai kecerdasan
yang tinggi dalam hampir kesemua sembilan kecerdasan ini. Setiap murid boleh
diperkembangkan dalam kesembilan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi
sekiranya diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. Kesembilan-sembilan
kecerdasan adalah saling berkait secara bersepadu semasa murid-murid melakukan sesuatu
aktiviti.

Teori kecerdasan pelbagai ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada
individu, dan mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Kecerdasan
pelbagai boleh bertindak sebagai petunjuk kepada potensi seseorang. Murid boleh menggunakan
kecerdasan yang dimiliki untuk membantu menguasai sesuatu yang dipelajari. Oleh itu murid
boleh mengembangkan setiap kecerdasan ke tahap yang lebih tinggi melalui latihan dan
keupayaan sendiri.

3.1.1 Verbal linguistik

Kecerdasan Verbal - Linguistik merujuk kepada kebolehan murid menggunakan bahasa dengan
efektif secara lisan dan bertulis.
i. Murid mempunyai kemahiran mendengar, berfikir dalam bentuk perkataan,
bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami
perkataan.

7
ii. Murid sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya.
iii. Murid cenderung untuk belajar dengan lebih baik melalui pembacaan, mengambil
nota, berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari.
iv. Murid mampu mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mempunyai
kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks.
v. Murid pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau
membaca.

3.1.2 Visual Ruang

Kecerdasan Visual Ruang ialah kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan
corak.
i. Murid mampu untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasikan model
itu kepada dunia fizikal, seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem
serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
ii. Murid berkeupayaan membuat penilaian tentang ruang dan membayangkan dalam
mindanya.
iii. Murid mahir dalam menyelesaikan puzzle dan pembinaan struktur serta bijak
menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang.
iv. Murid berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah
dilalui serta mempersembahkan idea-idea visual ruang dalam bentuk imaginatif
dan kreatif.

3.1.3 Logik Matematik

Kecerdasan Logik Matematik merupakan kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak. Ini
membolehkan murid menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan
abstrak.
i. Murid yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah
kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat

8
perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesiskan, mengira dan menggunakan
komputer dengan cekap.
ii. Murid yang mempunyai kecerdasan Logik Matematik yang tinggi
memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi.
iii. Murid sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang berlaku di
persekitaran, suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan dan suka
mengklasifikasikan benda.

3.1.4 Muzik
Kecerdasan Muzik berkaitan dengan sensitiviti terhadap bunyi, irama, melodi, dan lagu. Murid
yang mempunyai kecerdasan Muzik berkebolehan mengesan dan membezakan bunyi, muzik
serta irama yang terdapat di persekitarannya.
i. Murid berkebolehan meluahkan perasaan melalui muzik dan berupaya bermain
alat muzik serta menghafal lirik dengan baik walaupun tanpa latihan.
ii. Murid boleh menggubah rentak, tempo, mengenali dan mengingati nada-nada
bunyi atau muzik.

3.1.5 Naturalis

Kecerdasan Naturalis adalah berkaitan dengan minat terhadap alam semula jadi.
i. Murid yang mempunyai kecerdasan Naturalis yang tinggi biasanya merupakan
individu pencinta alam sekitar yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan
flora, fauna, dan galian.
ii. Murid sangat menghargai alam sekitar, lebih banyak menghabiskan masa di luar
dan gemar mendengar bunyi-bunyian alam semula jadi.
iii. Individu Naturalis sensitif terhadap alam sekitar dan boleh menghubungkaitkan
antara kehidupan flora dan fauna.

9
3.1.6 Kinestetik

Kecerdasan Kinestetik adalah berkaitan dengan kebolehan murid menggunakan sebahagian atau
keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
i. Murid cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh, lebih cenderung
melakukan aktiviti yang berkait dengan pergerakan badan seperti bersukan,
menari, gimrama dan lain-lain.
ii. Murid mahir memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara
pergerakan fizikal dengan mental.
iii. Murid boleh belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti yang melibatkan
pergerakan otot seperti sukan atau tarian.

3.1.7 Interpersonal

Kecerdasan Interpersonal adalah berkaitan dengan kebolehan individu memahami perasaan,


sikap, tabiat serta hasrat orang lain.
i. Murid dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain
untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta dapat memberi motivasi kepada
orang lain.
ii. Individu mampu membezakan pelbagai petanda interpersonal dan boleh memberi
maklum balas terhadap petanda tersebut.
iii. Murid mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi biasanya boleh
berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan.
iv. Murid mempunyai empati yang tinggi, suka menolong orang lain dan minat
membina hubungan sosial dengan orang lain.
v. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah berkumpulan.

3.1.8 Intrapersonal

Kecerdasan Intrapersonal adalah berkaitan dengan kesedaran tentang diri sendiri dan
berkebolehan untuk menilai diri sendiri.

10
i. Murid mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang
kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
ii. Murid mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan mereka sendiri.
iii. Murid berpegang teguh pada prinsip kehidupan, mempunyai azam yang kuat,
berdikari dan mempunyai hala tuju yang jelas.
iv. Murid lebih menyukai kaedah belajar secara bersendirian dan gemar melakukan
refleksi kendiri (muhasabah diri).
v. Murid adalah seorang yang introvert dan suka melakukan tugasan secara
bersendirian.

3.1.9 Eksistensial

Kecerdasan Eksistensial adalah berkaitan dengan kebolehan memahami erti kewujudan manusia
dan alam, memahami makna sesuatu kejadian, menggunakan daya intuisi yang tinggi dalam
memahami realiti kehidupan.
i. Murid menghargai dan menghayati nilai-nilai agama, nilai-nilai sejagat dan
norma masyarakat.
ii. Murid meletakkan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang tinggi dalam
mempertimbangkan sesuatu keputusan dalam kehidupan.
iii. Murid suka membaca buku-buku bercorak falsafah, bahan-bahan keagamaan,
nilai-nilai tradisi dan suka mengamati sesuatu kejadian secara mendalam.
iv. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah penyoalan, pemerhatian,
renungan kendiri, inkuiri penemuan dan kaedah perkongsian.

3.2 Instrumen Kecerdasan Pelbagai

Satu lagi instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat murid ialah Inventori
Kecerdasan Pelbagai (IKeP). Instrumen ini dibangunkan berdasarkan teori Kecerdasan Pelbagai
(MI) oleh Howard Gardner (1985) dan Smith dan Smith (2002).
i. Instrumen ini terdiri daripada 90 item persepsi yang mewakili konstruk Ruang,
Visual, Muzik, Naturalis, Intrapersonal, Interpersonal, Kinestatik dan Existential.
ii. Setiap konstruk mengandungi 10 item.

11
iii. Murid hanya perlu menjawab YA atau TIDAK pada penyataan mengenai diri
mereka di atas borang jawapan yang diberikan.
iv. Masa yang diperuntukkan adalah 45 minit.

Item Kecerdasan Pelbagai ini telah di pra uji kepada murid Tahun 6 mengikut kaedah
persampelan berstrata . Sekolah yang dipilih untuk menguji item inventori ini terdiri daripada
sekolah rendah di bandar, luar bandar, sekolah yang mempunyai prestasi tinggi, prestasi rendah
dan prestasi sederhana, murid lelaki dan murid perempuan di Malaysia pada 2016. Data daripada
pra ujian ini telah dianalisis untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan iaitu Kuder-Richardson
20 (KR-20) dan kesahan item iaitu Mean fit square (MNSQ) . Item yang mempunyai darjah
kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dipilih untuk dijadikan instrumen.

12
3.3 Kaedah Pentadbiran IKeP Tahun 6
Rajah 2 Carta Alir Pentadbiran IKeP Tahun 6

Sasaran : Murid Tahun 6


Murid
dikumpulkan Tempat : Sesuai dan kondusif
( Dewan/Bilik Peperiksaan)
Istilah :
1. Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa
(GBKSM)
Edaran Inventori 2. Guru Bimbingan Lantikan Sekolah/Lantikan
dan borang Dalaman (GBLS/GBLD)
jawapan 3. Guru Penyelaras (GP)

- Arahan menjawab mengikut keperluan inventori


- Menjawab di atas borang jawapan
Penerangan
- Inventori tidak boleh diconteng dan perlu dikembalikan

Murid menjawab - Masa : 45 minit


soalan - Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30 peratus
daripada waktu yang diperuntukkan bagi murid biasa

- Murid mengira skor dengan bimbingan GBKSM/GBLS/


Pengumpulan
GBLD/GP
borang jawapan
- GBKSM/GBLS/GBLD/GP akan memberikan tafsiran skor
secara umum tentang konstruk IKeP

Pentafsiran Skor - GBKSM/GBLS/ GBLD/GP menganalisis skor.


- Fail unit Bimbingan & Kaunseling
- Pengesahan/tandatangan GBKSM/GBLS/ GBLD/GP
- Pengesahan/tandatangan GBKSM/GBLS/ GBLD/GP
Penyimpanan Fail - Simpan di dalam fail mengikut kelas,disusun secara turutan
abjad
- Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling

Intervensi - GBKSM/GBLS/ GBLD/GP membentangkan analisis skor


kepada murid dan guru.

13
3.4 Pengiraan Skor
3.4.1 Kertas Persepsi - 45 minit

Item berformat dwi pilihan respon iaitu YA / TIDAK

Jadual 1 : Format Item

ITEM KONSTRUK

1, 10, 19, 28, 37, 46, 55, 64, 73, 82 Kecerdasan Verbal Linguistik

2, 11, 20, 29, 38, 47, 56, 65, 74, 83 Kecerdasan Logik Matematik

3, 12, 21, 30, 39, 48, 57, 66, 75, 84 Kecerdasan Intrapersonal

4, 13, 22, 31, 40, 49, 58, 67, 76, 85 Kecerdasan Visual Ruang

5, 14, 23, 32, 41, 50, 59, 68, 77, 86 Kecerdasan Naturalis

6, 15, 24, 33, 42, 51, 60, 69, 78, 87 Kecerdasan Interpersonal

7, 16, 25, 34, 43, 52, 61, 70, 79, 88 Kecerdasan Kinestatik

8, 17, 26, 35, 44, 53, 62, 71, 80, 89 Kecerdasan Muzik

9, 18, 27, 36, 45, 54, 63, 72, 81, 90 Kecerdasan Existential

GBKSM/GBLS/ GBLD/GP perlu merekod skor setiap murid di dalam sistem offline yang
dibekalkan. Analisis akan ditafsirkan dalam bentuk peratus.

14
3.5 Definisi Tafsiran Skor
Jadual 2 Definisi Tafsiran Skor
KONSTRUK DIFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR
Kebolehan menggunakan bahasa Individu ini mempunyai
dengan efektif sama ada secara kecerdasan yang tinggi
lisan dan bertulis. Individu ini untuk menggunakan
mempunyai kemahiran Tinggi bahasa dengan efektif
mendengar dan berfikir dalam 75% - 100% secara verbal dan bertulis,
bentuk perkataan. Kemahirannya boleh berkomunikasi
meliputi mendengar, bercakap, dengan lancar, suka
menulis, bercerita, menerangkan, berdebat dan berceramah.
mengingat maklumat dan
memahami perkataan.
Individu ini mempunyai
Verbal- Sederhana kecerdasan yang
linguistik Tokoh : Munshi Abdullah dan 50% - 74% sederhana dalam aspek
William Shakespeare. komunikasi.
Kerjaya : pengarang,
pensyarah, wartawan,
penyunting, penyair, penulis Individu ini mempunyai
skrip dan novelis. kecerdasan yang rendah
Rendah
dalam menggunakan
0% - 49%
bahasa secara verbal dan
bertulis.

Kebolehan untuk berfikir secara Individu mempunyai daya


gambaran, imej, bentuk dan imaginasi yang tinggi
paten(corak). Kebolehan untuk terhadap sesuatu ruang
membentuk model secara visual Tinggi dan banyak idea yang
dan mengaplikasikan model itu 75% - 100% kreatif, suka kepada
kepada dunia fizikal. Individu ini gambar, graf, video dan
gemar melihat peta, carta, filem, mempunyai
gambar, video dan filem. kemahiran mereka cipta.
Visual- ruang Kebolehan individu ini termasuk Individu ini mempunyai
membaca, menulis, memahami tahap kecerdasan yang
carta dan graf, melakar, melukis sederhana dalam
dan menterjemah imej secara Sederhana imiginasi, membentuk
visual. 50% - 74% model secara visual dan
mengaplikasi model itu
Tokoh : Galileo Galilei dan kepada dunia fizikal.
Leornado Da Vinci

15
Individu ini mempunyai
Kerjaya : Arkitek, jurugambar, daya imaginasi yang
pengukir,pereka pakaian, pereka rendah dan tidak suka
dalaman, kartunis, perancang Rendah menggunakan gambaran
Bandar, pelumba motor, 0% - 49% atau rajah dalam sesuatu
jurusolek,juruterbang,ahli penyelesaian.
pelayaran,angkasawan, dan
pelukis
Kebolehan yang dominan di Individu yang mempunyai
bahagian kiri otak ini kecerdasan yang tinggi
membolehkan seseorang dalam menaakul,
menaakul secara deduktif dan mentafsir, menyelesaikan
Tinggi
induktif serta berfikir secara masalah yang berkaitan
75% - 100%
konseptual dan abstrak. Individu dengan nombor. Individu
yang cenderung dalam juga suka kepada perkara
kecerdasan ini boleh berstruktur, rutin dan
menyelesaikan masalah terperinci serta berjadual.
kompleks yang berkaitan dengan
matematik dengan mudah serta Individu ini mempunyai
boleh membuat perkaitan, kecerdasan yang
Logik menyoal, menganalisis, sederhana dalam
Sederhana
Matematik mensintesis, mengira dan menaakul, menyelesaikan
50% - 74%
menggunakan komputer dengan masalah yang kompleks
cekap. dan penggunaan perisian
yang sederhana.
Tokoh : Bill Gates dan Warren
Buffet

Kerjaya : Saintis, pakar statistik, Individu ini tidak berminat


ahli ekonomi, juru audit, Rendah menggunakan domain
akauntan dan aktuaris 0% - 49% dalam otak kiri dan dalam
menyelesaikan masalah.

Kebolehan untuk berfikir dalam


bentuk muzikal, mendengar dan Individu ini mempunyai
mengecam paten, membezakan kecekapan berkaitan
antara bunyi dan cipta Muzik. Tinggi dengan muzik serta
Sensitif dengan bunyi di 75% - 100% berkebolehan dalam
persekitaran. Kemahiran mengendalikan alat
individu ini ialah menyanyi, muzik.
Muzik bersiul, mengubah muzik,
mengingati melodi, memahami Individu ini mempunyai
struktur dan rentak muzik. kecerdasan yang
Sederhana
sederhana dalam muzik
Tokoh: Tan Sri P.Ramlee, 50% - 74%
seperti menyanyi dan
Ramli MS, Habsah Hassan, bermain alat muzik.
Beethovan, Kitaro dan Kenny G.

16
Kerjaya : Pencipta lagu, Individu ini tidak peka
komposer dan ahli Muzik kepada bunyi-bunyian,
Rendah
nyanyian serta tidak boleh
0% - 49%
bermain alat muzik dan
mengubah lagu.

Seseorang pencinta alam yang Individu ini mempunyai


dapat mengenali dan kecerdasan yang tinggi
mengklasifikasikan flora, fauna terhadap kehidupan alam
dan galian dengan mudah. Lebih sekitar dalam kategori
Tinggi
menghabiskan masa di luar dan flora, fauna dan galian,
75% - 100%
gemar mendengar bunyi-bunyian seorang pencinta alam dan
yang terdapat di alam sekitar. juga seorang yang
Individu yang sensitif terhadap penyayang kepada
alam sekitar dan dapat kehidupan.
menghubungkaitkan antara Individu yang mempunyai
kehidupan flora dan fauna. kecerdasan sederhana
terhadap kehidupan alam
Tokoh: Steve Irwin sekitar dalam kategori
Naturalis Sederhana
flora, fauna dan galian,
50% - 74%
Kerjaya: Ahli biologi, zoologi, seorang pencinta alam dan
ahli botani, ahli geologi,doktor juga seorang yang
haiwan, nelayan, pendaki penyayang kepada
gunung ,renjer hutan,ahli kehidupan.
astronomi, juru foto alam, tukang
Individu yang kurang peka
kebun dan veterinari
terhadap kehidupan alam
sekitar dalam kategori
Rendah flora, fauna dan galian,
0% - 49% seorang pencinta alam dan
juga seorang yang
penyayang kepada
kehidupan.
Kebolehan menggunakan
sebahagian atau keseluruhan Individu mempunyai
anggota tubuh badan untuk kecerdasan yang tinggi
berkomunikasi dan dalam menggunakan
Tinggi
Kinestetik menyelesaikan masalah. Cekap sebahagian atau
75% - 100%
menginterpretasikan pergerakan keseluruhan anggota
anggota atau tubuh. Lebih badan dalam
cenderung melakukan aktiviti menyelesaikan masalah.

17
yang berkaitan dengan
pergerakan badan seperti Individu ini mempunyai
bersukan, menari, gimrama dan kecerdasan yang
lain-lain. Seseorang individu sederhana dalam aktiviti
Sederhana
juga cekap memanipulasi objek pergerakan badan,
50% - 74%
fizikal dan dapat mengimbangi memanipulasi objek
antara pergerakan fizikal dengan fizikal dan imbangan
mental. badan.

Tokoh: Datuk Nicole David, Individu ini tidak mampu


Shalin Zulkifli, Datuk Lim menggunakan anggota
Chong Wei, Micheal Jordan dan badan dalam
Michael Jackson. Rendah menyelesaikan masalah
0% - 49% dan tidak berminat
Kerjaya : Ahli sukan dan terhadap pergerakan
jurutari badan seperti bersukan,
menari dan lain-lain.
Kecerdasan interpersonal
melibatkan kemahiran atau Individu yang mempunyai
kebolehan individu kecerdasan tinggi dalam
berkomunikasi, menjalin Tinggi berkomunikasi, menjalin
hubungan dan membina 75% - 100% hubungan dan membina
kepercayaan dengan orang lain. kepercayaan dengan orang
Individu ini mampu memahami lain.
orang lain, sensitif kepada
perasaan, kepercayaan, penilaian
dan matlamat orang lain. Individu ini mempunyai
Individu ini cekap menilai kecerdasan yang
emosi, motivasi dan keinginan sederhana dalam
orang di sekeliling. Sederhana
Interpersonal berkomunikasi, menjalin
50% - 74%
hubungan dan membina
Tokoh : Dato Dr. Fadzilah kepercayaan dengan orang
Kamsah, Dr. Azizan Osman lain.
dan Oprah Winfrey

Kerjaya: Pakar motivasi, Individu yang mempunyai


kaunselor, ahli politik, guru dan kecerdasan rendah dalam
pegawai diplomatik . Rendah berkomunikasi, menjalin
0% - 49% hubungan dan membina
kepercayaan dengan orang
lain.

18
Berkebolehan untuk membuat Individu ini mempunyai
penilaian kendiri dan kecerdasan yang tinggi
menggunakan maklumat tersebut untuk membuat penilaian
untuk mengawal diri dan Tinggi kendiri dan menggunakan
membuat pertimbangan kendiri 75% - 100% maklumat untuk
dari aspek kelemahan dan mengawal diri serta
kekuatan yang ada. Individu ini membuat pertimbangan
mempunyai kesedaran diri yang kendiri.
tinggi tentang perasaan, sikap, Individu ini mempunyai
penampilan luaran, mengawal kecerdasan yang
naluri diri, kebolehan memantau sederhana untuk membuat
pemikiran, tindakan dan Sederhana penilaian kendiri dan
Intrapersonal perasaan. Individu ini 50% - 74% menggunakan maklumat
mempunyai gerak hati / intuisi untuk mengawal diri serta
dan imaginasi yang tinggi, boleh membuat pertimbangan
mengawal emosi dan kendiri.
mempunyai autonomi yang Individu ini mempunyai
tinggi serta berdikari. kecerdasan yang rendah
untuk membuat penilaian
Tokoh : Aristotle dan Hamka Rendah kendiri dan menggunakan
0% - 49% maklumat untuk
Kerjaya : Pakar psikologi, ahli mengawal diri serta
falsafah dan pendeta. membuat pertimbangan
kendiri.
Kecerdasan kewujudan ialah Individu ini mempunyai
keupayaan atau kebolehan untuk kecerdasan yang tinggi
memahami dan menimbang tara dalam keupayaan atau
perkara-perkara berunsur kebolehan untuk
Tinggi
falsafah yang berkaitan dengan memahami dan
75% - 100%
kewujudan Tuhan dan fitrah menimbang tara perkara-
makhluk (manusia, haiwan, perkara berunsur falsafah
tumbuhan, alam semesta dll) yang berkaitan kewujudan
berkaitan kehidupan, tujuan, dan Tuhan dan fitrah makhluk.
Eksistensial
kematian. Individu ini mempunyai
kecerdasan yang
Tokoh : Socrates, Dr. Zakir sederhana dalam
Naik dan Mother Theresa keupayaan atau kebolehan
Sederhana
untuk memahami dan
50% - 74%
Kerjaya : Imam, pemimpin dan menimbang tara perkara-
ahli agama. perkara berunsur falsafah
yang berkaitan kewujudan
Tuhan dan fitrah makhluk.

19
Individu ini mempunyai
kecerdasan yang rendah
kurang keupayaan atau
kebolehan untuk
Rendah
memahami dan
0% - 49%
menimbang tara perkara-
perkara berunsur falsafah
yang berkaitan kewujudan
Tuhan dan fitrah makhluk.

Jadual 3 Penerangan mengenai kecerdasan pelbagai

MURID TINDAKAN KEMAHIRAN BIDANG


KECERDASAN
SUKA GURU MURID KERJAYA

Verbal linguistik Teka-teki, teka Memberi Merakam Peguam


kata, projek bacaan percakapan Guru
Berfikir dengan Membaca, dan penulisan sendiri dan Pemberita
perkataan menulis dan Membantu mendengar Penyunting
Guna pelbagai bercerita murid semula sebutan Wartawan
bentuk bahasa Guna tatabahasa menyediakan dan intonasi Penyajak
dan perkataan yang luas ucapan, dan Mengajar kawan
untuk melahirkan Bermain syarahan atau ahli
makna yang permainan bahasa Memupuk keluarga
kompleks dan Cipta puisi dan minat dalam membaca
indah cerita dengan debat Mengadakan
menggunakan Menyediakan sesi bercerita
bunyi dan imejan permainan bersama kawan
perkataan bahasa, teka atau keluarga
silang kata dan
mencari
perkataan
Menggalakkan
pelajar bermain
dengan kata-
kata, dan kiasan

20
Visual-Ruang Menconteng, Memasukkan Memaparkan isi Kerjaya
melukis, aktiviti melukis kandungan Pengacara
Dapat mewarnakan atau peta dan bahan yang Arkitek
mengesan dunia mencipta permainan dibaca dalam Pengurusan
visual dengan gambaran 3D berselirat bentuk visual Grafik
tepat Melihat peta Memimpin Mereka model Pelukis
Mencipta imej Menyusun suai aktiviti 3D dari ciptaan kartun
mental gambar (jigsaw visualisasi atau projek Ahli bedah
Berfikir dalam 3 puzzle), teka kata Memberi sekolah
Dimensi dan menyudahkan peluang kepada Cuba
Peka pertalian permainan murid untuk mendapatkan
antara objek berselirat (maze) menunjukkan sesuatu dari
dalam ruang Membuka dan kefahaman bilik atau rumah
memasang semula melalui lukisan dengan mata
sesuatu Memberi murid tertutup
peluang mereka Cari imej atau
cipta sesuatu gambar dalam
seperti fesyen awan, dari alas
pakaian, meja atau
bangunan, retakan di
kawasan dinding
bermain dan
pemandangan

Logik Matematik Bekerja dengan Membina rajah Menjumlahkan Akauntan


nombor, Venn pembelian Juruwang
Mendekati menganalisis Menggunakan semasa ibu bapa Jurutera
masalah secara situasi permainan memasukkan Ahli fizik
logik Hendak tahu strategi barang ke dalam Pencipta
Faham nombor bagaimana sesuatu Melibatkan troli Pengaturcara
dan pola abstrak itu berfungsi murid Membayarkan
Mengecam dan Bertanya menunjukkan barangan yang
menyelesaikan Mengapa kefahaman dibeli di
masalah yang Tunjuk ketepatan tentang sesatu pasaraya
memerlukan dalam dengan Memulakan
penaakulan menyelesaikan menggunakan akaun bank dan
masalah objek konkrit adakan sasaran
Bekerja dalam Rekod simpanan
situasi yang maklumat setiap bulan
memerlukan dalam graf
penyelesaian tepat Wujudkan
aktiviti
membuat garis
masa dan
melukis peta

21
Muzik Mendengar dan Memasukkan Mengadakan sesi Penggubah
bermain Muzik aktiviti menulis menyanyi lagu
Peka kepada Memadankan semula lirik lagu bersama kawan Penyanyi
bunyi bukan perasaan kepada untuk mengajar dan keluarga Ahli Muzik
verbal dalam Muzik dan ritma konsep tertentu Menggunakan Penerbit
persekitaran Bernyanyi, Menggalakkan satu jam Konduktor
termasuk melodi bersenandung dan murid seminggu untuk Muzik
dan nada bergerak mengikut menggunakan mendengar jenis
Sedar akan pola Muzik berlainan Muzik dalam Muzik yang
pada nada dan Mencipta dan lakonan berlainan
timbre mereplikakan lagu Mengajar Memberi
sejarah perhatian kepada
menggunakan bunyi di
Muzik zaman sekeliling seperti
itu bunyi kipas,
Menggalakkan orang berjalan,
murid belajar jam berdetik
Muzik dan
tarian rakyat
negara lain

Naturalis Menghabiskan Menggunakan Memelihara dan Petani


masa di luar persekitaran memerhati Doktor
Peka kepada Memerhati sebagai bilik kitaran hidup haiwan
alam semula jadi tumbuh- darjah rama-rama atau Pendaki
Nampak tumbuhan, kumpul Memberi murid katak gunung
pertalian dan batu-batuan, tanggungjawab Menjaga dan Peramal
pola dalam alam menangkap mengendalikan memerhatikan cuaca
tumbuhan- serangga dan sudut-sudut proses Ahli ekologi
tumbuhan dan memelihara tumbuhan- pertumbuhan Ahli zoologi
haiwan haiwan peliharaan tumbuhan dan kacang yang
Mengesan haiwan di dalam disemai
pertalian dalam kelas Memerhati dan
alam semula jadi Menjalankan mencatat fasa
Mengesan eksperimen bulan
pertalian dalam Sains secara
alam semula jadi hands-on
Mengkelaskan dan Menggalakkan
mengkategorikan murid mereka
flora dan fauna bentuk landskap
kawasan
persekitaran

22
Kinestatik Bersukan dan Memberi Menolong ibu Atlet
aktiviti fizikal aktiviti sentuhan bapa memasak, Pelakon
Guna pergerakan aktif dan pergerakan berkebun dan Penari
badan untuk Guna bahasa Memberi membaiki Mekanik
berkomunikasi badan peluang main perkakas rumah Bomba
dan Buat kraf dan peranan dan
menyelesaikan projek mekanikal berlakon
masalah (manipulatif) Memberi murid
Mahir dengan Menari, berlakon bekerja sambil
objek dan aktiviti dan mimos bergerak
yang melibatkan (mime) Menggunakan
kecekapan motor aktiviti yang
halus dan motor melibatkan
kasar kecekapan
motor halus dan
motor kasar
seperti menjahit
dan membuat
model

Interpersonal Berkawan Memberi projek Berinteraksi Kaunselor


Memimpin, berkumpulan dengan orang Ahli Politik
Peka terhadap berkongsi dan Memberi murid ramai di tempat Jurujual/
perasaan dan menjadi orang peluang awam Peniaga
mood orang lain pengantara mengajar rakan Aktif dalam Pengawal
Faham dan Membina sebaya permainan yang keselamatan
berinteraksi sepersetujuan dan Menyediakan memerlukan
secara berkesan berasa empati aktiviti sumbang kerjasama
dengan orang dengan orang lain saran untuk Bertukar
lain Bekerja sebagai menyelesaikan peranan dengan
ahli kumpulan masalah ahli keluarga
yang berkesan Mewujudkan atau kawan
Pembelajaran situasi di mana untuk sehari
koperatif murid mendapat (role play)
maklum balas
pihak lain

Intrapersonal Kawal emosi dan Memberi murid Tulis Ahli


mood kendiri belajar pada autobiografi Psikologi
Tahu kekuatan Mendalami dan kadar kendiri tentang diri Penyelidik
dan kelemahan meneruskan minat Memberi projek sendiri Usahawan
kendiri peribadi dan individu Duduk Novelis
Guna menetapkan berbentuk bersendirian Penulis
pengetahuan agenda sendiri arahan kendiri untuk sesi Pendakwah
kendiri sebagai Belajar melalui Membantu refleksi 5 minit Ahli falsafah
panduan pemerhatian dan murid sehari
membuat mendengar menetapkan Catatkan

23
keputusan dan Menggunakan matlamat perasaan,
menetapkan kecekapan meta Memberi kenangan, visi
matlamat kognitif peluang murid dan buah fikiran
mendapat dalam dairi
maklum balas harian
antara satu sama
lain
Melibatkan
murid dalam
menulis jurnal
dan lain bentuk
refleksi

Eksistensial Mendapatkan Sumbang saran Memberi Ahli falsafah,


makna dalam dan pendapat dan Ahli teologi
Lihat sesuatu kehidupan perbincangan idea yang
secara holistik seharian untuk menjana memberangsang
Memahami nilai- Mencari minda kan
nilai kebenaran, sambungan antara Memberi berlandaskan
kebaikan dan pengalaman tugasan agama
keindahan mereka penyelidikan Menghargai
Keupayaan untuk Sering menikmati Aktiviti estetika
meringkaskan sastera dan adat membaca, persekitaran
maklumat ke dari budaya lain melukis dan Menghormati
dalam Berhubung dengan bersyair orang lain dan
pemahaman yang keluarga dan bersopan-santun
lebih besar rakan-rakan
Kesedaran kualiti Menyatakan rasa
tidak ketara kekitaan kepada
manusia, sama masyarakat global
ada bertindak Suka melibatkan
balas kepada diri dengan sebab-
seni, kemuliaan sebab sosial dan
falsafah atau politik
rukun agama Mempunyai
komitmen yang
kuat untuk
kesihatan dan
kesejahteraan

24
3.6 Fungsi Kecerdasan Pelbagai Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP)

Guru boleh memilih strategi PdP yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Guru
perlu mengenal pasti dahulu kecerdasan pelbagai murid. Dengan ini, guru boleh
memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah. Maklumat
daripada IKeP boleh digunakan untuk :

i. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
ii. Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap
murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.
iii. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak
terbatas.
iv. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui PdP yang menyeronokkan.
v. Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam
PdP.
vi. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
vii. Mempelbagaikan cara pentaksiran.

Selain daripada itu Kecerdasan Pelbagai boleh juga dikenal pasti melalui :

i. Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar


ii. Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang
iii. Laporan prestasi murid
iv. Profil kecerdasan murid

Maklumat daripada IKeP ini boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran .

25
3.7 Interpretasi Skor Kecerdasan Pelbagai IKeP Tahun 6

Interpretasi skor yang diperoleh daripada murid berkaitan dengan tahap persetujuan untuk
sesuatu pernyataan kecerdasan tertera dalam Jadual 3.29. Norma yang selalu digunakan dapat
menjelaskan kedudukan sesuatu skor itu berbanding dengan skor yang lain (Tuckman 1999).
Berdasarkan kepada norma lazim, skor 50% dianggap skor min, manakala skor 75% ke atas
dianggap terletak dalam kuartal tertinggi (Gay & Airasian 2003). Dengan itu, interpretasi bagi
peratus dibuat seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.

Jadual 4 Interpretasi Skor Peratusan


Skor Peratusan Interpretasi Skor
75% hingga 100% Tinggi
50% hingga 74% Sederhana
0% hingga 49% Rendah
Sumber : Alias Baba (1999), Tuckman (1999) dan Gay & Airasian (2003) dalam
Mohd. Sani Ismail (2011).

26
4.0 PROSEDUR PENTADBIRAN IKeP TAHUN 6

PERKARA TINDAKAN
Mesyuarat Perbincangan bersama pentadbir
pengoperasian
Penyediaan jadual pelaksanaan
Makluman kepada guru dan murid
GBKSM/GBKLS/GP memuat turun IKeP Tahun 6
GBKSM/GBKLS/GP menyemak instrumen yang dimuat turun
Instrumen diperbanyakkan mengikut jumlah murid
Pentadbiran ujian Sediakan tempat ujian yang selesa, sesuai dan kondusif.
Murid perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian
Edarkan inventori dan borang jawapan kepada setiap murid.
Beri arahan kepada murid:
a. tulis nama dan kelas di borang jawapan
b. bulatkan semua jawapan di borang jawapan
c. jangan meniru
d. semak jumlah halaman kertas soalan
e. masa ujian ialah 45 minit
* Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30
peratus daripada waktu yang diperuntukkan..
Apabila masa ujian telah tamat, mohon murid supaya berhenti
menulis dengan meletakkan pensel di atas meja.
Murid menjawab Murid menjawab IKeP Tahun 6
IKeP dan
pengiraan skor Murid mengira skor dengan bimbingan GBKSM/GBKLS/GP
Pentaksiran skor GBKSM/GBKLS/GP memberi pendedahan umum tentang
tafsiran setiap konstruk
Pengumpulan set Diserahkan kepada GBKSM/GBKLS/GP
Inventori dan
Borang Jawapan
Pelaporan GBKSM/GBKLS/GP menganalisis skor IKeP murid
Pengisian data dalam sistem pelaporan yang dibekalkan
GBKSM/GBKLS/GP mencetak 2 salinan pelaporan skor IKeP
murid
1 salinan untuk simpanan GBKSM/GBKLS/GP untuk dijadikan
eviden.
1 lagi salinan untuk diserahkan kepada murid bersama-sama

27
keputusan UPSR
Pelaporan IKeP Tahun 6 hendaklah ditandatangani oleh
GBKSM/GBKLS/GP dan disahkan oleh Guru Besar.

Penyimpanan Penyimpanan dibuat di dalam fail mengikut kelas, disusun


Fail mengikut susunan abjad
Dokumen menjadi rujukan dan panduan semasa membuat
intervensi
Intervensi Meningkatkan kefahaman tentang persepsi kecerdasan pelbagai
Modifikasi persepsi kecerdasan pelbagai mengikut kebolehan,
bakat dan minat murid
Membantu murid meningkatkan/menyeimbangkan kecerdasan
pelbagai bagi mengembangkan potensi diri.

* GBKSM - Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa


GBKSL - Guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Sekolah
GP - Guru Penyelaras

28
5.0 PERANAN BAHAGIAN

5.1 Jabatan Pendidikan Negeri (Pegawai Kaunseling, Unit Hem )

5.1.1 Memberi taklimat kepada Pegawai Pendidikan Daerah (Penolong Pegawai


Pendidikan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Murid) dengan dibantu
oleh pegawai yang telah mengikuti sesi penataran.
5.1.2 Mengedarkan bahan manual Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6
kepada Penolong Pegawai Pendidikan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya
Murid.
5.1.3 Pemantauan pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 di
peringkat PPD.

5.2 Pejabat Pendidikan Daerah ( Penolong Pegawai Kaunseling Dan Kerjaya


Murid )

5.2.1 Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing menerima


bahan Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6.
5.2.2 Mengadakan taklimat kepada semua Guru Besar/GBKSM/GBKLS/GP di
PPD masing-masing berkaitan Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6
5.2.3 Memastikan pelaksanaan di peringkat sekolah.

5.3 Guru Besar

5.3.1 Mengadakan perbincangan bersama GBKSM/GBKLS/GP di sekolah


masing-masing mengenai pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik IKeP
Tahun 6.
5.3.2 Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran
Psikometrik IKeP Tahun 6.
5.3.3 Memastikan GBKSM/GBKLS/GP melaksanakan Pentaksiran Psikometrik
IKeP Tahun 6 berdasarkan prosedur kerja yang telah ditetapkan.

29
5.4 GBKSM/GBKLS/GP

5.4.1 Berbincang bersama Guru Besar tentang prosedur pelaksanaan


Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6
5.4.2 Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik
IKeP Tahun 6.
5.4.3 Memberi taklimat kepada murid mengenai Pentaksiran Psikometrik IKeP
Tahun 6
5.4.4 Mentadbir Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6.
5.4.5 Membuat pelaporan IKeP.
5.4.6 Membuat intervensi, konsultasi dan sesi berdasarkan dapatan skor murid.
5.4.7 Menyimpan skor murid di tempat yang selamat sebagai eviden.
5.4.8 Menyerahkan sesalinan slip skor IKeP Tahun 6 kepada murid.

5.5 Guru

5.5.1 Menggunakan hasil dapatan skor murid yang telah dibincangkan bersama
GBKSM/GBKLS/GP untuk penambahbaikan serta perancangan
pengajaran dan pembelajaran.
5.5.2 Menggunakan hasil dapatan skor murid yang telah dibincangkan bersama
GBKSM/GBKLS/GP untuk perkembangan murid.

30
6.0 PERNYATAAN KEPUTUSAN SKOR PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IKeP
TAHUN 6

Pernyataan keputusan Skor Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 setiap murid akan
dikeluarkan oleh pihak sekolah.

PENTING:

Skor Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 akan dilaporkan secara berasingan.

Instrumen Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 adalah HAK CIPTA


TERPELIHARA Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sesiapa
sahaja tidak dibenarkan memetik mana-mana bahagian dalam bentuk apa juga dan
dengan cara apa baik secara elektronik, fotologi, mekanik, rakaman atau yang lain-lain
dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak Lembaga Peperiksaan
Malaysia.

31
Rujukan

Amla Mohad. Salleh. 2007. Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi:
Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.

Binet (1905) dalam Wolf, T. H. (1969), "The emergence of Binet's conception and measurement
of intelligence: a case history of the creative process", Journal of the history of the behavioral
sciences (Apr 1969) 5 (2): 11334.

Costa, P.T. and McCrae, R.R. 1992. NEO personality Inventory professional manual. Odessa,
FL: Psychological Assessment Resources.

Gardner, H. 1983. Frames of Mind. New York: Basic Books Inc.


Gardner, H. (1993). Frame Of Mind: The theory of multiple intelligences. New York, NY: Basic
Book.

Gardner, H. 1999. Intelligence Reframed.USA: Basic Books.

Hanizah Hamzah (2011a). Mentaksir ciri tret psikologi murid: penerokaan dimensi baru.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hanizah Hamzah (2011b). Profil: Kenali murid. tingkatkan prestasi. Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hair, Black and Babin. 2010. Multivariate Data Analysis : A Global Perspective. 7th.
Edition.U.S: Pearson Publication

Holland,J.L. (1973). Making Vocational Choice: A Theory of Career. Englewood Cliff, New
Jersey: Prentice Hall Inc.

Holland,J.L. (1985). Manual for the Vocational Preference Inventory. Odessa, Florida:
Psychological Assessment Resources.

Holland, J.L. (1996). Making Vocational Choice: A Theory of Vocational Personality and Work
Environment. Edessa, Florida: Psychological Assessment Resources.

Mohd Ali Jaamat. (2009). Pembinaan Modul Kesedaran Kerjaya Untuk Pelajar Sekolah
Menengah Di Negeri Sembilan. Kertas Kerja Konvensyen PERKAMA Ke 14. UPM.

Mohd. Sani bin Ismail. (2011).Kematangan kerjaya, efikasi kendiri kerjaya dan penglibatan
pelajar dalam aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya . Tesis Doktor Falsafah
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012a. Manual Pentaksiran Psikometrik. Lembaga
Peperiksaan.

32
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012b. Inventori Minat Kerjaya. Lembaga Peperiksaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia -2013-2025.

Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan kerjaya : Teori & Praktis. Serdang. Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Parsons, F. 1909. Choosing a vocation. Boston, MA, US: Houghton, Mifflin and Company
Smith L.G. and Smith J.K. 1994. Lives in education. A narrative people and ideas Second
Edition.New York:St Martins Press.

Smith, M.K. 2002. Howard Gardner and Multiple intelligences The Encyclopaedia of informal
education.

Super, D. E. 1957. The psychology of careers: An introduction to vocational development. New


York: Harper & Brothers

Super, D.E. 1971.The psychology of career. New York: Harper & Row Publisher.
Super.D.E. 1990. A life-space, Life Space Approach toCareer Development. In D. Brown,L.
Brooks & Associations (Eds.) Career Choice and Development (3rd Ed). San
Francisco:Jossey-Bass Inc.

Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Universiti Putra Malaysia,
Serdang, selangor Darul Ehsan.

Super, D.E. (1984). Career and life Development. Dalam Career Choice and Development,
disunting oleh D.Brown, L. Brooks, and Associates. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Wechsler,D.1974. Manual for the Wechsler intelligence scale for children Revised.

33
Panel penggubal:
1. Prof. Madya Dr. Rorlinda binti Yusof
Pusat Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Dr. Zainuriyah binti Abdul Khatab


Malaysian Open University, Selangor

3. Dr. Ramlan bin Hamzah


IPG Kampus Teknik, Kuala Lumpur

4. Pn. Norliza binti Jaafar


IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

5. Pn. Sharifah Hanizah binti Syed Jaafar


SMKA Dato Hj Abu Hassan Hj Sail, Rembau, Negeri Sembilan

6. Pn. Najahah binti Shafie


SMK Perempuan Kapar, Klang, Selangor

7. Pn. Inah Kuala Abdullah


SMK Puteri, Negeri Sembilan

8. En. Ahmad Sulaiman bin Mohammed


SK Rahang, Negeri Sembilan

9. Pn. Yusnizal binti Ismail


SK Tanjung Minyak 2, Melaka

10. En. M. Fazuli bin Khamis


SK Taman Molek, Johor

11. En. Mohd Zahari Safuan bin Draffar


SK Ganun, Melaka

12. En. Azizi bin Lamat


SK Taman Paroi Jaya, Negeri Sembilan

13. En. Safar Ershad bin Majeran


SK Senaling, Negeri Sembilan

14. En. Hafrul Nizam bin Mohd Isa


SMK Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

15. Pn. Siti Hajar binti Mohd Basir


SK Undang Jelebu, Negeri Sembilan

16. Pn. Suziana binti Marni


SK Taman Pelangi Indah, Johor

34
17. Pn. Nor Juliati binti Ahmad
SK King George V, Negeri Sembilan

18. Pn. Norbaya binti Hj Abd. Shattar


SK St Paul, Negeri Sembilan

Urusetia
1. En. Abd Aziz bin Mohd Hassan
Lembaga Peperiksaan Malaysia

2. En. Suhaimi bin Yop


Lembaga Peperiksaan Malaysia

3. En. Hamzah bin Ishak


Lembaga Peperiksaan Malaysia

35

You might also like