You are on page 1of 6

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK/AKTIVITI TEMPOH PELAKSANAAN

: : : : :

EVONNE KERAPA AK GUBAH (PT122065CT) DPLI SEJARAH SMK DURIN SIBU SARAWAK Program Ops Ponteng Mac hingga Jun 2013

OBJEKTIF AM Meningkatkan kehadiran pelajar ponteng kelas menengah rendah untuk hadir ke sekolah. OBJEKTIF KHUSUS 1. Dapat meningkatkan peratusan kehadiran pelajar menengah rendah untuk hadir ke sekolah. 2. Dapat meningkatkan semangat dan motivasi pelajar untuk hadir ke sekolah. 3. Dapat memupuk minat pelajar hadir ke sekolah. STRATEGI PELAKSANAAN: 1) Menjalankan program Ops Ponteng untuk tempoh 3 bulan ( Mac-Jun) Kempen Kedatangan penuh. Murid yang penuh kedatangannya dalam tempoh kempen dijalankan akan diberi (hadiah dan Sijil). Penilaian untuk anugerah akan dilakukan di setiap bulan. 2) Program Mentor-mentee. Setiap guru dikehendaki membimbing menteenya yang bermasalah. Perjumpaan diadakan secara berkala atau bila-bila masa perlu. Guru akan mengumpulkan maklumat dengan menggunakan instrument yang disediakan. 3) Ceramah Motivasi. Dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

JADUAL PELAKSANAAN PROJEK/AKTIVITI Tarikh 16 Mac 2013 11 April 2013 Proposal kajian diluluskan oleh pensyarah penyelia Pekara Menghantar proposal kajian kepada pensyarah penyelia untuk di semak

12 April 2013

Perbincangan proposal kajian dengan pengetua dan penolong kanan 1

15 April 2013

Perbincangan berkaitan kajian dan mendapatkan maklumat awal daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Mendapatkan maklumat pelajar kerap ponteng dari guru kelas. Mendapatkan maklumat daripada buku rekod kehadiran pelajar ponteng. Mendapatkan maklumat daripada buku rekod pegerakan pelajar dalam kelas. Mendapatkan maklumat dari sistem salah laku displin sekolah.

16 April 2013

Perbincangan dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling tentang aktiviti yang melibatkan kerjasama mereka.

17 April 2013

Pelaksanaan Kajian Tindakan: Mengedar borang soalselidik kepada responden Program Motivasi (Ceramah kesedaran) oleh Unit Bimbingan dan kaunseling SMK Durin. Pelancaran Kempen Kempen kehadiran penuh

17 April 2013

Kempen kehadiran penuh bermula yang melibatkan pelajar menengah rendah sahaja itu tingkatan 1,2 dan 3

15 Jun 2013

Penghantaran laporan kajian kepada pensyarah penyelia

Selepas kumpulan kami menerima tajuk kajian tindakan daripada pihak sekolah ini pada 10 Mac 2012, kami telah duduk bersama di perpustakaan untuk membincangkan pendekatan yang terbaik bagi melaksanakan program Opp Ponteng kami. Kami menggunakan masa yang agak panjang untuk menentukan pendekatan yang hendak digunakan kerana kami sedar bahawa setiap program yang bakal dilaksanakan mempunyai kesukaran dan cabaran yang tersendiri kelak. Lantas, kami pun mula mengenalpasti objektif yang hendak kami capai pada akhir kajian tindakan kami kelak. Sepanjang merancang program Ops Ponteng ini, kami juga menghadapi kesukaran untuk menentukan kaedah yang mahu kami gunakan untuk mencapai objektif kajian kami kelak. Namun, dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan yang dapat kami kenal pasti terhadap semua teknik dan kaedah yang sedia ada, serta kesesuaiannya terhadap tajuk ini, akhirnya kami bertekad untuk menggunakan gabungan beberapa jenis kaedah untuk menjayakan kajian kami. Antaranya program Mentor Mentee, pemberian hadiah dan ceramah motivasi. Kekuatan Projek/Aktiviti: Sepanjang kajian ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam program ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan hari akhir program ini kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam merancang sesebuah program dan menjalankan kajian tindakan sebelum ini. Ada di antara ahli kumpulan kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut. Kekuatan yang lain pula semasa kami menjalankan projek mengurangkan kadar ponteng pelajar menengah rendah ialah kami mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada pihak sekolah SMK Durin terutamanya daripada Pengetua sekolah iaitu Encik Kuso Anak Jantan dan Penolong kanan 1 Encik Khairi Azman Bin Bahrum. Hal ini kerana tajuk yang kami kaji ini merupakan atas permintaan pihak sekolah bagi mengatasi masalah ponteng ini dari peringkat awal lagi. Dengan itu, kami mendapat bantuan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Durin iaitu Cikgu Jenang Sudin dan juga Cikgu Evelyn Kong.Selain daripada itu juga, SMK Durin sememang sudah mempunyai JawatanKuasa Ponteng yang diketuai oleh Cikgu Bilong Akah dan Cikgu Norhaslin binti Mustafa. Hal ini juga boleh dilihat melalui komunikasi dua hala antara

pihak sekolah dan pengkaji dapat dilihat khususnya sewaktu pemberitahuan sesuatu maklumat pihak pentadbir akan memberitahu maklumat-maklumat terbaru kepada pengkaji khususnya perkara yang berkaitan dengan kajian tindakan ini.Pemberitahuan maklumat mengikut susunan pihak pentadbir dari rendah ke tinggi bermula dengan PK Pentadbiran, diikuti PK Hal Ehwal Murid dan kemudiannya dikuti oleh Pengetua. Justeru, pengkaji sentiasa mendapat maklumat terbaru dari pihak pentadbir dan sentiasa mengetahui maklumat semasa tentang ponteng dikalangan murid.

Kelemahan Projek/Aktiviti: Kesuntukan masa dalam menyiapkan tugasan. Masalah ini adalah masalah yang utama kerana masa kajian ini sangat terhad tambahan pula kami masing-masing terikat dengan banyak tanggungjawab lain yang perlu juga diselesaikan. Keadaan ini menyebabkan kami tidak mempunyai masa yang cukup atau masa yang sangat terhad. Tambahan pula kajian yang kami lakukan ini merupakan sebuah tajuk kajian yang besar tetapi malangnya masa yang diperuntukkan pula adalah sangat terhad.Malahan, untuk mendapatkan hasil kajian kami perlu menunggu dari satu bulan selama tiga bulan berturut-turut. Masalah yang lain pula ialah responden yang kami kaji kebanyakkan merupakan golongan pelajar yang lemah dalam pencapaian matapelajaran. Jadi boleh dikatakan hampir 30% daripada responden kami tidak tahu membaca dan keadaan ini meyukarkan pengumpulan data kami menggunakan borang soal selidik bagi mengetahui faktor-faktor mereka ponteng ke sekolah. Responden ini telah dibantu para pengkaji dengan membacakan soalan secara lisan. Bagi program motivasi yang melibatkan Ceramah Motivasi yang oleh Unit Bimbingan dan kaunseling pula, terdapat beberapa responden sasaran tidak dapat hadirkan diri semasa sesi ceramah. Ini kerana mereka turut tidak hadir ke sekolah semasa sesi ceramah diadakan walaupun telah di maklumkan. Keadaan ini menyukarkan pencapaian objektif kajian tindakan kami kerana responden ini boleh dikatakan merupakan golongan pelajar ponteng tegar dan juga golongan yang ingin berhenti sekolah. Dalam program Mentor Mentee pula, kami cuba menemui responden yang tidak hadir ke sekolah untuk mengetahui punca dia tidak hadir tetapi malangnya terdapat sesetengah responden tidak berani pergi berjumpa kami walaupun telah dipanggil berkali-kali. Akhirnya pengkaji terpaksa pergi ke kelas untuk berjumpa dengan responden. Keadaan ini menyukarkan kejayaan program Mentor Mentee. Dalam kajian lepas untuk menunjukkan bahawa pengkaji telah membaca kajian-kajian lepas dan telah mengumpul maklumat penting berkaitan dengan bidang fokus kajian. Kumpulan kami menghadapi masalah di sini kerana perpustakaan yang berdekatan dan ini menjadikan bahan rujukan sangat terhad. Bagi mengatasi masalah tersebut kami begantung kepada sumber yang terdapat di internet dan buku-buku milik peribadi sahaja.

Cadangan Penambahbaikan: Ponteng sekolah merupakan satu masalah disiplin yang semakin serius dikalangan pelajar sekolah menengah. Masalah-masalah disiplin yang lain akan timbul sekirannya masalah ponteng ini tidak dibendung dan dikawal. Hal sedemikian akan berlaku disebabkan pelajar yang ponteng akan menggunakan masa tersebut dengan melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak senonoh. Mereka akan diperalatkan oleh kumpulan anasir-anasir yang jahat seperti kumpulan Mat Rempit. Apabila mereka telah terjebat dalam kumpulan ini mereka akan melibatkan diri dalam kes curi motosikal dan lumba haram. Perlaksanaan rancangan program pendidikan negara akan terganggu sekiranya masalah disiplin pelajar ini terus berlaku. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan itu, bagi mengatasi masalah ponteng ini kita perlu menbahteras dari akar umbinya iaitu daripada rumah atau peringkat ibu bapa. Jadi penglibatan ibu bapa perlu di turut sertakan sekali dalam Program Ops Ponteng yang mendatang. Bak kata perpatah rambut sama hitam, hati lain-lain begitu juga pelajar-pelajar yang terdapat di sekolah. Faktor keadaan persekitaran sekolah yang membosankan bagi setengah pelajar turut menyumbangkan kadar ponteng. Bagi mengurangkan keadaan ini, boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.Justeru itu, kempen ini turut perlu meningkatkan kesedaran para guru yang mereka juga memainkan peranan yang penting bagi mengatasi masalah ponteng ini dan bukan hanya menyalahkan pelajar sahaja tetapi mereka juga perlu peka dengan perubahan arus pembangunan dalam mendidik pelajar zaman kini. Mewujudkan budaya dan suasana mesra guru dan murid. Dendaan dan hukuman nampaknya tidak dapat menyelesaikan masalah murid ponteng dengan berkesan,sebaliknya menyebabkan murid semakin menjauhkan diri daripada guru dan juga sekolah.Kasih sayang serta empati yang tinggi perlu ada dalam diri setiap orang guru.Program dan kursus berkaitan dengan bagaimana mewujudkan kemesraan dan menyayangi perlu diberi kepada setiap orang guru.Ilmu tentang psikologi remaja perlu dijadikan intipati kursus yang dijalankan secara berkala dan berterusan.Namun begitu, jika budaya penyayang tidak berkesan pihak sekolah boleh menggunakan peruntukan undang-undang di peringkat sekolah untuk menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.Bidang kuasa polis yang sedia ada juga boleh digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak

pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Dengan erti kata lain, adanya kerjasama semua pihak masalah ponteng pasti boleh dikurangkan. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya murid-murid yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Kerjasama seluruh pihak perlu digembelingkan dengan serius untuk menangani masalah ponteng ini.Masyarakat sekeliling turut perlu diminta berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan.Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis dalam kalangan masyarakat. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

Akhir sekali, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur.Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Marilah sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah ini.

Kesimpulan: Kegiatan ponteng merupakan masalah serius yang wujud di kebanyakan sekolah menengah di negara ini. Kegiatan ponteng ini mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng. Sekiranya ia tidak ditangani secara tuntas, ia boleh menjejaskan sumber manusia yang akhirnya membantutkan usaha pembangunan negara. Oleh itu semua pihak seharusnya memandang serius akan gejala ini dan berkerjasama untuk membasminya. Secara keseluruhannya, melalui kajian ini dapat mengurangkan kadar ponteng di SMK Durin.Pengkaji berharap kaedah yang menjadi titik permulaan membahteras gejala ponteng pada peringkat awal lagi iaitu peringkat menengah rendah dan dapat diteruskan pada hari yang mendatang.

You might also like