You are on page 1of 12

LAPORAN PELAKSANAAN

PROGRAM MARI MEMBACA BERSAMA (LETS READ TOGETHER)

PROGRAM : PROGRAM MARI MEMBACA BERSAMA


SASARAN : SEMUA MURID DAN GURU
AKTIVITI:
i.
ii.

TAKLIMAT DAN AGIHAN AJK PELAKSANA DAN PENGGERAK


PROGRAM 10 MINIT BERSAMA BUKU (GURU DAN MURID)

TEMPOH PELAKSANAAN : 22 APRIL 2014


MATLAMAT
Memupuk budaya membaca dikalangan warga sekolah khususnya murid-murid.
OBJEKTIF
1. Membina tabiat gemar membaca.
2. Mewujudkan suasana yang kondusif dan efektif serta menyeronokkan dalam
aktiviti membaca.

STRATEGI PELAKSANAAN
Program ini dilaksanakan pada 22 April 2014 yang lalu. Sebelum melaksanakan
program ini kami telah berbincang dengan pentadbir sekolah supaya bersesuaian
dengan takwim sekolah. Sebagai langkah pertama satu taklimat bersama AJK PSS
telah

diadakan

bertujuan

untuk

melicinkan

perjalanan

program

yang

bakal

berlangsung.Dalam mesyuarat tersebut satu jawatankuasa kerja telah dilantik dengan


persetujuan sebulat suara.

PERJALANAN PROGRAM
1

Kami telah mengendalikan Program Mari Membaca Bersama di tapak


perhimpunan sekolah pada hari Selasa bersamaan 22 April 2014. Program ini di
adakan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.Program ini diadakan pada jam
8.00 pagi di Dataran Perhimpunan dengan disertai oleh murid-murid dan guru-guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas. Program ini dimulakan dengan taklimat oleh
Penyelaras NILAM sekolah, Puan Hartini binti Johari.

Gambar 1: Taklimat Program oleh Guru


Penyelaras NILAM SK Bukit Nanas, Puan
Hartini Binti Johari.

Gambar 2: Kalangan guru yang turut


serta mengagihkan
kepada
murid- buku yang melibatkan
Selepas itu,acara diteruskan
dengan aktivitibuku
10 minit
bersama
murid.

semua guru dan murid membaca serentak di tapak perhimpunan.

Gambar 3: Program Mari Membaca


Bersama dijalankan serentak.

Gambar 4: Pelajar memberi sepenuh


tumpuan dalam aktiviti bacaan 10 minit
ini.

Kerjasama yang padu oleh semua pihak telah banyak membantu dalam
menjayakan Program Mari Membaca Bersama peringkat sekolah pada kali ini. Semoga

pada tahun hadapan program ini akan dirancang lebih awal bagi membolehkan
penyediaan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik untuk galakan membaca ini.

Disediakan oleh;

Disahkan oleh;

(PN HARTINI BT JOHARI)

Tuan Haji Mat Salleh bin Abd. Wahab,

Penyelaras NILAM,

Guru Besar,

SK Bukit Nanas,

SK Bukit Nanas.

Kuala Terengganu.

REFLEKSI
KEKUATAN PROJEK
Pada pandangan kami program ini telah mencapai objektifnya. Program ini
dijalankan bersesuaian dengan masanya kerana murid bakal menduduki UPSR. Ianya
kerana murid harus merasa seronok berada di sekolah dan perlu mempunyai keyakinan
diri.
Justeru, banyak program telah dilaksanakan untuk menarik minat murid supaya
rajin ke sekolah . Di samping itu, murid dapat menambah ilmu pengetahuan dan
pengalaman murid serta mendidik mereka berdikari dengan pelbagai aktiviti. Selain itu,
program ini dapat mendidik dan menerapkan nilai nilai murni dalam kalangan murid di
samping menanamkan sikap

bekerjasama dalam kumpulan setiap aktiviti yang

dijalankan. Kami dapat perhatikan sikap para peserta yang bersemangat tinggi dan

saling membantu dalam kumpulan tanpa mengira tahap akademik atau kebolehan
masing masing.
Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kerana pihak pentadbir memberi
kerjasama dan bimbingan. Peranan pengurus sekolah dan tutor amat penting untuk
menjayakan program ini. Kami juga berterima kasih kepada semua guru yang terlibat
dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam program ini walaupun terdapat
kekangan masa mengajar dan menjalankan aktiviti. Penghargaan juga kepada Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Kemahang (2) di
bawah pimpinan Ustaz Abd. Aziz Bin Ismail yang telah menyumbangkan wang untuk
melancarkan program ini. Dengan peruntukan wang tersebut para peserta menerima
hadiah dan bahan bahan untuk pelbagai aktiviti tanpa meminta sumbangan daripada
peserta.
Program seperti ini juga diharapkan dapat diteruskan lagi pada tahun tahun
akan datang dengan penambahbaikan aktiviti aktiviti yang dijalankan.

b. KELEMAHAN PROJEK
Kami telah merancang awal pelaksanaan Program dengan bimbingan tutor kami
untuk aktiviti selama tiga hari. Kami juga sentiasa memastikan pelaksanaan program
mengikut jadual yang disediakan. Program ini juga terdapat kelemahannya yang perlu
diberi perhatian pada masa akan datang. Perancangan kami berjalan lancar pada hari
pertama cuma pengurusan masa yang kurang dititikberatkan ketika melakukan aktiviti.
Terdapat aktiviti yang memakan masa yang agak lama tetapi peruntukan masanya
sedikit. Ada juga aktivti yang sepatutnya memerlukan masa yang panjang tetapi selesai
awal. Kami akan lebih berhati hati tentang pengurusan masa pada masa datang.
Program Jana Potensi menarik perhatian murid untuk ke sekolah. Program
program yang dirancang membuatkan murid teruja untuk menyertainya. Murid - murid

menjadi agak bising dan tidak terkawal semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Kami
akan memastikan masalah disiplin murid akan terkawal pada masa akan datang.
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Program Jana Potensi akan lebih menarik sekiranya murid terlibat secara
langsung

dengan

komuniti

setempat.

Pada

masa

akan

datang

kami

akan

mencadangkan supaya murid murid diberi pendedahan mengadakan aktiviti di luar


sekolah supaya dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara komuniti setempat.
Program ini juga akan berjalan lancar sekiranya murid Tahun Enam mempunyai
dananya sendiri. Dana ini boleh diperoleh daripada sumbangan ibu bapa atau badan
badab tertentu misalnya

pihak Felda selain daripada PIBG. Dana ini perlu diurus

dengan baik demi kepentingan murid pada tahun tahun berikutnya. Untuk
mewujudkan Dana Tahun Enam ini bukanlah perkara mudah. Komintmen yang tinggi
serta pengorbanan pihak pihak tertentu amat penting.

CATATAN REFLEKSI
1. ISU / PERKARA YANG DIFOKUSKAN:
TAKLIMAT DAN PELANTIKAN AJK
2. ANALISIS ISU / PERKARA YANG DIFOKUS :
2.1 KEKUATAN
Taklimat kepada pelajar telah dikendalikan oleh kami sendiri dan berjalan
lancar. Pelajar dapat membentuk kumpulan dengan cogankata yang memberi
semangat kepada kumpulan masing masing. Pelajar juga mencipta nama

kumpulan dan cogankata pada kertas manjong dan berbangga dengan


kumpulan masing masing. Secara tidak langsung telah memupuk
semangat bekerjasama antara kumpulan.
2.2 KELEMAHAN
Tiada kelemahan yang ketara dikesan dalam program ini. Program ini
dimulakan lewat sedikit kerana persiapan dewan dan siaraya. Namun tidak
menjejaskan perjalanan program tersebut.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Apa sahaja kelemahan akan diatasi pada masa akan datang. Kami akan
memastikan persiapan dewan dan siaraya akan dibuat lebih awal untuk
melancarkan perjalanan program ini.

1. ISU / PERKARA YANG DIFOKUSKAN:


KUIZ PENGETAHUAN AM
2. ANALISIS ISU / PERKARA YANG DIFOKUS :
2.1 KEKUATAN
Kuiz Pengetahuan Am dikelolakan oleh Pn.Shuhaini dan dibantu oleh
kami. Program ini berjalan lancar dan hampir semua pelajar dapat
menjawab setiap soalan. Kuiz ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan
kepada pelajar pengetahuan pengetahuan am yang sebelum ini tidak
diketahui oleh pelajar.
2.2 KELEMAHAN
Program ini dijalankan agak lewat sedikit iaitu pada pukul 11 pagi kerana
urusan borang pemarkahan yang tidak disediakan. Kami telah bertindak
menyediakan

borang pemarkahan .Kuiz ini juga telah selesai awal

daripada masa yang dijangkakan kerana penyediaan soalan yang sedikit.


8

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Apa sahaja kelemahan akan diatasi pada masa akan datang. Kami
akan memastikan borang permarkahan akan dibuat lebih awal untuk
melancarkan perjalanan program ini. Soalan juga perlu diperbanyakkan
untuk memastikan program selesai tepat pada masanya.

1. ISU / PERKARA YANG DIFOKUSKAN:


GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH
ANALISIS ISU / PERKARA YANG DIFOKUS :

2.1 KEKUATAN
Gotong royong kawasan sekolah telah diatur oleh Ustaz Khairulazhar.
Ustaz Khairulazhar telah membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan untuk membersihkan kawasan Dataran Persada dan bilik bilik
khas. Aktiviti ini telah menjadikan kawasan Dataran Persada menjadi
bersih dan akan dicat dengan warna hitam dan putih pada pembahagi
jalan setelah diberus bersih. Bilik bilik khas telah dibersihkan dan
disusunatur dengan baik. Aktiviti ini telah meningkatkan semangat
kerjasama dan memupuk minat menjaga kebersihan.
2.2 KELEMAHAN
Murid - murid telah bekerjasama membersihkan kawasan Dataran
Persada dan bilik bilik khas. Terdapat sedikit kelemahan semasa murid
melakukan aktiviti tersebut. Murid tidak diberi minuman atau makanan
yang dapat menghilangkan penat lelah murid. Sekiranya murid diberi
ganjaran dalam apa jua bentuk, pasti murid akan gembira dan bekerja
dengan lebih bersemangat lagi.

2. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kami bercadang akan menyediakan persegaran kepada murid supaya
murid

akan

lebih

bersemangat

dan

gembira

melakukan

aktiviti.

Peruntukan kewangan akan diminta daripada pihak pentadbir dan


diharapkan pihak pentadbir akan memberi kerjasama yang sewajarnya.

1. ISU / PERKARA YANG DIFOKUSKAN:


PROGRAM BINA INSAN AKTIVITI KEAGAMAAN

2. ANALISIS ISU / PERKARA

YANG DIFOKUS

2.1 KEKUATAN
Program ini telah diketuai oleh Ustaz Khairulazhar. Aktiviti yang dijalankan
telah meninggalkan kesan positif kepada murid. Takzirah yang diberikan
membuka minda murid untuk berfikir yang mana baik yang mana tidak
baik. Murid juga didedahkan cara solat dhuha yang sebelum ini murid
belum pernah melaksanakannya. Aktiviti ini telah meningkatkan amalan
dan mendidik diri ke arah kebaikan.
2.2 KELEMAHAN
Aktiviti ini tidak ada kelemahannya kerana semuanya ke arah kebaikan.
Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti pada hari ini agak terhad. Banyak
lagi aktiviti yang boleh dijalankan sekiranya lebih ramai guru yang dapat
membantu aktiviti keagamaan ini. Selain itu, kelemahan yang ketara
,murid yang uzur (tidak boleh solat) tidak melakukan apa apa aktiviti
semasa murid menunaikan solat hajat dan solat dhuha.
3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pada masa akan datang kami ingin mencadangkan supaya lebih panjang
lagi masa untuk aktiviti keagamaan ini. Sekiranya masa agak panjang
10

banyak

aktiviti

lain

dapat

dijalankan.

Guru

juga perlu ditambah untuk melancarkan perjalanan aktiviti yang dirancang.


Murid yang tidak boleh solat dicadangkan melakukan lain yang dapat
memenuhi masa terluang mereka.
1. ISU / PERKARA YANG DIFOKUSKAN:
PERTANDINGAN MEMASAK

2. ANALISIS ISU / PERKARA YANG DIFOKUS


2.1 KEKUATAN
Pertandingan memasak telah menarik minat murid untuk mencuba. Aktiviti
ini dapat memupuk minat murid bekerjasama dan mendidik murid belajar
berdikari. Selain itu, aktiviti ini memberi pendedahan kepada murid
bagaimana cara memasak yang mudah dan berkhasiat. Murid juga
menggunakan kreativiti mereka untuk menghias dan mempersembahkan
hidangan mereka. Aktiviti ini dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.
2.2 KELEMAHAN
Aktiviti ini menggunakan bahan bahan yang memerlukan penggunaan
air yang banyak. Banyak sisa sisa bahan yang bertaburan dan perlu
dibersihkan. Murid juga kurang menitikberatkan aspek kebersihan semasa
memasak.
3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pada masa akan datang kami akan memastikan murid mementingkan
kebersihan dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. Setiap kumpulan perlu
mempunyai bakul sampah di meja masak masing masing. Walau
bagaimanapun, guru guru sentiasa memastikan kebersihan tempat
dijaga oleh murid.

11

RUMUSAN
Tuntasnya, Program Jana Potensi telah mencapai matlamatnya dan mendapat
respon yang baik dalam kalangan pelajar. Ini dapat dijelaskan dalam Graf 1 : Respon
pelajar terhadap program melalui Borang Soal Selidik yang dijalankan.

Graf 1 : Respon pelajar terhadap program


Markah item yang diuji
80 - 100
60 - 79
40 59
20 39
0 - 19
Jadual 1 : Markah item dan respoden

Bilangan responden
9
1
-

Berdasarkan Graf 1 seramai 10 orang pelajar dipilih sebagai respoden untuk


mengkaji keberkesanan program ini kepada murid. Responden dipilih secara rawak dari
kedua dua kelas. Pada minggu kedua setelah selesai program, respoden telah diberi
beberapa item soalan untuk dijawab. Hasil dapatan menunjukkan 9 orang atau 90 %
sangat bersetuju program ini dijalankan dengan berkesan. Hanya seorang atau 10 %
sekadar setuju keberkesanannya. Kesimpulannya program ini amat berjaya.

12

You might also like