You are on page 1of 10

Perkembangan Sekolah di Malaysia

Jilid 2

SEKOLAH MODEL KHAS KOMPREHENSIF 9 (K9)

PENGENALAN

Program Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) merupakan


peluasan program Sekolah Model Khas sedia ada yang diperkenalkan
pada tahun 1995. Pada dasarnya, objektif dan aspirasi penubuhan
Sekolah Model Khas K9 adalah sama seperti program Sekolah Model
Khas sedia ada iaitu menyediakan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan
yang sama rata kepada semua murid. Namun begitu, dari segi
pengoperasian antara kedua-dua program ini mempunyai perbezaan
yang jelas.

Pengoperasian Sekolah Model Khas K9 dilaksanakan adalah di premis


sekolah rendah yang sama dengan menawarkan yang menyediakan
pendidikan pada peringkat rendah hingga peringkat menengah rendah
(tahun satu sehingga tingkatan tiga). Manakala Sekolah Model Khas
sedia ada dioperasikan di sekolah menengah yang mengendalikan
pendidikan peringkat rendah Tahap Dua (tahun empat, lima dan enam)
hingga peringkat menengah atas (tingkatan satu hingga lima).

Sekolah Model Khas K9 atau lebih dikenali sebagai Sekolah K9


diwujudkan di kawasan pedalaman bertujuan untuk meningkatkan
enrolmen murid di kawasan terpencil khususnya petempatan orang asli
bagi mengatasi masalah keciciran dalam kalangan murid.

Sekolah K9 yang pertama iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar 2, Paloh


Hinai, Pekan, Pahang dirasmikan pada 8 September 2007 oleh
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Abdul
Razak. ketika itu telah merasmikan Sekolah K9 yang pertama iaitu
Sekolah Kebangsaan Bandar 2, Paloh Hinai, Pekan, Pahang.
Pengoperasian secara rintis sekolah tersebut sebagai Sekolah Model
Khas K9 bermula pada tahun 2008 dengan pengambilan murid
tingkatan satu. Sehingga tahun 2022, terdapat sembilan buah sekolah
yang sudah beroperasi sebagai K9 termasuk Sekolah Kebangsaan RPS
1
Perkembangan Sekolah di Malaysia
Jilid 2

Betau (JAKOA) yang mempunyai murid berkeperluan pendidikan khas


(MBPK).

Konsep Sekolah Model Khas K9

Sekolah Model Khas K9 ialah sebuah sekolah yang menyediakan


pendidikan yang kondusif kepada murid pedalaman terutamanya murid
peribumi yang terdiri daripada kaum Asli dan Penan. Murid yang
mengikuti pendidikan di sekolah ini akan mengikuti pendidikan
sembilan tahun bermula sekolah rendah pada tahun satu hingga tahun
enam sebelum meneruskan persekolahan ke peringkat menengah rendah
sehingga iaitu tingkatan satu hingga tingkatan tiga di sekolah yang
sama.

Sekolah K9 SK Betau, Kuala Lipis, Pahang

Matlamat dan Objektif Sekolah Model Khas K9

2
Perkembangan Sekolah di Malaysia
Jilid 2

Matlamat utama pelaksanaan Sekolah K9 adalah bertujuan menangani


isu keciciran murid semasa fasa transisi dari tahun enam ke tingkatan
satu dengan cara mengoptimumkan penggunaan kemudahan Sekolah
Kurang Murid (SKM). Objektif Sekolah K9 adalah seperti yang berikut:

1. Menyediakan peluang kepada murid lepasan Ujian Penilaian


Sekolah Rendah (UPSR) menjadi modal insan berkemahiran untuk
bekerja serta bersedia melanjutkan pendidikan ke peringkat yang
lebih tinggi.
2. Membolehkan murid pedalaman mengikuti pendidikan sekurang-
kurangnya sembilan tahun dari pendidikan rendah hingga ke
peringkat menengah rendah di sekolah yang sama.
3. Menangani masalah keciciran dalam kalangan murid pedalaman
terutamanya dalam tempoh transisi dari pendidikan rendah ke
pendidikan menengah.
4. Meningkatkan prestasi akademik murid pedalaman terutamanya
murid Orang Asli dan Penan.

Rasional Konsep Sekolah Model Khas K9

1. Murid pedalaman kebiasaannya mempunyai latar belakang keluarga


yang miskin dan tidak begitu mementingkan pendidikan.
2. Konsep Sekolah Model Khas K9 dapat menyediakan akses
pendidikan yang diperlukan dan isu kewangan, jarak mahupun
perhubungan bukan lagi menjadi faktor yang menghalang mereka
untuk mengikuti pendidikan.
3. Dapat meningkatkan kesedaran komuniti pedalaman terhadap
kepentingan pendidikan yang akhirnya akan meningkatkan status
sosioekonomi mereka.

Dasar Penubuhan

Pemilihan daerah untuk melaksanakan Sekolah Model Khas K9 adalah


berdasarkan kriteria di bawah.

3
Perkembangan Sekolah di Malaysia
Jilid 2

1. Status sosioekonomi yang rendah.


2. Kawasan pedalaman/penempatan masyarakat Orang Asli atau
Penan.
3. Perhubungan yang tidak sempurna.
4. Kedudukan sekolah menengah yang jauh dari penempatan.
5. Ketiadaan mod pengangkutan.

Pemilihan Sekolah Model Khas K9

1. Sekolah rendah sedia ada.


2. Kadar keciciran murid yang tinggi di sesuatu kawasan tersebut.
3. Jarak sekolah menengah yang jauh dari sekolah rendah atau
penempatan.
4. Terdapat masalah perhubungan dan pengangkutan.
5. Status sosioekonomi yang rendah di kawasan tersebut.

Pemilihan Murid

Kemasukan murid ke Sekolah Model Khas K9 adalah terbuka kepada


semua murid mengikut umur persekolahan di kawasan komuniti
setempat.

PERKEMBANGAN

Sekolah dan Lokasi

Senarai sekolah adalah seperti yang berikut:

Bil Nama Sekolah Negeri


1 SK Bandar 2 Pahang
2 SK RPS Banun Perak
3 SK Bawang Sabah
4 SK RPS Betau Pahang
5 SK Bukit Kemandol Selangor

4
Perkembangan Sekolah di Malaysia
Jilid 2

6 SK RPS Pos Kemar Perak


7 SK Long Bedian Sarawak
8 SK Pekan Pensiangan Sabah
9 SK Binjai Jaya Selangor

Senarai Sekolah Model Khas K9 yang Menawarkan


Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Sekolah Kursus
SK Banun Masakan
SK Betau Automotif & Solekan
SK Bukit Kemandol Jahitan
SK Kemar Jahitan

Kurikulum

Sekolah Model Khas K9 menggunakan Kurikulum Kebangsaan


sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian
dilakukan dari segi pelaksanaan bergantung kepada jumlah murid dan
kelas yang beroperasi. Bagi sekolah K9 yang melibatkan murid Orang
Asli dan Penan, Kurikulum Orang Asli dan Penan (KAP) digunakan
semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain daripada
itu, elemen Pendidikan Asas Vokasional (PAV) juga disediakan pada
peringkat menengah rendah di Sekolah Model Khas K9 terpilih bagi
melengkapkan murid dengan kemahiran yang bersesuaian sebagai
persiapan sebelum memasuki alam pekerjaan.

Program Bantuan Murid

Bantuan pendidikan yang diberikan kepada murid di Sekolah Model


Khas K9 adalah seperti berikut:

1. Skim Pinjaman Buku Teks (semua murid).


5
Perkembangan Sekolah di Malaysia
Jilid 2

2. Rancangan Makanan Tambahan (murid rendah).


3. Bantuan Awal Persekolahan (semua murid).
4. Program Susu Sekolah Percuma (murid rendah)
5. Pengecualian Yuran Asrama (murid rendah)
6. Bantuan Asrama oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (semua murid)
7. Bantuan Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (murid Tahun 1
hingga Tingkatan 1)
8. Biasiswa Kecil Persekutuan (murid menengah)
9. Biasiswa Yayasan Pahang (murid menengah)

Pencapaian Sekolah

Kebanyakan Sekolah Model Khas K9 menunjukkan prestasi akademik


yang agak rendah berbanding dengan sekolah arus perdana. Secara
umumnya, sekolah-sekolah ini berada dalam band di antara 5 dan 4.
Walau bagaimanapun, dari segi kokurikulum murid Sekolah Model
Khas K9 telah menunjukkan prestasi yang baik dengan pencapaian
sehingga mewakili negeri.

ISU-ISU SEKOLAH MODEL KHAS K9

Secara umumnya isu Sekolah Model Khas K9 terbahagi kepada empat


isu utama iaitu:

Isu Murid

Sekolah Model Khas K9 secara keseluruhannya berjaya menangani


masalah keciciran tetapi masalah peratusan kehadiran yang rendah
dalam kalangan murid pedalaman masih lagi berlaku. Antara faktor
menyumbang kepada masalah tersebut ialah tenaga mereka diperlukan
untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga terutamanya ketika
musim buah-buahan. Tambahan pula, semangat belajar yang rendah dan
berada dalam zon selesa menjadikan mereka kurang bermotivasi untuk
menghadirkan diri ke sekolah. Dari segi usaha meningkatkan
pembangunan sahsiah diri, emosi dan keyakinan diri dalam kalangan
6
Perkembangan Sekolah di Malaysia
Jilid 2

murid pedalaman terutamanya murid Asli dan Penan masih merupakan


satu cabaran yang berterusan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Isu ini dapat diatasi dengan memberikan murid tersebut lebih
pendedahan dengan dunia luar dan mengikis sikap terlalu bergantung
kepada guru.

Isu Ibu Bapa Murid Sekolah Model Khas K9

Masih terdapat ibu bapa kurang memainkan peranan ke arah kejayaan


pelajaran anak-anak mereka. Ramai dalam kalangan mereka tidak
mendapat pendidikan formal manakala sebahagian kecil hanya
mendapat pendidikan pada peringkat sekolah rendah sahaja. Faktor ini
antara yang menyebabkan mereka masih tidak menyedari kepentingan
pendidikan disebabkan kesukaran mengaitkan peranan pendidikan
dalam usaha mengubah status sosioekonomi mereka.

Isu Kemudahan dan Infrastruktur Sekolah

Sebilangan besar murid Sekolah Model Khas K9 disediakan kemudahan


asrama, namun begitu bagi murid yang tidak mendapat kemudahan
tersebut kebiasaannya akan berhadapan dengan masalah pengangkutan.

Selain itu, pelaksanaan PAV tidak mencapai tahap optimum disebabkan


bengkel PAV masih belum menepati spesifikasi yang ditetapkan.
Kemudahan dan peralatan yang dibekalkan bagi kursus yang
ditawarkan masih tidak mencukupi bagi tujuan latihan kemahiran
murid.

7
Perkembangan Sekolah di Malaysia
Jilid 2

Rakit antara mod pengangkutan di kawasan pedalaman

Isu Guru

Isu permohonan pertukaran guru peringkat menengah di Sekolah Model


Khas K9 ke sekolah menengah lain telah berlarutan sejak berdekad
yang lalu. Masalah ini merupakan perkara teknikal disebabkan oleh
guru-guru tersebut telah ditandakan sebagai guru sekolah rendah.

Isu Perjawatan

Sekolah Model Khas K9 tidak mempunyai jawatan Guru Penolong


Kanan (GPK) khusus bagi menguruskan murid peringkat menengah.
Kekurangan jawatan GPK ini sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran
pentadbiran sekolah dan pengurusan murid. Selain itu, kebanyakan
Sekolah Model Khas K9 menghadapi masalah untuk ditempatkan guru
Pendidikan Islam sekiranya Sekolah Model Khas K9 tersebut tidak
mempunyai bilangan murid Islam yang mencukupi.

HALA TUJU SEKOLAH

Program Sekolah Model Khas K9 perlu terus diperluas sebagai usaha


untuk mengarusperdanakan masyarakat Orang Asli seiring dengan
8
Perkembangan Sekolah di Malaysia
Jilid 2

kemajuan rakyat Malaysia. ke sekolah pedalaman lain bagi menangani


isu keciciran murid melibatkan transisi dari Tahun ke Tingkatan 1.
Sehubungan itu, aspek penyediaan prasarana yang lengkap meliputi
asrama, makmal sains, bengkel PAV, dan lain-lain akan menjadi
keutamaan. Dari segi akademik, usaha meningkatkan pencapaian
sekolah dengan menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran
tetap menjadi keutamaan. Bagi mencapai hasrat tersebut, pengajaran
dan pembelajaran berkesan diberi tumpuan melalui kemudahan VLE
FROG, i-THINK dan sebagainya. Pada masa yang sama, Sekolah
Model Khas K9 juga berusaha mengurangkan bilangan murid
bermasalah literasi dan numerasi.

Penaiktarafan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11)

Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) atau Sekolah K11


merupakan antara inisiatif baharu ke arah menyokong hasrat Rancangan
Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) iaitu menyediakan pendidikan
berkualiti untuk pembangunan Orang Asli. Sebagai kesinambungan
kepada Sekolah K9 sedia ada, pelaksanaan rintis Sekolah K11 yang kini
sedang dibangunkan oleh KPM bakal meningkatkan peluang kepada
murid Orang Asli untuk mendapat pendidikan hingga ke tingkatan lima.
Sebagai usaha pelaksanaan rancangan ini, jumlah Sekolah K9 akan
terus ditambah dan sebahagiannya akan dinaik taraf kepada Sekolah
K11. Aspek pengajaran dan pembelajaran juga akan ditambah baik,
termasuk meningkatkan kualiti guru dan kemudahan di sekolah.

PENUTUP

Sekolah K9 adalah satu program yang menyediakan akses pendidikan


yang berkualiti kepada murid pedalaman terutamanya dalam kalangan
murid peribumi iaitu Orang Asli dan Penan. Pelaksanaan Sekolah
Model Khas K9 juga merupakan penyelesaian terbaik dalam menangani
masalah keciciran murid terutamanya ketika proses transisi dari tahun
enam ke tingkatan satu. Penawaran program PAV di Sekolah K9 juga
dapat memberi pilihan kepada murid yang berminat untuk menceburi
9
Perkembangan Sekolah di Malaysia
Jilid 2

bidang kemahiran. Bantuan-bantuan Pelbagai bantuan pendidikan yang


disalurkan oleh KPM dan agensi lain kepada murid Sekolah K9 adalah
sebagai sokongan kepada mereka untuk meneruskan pendidikan di
sekolah tersebut. Secara keseluruhannya, dasar KPM dalam
merealisasikan Sekolah K9 dilihat berjaya mengurangkan kadar
keciciran sewaktu transisi murid dari peringkat sekolah rendah ke
peringkat menengah rendah.

Pendidikan berkualiti merupakan kunci utama dalam mempercepatkan


pembangunan sosioekonomi masyarakat Orang Asli. Sungguhpun
pelaksanaan program ini telah menjangkau lebih dua dekad tetapi masih
terdapat isu-isu yang berkaitan dengan guru, perjawatan dan murid yang
memerlukan penelitian khusus daripada KPM. Sehubungan itu, langkah
mentransformasikan Sekolah Model Khas K9 adalah perlu supaya
program ini dapat bergerak seiring dengan pembangunan pendidikan
arus perdana.

10

You might also like