You are on page 1of 19

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TATAU / SEBAUH

KERTAS KERJA

PROGRAM BIMBINGAN SISC+


TAHUN 2022

SEKTOR PEMBELAJARAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TATAU / SEBAUH

Memperkasakan Pendidikan, Melestarikan Kemenjadian


Murid
KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1. Pendahuluan 1

2. Rasional 1

3. Objektif 1-2

4. Tempoh Pelaksanaan 2

5. Kumpulan Sasaran dan Kriteria Pemilihan 2

6. Senarai Pegawai SISC+ 3

7. Senarai Cadangan Sekolah Yang Akan Dibimbing 3

8. Cadangan Guru dan ML Yang Akan Dibimbing 3

9. KPI (indikator Output dan Outcome) 3

10. Implikasi Kewangan (Bajet) 3

11. Jawatankuasa Program 4

12. Strategi Pelaksanaan Bimbingan SISC+ 4-7

13. Pengurusan Risiko 7

14. Kaedah Pemantauan Program 8

16. Penutup 8
1.0 Pendahuluan

Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah / School Improvement Specialist Coaches Plus


(SISC+) ialah satu daripada inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
di bawah Program Transformasi Daerah (DTP) menerusi ANJAKAN YANG KEENAM (6), iaitu
mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan. Bermula tahun 2019, perubahan pengoperasian bimbingan SISC+ adalah kepada
Pemimpin Pertengahan atau Middle Leaders (ML) iaitu Guru Kanan Mata Pelajaran (KB) dan
Ketua Panitia (KP) merujuk kepada surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak pada 25 Januari 2019 dengan nombor rujukan: JPSW.SJQ.100-13/11/2(42).

Malahan, penambahbaikan fungsi SISC+ juga diwujudkan berdasarkan Waran S90/2019 yang
diluluskan pada 1 Jun 2019. Berdasarkan kehendak dan perubahan tersebut, bidang tugas
SISC+ terkini adalah untuk memberikan sokongan kepada guru daripada pelbagai aras
pencapaian sekolah dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian. Di samping itu, SISC+
membimbing dan membangunkan ML daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek
penyeliaan dan pembelajaran. Natijahnya, perubahan fungsi dan peranan SISC+ yang telah
ditambahbaik adalah bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru di sekolah
berdasarkan SKPMg2 Standard 4. Pada akhirnya, segala tumpuan terhadap usaha ini
merealisasikan ciri sekolah berkesan dan juga kemenjadian murid.

2.0 Rasional
Rasional program ini dilaksanakan adalah untuk:
2.1 Memberi sokongan kepada sekolah dengan menjadi pembimbing sepenuh masa;
2.2 Membantu meningkatkan pengenalan kurikulum baru dan penilaian PdP kepada
guru yang dibimbing; dan
2.3 Memberi panduan kepada guru-guru di sekolah yang dibimbing tentang amalan PdP
yang cemerlang

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan kualiti PdP guru di sekolah yang dibimbing sehingga boleh mencapai
tahap cemerlang SKPMg2 Standard 4;
3.2 Memberikan bimbingan dan sokongan kepada guru di sekolah yang dibimbing
sehingga boleh mempraktikkan kurikulum, pedagogi dan penilaian secara holistik dan
berkesan;
3.3 Memberikan bimbingan dan membangunkan ML di sekolah yang dibimbing supaya
mampu melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran secara berhemah
dan berimpak tinggi;
3.4 Menganalisis kemajuan dan pencapaian murid di sekolah yang dibimbing agar
intervensi yang telah dirancang oleh guru dan ML tersebut adalah berkesan dan
berimpak tinggi; dan
3.5 Melaksanakan Continuous Professional Development (CPD) dan Professional
Learning Community (PLC) mengikut keperluan dan aspek yang perlu dibangunkan
berdasarkan keperluan SKPMg2 Standard 3 dan Standard 4.

4.0 Tempoh Pelaksanaan

4.1 Tarikh : Mac – Disember 2022 / Mac 2023


4.2 Masa : 7.30 – 4.30 petang (mengikut kesesuaian waktu guru yang dibimbing)
4.3 Hari : Isnin – Khamis
4.4 Tempat : Rujuk Lampiran A

5.0 Kumpulan Sasaran dan Kriteria Pemilihan


5.1 Guru daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek kurikulum, pedagogi dan
penilaian berdasarkan keperluan.
5.2 Middle Leaders (ML) yang terdiri daripada Guru Kanan Mata Pelajaran (KB) dan Guru
Ketua Panitia (KP) daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek penyeliaan
dan pembelajaran berdasarkan keperluan.
5.3 Guru dan ML tersebut perlulah tidak mempunyai masalah kesihatan kritikal, psikologi
dan emosi.
5.4 Pemilihan sekolah adalah berdasarkan kepada beberapa perkara berikut:
5.4.1 SISC+ mempunyai dua kumpulan sasaran dalam melaksanakan fungsi sebagai
pembimbing peningkatan prestasi sekolah iaitu kumpulan sasaran Lawatan
Bimbingan Sekolah Fokus dan Lawatan Bimbingan Sekolah Tidak Berfokus.

5.4.2 Lawatan Bimbingan Sekolah Fokus adalah merujuk kepada kumpulan sekolah
menengah dan rendah yang perlu diberi perhatian utama untuk dibantu.
Penetapan sekolah adalah berdasarkan kepada analisis data untuk mengenal
pasti sekolah-sekolah dalam daerah yang memerlukan bimbingan melalui data-
data seperti SKPMg2. Selain itu, dapatan dan laporan semasa daripada pegawai
yang memantau seperti JNJK turut diambil kira dan mendapat kelulusan
daripada Pegawai Pendidikan Daerah. Lawatan Bimbingan Sekolah Fokus akan
dilakukan 3 hingga 5 kali dalam setahun. (Rujuk Lampiran A)
6.0 Senarai Pegawai SISC+ Yang Terlibat

Penstrukturan semula membentuk gabungan Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh.


Berikut ialah Pegawai SISC+ yang terlibat mengikut bidang iaitu:
i. Madelene anak Bilun (Bidang Bahasa)
ii. Marjorie anak Albert Chagat (Bidang Sains dan Matematik)
iii. Erin anak Chawong (Bidang TVET)
iv. Feizlina binti Talip (Bidang Sains Sosial)

7.0 Senarai Cadangan Sekolah Yang Akan Dibimbing SISC+


(Rujuk Lampiran A)

8.0 Cadangan Guru dan ML Yang Akan Dibimbing SISC+


(Rujuk Lampiran B)

9.0 Indikator Output dan Outcome (KPI)


9.1 Indikator Output
9.1.1 Setiap SISC+ dikehendaki menjadi rakan pembimbing kepada 15-20 orang
SLT/MLT
9.1.2 Sekolah hendaklah dilawati dengan mengadakan pemerhatian dan bimbingan
(secara satu persatu atau komuniti pembelajaran )
9.1.3 Perbincangan sesama SISC+ hendaklah dibuat sekali dalam seminggu secara
hibrid sebelum perbincangan dengan Timbalan Sektor Pembelajaran.
9.1.4 Perbincangan / Pelaporan dengan PPD hendaklah dibuat pada setiap bulan.
9.1.5 Setiap isu yang ditangani perlu dibincangkan dan diselesaikan berdasarkan
intervensi yang sesuai dan tindak susul dilakukan.

9.2 Indikator Outcome


9.1 100% GDB dan ML yang dicadangkan dari sekolah sasaran menunjukkan
peningkatan dalam SKPMg2 Standard 3.1 dan Standard 4.
9.2 100% sekolah yang disenaraikan menunjukkan peningkatan dalam kemajuan dan
pencapaian akademik murid.

10.0 Implikasi Kewangan (Bajet)


10.1 Program lawatan bimbingan SISC+ perlulah mengambil kira perbelanjaan
berdasarkan peruntukan kewangan sedia ada.
10.2 Tuntutan perjalanan mengikut Surat Siaran dan Pekeliling yang berkuatkuasa.
10.2Anggaran Belanja Mengurus (ABM) mengikut tuntutan penyelarasan DTP.
11.0 Jawatankuasa Program

Jawatankuasa program berdasarkan kepada penstrukturan semula PPD. Jawatankuasa


Program Bimbingan SISIC+ adalah seperti berikut:
Pengerusi : Encik Samri bin Suhaili
Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Tatau/Sebauh
Timbalan Pengerusi : Encik Koleh Anyan
Timbalan Sektor Pembelajaran, PPD Tatau/Sebauh
Ahli Jawatankuasa : Puan Madelene anak Bilun; SISC+ Bidang Bahasa
Puan Marjorie anak Albert Chagat; SISC+ Bidang Sains dan
Matematik
Puan Erin anak Chawong; SISC+ Bidang TVET
Puan Feizlina binti Talip; SISC+ Bidang Sains Sosial

12.0STRATEGI PELAKSANAAN
12.1 Sebelum Bimbingan
Menyediakan dan membentangkan Kertas Kerja Program Bimbingan SISC+ untuk
mendapatkan kelulusan Pegawai Pendidikan Daerah atau pegawai yang dituruni kuasa
pemutus. Dalam penyediaan kertas kerja ini, aspek yang diutamakan adalah:

12.1.1 Pemilihan sekolah dibimbing (sekolah sasaran)


 Pemilihan sekolah adalah mengikut keutamaan berdasarkan
data-data yang pelbagai sebagai TOV serta mendapat kelulusan
daripada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah.

12.1.2 Kewangan
 Lawatan bimbingan SISC+ mengambil kira perbelanjaan
berdasarkan peruntukan kewangan sedia ada.

12.1.3 Perancangan Takwim dan Carta Gantt Bimbingan (rujuk lampiran)


 Takwim dan Carta Gantt Bimbingan dibuat sepanjang tahun
terhadap sekolah yang dibimbing. Lawatan bimbingan tidak
dapat dilaksanakan apabila sekolah cuti.

12.1.4 Penyediaan Surat Lawatan Bimbingan


 Surat Lawatan Bimbingan dihantar terlebih dahulu ke sekolah
sebelum lawatan bimbingan dilaksanakan.
Jadual Lawatan Bimbingan:
a) Jadual lawatan bimbingan SISC+ disediakan berdasarkan
minggu ke minggu dan diadakan mengikut keperluan.
b) Setiap SISC+ bertanggungjawab untuk mengadakan 4 kali
lawatan bimbingan seminggu ke sekolah sama ada ke
sekolah menengah atau sekolah rendah.

12.1.5 Instrumen Bimbingan (rujuk lampiran)


 Instrumen bimbingan terdiri daripada SKPMg2 Standard
3.1 dan Standard 4 dan bahan-bahan lain yang berkaitan
sebagai rujukan.

12.1.6 Penempahan Kenderaan Pejabat


 Sekiranya diperlukan tempahan bot dan kereta QSG pejabat
perlu
dibuat lebih awal dan mendapat kelulusan daripada Pegawai
Pendidikan Daerah.

12.2 Semasa Bimbingan


Mengadakan lawatan bimbingan ke sekolah-sekolah sasaran dalam tempoh yang
ditetapkan. Berikut merupakan modus operandi lawatan bimbingan tersebut:
12.2.1 Perbincangan Bersama Pengetua dan Guru Pesar
 SISC+ berjumpa dengan Pengetua dan Guru Besar bagi memaklumkan
tujuan kedatangan dan menandatangani Buku Pelawat Sekolah.
 Semasa lawatan yang pertama, Pengetua dan Guru Besar mencadangkan
guru dan ML yang perlu diberi bimbingan oleh SISC+ berdasarkan SKPMg2
Standard 3.1 dan Standard 4 dan data-data yang berkaitan.
 SISC+ mencatat senarai guru dan ML yang akan dibimbing serta beberapa
maklumat asas yang berkaitan.

12.2.2 Perjumpaan Bersama Guru dan ML


 SISC+ berjumpa dengan guru dan ML bagi memaklumkan tujuan
kedatangan. Guru dan ML menandatangani buku Log Pergerakan SISC+.
 SISC+ berbincang dengan guru dan ML bagi menetapkan tarikh dan masa
bimbingan yang seterusnya.
 SISC+ bersama-sama guru dan ML membincangkan fokus bimbingan
(seperti aspek kurikulum. Pedagogi dan penilaian serta penyeliaan PdP) dan
intervensi yang bersesuaian (seperti PLC dan CPD) berdasarkan SKPMg2
Standard 3.1 Standard 4 serta kemajuan dan pencapaian murid (seperti
dalam Pelan Strategik Panitia)

12.2.3 Berjumpa dengan Pengetua dan Guru Besar bagi Melaporkan Dapatan Hasil
Bimbingan Bersama Guru dan ML
 SISC+ melaporkan kepada Pengetua dan Guru Besar terhadap bimbingan
yang telah dilakukan
 SISC+ memaklumkan intervensi yang telah dibangunkan untuk tindakan
lanjut (seperti CPD dan PLC) pihak sekolah. Kerjasama pihak sekolah amat
diperlukan dalam menjamin intervensi tersebut.
 SISC+ akan memaklumkan kedatangan ke sekolah semula sepertimana
tarikh dan masa bimbingan yang telah ditetapkan bersama guru dan ML.

13.3 Selepas Bimbingan


Selepas bimbingan di sekolah, SISC+ balik ke pejabat bagi melaksanakan beberapa
perkara berikut:
13.3.1 Menyediakan laporan bimbingan di sekolah yang dibimbing
 SISC+ melengkapkan laporan bimbingan di sekolah secara lengkap dan
terperinci untuk diserahkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah.
 Laporan perlulah mengandungi maklumat pelaksanaan bimbingan, isu yang
memerlukan intervensi dan cadangan penambahbaikan.

13.3.2 Merancang dan membangunkan CPD dan PLC yang bersesuaian (jika ada)
 SISC+ membuat perancangan dan menyediakan bahan-banah yang
bersesuaian dengan keperluan di sekolah yang dibimbing.
 SISC+ membimbing perkongsian amalan terbaik mengikut keperluan
sekolah.
 SISC+ menggembleng ML dan guru cemerlang untuk membimbing panitia
dalam bidang masing-masing.

13.3.4 Menganalisis dan melaporkan pencapaian sekolah dalam memantau


kemajuan dan pencapaian murid serta keberkesanan intervensi
 SISC+ menganalisis data-data yang berkaitan bagi melihat impak intervensi
yang telah dilaksanakan di sekolah yang dibimbing terhadap kemajuan dan
pencapaian murid.

 Laporan analisis ini dibentangkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan


juga Pengetua atau Guru Besar sekolah berkenaan.
13.4.5 Lawatan Bimbingan dilakukan berpandukan aliran proses yang sistematik
dengan melibatkan tiga tahap iaitu fasa perancangan, fasa pelaksanaan dan
fasa pelaporan. Fasa pelaporan melibatkan proses penyediaan pelaporan,
pembentangan, post mortem dan kajian impak program yang telah
dilaksanakan. (Rujuk Lampiran C)

13.4 Pelepasan Sekolah Yang Dibimbing


Sekolah yang dibimbing boleh dilepaskan daripada bimbingan SISC+ apabila memenuhi
beberapa kriteria seperti berikut:
13.4.1 Guru dan ML yang dibimbing menunjukkan peningkatan skor cemerlang dalam
SKPMg2 Standard 3.1 dan Standard 4 selama tiga tahun berturut-turut.
13.4.2 Kemajuan dan pencapian murid menunjukkan peningkatan
 Peningkatan peratus lulus dan juga gred purata sekolah

14.0 Pengurusan Risiko


Aspek Risiko Tindakan Bagi Menangani Risiko
Berbincang dengan Pengetua atau Guru Besar
Guru atau Guru atau ML menolak
sekolah berkenaan. Memaklumkan kepada Pegawai
ML bimbingan SISC+
Pendidikan Daerah
Guru atau ML berkenaan memaklumkan kepada
Guru atau Guru atau ML bertindih
SISC+ untuk mengatur semula jadual lawatan
ML dengan program lain
bimbingan.
Guru atau Sekolah melaksanakan Guru atau ML berkenaan dibimbing secara maya
ML PDPr atau hibrid oleh SISC+
Guru atau Guru atau ML bertukar Ganti / Tutup fail guru berkenaan.
ML sekolah Ganti / Tutup fail ML berkenaan.
Guru atau Guru atau ML bertukar Ganti / Tutup fail guru berkenaan.
ML panitia mata pelajaran Ganti / Tutup fail ML berkenaan.
Memaklumkan kepada guru atau ML yang
Terlibat dengan
SISC+ berkenaan untuk mengatur semula jadual lawatan
program lain
bimbingan.
Pasang surut air yang Perbincangan dengan Pegawai Pendidikan Daerah
SISC+
tidak menentu untuk mengatur semula jadual lawatan bimbingan.
Bencana Pemakluman kepada guru atau ML yang berkenaan
Sekolah tutup
Alam untuk mengatur semula jadual lawatan bimbingan.
15.0 Kaedah Pemantauan Program
15.1 Lawatan Bimbingan ke sekolah-sekolah dilakukan dengan menggunakan
kaedah berikut mengikut kesesuaian program Lawatan Bimbingan yang
dijalankan;
15.1.1 Temu Bual
15.1.2 Pengumpulan Data
15.1.3 Instrumen
15.1.4 Soal selidik / maklum balas
15.1.5 Semakan Dokumen
15.1.6 Pelaporan Jawatankuasa

15.2 Program Lawatan Bimbingan yang dijalankan berasaskan kaedah Coaching and
Mentoring yang menggunakan pendekatan GROW (Goal, Reality Checking,
Options, Wrap Up) melibatkan proses membina kepercayaan, temu bual,
pemerhatian, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. (Rujuk Lampiran D)

15.3 Pemantauan dan pengukuran akan dilakukan untuk mengukur tahap


keberkesanan pelaksanaan program Lawatan Bimbingan dan pencapaian KPI
yang disasarkan. Sehubungan itu, Laporan Pelaksanaan Program akan
disediakan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan dalam tempoh 30
hari setelah program selesai iaitu pada akhir tahun.

15.4 Kajian semula akan dibuat berdasarkan dapatan mesyuarat post mortem untuk
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan program. Tindakan
susulan akan dilaksanakan berpandukan keputusan mesyuarat post mortem.

15.5 Melaksanakan kajian impak ke atas kumpulan sasar untuk melihat


keberkesanan pelaksanaan program. Laporan kajian impak akan dibentangkan
dalam mesyuarat pengurusan. Langkah melakukan penambahbaikan akan
dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat.

16. Penutup

Program ini diharapkan akan dapat meningkatkan kompetensi profesionlisme guru dalam
aspek kurikulum, pedagogi dan penilaian. Selain itu, ML juga dapat dibangunkan dalam aspek
penyeliaan pengajaran dan pembelajaran. Malahan, intervensi yang dibangunkan pihak
sekolah diharapkan dapat menjamin peningkatan kemajuan dan pencapaian murid.
Keseluruhannya, perubahan dalam fungsi SISC+ diharapkan dapat memberikan impak yang
besar terhadap sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Maka dengan itu, kertas kerja ini
dikemukakan untuk mendapatkan persetujuan dan kelulusan Pegawai Pendidikan Daerah
dalam menjayakan objektif program.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(ERIN ANAK CHAWONG) (KOLEH ANYAN)


SISC+ TVET Timbalan Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh
Tarikh: ___________________________ Tarikh: ___________________________
Diluluskan oleh:

(SAMRI BIN SUHAILI)


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh

Tarikh: ___________________________
LAMPIRAN
Lampiran A
7.0 Senarai Cadangan Sekolah Yang Akan Dibimbing SISC+

Rumusan Skor Penilaian SKPMg2 2021


7.1 SEKOLAH MENENGAH

% RUMUSAN SKOR KENDIRI IKUT STANDARD


NAMA %
BIL KOD SEK
SEKOLAH SKOR
ST. 1 ST. 2 ST. 3.1 ST. 3.2 ST. 3.3  Jum ST 3 ST. 4

1 YEA9201 SMK TATAU 95.47 91.31 88.85 71.4 98.66 257.51 86.30 87.72 88.90

2 YEB9102 SMK SEBAUH 93.5 90.38 88.21 86.71 89.02 261.43 87.98 86.38 89.03

JUMLAH KESELURUHAN 94.49 90.85 88.53 79.06 93.84 261.43 87.14 87.05 88.97

7.2 SEKOLAH RENDAH


% RUMUSAN SKOR KENDIRI IKUT STANDARD
KOD
BIL NAMA SEKOLAH % SKOR
SEK
ST. 1 ST. 2 ST. 3.1 ST. 3.2 ST. 3.3 Jum  ST.3 ST. 4

YBB910 SK SG
1 74.88 67.61 68.31 71.03 80.05 219.39 73.13 86.46 74.72
4 SEBUNGAN

2 YBA9105 SK PANDAN 86.86 79.17 90.3 83.26 97.05 270.61 90.20 90.1 87.79

3 YBA9106 SK SEBAUH 88.66 80.27 85.36 83.99 92.23 261.58 87.19 87.24 86.29

4 YBA9201 SK KUALA TATAU 99.48 92.96 93.86 82.41 91.16 267.43 89.14 90.9 91.80

5 YBA9204 SK KELAWIT 91.53 92.02 92.47 74.25 62.37 229.09 76.36 93.18 84.30

6 YBB9102 SK KUALA BINYO 95.7 95.42 95.11 84.2 92.1 271.41 90.47 85.78 91.39

SK SG. SENGIAN
7 YBB9106 90.25 91.71 90.11 83.35 94.64 268.10 89.37 87.39 89.58
LABANG
SK HERMANUS
8 YBB9107 97.28 83.47 87.03 73.62 79.33 239.98 79.99 87.16 84.65
ASSAN

9 YBB9201 SK RH TAYAI 89.56 90.04 89.32 89.87 89.02 268.21 89.40 88.59 89.40

SK KUALA
10 YBB9202 86.97 83.01 83.56 84.37 86.25 254.18 84.73 91.28 85.91
SERUPAI
SK RUMAH
11 YBB9203 94.53 83.33 96.71 90.04 80.98 267.73 89.24 89.74 89.22
KESENG

12 YBB9205 SK SANGAN IBAN 85.03 89.02 86.4 69.07 83.26 238.73 79.58 88.26 83.51

13 YBB9206 SK KUALA ANNAU 96.62 96.98 91.93 100 99.33 291.26 97.09 89.33 95.70

14 YBB9207 SK KUALA MUPUT 91.39 86.12 85.98 77.91 88.35 252.24 84.08 90.86 86.77

15 YBB9210 SK NG TAU 84.63 89.02 81.05 80.62 85.27 246.94 82.31 88.67 84.88

SK SG BUKIT
16 YBE9108 96.1 93.65 90.91 95.45 92.23 278.59 92.86 88.96 92.88
BALAI

17 YBE9207 SK TATAU 90.63 81.77 89.82 88.08 85.54 263.44 87.81 87.31 87.19

SJK(C) CHUNG
18 YCC9201 99.61 99.48 98.51 95.43 96.11 290.05 96.68 88.89 96.34
HUA TATAU

Lampiran C
CARTA ALIR PELAKSANAAN BIMBINGAN SISC+

Melaksanakan
bimbingan /tindak susul
dalam tempoh sebulan
dari tarikh maklum balas
diterima untuk membuat
verifikasi dengan salah
satu kaedah berikut :

Lawatan semula ke
lokasi; atau
Penghantaran bukti
lengkap penambahbaikan
oleh lokasi; atau
Penurunan kuasa
bimbingan kepadap
egawai yang lain.

Lampiran D
3. REKOD TUGASAN HARIAN PEGAWAI SISC+ MENERUSI PAUTAN
https://bit.ly/ClockInJan2022

4. INSTRUMEN BIMBINGAN SISC+:


4.1 Instrumen SKPMg2 Standard 3 (Lampiran)
4.2 Instrumen SKPMg2 Standard 4 (Lampiran)

5. PELAPORAN SISC+:
5.1 iBimbing-Borang Laporan Bimbingan / Pemantauan

5.2 PELAPORAN SISC+: One Page Paper Report (OPPR)


7. Maklum Balas Bimbingan - iBimbing
8. BORANG MAKLUM BALAS PERKHIDMATAN (PK-05)

RUMUSAN PENILAIAN PENGURUSAN PANITIA

PEJABAT PENDIDIKAN TATAU / SEBAUH


NAMA SEKOLAH : _______________________________________________
MATA PELAJARAN : _____________________________________________ TARIKH :  

BIL. ASPEK SKOR PERATUS STATUS

1 Fail Induk Panitia 0 0% LEMAH

Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran /


Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dan Dokumen
2 0 0% LEMAH
Standard Prestasi (DSP) / Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP)

3 Mesyuarat Panitia / Mesyuarat Kurikulum ( SKM) 0 0% LEMAH

4 Program Peningkatan Pencapaian Akademik 0 0% LEMAH

5 Penilaian dan Pentaksiran / Headcount 0 0% LEMAH

6 Penyeliaan / Pencerapan PdP 0 0% LEMAH

7 Semakan Buku Nota / Latihan 0 0% LEMAH

8 Koakademik 0 0% LEMAH

9 Bank Soalan 0 0% LEMAH

10 Perkembangan Staf 0 0% LEMAH

11 Melindungi Masa Instruksional - Guru Ganti Sistematik 0 0% LEMAH

TAHAP PENGURUSAN PANITIA (KESELURUHAN) 0 0% LEMAH

9. Profil Guru Yang Dibimbing

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
______________________________________________________________

Pejabat Pendidikan Daerah Tatau Sebauh


LETAK
GAMBAR
PROFIL GURU DIBIMBING
MAKLUMAT GURU
Nama Penuh

Sekolah Kod Sekolah

No. Kad Pengenalan Pengalaman Mengajar


Tempoh Mengajar Di
Gred
Sekolah Semasa
No. Telefon No Tel Sekolah

Kelulusan Akademik

Kelulusan Ikhtisas

Pengkhususan/Opsyen Major Minor

E-mel adamgeordreyjames@gmail.com
Guru Cemerlang Pemeriksa Kertas
YA / TIDAK YA / TIDAK
(gariskan yang berkenaan) Peperiksaan PT3/SPM

SUBJEK YANG DIAJAR SEMASA


SUBJEK TAHUN/ TINGKATAN BIL WAKTU BIL MURID

You might also like