You are on page 1of 5

LAPORAN PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA MURID TAHUN ENAM

SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI WP. LABUAN


21 APRIL 2012
BILIK GERAKAN DAN DEWAN DATUK ISLI SK. PANTAI

1.0

Pendahuluan

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak di samping


guru-guru di sekolah. Oleh itu kerjasama kedua-dua pihak dalam mempastikan
kejayaan dan kecemerlangan anak-anak sama ada dalam bidang akademik
mahupun sahsiah amat dipentingkan. Menyedari hakikat ini, maka SK. Pantai
menganjurkan Program Permuafakatan Ibu bapa Murid Tahun Enam, khusus
untuk ibu bapa, guru-guru dan murid-murid Tahun Enam di sekolah ini.
2.0

3.0

Objektif
1.

Memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk berbincang


dengan guru-guru berkaitan pencapaian akademik anak-anak di
Tahun Enam.

2.

Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang prestasi akademik


semasa murid- murid Tahun Enam yang telah dikenalpasti.

3.

Memantapkan kerjasama di antara pihak sekolah dengan ibu bapa


dalam usaha melonjakkan prestasi akademik dan sahsiah murid.

4.

Ibu bapa mengetahui perancangan dan strategi sekolah dalam


usaha melonjakkan pencapaian akademik dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah ( UPSR ) tahun 2012.

Sasaran
3.1
3.2
3.3

4.0

93 Orang Murid Tahun Enam


93 Orang Ibu bapa / Penjaga Murid Tahun Enam
Guru- guru Tahun Enam

Tarikh
21 April 2012 ( Sabtu )

5.0

Masa
7.30 hingga 11.30 Pagi

6.0

Tempat

Dewan Datuk Isli, Sekolah Kebangsaan Pantai dan


Bilik Gerakan SK. Pantai
7.0

Perbelanjaan
7.1 Makanan / Minuman Ibu bapa ( Minum Pagi )
RM4.50 X 80 Orang

= RM360.00

7.2 Cenderahati Penceramah


RM80.00 X 2 Orang

= RM160.00

7.3 Makanan / minuman AJK ( Guru )


RM4.50 X 30 Orang

= RM135.00

JUMLAH
8.0

9.0

= RM655.00

Sumber Kewangan
8.1 Jamuan Ibu bapa

- Yuran PIBG SK. Pantai

8.2 Cenderahati Penceramah Untuk Ibu bapa

- Yuran PIBG SK. Pantai

8.3 Cenderahati Penceramah Untuk Murid

- PCG Bimb & Kaunseling

8.4 Jamuan AJK/ Guru

- Sumbangan

Ahli Jawatan Kuasa :Pengerusi

En. Jumat Bin Hj. Latip


Guru Besar

Tim. Pengerusi

En. Sajali @ Sazalie Bin HJ. Dinin


Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi I

Naib Pengerusi II

Pn. Faridah Binti Amit


Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha

Pn. Saripah Binti Suip @ Suif


Ketua Panitia Bahasa Malaysia

Penyelaras

Pn. Sadiah Binti Jakob


Guru Bimbingan & Kaunseling

Bendahari I

Pn. Alimah Binti Jumian


Ketua Pembantu Tadbir

Bendahari II

Pn. Hjh. Kamariah Hj. Salim

Pn. Diah Binti Md. Yussof


Penolong Kanan HEM

Bendahari PIBG
AJK:1.
2.
3.
4.
5.
6.

Ketua Panitia Bahasa Malaysia


Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Ketua Panitia Matematik
Ketua Panitia Sains
Guru Kelas Tahun Enam
Guru Mata Pelajaran Tahun Enam

Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana PA Sistem & Fotograf

Pengacara

1. Cik. Noor Iskandar Binti Alu


2. Pn. Chelcia Fletcher
3. En. Syahnon Bin Hj. Othman

1. Pn. Rahayu Binti Abdullah


2. Pn. Nurul Hidayah Binti Umar

Jamuan

Bacaan Doa

1. Pn. Saripah Binti Suip


2. Pn. Siti Norzeha Binti Apar
3. Pn. Farina Binti Mustapa
Persediaan Tempat & Pentas
1.
2.
3.
4.
5.

Pn. Hjh. Kamariah Binti Hj. Salim


Pn. Masliana Binti Musu
Pn. Siti Adilah Binti Ali
Pn. Sarimah Binti Ahmad
En. Roslan Bin Musa

Dokumentasi

En. Mohammad Sofieyan Yusof

Buku Program
1. Pn. Habibah Binti Abang
2. Pn. Hasnah Binti Bujang
Pendaftaran
Pn. Radziah Binti Maaruf

Pn. Sadiah Binti Jakob


11.0 Penutup
Pihak penganjur berharap program ini mendapat kerjasama daripada
semua pihak dan dapat direalisasikan mengikut perancangan demi
meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid-murid sekolah ini.

LAPORAN PELAKSANAAN
PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA MURID TAHUN ENAM
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

1.Pendaftaran
Pendaftaran ibu bapa dan murid Tahun Enam bermula jam 7.15 pagi bertempat
di Kantin Sekolah. Selepas mendaftarkan kehadiran, ibu bapa bersarapan pagi
yang juga disediakan di Kantin Sekolah. Sementara sarapan pagi untuk tetamu
jemputan disediakan di kantin.
2. Slot Ceramah Motivasi Ibu Bapa
Ceramah untuk ibu bapa diadakan di Bilik Gerakan SK. Pantai bermula jam 8.15
pagi dan berakhir jam 9.00 pagi. Penceramah jemputan ialah Ustaz Ahmad
Sharizal Bin Mohd. Saffian dari PPZ WP. Labuan. Turut hadir dalam majlis ilmu ini
ialah YDP PIBG SK. Pantai selain Guru Besar dan barisan Penolong Kanan.
Selepas berakhir slot ceramah program diteruskan di Dewan Datuk Isli SK.
Pantai.
3. Slot Ceramah Motivasi Murid Tahun Enam
Ceramah untuk ibu bapa diadakan di Dewan Datuk Isli SK. Pantai bermula jam
8.00 pagi dan berakhir jam 9.00 pagi. Penceramah jemputan ialah Pn. Syarifah
Nor Suhaili Binti Said Guru Bimbingan & kaunseling SMK Mutiara WP. Labuan.
Tajuk ceramah ialah Motivasi Belajar dan Pengurusan Masa.
4. Pengisian Program Di Dewan Datuk Isli
Atur cara bermula pada jam 9.20 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Maju
dan Sejahtera. Seterusnya Bacaan Doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad
Sofieyan Bin Yusof.
Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar SK. Pantai En. Jumat Bin Hj. Latip
diikuti ucapan YDP PIBG SK. Pantai En. Awang Sapar Bin Yunos. Majlis diteruskan
lagi dengan ucapan Penyelia Unit Sekolah Rendah JPNWPL iaitu Pn. Mahani Binti
Hussin.
Majlis diteruskan lagi dengan taklimat perancangan dan strategi sekolah dalam
meningkatkan prestasi pencapaian dalam UPSR 2012.
Sesi perbincangan dan penyerahan slip keputusan Ujian Bulanan Pertama bagi
murid-murid tahun enam bermula jam 10.30 pagi. Ibu bapa mendapatkan slip
keputusan daripada guru kelas anak masing-masing. Murid-murid Tahun Enam
balik bersama ibu bapa masing-masing setelah menerima slip keputusan
masing-masing.
Sebelum majlis berakhir, ibu bapa mengisi borang penilaian program yang
disediakan oleh urus setia. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
5. Cadangan Penambahbaikan

1. Peralatan Pa system perlu disediakan lebih awal bagi memastikan semua


peralatan berfungsi dan mencukupi.
2. Jamuan / sarapan pagi bagi murid tahun enam perlu juga disediakan bagi
program seperti ini ( murid bersama ibu bapa ) jika peruntukan
mencukupi.
3. Masa bagi slot ceramah perlu ditambah sekurang-kurangnya 30 minit lagi.

Disediakan oleh

Disahkan oleh

SADIAH BINTI JAKOB


AJK Dokumentasi Program/
Guru Bimbingan & Kaunseling
SK. Pantai.

JUMAT BIN HJ. LATIP


Guru Besar
SK. Pantai
WP. Labuan.

You might also like