You are on page 1of 9

Definisi on Investment (ROI)[

Return On Investment ( ROI ) merupakan ukuran kemampuan syarikat


secara keseluruhan di dalam menghasilkan keuntungan dengan jumlah
keseluruhan aset yang boleh didapati didalam syarikat . return on inverstment
menunjuk pada tingkat pengembalian invenstasi.ROI banyak digunakan oleh
perusahaan untuk mengukur tingkat keuntungan miniml yang diharapkan. Pada
umumnya ROI digunakan untuk pertimbangan pada saat perusahaan hendak
memulai usaha atau mengembangkan usahanya. Laporan kewangan merupakan
alat yang sangat penting untuk memperoleh informasi sehubungan dengan
posisi kewangan dan hasil-hasil yang telah dicapai oleh perusahaan. ROI
dipengaruhi oleh du factor perputaran aktiviti yang digunakna untuk operasi.
Selain itu, profit margin ini mengukur tingkat keuntungan yang dapat dicapai
oleh perusahaan dihubungkan dengan penjualanya.
Menurut Suad Husnan dan Enny Pudjiastuti ( 2004 : 74 ) : Return On
Investment ( ROI ) adalah nisbah yang menunjukkan berapa banyak keuntungan
bersih yang boleh diperolehi daripada seluruh kekayaan yang dimiliki syarikat .
selain itu, pada pendapat Suad Husnan dan Enny Pudjiastuti ( 2004 : 74 ) :
Return On Investment ( ROI ) adalah nisbah yang menunjukkan berapa banyak
keuntungan bersih yang boleh diperolehi daripada seluruh kekayaan yang
dimiliki syarikat . Seterusnya, menurut Susan Irawati ( 2006 : 63 ) : " Return on
Investment ( ROI ) ialah suatu cara untuk mengukur seberapa banyak
keuntungan bersih yang boleh diperolehi daripada seluruh kekayaan yang
dimiliki syarikat . "

Konsep Return On Investment (ROI) Dalam Laporan Awal PPPM (2013-2025)


Berdasarkan laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia20132015(PPPM), perbelanjaan awam Malaysia dalam pendidikan asas dari
prasekolah hingga ke sekolah menengah, sebagai peratusan KDNK, melebihi
dua kali ganda purata negara ASEAN. Walaupun jumlah yang dibelanjakan kita
adalah tinggi bagi menghasilkan pulangan ataupun atas pelaburan ataupun ROI.
Berdasarkan bidang kedua iaitu meningkatkan kepemimpinan sekolah,
kementerian akan menambah baik produktiviti sumber dengan memberi
tumpuan utama kepada keberhasilan murid dan memperuntukkan sumber
kepada inisiatif yang mempunyai pulangan atas pelaburan (ROI) yang

tinggi.Usaha itu bukan sahaja memerlukan kemampuan mengagih semula


peruntukan sedia ada kepada perkara yang perlu diutamakan tetapi pada
dasarnya mengubah cara kementerian memperuntukkan sumber serta
memantau projek dan perkhidmatan yang diberikan.

Isu Berkaitan Return On Investment (ROI) Dalam Laporan Awal PPPM (2013-2025)
Dalam memastikan negara tidak ketinggalan dan mampu berdaya saing.
Kementerian Pelajaran telah mengambil inisiatif menyediakan satu sistem
pendidikan negara yang berkualiti melalui pelan Pembangunan Pendididkan
Malaysia. Laporan awal tersebut menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif
pelaksanaan yang telah disusun rapi bagi mencapai matlamat sistem
pendidikan. Walaupun jumlah yang dibelanjakan untuk pendidikan di negara kita
adalah tinggi, persoalannya adalah, adakah perbelanjaan itu menghasilkan
pulangan atas pelaburan ataupun ROI (return on investment) yang setimpal?
Menurut laporan awal PPPM, prestasi Malaysia ketinggalan berbanding negaranegara lain yang memperuntukkan perbelanjaan yang setara. Laporan tersebut
juga mengakui bahawa tahap perbelanjaan lebih tinggi tidak semestinya
dikaitkan dengan keberhasilan lebih baik. Kegagalan ini dicerminkan dalam
taraf kebolehupayaan murid kita apabila diukur bersama negara-negara lain.
Contoh : Kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS).

Kos Kos Dalam Perancangan Pendidikan


Perbelanjaan kerajaan merupakan elemen yang penting bagi sesebuah
negara bagi membolehkan perancangan negara dilaksanakan. Peruntukan
perbelanjaan melalui bajet tahunan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri
mempunyai strategi yang tersendiri bagi memastikan kekayaan negara terus
berkembang dan dapat dinikmati seluruh rakyat. Mohd Zainudin Saleh (2004)
menyatakan di Malaysia misalnya perbelanjaan kerajaan ini telah
menyumbangkan kepada pengembangan kapasiti pengeluaran.
Perbelanjaan pendidikan atau kos pendidikan di Malaysia adalah terdiri
daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan
mengurus ialah perbelanjaan semasa kerajaan atau perbelanjaan berulang
kerajaan bagi membiayai pengurusan dan pemtadbiran negara. Ini termasuk

perbelanjaan untuk gaji(emolumen) kakitangan awam, bayaran khidmat


hutang,pencen dan ganjaran , pemberian subsidi kepada pengeluar dan
pengguna dan pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri dan badan-badan
berkanun. Perbelanjaan mengurus kerajaan tidak bergantung kepada tingkat
pendapatan negara . Walaupun, pendapatan negara meningkat atau merosot ,
perbelajaan mengurus kerajaan masih tetap sama.
Perbelanjaan mengurus adalah perbelanjaan bagi aktiviti-aktiviti harian
yang berulang dan berterusan . Perbelanjaan mengurus terdiri daripada dua jenis
iaitu perbelanjaan tanggungan dan perbelanjaan bekalan. Perbelanjaan
tanggungan ialah perbelanjaan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan
Wang Disatukan tanpa perlu mendapat kelulusan Parlimen selaras dengan
Perkara 98 Perlembangan Persekutuan. Contoh perbelanjaan tanggungan adalah
gaji, elaun, pencen, perbelanjaan suruhanjaya-suruhanjaya dan bayaran
pampasan.
Manakala perbelanjaan bekalan pula merangkumi semua jenis
perbelanjaan kegiatan harian . Selain itu, perbelanjaan bekalan pula
perbelanjaan menguruskan aktiviti kerajaan samada yang berterusan atau one
off dan diperuntukan mengikut maksud bekalan tertentu dan perlu
dibentangkan untuk kelulusan parlimen sebagai satu Akta Bekalan bagi setiap
tahun belanjawan. Contoh perbelanjaan bekalan adalah Emolumen,
perkhidmatan &bakalan, asset , pemberian & kenaan tetap dan bayaran bayaran
lain.
Kos pembangunan di Malaysia adalah terdiri daripada keselamatan , yang
merangkumi perbelanjaan bagi pertahanan dan keselamatan dalam negeri.
Perkhidmatan social termasuk pendidikan, kesihatan,dan perumahan manakala
perkhidmatan ekonomi merangkumi perbelanjaan seperti pertanian dan
pembangunan luar bandar, kemuadahan awam , perdagangan dan perindustrian.
Perbelanjaan atau kos pembangunan di Malaysia adalah terdiri daripada
keselamatan yang merangkumi perbelanjaan bago pertahanan dan keselamatan
dalam negeri.
Seterusnya, kos adalah jumlah perbelanjaan yang perlu diabayar bagi
mendapatkan sesuatu perkara atau melaksanakan sesuatu aktiviti. Kos yang
ditanggung oleh sesuatu aktiviti boleh diklaksifikasikan menggunakan beberapa
cara atau sistem . Klasifikasi utama dan penting adalah berdasarkan kepada kos

langsung dan kos tidak langsung. Kos langung merupakan kos yang ditanggung
oleh pihak kerajaan bagi membiayai pengurusan sekolah seperti gaji gurudan
kakitangan, pembelian peralatan, utility dan bekalan. Kos tidak langusung
merupakan kos lepas atau kos yang terpaksa dilepaskan jika kerajaan mahu
mendirikan lebih banyak hospital , maka kerajaan terpaksa mengurangkan
pembinaan sekolah atau projek perumahan ini disebabkan sumber kewangan
yang terhad. Manakala kos awam merupakan kos yang ditanggung oleh kerajaan
bagi menyediakan kemudahan infrastruktur atau kemudahan ke sekolah seperti
jalan raya, jambatan, talian elektrik dan ICT.

Kos kos dan punca kewangan sekolah


Setiap tahun kerajaan Malaysia menyediakan peruntukan yang amat
tinggi bagi bidang pendidikan. Kerajaan telah menunjukkan komitmen yang
tinggi dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua rakyat.
Kerajaan melalui kementerian pelajaran akan mengagihkan wang ke sekolahsekolah melalui Jabatan pendidikan Negeri yang kemudian diagihkan ke sekolah.
Peruntukkan agihan yang telah diagih kepada sekolah ini menjadi
tanggungjawab pengetua, guru besar atau penolong kanan sekolah bagi
dibelanjakan mengikut kep erluan sekolah masing-masing.
Semua urusan pentadbiran , pengurusan , kewangan , keputusan dan
dasar pendidikan dikawal oleh Kementerian Pendidikanyang bertindak sebagai
badan yang tertinggi dalam sistem pusat ini (Mok,1988). Tujuan pentadbiran
yang berpusat ini adalah untuk menjadikan pentadbiran kewangan dapat
dijalankan dengan lebih teratur , kemas dan sempurna. Menurut Zaidatol
Akmaliah (1991) , pengetua selaku pentadbir sekolah bertanggungjawab penuh
merancang, mengurus , mengawal serta menentukan kewangan sekolah
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Pengetua bertanggungjawab untuk
memastikan bahawa tidak ada sebarang penyelewengan berlaku di dalam
pengurusan kewangan sekolah.
Peruntukan pendidikan untuk sekolah boleh dibahagikan kepada dua
jenis . Pertama ialah geran-geran yang dikawal oleh Jabatan Pendidikan seperti
gaji, perjalanan dan pengangkutan guru dan kakitangan, guru-guru tambahan ,
pengangkutan murid-murid, sewa, pengajaran Bahasa yang diluluskan alat
gentian sekolah yang diberi dalam bentuk pemberian dan bantuan .Menurut

Mohamed bin Mahmod,1997:3, diantara pemberian kerajaan yang diperuntukkan


kepada sekolah ialah Pemberian Bantuan Perkapita. Pemberian ini mengandungi
Bantuan Mata Pelajaran dan Bantuan Bukan Mata Pelajaran.

Pengurusan kewangan di sekolah


Berdasarkan sistem yang ada sekarang , pengetua selaku pentadbir
sekolah adalah bertanggungjawab penuh untuk merancang , mengurus
mengawal serta menntukan pengurusan kewangan di sekolahnya dengan cekap
dan berkesan. Peraturan Akaun dan Audi dalam Akta Pelajaran 1961,
menetapkan supaya pengetua menyimpan rekod-rekod kewangan sekolah
secara teratur dan semua akaun sekolah bagi tahun semasa mesti dihantar
untuk diaudit sebelum tahun berikutnya.
Pengetua juga dikatakan bertanggungjawab dalam menentukan
pentdbiran kewangan sekolah dikendalikan mengikut peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan dalam Perintah Kewangan. Pengetua dikendaki mengkaji dan
mematuhi segala prosedur kewangan bagi menentukan kelicinan pengurusan
kewangan sekolah dapat dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung
kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap pengetuanya. Pentadbir sekolah
mempunyai pengetahuan yang cukup tentang pengurusan kewangan. Guru-guru
juga sepatutnya mempunyai minat untuk mengambil perhatian bagaimana
pengurusan kewangan sesebuah sekolah dikendalikan. Aspek pengurusan
kewangan merupakan sesuatu yang sangat penting dan perlu dikendalikan
dengan sistematik dan berkesan. Wan Mohd Zahid (1994) , dalam buku garis
panduan Perakaunan dan kewangan sekolah menyatakan pengetua sekolah
selaku pengurus pendidikan bukan sahaja dikehendaki mahir dalam bidang
pendidikan tetapi juga mahir dalam bidang pengurusan khususnya pengurusan
kewangan sekolah perlu dipertingkatkan supaya mencapai kejayaan.
Pengurusan kewangan merupakan satu konsep yang merangkumi prinsipprinsip pengurusan biasa yang melibatkan kegiatan merancang, mengatur,
mengarah, melaksana, mendorong , mengawal dan melapor(Mahashim Bajuri :
1994). Pengurusan kewangan sesungguhnya melibatkan pentadbiran kewangan
ditadbir secara bijaksana, agar mencapai matlamat organisasi. Dalam konteks
pengurusan kewangan di peringkat sekolah iannya ditadbir bagi mencapai
objektif tertentu iaitu pertama mengadakan kawalan yank e atas pungutan dan

perbelasnjaan yang dilakukanoleh sekolah dengan teratur supaya tidak berlaku


kesilapan. Keduanya adalah untuk menyenangkan pelaksanaan tugas pengetua
terhadap perakaunan kewangan sekolah. Ketiga pula adalah untuk membolehkan
kedudukan sebenar perakaunan dan kewangan sekolah diketahui pada masamasa tertentu.

Sumber kewangan sekolah


Menurut Mohd Ali Jemali (2010) , terdapat beberapa sumber kewangan
sekolah iaitu, kumpulan wang kerajaan , kumpulan wang suwa, kumpulan wang
asrama, kumpulan wang daripada waran peruntukan kecil dan kumpulan wang
tajaan syarikat.
Kumpulan wang kerajaan ilah peruntukan dan bantuan daripada kerajaan
bantuan per kapita. Antaranya ialah bantuan perkapita (PCG) merupakan sati
bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada
sekolah bertaraf sekolah atau sekolah bantuan kerajaan. Seterusnya pemberian
per kapita satu kali setahun mulai tahun 2001. Tuntutan hendaklah dibuat
berdasarkan kepada bilangan enrolemen murid pada 1 oktober tahun
sebelumnya. Tiap-tiap kumpulan wang itu diselenggarakan secara berasingan.
Kementerian pelajaran melalui jabatan pendidikan negeri akan memberi bantuan
PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran kepada setiap sekolah
berasaskan kepada jumlah bilangan murid pada 1 oktober setiap tahun. Punca
kewangan yang dimasukkan ke dalam akaun kumpulan wang kerajaan termasuk:

A) Pemberian bantuan pra sekolah


B) Bantuan mata pelajaran dan bantuan bukan mata pelajaran.
C) Bantuan rancangan makanan tambahan atau rancangan amalan
makanan dan pemakanan
D) Bantuan gotong-royong
E) Bantuan modal atau pembelian alat alatan
F) Geran pelancaran atau laugching grant untuk sekolah-sekolah yang
baru dibuka sahaja.
G) Bantuan biasiswa kerajaan (Yayasan Negeri/ Petronas/Mara ) dan
badan-badan kerajaan
H) Yuran peperiksaan kerajaan (PTS, UPSR,PMR,SPM,STPM)

Kumpulan wang SUWA ialah wang yang diterimaoleh pihak sekolah selain
pemberian bantuan daripada pihak kerajaan dan yang berkaitan dengan
kumpulan wang asrama. Wang suwatermasuk. Wang yang dikutip khas bagi
sesuatu berikut
1 . Yuran khas(Sukan, Perpustakaan, Pendidikan Seni)
2. Derma daripada orang ramai
3. Sewaan harta sekolah
4. Jualan dari kedai buku sekolah
5. Yuran peperiksaan dalaman
6. Majalah sekolah
7. Insuran
8. Majlis sukan-sukan
9. Lain-lain kutipan yang diluluskan
Wang suwa digunakan bagi tujuan seperti berikut dimana wang yang
dikutip khas bagi sesuatu tujuan dimana pihak sekolah membuat kutipan
daripada murid-murid ataupun orang awam khas bagi sesuatu tujuan ,
umpamanya yuran sukan atau permainan , wang yang dikutip itu perlu
digunakan bagi tujuan itu sahaja. Dimana wang dikutip secara am seprti sewa
kantin , derma am adalah kutipan yang tidak dikhaskan bagi sesuatu tujuan.
Wang yang diterima daripada punca itu boleh diguakan oleh pihak sekolah bagi
perbelanjaan lain yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada muridmurid.

Selain itu, kumpulan wang daripada waran peruntukan kecil dimana pengetua
bertanggungjawab ke atas perbelanjaan yabg diberikan berasaskan waran
peruntukan kecil yang diluluskan oleh bahagian bahagian masing-masing. Pihak
sekolah akan berbelanja mengikut objek, program dan keperluan sekolah yang
diluluskanoleh bahagian bahagian masing-masing.
Isu isu kewangan sekolah

Isu pertama yang ingin dibincangkan ialah pelaburan yang signifikan dan
mapan dalam pendidikan memberi penyediaan sokongan dan sumber yang
disediakan sesuatu sistem kepada sekolah memberi kesan penting kepada
prestasi sekolah.Ini bertujuan membolehkan guru dan pengetua/guru besar
memberikan tumpuan kepada tugas utama mereka dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Oleh itu pelaburan dalam sistem
pendidikan merupakan ukuran penting kepada kesungguhan dan komitmen
kerajaan terhadap pendidikan.Kerajaan Malaysia telah mengekalkan tahap
pelaburan yang tinggi dalam pendidikan sejak negara mencapai kemerdekaan
lebih 58 tahun yang lalu.Kerajaan terus menyediakan peruntukan yang terbesar,
iaitu 16% daripada jumlah bajet kepada Kementerian Pelajaran.Peruntukan ini
menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap pendidikan sebagai satu daripada
keutamaan negara.
Selain itu, isu kedua ialah pertambahan peruntukan wang kerajaan
.Kerajaan perlu menambah peruntukan wang kerajaan selaras dengan kenaikan
harga barang-barang dan perkhidmatan. Kadar bantuan per kapita yang
digunakan sekarang adalah berdasarkan Surat pekeliling kewangan Bil.12 tahun
1998.Harga barang-barang seperti kertas pendua, peralatan sukan dan
permainan serta kadar tarif utility seperti elektrik, air dan telefon telah pun
dinaikkan.
Seterusnya isu ketiga kursus dan latihan dalam perakaunan dan
pengurusan kewangan sekolah. Guru besar, pengetua atau kerani kewangan
akan menghadiri kursus pengurusan kewangan sekolah yang dikendalikan oleh
pihak IAB, JPN atau KPM. Kursus perakaunan sekolah diadakan untuk
membolehkan guru besar, pengetua dan pegawai kerani mengukuhkan
pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan sekolah.
Akhirnya isu keempat ialah program penambahbaikan ke arah pencapaian
matlamat kewangan yang berkesan dan sistematik. Kursus Perakaunan sekolah
diadakan untuk membolehkan guru besar, pengetua dan pegawai kerani
mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan
sekolah. Pendekatan proaktif untuk memperbaiki sistem kewangan sekolah,
pemimpin sekolah dan pembuat polisi mampu mengurangkan dan mengelak
penyelewengan yang melibatkan belanjawan.

Rujukan
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie(1991) .Asas Kepimpinan Transformationl dalam
pendidikan : Satu bab dalam Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Foo say Fooi.
Pengurusan dan kepemimpinan: satu langkah ke hadapan UPM Serdang.

Lee Bee Lian 1999. Pengurusan Kewangan sekolah: satu kajian tentang amalan
pengetua di sekolahmenengah pelabuhan klang, Kertas projek sastera
pendidikan Universiti Malaya (tidak diterbitkan)

Mohd Ali jeamli ,2010 .Punca Kewangan Sekolah . Institut Perguruan Temenggong
Ibrahim.

You might also like