You are on page 1of 2

RINGKASAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan


dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang:
1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha
memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan
kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan
sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi
operasi yang lebih fleksibel.
Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam
sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global,
iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti
kebangsaan.

You might also like