You are on page 1of 3

KERTAS KERJA PROGRAM MENANGANI PERBUATAN BULI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2021

TAJUK :KEMPEN ANTI-BULI


MASA :

1.0 PENGENALAN
Pembangunan pesat dalam era globalisasi secara langsung telah membawa pelbagai perubahan dalam
dunia pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meneruskan agenda pendidikan
khususnya dalam melahirkan anak-anak murid yang berdisiplin dan bersahsiah terpuji merupakan satu
cabaran yang perlu ditangani secara bijak oleh semua.

2.0 RASIONAL
Keterlibatan murid dalam melanggar disiplin sentiasa menimbulkan pelbagai masalah sosial yang tiada
penyelesaiannya. Oleh itu, satu pendekatan yang komprehensif dan holistik perlu diambil supaya gejala
disiplin di peringkat sekolah menengah dapat ditangani dengan berkesan dan efisien. Masalah buli di
sekolah juga merupakan satu isu disiplin yang semakin menular dikalangan pelajar sekolah. Gejala buli
merupakan satu masalah disiplin yang berat yang boleh menyebabkan pelajar dikenakan hukuman yang
berat sekiranya kesalahan itu dilakukan. Buli sebenarnya mendekatkan diri pelajar kepada masalah
gansterisme samada di dalam mahu pun di luar sekolah.

3.0 MATLAMAT
Program Menangani Perbuatan Buli ini difikirkan sesuai dan tepat dalam langkah KPM untuk meninjau dan
menyelami hati budi anak-anak murid dalam usaha untuk membimbing dan membantu mereka dalam
mengharungi alam remaja yang penuh pancaroba. Di harap tahap kesedaran pelajar berkenaan gejala buli
dapat ditangani dengan berkesan diperingkat sekolah.

4.0 OBJEKTIF
1. Pelajar sedar tentang kesan dan impak negatif perbuatan buli terhadap diri mereka.
2. Murid-murid dapat panduan dan bimbingan ke arah kehiduapan yang aman dan terteram
tanpa diganggu oleh pembuli.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid sesi petang iaitu darjah 1,2 dan 3.

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN


Tarikh:
Tempat: Kelas ganti semasa
Bilangan peserta: mengikut jumlah murid di dalam kelas semasa
7.0 AKTIVITI PROGRAM MENANGANI PERBUATAN BULI
1. Memberi penerangaan tentang buli.
2. Mewarna poster Anti-buli.

8.0 ANGGARAN KOS


Pembelanjaan Kos
Hadiah RM100
Poster mewarna RM30
Jumlah RM130

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Keseluruhan kos adalah digunakan daripada peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

10.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

PENGERUSI
PN. RAFEAH BT BASRI (GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18)

NAIB PENGERUSI
EN. MOHD TABOHAN BIN ISHAK (PK HEM)

SETIAUSAHA
PN. NORLINI BT MOHD RIPIN
(GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Bahan Pertandingan Mewarna


Rifqie Zharifah Bt Zuraidi

Dokumentasi
Rifqie Zharifah Bt Zuraidi
11.0 PENUTUP
Semoga Program Menangani Perbuatan Buli ini dapat memberi impak baik dan semoga anak-anak didik
SK Seksyen 18 akan mendapat kesedaran bahawa perbuatan buli akan merosakkan peribadi seseorang
insan. Buli juga akan mengakibatkan masyarakat kita hilang rasa kasih sayang dan kesepaduan di antara
satu sama lain.

DISEDIAKAN OLEH:

RIFQIE ZHARIFAH BINTI ZURAIDI


GURU KAUNSELING PELATIH

DISEMAK OLEH:

PN. NOLRINI BINTI MOHD RIPIN


GURU KAUNSELING DAN BIMBINGAN

DILULUSKAN OLEH:

PN. RAFEAH BINTI BASRI


GURU BESAR
SK SEKSYEN18

You might also like