You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN

PROGRAM HENTIKAN BULI, TAHUN 2013

PENGENALAN
Kejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi . Pelbagai kes dilaporkan di dada-dada
akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu, malah ibu
bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya
Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian, masalah ini perlu dibanteras segera agar tidak
menjadi barah yang mengancam keselamatan dan keharmonian sesebuah sekolah.
Program Hentikan Buli adalah satu program yang telah dirangka oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling SK Puchong Indah dengan kerjasama semua guru bagi memberikan
pendedahan kepada semua murid mengenai bahaya buli, kesan dan akibat perbuatan buli
kepada mereka yang buli dan masyarakat sekolah amnya.

MATLAMAT
Program Hentikan Buli diadakan bertujuan untuk mencegah perbuatan buli di kalangan
murid-murid SK Puchong Indah dan juga usaha untuk mengurangkan perbuatan buli yang
berlaku di sekolah ini. Walaupun kadar buli di sekolah ini masih rendah jumlahnya, tetapi
langkah pencegahan perlu dilakukan agar murid-murid faham kenapa perbuatan buli tidak
dibenarkan sama sekali terjadi sama ada di sekolah atau pun di mana-mana sahaja.

OBJEKTIF
Objektif Program Hentikan Buli adalah seperti berikut :
1. Mencegah perbuatan buli di kalangan murid-murid SK Puchong Indah.
2. Meningkatkan kesedaran murid-murid akan bahaya perbuatan buli serta kesan-kesan dan
akibat terhadap mereka yang dibuli dan warga sekolah secara amnya.
3. Mengurangkan kadar/jumlah perbuatan buli di sekolah ini.
4. Menanam sikap saling sayang menyayangi, tolong menolong dan berdisiplin di kalangan
murid-murid SK Puchong Indah dan warga sekolah secara umumnya.

SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Puchong Indah.


Bilangan : 2383 orang

TARIKH

18 Mac hingga 20 Mac 2013 (Isnin hingga Rabu)

TEMPAT

Dewan terbuka/ tertutup Sekolah Kebangsaan Puchong Indah.


TENTATIF PROGRAM

Sesi Pagi

Tarikh Aktiviti yang dijalankan Masa


- Ucapan daripada Guru Besar SKPI 7.50 pg -8.10 pg
18/03/2013- Pelancaran oleh Guru Besar SKPI. 8.10 pg – 8.20 pg
- Tayangan Video Anti Buli (waktu rehat sahaja) 9.20 pg – 10.40 pg
- Pertandingan Melukis Poster bertajuk “Hentikan Buli”
Waktu rehat
Jangan Gentar Jangan Takut.
sahaja
(Terbuka kepada semua murid- Thn 4,5 dan 6)
- Kuiz Mengenai Buli
(Terbuka kepada semua murid- Thn 4,5 dan 6)

Waktu rehat
19/03/2013
- Tayangan Video
sahaja
& - Murid-murid boleh menghantar Lukisan Poster serta
20/03/2013 Kuiz

Sesi Petang

Tarikh Aktiviti yang dijalankan Masa

18/03/2013- GBK memberikan ucapan mengenai Program


Waktu
Hentikan Buli. Perhimpunan
- Tayangan Video Rasmi @ waktu
- Pertandingan mewarna semua murid- (Thn 1, 2 & 3). selepas rehat

19/03/2013
- Tayangan video. Waktu rehat sahaja
& - Pengumpulan kertas pertandingan mewarna
20/03/2013

PENUTUP
Diharap program ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua murid SK Puchong
Indah tentang bahayanya perbuatan buli dan kesan serta akibatnya kepada mereka yang
dibuli dan warga sekolah amnya. Dengan adanya program seperti ini akan dapat membantu
mengurangkan kadar buli di sekolah ini dan sekaligus mencegah perbuatan buli
terutamanya bagi murid-murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3).

You might also like