You are on page 1of 6

TUGAS PENYELARAS KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ) 2.

(Huraian)
Tanda √ jika telah dilaksanakan

TANDA TUGASAN CATATAN/


√ TARIKH
Menyediakan sebuah fail untuk program KrMJ 2.0

Mencetak data Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Sekolah.


Data yang perlu dicetak ialah:

1. Statistik Keseluruhan Kesalahan & Murid Terlibat Salah laku Disiplin.


2. Statistik Tingkah Laku Kurang Sopan / Biadap 2019, 2020 dan 2021
Bilangan Kes
Bilangan Murid

Berdasarkan data Tingkah Laku Kurang Sopan / Biadap Murid, apakah program
yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mengurangkan tingkah laku
kurang sopan dalam kalangan murid ?

Pelaksanaan program KrMJ 2.0 di sekolah, diharapkan dapat mengurangkan


tingkah laku kurang sopan murid. Program KrMJ dapat melahirkan murid yang
mempunyai sahsiah terpuji dan identiti Johor/jati diri menyerlah.

Mengisi Borang SSDM bagi analisis data SSDM.

Borang dashboard dan scoreboard SSDM disi dan dilengkapkan. Borang disimpan
dalam fail sebagai rujukan penting terutama dalam pemantauan dan bimbingan
program KrMJ oleh PPD atau JPNJ.

KPI pelaksanaan program KrMJ di sekolah adalah penurunan kes salah laku
disiplin terutama data Tingkah Laku Kurang Sopan / Biadap Murid.
Contoh Borang SSDM disediakan dalam folder SSDM KrMJ.

Mengadakan perbincangan dengan PGB dan pentadbir sekolah tentang


program KrMJ 2.0 yang perlu dilaksanakan sehingga 2025.

Antara tujuan perbincangan untuk memaklumkan tentang :


1. Data Statistik Keseluruhan Kesalahan & Murid Terlibat Salah laku Disiplin
sekolah.
2. Data Statistik Tingkah Laku Kurang Sopan / Biadap 2019, 2020 dan 2021
sekolah.
3. Aktiviti KrMJ 2.0 yang dilaksanakan untuk semua murid.
4. Cadangan pelaksanaan aktiviti KrMJ 2.0
- strategi pelaksanaan
- KPI sekolah dalam pelaksanaan program KrMJ - data SSDM
- pelaksanaan berdasarkan takwim sekolah.
5. Cadangan pelancaran KrMJ peringkat sekolah (Bulan Mei).
6. Taklimat kepada guru dan murid.
- Tarikh, masa dan tempat
Mengadakan libat urus dengan AJK KrMJ sekolah untuk menyelaras
program KrMJ di sekolah.

AJK KrMJ terdiri daripada:


1. PK HEM
2. Penyelaras KrMJ
3. Guru-guru Disiplin
4. Guru-guru Pengawas
5. Guru-guru wakil aliran
6. GBK

Agihan tugas dilakukan untuk memastikan program KrMJ untuk murid Johor
dapat dilaksanakan selaras dengan harapan 6 aspirasi murid dalam PPPM 2013-
2025.

Mewujudkan Channel Telegram KrMJ Sekolah (diwajibkan).


Sila share pautan channel kepada En. Nai KrMJ di talian 017-9165406.

Di samping itu, sekolah boleh mewujudkan:


Youtube Channel KrMJ sekolah
Instagram KrMJ sekolah
Facebook KrMJ sekolah
Tiktok KrMJ
(Bergantung kepada persetujuan pentadbir sekolah)

Tujuan media sosial ini untuk mempromosi aktiviti program KrMJ 2.0 di sekolah.

Mengadakan libat urus kepada semua guru di sekolah tentang progam


KrMJ 2.0.

Penyelaras KrMJ perlu memahami setiap aktiviti KrMJ 2.0 sebelum memberi
penerangan kepada guru-guru. Rujuk soal jawab dan bahan yang disediakan
supaya input yang diberi betul dan jelas.

Cadangan perkara yang disampaikan kepada guru-guru tentang program KrMJ:

1. Pengenalan tentang program KrMJ 2.0


Rujuk slide program KrMJ yang sesuai.

2. Program KrMJ 2.0 yang akan dilaksanakan di sekolah ialah:

a. Keseragaman Kemeja-T KrMJ


Bilakah hari murid memakai kemeja-T krMJ di sekolah?
Berapakah harga kemeja-T KrMJ?
Siapakah yang menjual kemeja-T KrMJ di sekolah?
Murid perlu diberi penerangan tentang tujuan memakai kemeja-T
KrMJ. Murid perlu menjaga imej mereka apabila memakai baju
KrMJ. Mereka membawa nama negeri Johor melalui baju yang
dipakai.
Pihak luar mudah mengecam murid Johor melalui kemeja-T KrMJ.
Oleh itu murid perlu menjaga nama baik sekolah dan diri sendiri
terutama semasa memakai kemeja-T KrMJ.
Kemeja-T KrMJ dipakai semasa mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan.
Pemakaian kemeja-T pada hari tertentu berdasarkan arahan pihak sekolah.
b. Budaya Salam dan Sapaan.
Penerangan dan tunjuk cara kepada murid tentang amalan 3S.
Salam, Senyum dan Sapa – ucap salam.
Amalan ini akan dilihat oleh pemantau apabila tiba di sekolah sama ada
program ini berjaya dilaksanakan di sekolah.
Begitu juga dengan nilai sahsiah yang lain:
Beratur, susun kasut dengan kemas, menghormati guru, kebersihan kelas.
Membuat poster 3S untuk ingatan kepada murid-murid.
Terapkan juga amalan "terima kasih" dan "maaf".

c. Rambut ala Johor


Promosi dibuat kepada murid-murid lelaki tentang Rambut ala Johor.
Poster Rambut ala Johor dikongsikan kepada ibu bapa melalui Telegram
Kelas atau Whatsapp Kelas terutama ketika murid lelaki mula mendaftar
masuk ke sekolah.

d. Bicarawara Jauhar
Penerangan kepada guru tentang garis panduan pelaksanaan - bentuk forum.
Boleh dilaksanakan di dalam kelas sebagai aktiviti PdPC. Fokus utama
perbincangan tentang negeri Johor. Guru mengambil gambar program
yang dilaksanakan berserta dengan info tentang program yang
dilaksanakan contohnya tarikh, masa dan topik perbincangan. Bahan
dikongsi dalam Channel Telegram KrMJ sekolah.

Bicarawara Jauhar juga boleh dijalankan secara program khas.


Contohnya semasa sambutan Hari Guru, PIBG, Hari Kanak-kanak atau
progam Panitia Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bicarawara
Jauhar juga boleh dijadikan aktiviti perbincangan menarik dalam
kokurikulum. Biar murid berbicara tentang negeri mereka. Gambar
dan maklumat aktiviti dimasukkan dalam Channel Telegram KrMJ
sebagai evidens.

Bicarawara Jauhar juga boleh dijalankan secara dalam talian melalui


webinar. Tetamu jemputan sebagai ahli panel. Murid menjadi
moderator dan juga boleh dipilih sebagai ahli panel tambahan. Guru
membimbing murid.

e. Perintis Warisan
Penerangan kepada guru tentang garis panduan pelaksanaan – bentuk
individu.
Boleh dilaksanakan di dalam kelas sebagai aktiviti PdPC. Fokus utama
perbincangan tentang negeri Johor. Guru mengambil gambar program
yang dilaksanakan berserta dengan info tentang program yang
dilaksanakan contohnya tarikh, masa dan topik perbincangan.
Perintis Warisan juga boleh dijalankan secara program khas.
Contohnya semasa perhimpunan sekolah, semasa rehat menggunakan
sudut pidato (Jika murid telah boleh berhimpun atau berkumpul) atau sebagai
aktiviti dalam kokurikulum.

Selain itu Perintis Warisan sesuai melalui program khas panitia atau
majlis rasmi di sekolah.
Perintis Warisan melatih murid bercerita, menyampaikan maklumat,
bersyarah dan berpidato.
Program Perintis Warisan boleh dilaksanakan secara dalam talian.
Sekolah boleh mewujudkan Youtube Channel untuk memuat naik video
rakaman.

f. Senamrobik KrMJ
Perbincangan dengan PK Kokurikulum untuk pelaksanaan program
senamrobik KrMJ.
Pelaksanaan senamrobik KrMJ semasa program 1 Murid 1 Sukan,
perkhemahan atau aktiviti luar yang difikirkan sesuai.
Video senamrobik KrMJ ditunjukkan kepada guru-guru.
Video senamrobik dikongsi kepada murid-murid dan ibu bapa melalui
group Telegram atau Whatsapp sekolah.
Murid dilatih sebagai instructor. Gambar dan video murid sekolah yang
dilatih dan bersenam beramai-ramai dijadikan evidens. Bahan dikongsikan
dalam Channel Telegram KrMJ.
Muzik senamrobik adalah karya kreatif Yayasan Warisan Johor. Guru-guru
boleh menggunakan muzik tersebut untuk muzik iringan majlis tertentu
di sekolah jika difikirkan sesuai.

g. Teks Doa KrMJ


Teks doa telah disediakan.
Teks doa dibaca oleh murid semasa perhimpunan rasmi.
Murid dilatih supaya bacaan doa lancar dan tidak mengambil masa yang
panjang semasa perhimpunan.
Teks Doa KrMJ digunakan untuk SK dan Sekolah Menengah sahaja.

h. Teks Pengacara Perhimpunan Sekolah dalam dwibahasa


Contoh teks telah disediakan. Digunakan semasa perhimpunan sekolah.
SK - menggunakan Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris
SJKC - menggunakan Bahasa Cina/Bahasa Melayu
SJKT - menggunakan Bahasa Tamil/Bahasa Melayu
Teks dwibahasa boleh digunakan untuk acara lain di sekolah seperti
Hari Sukan, Hari Kanak-kanak mengikut kesesuaian sekolah. Guru-guru
menghasilkan teks tersebut mengikut majlis yang dilaksanakan dan melatih
murid untuk menjadi pengacara.

i. Sahabat - Adab kepada guru


Menyediakan poster adab guru kepada murid:
30 adab murid kepada guru di sekolah
10 adab murid kepada guru di dalam kelas
Boleh menggunakan poster yang disediakan atau mencipta poster yang
baharau berdasarkan kreativiti guru dan murid di sekolah.
Mengadakan ceramah kepada murid tentang adab kepada guru
Mengadakan ceramah kepada guru contohnya : pengurusan
murid/menangani salah laku murid/pendidik hebat/ guru penyayang.
Terapkan juga amalan "terima kasih" dan "maaf"

Melaksanakan modul adab kepada murid yang namanya terdapat


dalam data SSDM tingkah laku kurang sopan/biadap kepada guru.
Senarai nama dicetak dan disimpan di dalam fail sebagai rujukan.
Langkah seterusnya:

i. Murid menjawab ujian kendiri adab - soalan menggunakan Google


Form. Contoh disediakan.
Jika markah lebih 80% diberi bimbingan dan nasihat. Kerjasama GBK.
Jika markah kurang 80%, murid akan mengisi senarai semak yang terdapat
di dalam modul Adab.
ii. Murid melalui fasa prapenilaian dan pascapenilaian.

Jika bilangan murid terlalu ramai, boleh dijalankan mengikut aliran secara
berperingkat.

Dokumen senarai semak murid disimpan oleh Guru Penyelaras KrMJ


dengan kerjasama guru kelas.
iii. Murid diberi ceramah oleh pegawai perhubungan sekolah (polis)
iv. Murid menduduki ujian kendiri kali kedua untuk melihat pencapaian.
v. Rumusan penilaian oleh penyelaras KrMJ terhadap murid yang
mengikuti program menggunakan modul Adab.

. PPD dan JPNJ akan memantau pelaksanaan dan kejayaan sekolah dalam
melaksanakan program Sahabat dan modul Adab di sekolah
berdasarkan data SSDM sekolah masing-masing.

Program Sahabat dan modul Adab ini juga menjadi fokus utama kepada
murid Tingkatan 1 yang mula melangkah ke alam sekolah menengah.

Jika pihak sekolah mempunyai cara yang lain dalam membentuk adab
murid dan dapat dibuktikan dengan pengurangan tingkah laku biadap,
bolehlah dikongsikan kepada PPD dan JPNJ sebagai perkongsian amalan
baik.

Sekolah boleh berkongsi amalan baik melalui e-mel KrMJ2021@gmail.com.


Webinar perkongsian amalan baik program Sahabat -Modul Adab akan
diadakan dengan memilih sekolah-sekolah yang berjaya sebagai ahli panel.

j. Penarafan Permata KrMJ


Program KrMJ yang dilaksanakan di sekolah diberi penarafan oleh pihak
sekolah, PPD dan JPN.
Penarafan Permata KrMJ dibahagikan kepada tiga iaitu:
Murid Permata KrMJ
Penyelaras Permata KrMJ
Sekolah Permata KrMJ

Pihak sekolah akan memberi penarafan kepada murid dengan


menyediakan sijil Murid Permata KrMJ.

Pihak PPD akan memberi penarafan dengan menyediakan sijil kepada


Penyelaras dan Sekolah Permata KrMJ.

JPN Johor akan memberi penarafan kepada murid, penyelaras dan


sekolah Permata KrMJ terbaik.

Instrumen penarafan dan garis panduan disediakan.


Mengadakan taklimat kepada murid-murid sekolah tentang program KrMJ

Taklimat boleh disampaikan mengikut kumpulan


Contohnya:
kepada semua murid Tahun 6
kepada semua murid sesi pagi
kepada murid Tingkatan 1
kepada semua murid lelaki
(bergantung kepada bilangan murid dan kesesuian sekolah)

Mengurus pelancaran Program KrMJ.


(Cadangan bulan Mei 2022)

1. Berbincang dengan pentadbir untuk mengadakan pelancaran KrMJ peringkat


sekolah.
2. Menyediakan tentatif majlis pelancaran.
3. Menyediakan teks ucapan GB sempena majlis pelancaran.
4. Mengambil gambar pelancaran dan menulis sedikit catatan sebelum bahan
dimasukkan ke dalam Channel Telegram KrMJ.

Bertanggungjawab dengan bimbingan dan pemantauan PPD/JPN Johor

1. Menyediakan Data SSDM


- mencetak data SSDM
- mengisi borang SSDM yang disediakan.
2. Mengurus dan mengemas kini data SSDM dalam dashboard dan scoreboard
borang SSDM
3. Melaksanakan program untuk murid bertingkah laku kurang
sopan/biadab
- modul Adab
- senarai nama murid
- senarai semak
4. Melaksanakan dan menyelaras program KrMJ 2.0
5. Menyediakan dan melengkapkan instumen untuk penarafan
Penyelaras Permata KrMJ dan Sekolah Permata KrMJ
6. Program khas/pertandingan KrMJ

Melaksanakan arahan yang diterima dari semasa ke semasa dalam


pelaksanaan program KrMJ.

1. Sekolah mengambil perhatian kepada arahan yang diberikan dan melaksanakan


tugas dengan sebaik mungkin.

2. Sekolah mungkin terplih sebagai


a. Jurulatih Utama KrMJ
b.Sekolah fokus Program Sahabat
c. Sekolah fokus Program KrMJ keseluruhan
d. Program khas KrMJ kerjasama dengan NGO - YPJ/PBAJ

3. Sekolah menjayakan matlamat "Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti"


melalui pelaksanaan program KrMJ di sekolah sehingga 2025.

Sekian, terima kasih.

You might also like